Sabtu, 5 Jun 2010

Susahnya Menjaga Hati Jiran


Allah swt berfirman dalam al-Quran yang bermaksud;
“ Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang terdekat dan tatangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil. “

(Surah an-Nisa’ : ayat 36)
 
Rasulullah s.a.w. juga sering memperingatkan kita dalam beberapa hadisnya supaya kita sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran dan sentiasa berbakti serta memuliakan mereka. Hubungan akrab di antara jiran sesama jiran sangat diutamakan di dalam ajaran Islam. Antara pesanan Nabi Muhammad.s.a.w. seperti mafhum Hadis di bawah ini;
“ Sentiasalah Jibrail berwasiat kepadaku mengenai jiran, sehingga aku menyangka bahawa sesungguhnya dia (jiran) layak untuk diwarisi ( mendapatkan harta pusaka).”
Jangan menyakiti jiran kerana perbuatan itu menjejaskan keimanan kita.Sehubungan dengan itu Rasulullah s.a.w. pernah bersabda;
“ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah SAW menjawab : Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
“ Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.”

Banyak hadith Rasulullah SAW menuntut kita menjaga adab dengan jiran :
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berbuat baiklah kepada jiran nya
(Muttafaqun Alaih)
Telah bercerita sekalian manusia kepada Rasulullah tentang seorang perempuan mengenai banyak solatnya dan puasanya, kata mereka lagi : akan tetapi dia menimbulkan masalah kepada jiran dengan lidahnya (percakapannya), Rasulullah SAW bersabda : Dia di neraka.
(Hadith Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya)
 Begitulah besarnya peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat. Dek kerana tahu serba sedikit peranan jiran dalam Islam, saya selalu membodohkan diri dengan isu remeh temeh. Kadang-kala hati saya terguris juga dengan perbuatan jiran yg betul2 bhampiran dgn sy. Tak sangka juga,di awal pkenalan, dialah jiran yg paling ramah dan prihatin. Kbetulan pula dia tidak berkerja dan usianya jauh lebih tua daripada sy, maka sy amat menghormatinya sebagai seorg kakak.Biarlah sy mgelarkannya 'kakak jiran' saja. Dia seorang balu tetapi mepunyai  ramai anak.


Selang beberapa bulan, sy mula nampak pkara yg tidak sewajarnya dilakukan. Ketika itu kakak jiran sy  mengadakan kenduri kahwin anak perempuannya. Di sebabkan saya jiran yg paling hampir, sudah tentulah kawasan hadapan rumah sy akan dijadikan tempat untk para jemputan mjamu selera. Tanpa berkata sepatah pun,jauh sekali nak minta izin, kakak jiran sy ini telah memasang khemah di hadapan rumah sy. Majlis kenduri kahwin hari Sabtu, dan sy tidak mnyangka khemah dipasang pada hari Rabu. Terlalu awal bagi sy. Tp itu bukanlah satu isu yg hendak sy utarakan.  Di sebabkan khemah sudah terpasang, laluan unt masuk ke rumah sy tertutup hingga mnyebabkan sy terpaksa mengundur  semula kereta  melalui jalan lain.Sy cuba memujuk hati sy, dgn beranggapan mungkin kakak jiran sy tidak sempat memberitahu kpd sy kerana kesibukannya menguruskan perkara2 yg lain.

Berlangsungnya hari perkahwinan, jiran sy mengadakan karaoke. Bermula dari pukul 9 pagi, penyanyi yg tidak profesional ni pun mula mnyumbangkan suaranya. Silih berganti penyanyi2 menyanyi hinggalah ke petang tanpa bhenti. Bayangkan betapa sukarnya kami jiran2 sbelah menyebelah hendak menunaikan sembhyang zohor? Sy sendiri berulang kali membaca surah kerana suara penyanyi sgt menganggu konsentrasi. Namun sy cuba mnyabarkan diri.Mungkin segala yg belaku tidak disengajakan.

Isu lain pula,kakak jiran sy sgt suka memelihara kucing. Sy pun suka juga dengan kucing2 ni. Entah kenapa, ketika kakak jiran sy tiada di rumah, sy melihat anak kucing ksayangannya mati berdarah seolah2 didigigit oleh binatang. Sy tak dapat membuang bangkai kucing tsebut,kerana pagar rumah jiran sy dikunci. Sy tahu, anak kucing itu mrupakan ksayangan kakak jiran sy ni. Keesokkannya, ketika kakak jiran sy berada di luar, sy pun mngulas semula tentang anak kucingnya yg mati berdarah. Dengan sedih, dia mberitahu sy,kemungkinan anjing2 liar mgigit anak kucingnya semasa dia tiada di rumah tempohari. Memang kawasan rumah kami byk anjing2 yg bertuan dan tidak bertuan. Sy mlihat kesedihan di wajah kakak jiran sy ni.

Selepas kjadian itu, sy dapati dia mengurung semua anak2 kucing yg dipeliharanya. Mungkin langkah berhati2 agar tidak digigit anjing lagi.Namun, sikap kakak jiran sy mula berubah, tidak mesra sperti selalu. Persoalan demi persoalan bersarang dalam fikiran sy. Kenapa dia berubah?? Terlalu ketara....
Akhirnya, persoalan sy terjawab apabila cucunya yg suka bertandang di rumah sy memberitahu yg neneknya begitu marah dengan kucing jantan peliharaan sy yg kononnya menggigit anak kucingnya hingga mati. Punyalah sy terkejut beruk sekali lagi....terkedu sy seketika....tak sangka, rupa2nya, kakak jiran sy bgitu marah dgn kami sekeluarga.

Sy yakin,kucing jantan sy tidak mungkin  melakukan sperti yang didakwa tp sy tidak ada bukti pula nak mempertahankan kes ini. Kalau benar sekalipun, sy tak jangka kakak jiran sy bgitu marah dan berkecil hati dgn sy dengan pkara yg melibatkan kucing saja. Aduh.....bagaimana sy nak mengatasi masalah ni? So, sy mngambil pendekatan 'buat bodoh' dan buat macam tak tahu walaupun sy tahu punca sebenar kakak jiran sy ni mula berubah..................

Dua minggu lepas, anak bongsu sy yg berumur 12 tahun bermain bola di hadapan rumah. Kebetulan sy berada di dalam bilik dengan tingkap yg terbuka luas. Sedang sy menjenguk anak sy dari tingkap bilik, sy melihat kakak jiran sy terjenguk2 memandang ke arah rumah sy. Dia seolah2 memastikan sy atau suami sy tiada berhampiran kawasan itu. Apabila dia pasti kami tiada, dgn beraninya dia menengking anak sy yg sedang bmain bola dgn mendakwa anak sy berbuat bising hingga mengejutkan anak kecil yg dijaganya dari tidur. (kakak jiran sy skarang mengambil upah menjaga seorang baby). Kesian anak sy....Manalah anak sy tahu baby peliharaan kakak jiran sy ini sedang buat apa. Atau, wajarkah anak sy duduk diam sahaja di rumah sendiri????? Sepatutnya, kakak jiran sy boleh meminta kerjasama daripada anak sy supaya tidak bermain bola pada waktu itu kerana baby yg dijaganya sedang tidur.
Aduh!!!!!susahnya nak menjaga hati jiran....atau jiran sy tidak mahu menjaga hati orang lain.

So, apa sy nak buat sekarang?????? Sy boleh buat bodoh tp masalahnya kakak jiran sy begitu marah sekali??? Bagaimana sy nak mengaplikasikan tuntutan agama supaya berbaik2 dgn jiran?

Disebut di dalam hadith dari riwayat Ismail ibn Muhammad ibn Saad ibn Abi Waqas daripada bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :

اربع من السعادة, المراة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمركب الهنيء واربع من الشقاوة الجار الشوء والمراةالسوء والمسكن الضيق والمركب السوء
“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .

Pss:Kalau macam ni, lbih baik juga sy duduk dlam hutan....berjiran dgn monyet. Pasti tak berkecil hati...dan tidak berdosa dengan jiran







4 ulasan:

  1. menarik psl saya ada pengalam mcm ni juga....masa menyewa seronok dduk situ,jiran2 baik tp bila beli rumah sendri ni,jiran sebelah rumah,kerja di jabatan agama,kuat agama tp xpernah nk hormati jiran,xbergaul dengan jiran,sombong...anak2 buas & dia mulut mcm longkang kalau bercakap,menengking2.
    org jahil pun ckp dgn org xkenal ckp elok2 tp dia menengking2,ish2....

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. sebab tu, dalam islam dapat jiran yang baik merupakan rezeki

      Padam
  3. Sudah selesai ke masalah dengan jiran puan?

    BalasPadam