Selasa, 16 Mac 2010

Pendidikan Seni Visual....Kena minat dulu

Tahun ni, merupakan tahun pertama sy mngajar subjek Pendidikan Seni Visual. Aduh....serba tak kena. Tak tahu nak ajar apa. Maklumlah...tahun pertama mengajar PSV,tentu sy  rasa sukar. Tak ada kawan nak ajak berbincang.Dah....memang tak ada sorang pun yang opsyen Pendidikan Seni. So, nak tak nak, suka atau tidak, sy terpaksa juga mngajar subjek ni. No choice......

Kali pertama sy mengajar, memang sy naik angin. Handle budak2 yang tak berminat dengan seni tapi terpaksa ambil seni bagi mencukupkan elektif mereka. Sy yang lebih-lebih, mereka buat tak kisah je...Macamlah sy yang nak ambil SPM. Agaknya, apa masalah mereka sehingga sy pula yang bersungguh-sungguh nak mengajar. Sy rasa, persoalan ini, biarlah sy jawab sendiri. Agaknya..kesedaran mereka terhadap pelajaran agak kurang jika nak dibandingkan dengan pelajar yang ada kesedaran untuk memikirkan masa hahadapan.Ah...sy tak boleh layan sikap pemalas pelajar-pelajar ni. Sylah yang kena fikir sesuatu untuk menarik minat mereka atau sekurang-kurangnya mereka ada rasa nak belajar. Sama ada cara keras, atau pun cara lembut sy harus 'push' juga mereka supaya serius dalam subjek ini.

Subjek ini, memang berbeza dengan subjek lain. Kalau subjek lain, mereka tak belajar dah tentulah confirm gagal. Subjek seni ni, mereka tak boleh gagal. Alasannya, mereka ada folio dan artifak yang dihasilkan. Itu kalau mereka buat, kalau mereka tak nak buat?????? Ada ke patut sy yang harus kejar mereka sampai ke rumah. Inilah masalah guru-guru subjek Pendidikan Seni Visual. Sy tak mahu sampai mengejar mereka ke rumah. So...sy kena fikir macam mana nak beri kesedaran pada mereka. Sy yakin, kalau mereka sedar tentu sy tak payah mengejar mereka sampai ke rumah.(Mcm ceti dan Along pulak).  Masalahnya sekarang, macam mana nak sedarkan mereka???

Sebelum ni, sy melihat cara cikgu Razali (guru PSV sebelum ni) mengajar, memang tegas. Bila pelajar takut, nak tak nak, mereka akan buat. Jadi atau tidak artifaknya, itu perkara ke 13. Kmudian, sy lihat pula cara cikgu Kamsiah mengajar subjek ini (guru PSV selepas Cikgu Razali). Sesekali dia mengamuk juga tapi, pelajar2 kurang takut kot. Sy lihat, 2/3 je pelajar masuk ke bilik seni,selebihnya duduk dalam kelas atau tawaf keliling sekolah. Akhir-akhirnya, cikgu Kamsiah yang tolong buatkan folio mereka. Kesian cikgu Kamsiah,sampai mcm tu sekali pngorbanan dia nakkan pelajar dia lulus. Tapi, berbaloi juga bila result SPM 2009, student dia 100% lulus. Berbaloi sangat la pngorbanan dia tu.

Saya????.....ha ha ha ha....kena ada strategi sendiri. Sy rasa, sy dah dapat  tackle pelajar asy dengan cara sy.  Garang tapi sy sayangkan mereka. So, kdg2 mngamuk ,ada kalanya lembut...(perasan lembut pulak). Mcm dengan anak sendiri jugalah. Tapi, yang pasti, sy berjanji sy tak kan buatkan kerja folio atau artifak dia orang. Kalau bimbing mereka,okey.Barulah capai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Firstly, sy kena seronok dulu dengan subjek ini. (Rasa-rasanya dah mula seronok kot). Sy harap sangat, pelajar sy nampak prospek kerjaya masa hadapan jika mereka ada kesungguhan dalam subjek ini. Seni ni, merupakan satu anugerah bakat yang bukan ada pada semua orang. Itu pelajar saya kena tahu dan bersyukur kerana Allah dah mendorong mereka ke arah itu. Tidak semestinya, orang yang kurang pandai dalam akademik tidak boleh berjaya pada masa hadapan dengan adanya kelebihan seni dalam diri.Seni tu luas...kalau kita pandai  mengaplikasinya, insyaalllah akan berjaya. Percayalah pada diri dan yakinlah Allah meletakkan sesuatu itu memang tepat. Seni memang berkait rapat dengan kreativiti. Kadang-kadang, kalau kita tak berseni dalam bentuk visual, tapi kita tetap berseni dalam aspek lain. Dalam kehidupan seharian, semuanya berkait rapat dengan seni dan kreativiti. So......renung2kan....

2 ulasan:

  1. same dgn sy la pengalaman kamu...huhu

    BalasPadam
  2. bagus juga....sekurang2nya sy tidak bersendirian mgnhadapi masalah ini.....apa pun, tahun kedua ni, sy dah cerdik sikit....

    BalasPadam