Isnin, 31 Januari 2011

Semoga Tenang

Kasihan sy melihat kawan2 sy yang anak mereka berada di Mesir.
Dpat sy rasakan ketidaktenteraman hati mereka ketika ini. Dan.......sy sangat bersimpati. Mesti ibubapa  yg terlibat, ada yg tidak boleh lena ketika malam dan kenyang walaupun entah berapa kali makan. Manakan tidak, anak yg disayangi berada di negara yg sedang berlaku pergolakan. Kalau sy di tempat mereka pun, mesti tak boleh senang duduk. Serba tak kena.

Dlm situasi ini, tentu kita semua bergantung 100% kepada Allah swt. Dlm situasi ini juga, dah tentu keyakinan kita kepadaNya berlipat ganda krn tiada seorg manusia yg boleh menolong meredakan kegelisahan hati ketika saat ini. Sepenuhnya kita mengharapkan padaNya agar selamatkan org2 yg kita sayangi di sana. Dan sy, pd kesempatan ini juga mendoakan agar tidak ada apa2 yg berlaku ke atas pelajar2 Malaysia di sana. Bulat,jitu, tekad dan nekad, itulah harapan dan kepercayaan ibu bapa padaNya saat2 genting melanda bumi Mesir ini.

Sesiapa yg singgah di blog sy ini, harap kalian semua dpt mendoakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam di sana dan juga anak2 bumi Malaysia yg berjihad di sana. Doakan juga hati2 insan di Malaysia yg ada pertalian dgn insan2 yg berada di bumi Mesir, agar tenang dan yakin dgn kekuasaanNya

Pd entri kali ini, sy ingin bkongsi doa yg pernah sy baca melalui sebuah blog "MakNgohSelamoh'" dan sy sgt tertarik dgn doa ini tatkala hati sy berada dlm gundah gulana.

                                                
    Bismillairahmanirahim

Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan
dan di tempat ketakutan dgn keamanan

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap

merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,

dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina...


Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku...



Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu

Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…

Ameen YA ALLAH


Sabtu, 29 Januari 2011

Buat Pilihan

Sy sering mendengar manusia akan sering berkeluh kesah apabila tidak mempunyai anak. Kegelisan dan kesedihan atau rasa ketidaksempurnaan hidup, akan dapat dirasai jika sesebuah perkahwinan tidak dilengkapi dgn kehadiran cahaya mata. Semua perasaan itu, bukan sahaja dirasai oleh empunya diri, malah yg lebih menyedihkan ia juga turut mjadi bahan bualan orang di sekeliling kita. Contoh ayat yg biasa sy dengar:
'Kesian si Limah tu, dah dua tahun kawin, masih tak ada anak.'
'Mcm mana dioarg tu tak kaya,anak dah lah tak ada. Diaorang pun tak tahu nak salur duit ke mana.'
'Si Joyah tu,sunyi....dah la suami selalu 'out station', anak pulak tak ada. Mcm manalah bila mereka tua nanti. Siapalah nak jaga....'

Kenapa orang keliling terlalu prihatin tentang isu-isu sperti ini?????? Mudah saja jawapannya.  Mereka suka berkata2 kerana mereka sudah menjadi isteri yg kononnya 'sempurna'. Dapat melahirkan zuriat sendiri. 

Haruskah kita merasa bangga kerana dapat melahirkan zuriat seramai yg boleh???Atau kita merasa sedih kerana ada antara kawan2 kita yg gagal melahirkan anak sendiri?

Sewajarnya, bukan kita merasa bangga dgn kejayaan kita melahirkan zuriat, tetapi kita boleh berbangga apabila kita berjaya mendidik zuriat dengan sebaik yg mungkin. Walaupun anak2 tidak sebijak mana, sekurang2nya mereka tahu menghargai ibu bapa,dan tidak mengheret kita ke jalan menuju neraka.

Bagi teman2  yg masih tidak mempunyai anak, berbaliklah kita kepada ketentuanNya kerana apa sj yg berlaku dalam perancangan Dia juga.Bukan layak utk kita merasai kekurangan mereka yg tidak ada cahaya mata. Mengapa sy berkata begini???? Ya, kerana sy tidak dpt menahan lagi apabila melihat kejadian yg berlaku di hadapan mata dan ia berkait rapat dgn hidup sy. 

Maaf, sy bukan membuka pekung di dada....tapi ia sekadar berkongsi pengalaman. Yg baik, jadikan tauladan dan yg buruk jadikan sempadan.

Ibu mentua sy adalah contoh ibu yg malang. Walaupun mempunyai 8 org anak, tetapi sy tidak nampak di mana keberuntungannya. Sy bukan menjadi hakim yg bijaksana tetapi sy hanyalah manusia biasa yg suka memerhati dan membuat konklusi. Sy tidak mahu membicarakan apa yg telah ibu mentua sy lakukan pd masa lampau krn apa yg berlaku antara dia dan anak2 adalah dlm pengetahuannya dan Allah jua.

Spanjang sy mjadi menantunya,sy dpt bkongsi rasa apa yg ibu mentua sy rasakan. Walaupun sy tahu serba sedikit kisah lampaunya, tetapi sbg anak,mereka tidak wajar memperlakukan ibu kandung sendiri sedemikian rupa. Dosa dgn ibu, tetap dlm kategori dosa besar. Itu fakta yg telah terkandung dlm kitab suci al-Qur'an. Siapa kita wahai anak????Walau sekejam mana pun, dia tetap ibu yg melahirkan kita. Darjatnya telah diangkat setinggi2nya oleh Allah justeru  kita tidak layak untuk membalas semula apa yg pernah dilakukannya terhadap kita suatu ketika dahulu. Kalau sy sbg menantu, boleh menerima ibu mentua sy seadanya, mengapa mereka sbg anak kandung, sanggup memperlakukannya sedemikian rupa. 

Sy bukan membuka aib keluarga suami, tetapi sy terlalu kecewa dgn apa yg berlaku spanjang sy menjadi sebahagian drp keluarganya. Bukan menyesali takdir, tetapi sekadar menjadikan pngalaman ini sbg penyangkal pendapat org2 di luar sana bahawa 'ruginya jika tidak mempunyai anak sendiri'. Apa untungnya ibu mentua sy jika semua anak memperlakukannya seperti itu?

Suami sy jg pernah kecewa dgn ibu sendiri. Tetapi, disebabkan sy takut akan hukum Allah, maka sy sering mengingatkan suami bahawa apa yg berlaku antara dia dan ibunya tidak harus didendami. Allah itu maha segalanya. Serahkan sj kepadaNya. Alhamdulillah......suami sy dpt mengaplikasikan nasihat itu. Maka, dia lebih byk bdiam drp bsuara.

Pd entri kali ni, tidak perlulah sy menceritakan apa yg berlaku antara ipar2 sy dgn mentua sy dari A-Z. Cuma, yg ingin sy ceritakan ialah klimaks yg berlaku antara mereka di mana ibu mentua sy di maki dan di hina oleh anak2. Ada antara mereka yg tega mengeluarkan perkataan 'mampus' dgn ibu sendiri. Malah, ibu mentua sy dihalau drp rumah mereka hanya kerana ibu sy meminta duit tanah yg telah dijanjikan .Di sebabkan ibu mentua sy terlalu sedih, maka dia mghubungi sy dn menceritakan nasib yg menimpa serta menangis atas perbuatan anak sendiri. Sy pula, kehilangan idea dan kata2 utk meredakan perasaan ibu mentua sy. Sbg manusia lemah sgalanya, sy juga rasa sakit hati yg tidak terkata dek perlakuan ipar2 sy tetapi apakan daya. Sy juga mengenali siapa ibu mentua sy tetapi statusnya sbg seseorang yg diangkat darjatnya oleh Tuhan, menyebabkan sy kalah dlm meperjuangkan hak dan kebenaran. 

Ya Allah, kuatkanlah hati sy dalam menghadapi sgala bentuk ujian yg boleh membawa sy terhumban ke neraka angkara ini smua. Teguhkanlah prinsip sy supaya tidak mengeluarkan sbarang kata2 terhadap semua manusia di 'sebelah sana'.

Alhamdulillah...apa yg berlaku pada diri sy, dpat disaksikan oleh anak2 sy sendiri dan kesimpulan boleh dicipta oleh anak2 tanpa sy memandunya. Lihatlah apa yg berlaku  sbg sempadan utk membina khidupan pd masa akan dtg. Dan, pada mereka yg berada di luar sana, anggaplah kisah ini sbg bahan unt renungan ke dalam diri. Ya, kita patut berbangga kerana kita mempunyai zuriat sendiri tetapi kita sepatutnya lebih berbangga jika kita bjaya mendidik zuriat itu supaya takut kepada Allah. Sesungguhnya, apabila 'takut kpd Allah' berada di tingkat yg paling atas, insyallah sgala perbuatan yg akan dilakukan, akan ditmbang tara krn takut kepadaNya akan mengatasi segala2nya.

Buatlah pilihan sendiri :
i. Untungkah kita jika mempunyai anak yg ramai, tp di akhirnya kita diperlakukan sedemikian rupa. Bayangkan hati kita sbg ibu yg melahirkan mereka.
ii. Malang sangatkah atau rugikah kita jika kita tidak dpt melahir zuriat sendiri jika anak2 yg kita lahirkan semuanya tidak mengenang budi.

Kesimpulannya:
Sy yakin, kita semua boleh membuat kesimpulan sendiri.


Selasa, 25 Januari 2011

Fikirkan


Sejauh mana,ibu bapa boleh merosakkan anak-anak? 
Di sini, sy ingin memaparkan beberapa situasi bagaimana ibu bapa terlibat dalam merosakkan anak2 yang mereka sayangi. Kali ini, sy hanya berperanan sbagai pencerita situasi, dan para pembaca boleh menilai sendiri.

Situasi 1:
" Saya tidak mahu murid2 dlm kelas saya terlibat dengan sesuatu yg boleh melibatkan maruah diri. Sy mahu, kepandaian yang kamu miliki, selaras dengan maruah dan harga diri. Sy tidak mahu ada mata-mata di luar sana yg bercerita perkara2 yg buruk tentang sikap dan tingkah laku kamu." Begitulah amaran sy kepada murid2 di kelas sy. Memandangkan sy menjadi form teacher kelas yang terbijak dlm sekolah tersebut, maka sy berpesan-pesanlah kepada anak2 didik sy. Sesuai dengan surah 'Al-Asr', ayat 1-3, supaya kita berpesan2 sesama manusia.
Keesokannya, seorang ibu pelajar datang ke sekolah berjumpa dgn salah seorang guru disiplin. Antara katanya :"Sy datang ke sekolah ni cikgu, bukan kerana masalah anak sy bercium di dalam kelas, tapi kerana sanak sy mengadu yg dia disindir oleh guru tingkatan dan ustazah di dalam kelas"
Apabila guru disiplin memberitahu sy, bukan kepalang sy terkejut. Ada juga ibu2 di muka bumi ini yg bersikap seperti ini. Bukan si ibu kesah anaknya bercium dgn pelajar lelaki di dalam kelas, tapi marah pula kepada sy yang kebetulan menegur sikap pelajar secara rambang. Tak pasal2, sy tahu ada pelajar dlm kelas sy terlibat dgn aktiviti yg tidak bermoral.

Situasi 2
Pengawas di sekolah sy dpt merampas sebuah telefon bimbit. Tugas sy, meng'eksplore' isi kandungan di dlmnya. Itu memang sudah mjadi tanggungjawab guru disiplin. Bukan lagi terkejut, malah hampir sesak nafas sy apabila melihat  lebih daripada 40 video kelucahan melampau di dalamnya. Memang hebat pelajar melayu sekarang. Terlalu 'advance'......
Tanpa ditanya, pelajar itu memberi penjelasan : "Ada sebab mengapa sy bawa telefon, ckg"
Sy pula tidak berminat untuk tahu mengapa dia bawa telefon, malah sy lebih berminat utk mengetahui sebab2 dia menyimpan video2 lucah dlm handphone.
Dengan tidak rasa bersalah, pelajar sy mjawab : "Ala, biasalah remaja lelaki buat benda2 mcm ni. Tu perkara biasa la ckg".
Fuh....ringannya tangan sy pd masa tu. Kalaulah kuasa ckg tidak terbatas, dah lama lima jari sy melekat ke pipi pelajar kurang ajar itu. Mudah sungguh dia membelakangkan hukum.
Maka, tindakan badan disiplin memanggil penjaga pelajar berkenaan. Syukur, alhamdulillah........krn mdapat kerjasama yg baik drp bapa pelajar berkenaan.Maka,kami pun bertanya, dari mana pelajar berkenaan meperoleh telefon bimbit secanggih itu. Si bapa pun menjawab:"Sy yg belikan,ckg. Anak sy tak mahu telefon2 biasa ni. Dia nak yg canggih. Ya lah, skrang dah zaman teknologi bkembang. Tak sangka pulak ni jadinya"
Maka, berkata2 lah sy di dalam hati...... ' apa perlunya pelajar yg baru tingkatan 4 memiliki hp skrang? Bukan dia tinggal di asrama pun. Kenapa semua kemahuan anak dilaksanakan?Siapa nak jawab bila blaku sperti ini? Tu lah masalahnya jika ibu atau bapa yg selalu berbaik sangka dgn anak2'

Situasi 3
"Mad, betul ke kamu dah biasa buat hubungan2  haram ni?" Tanya sy kepada seorg pelajar apabila sy dpt tahu dia adalah antara pelajar yg biasa melakukan hubungan intim dgn pelajar2 perempuan di luar dan di dalam sekolah.
"Ya, ckg. Bukan sy je yg nak...kadang2 diorang yg lebih2 dan kadang2, diorang yg minta". Simple je jawapan si Mad, pelajar tingkatan 5. Memang tak ada insuran mulut si Mad ni. Berdesing telinga sy mendengarnya. Bukan main ego si Mad ni. Satu 'side', sy puji sikapnya  krn dia memang telus mbuat pengakuan maut ni.
"Kamu tak kesian ke dgn ibu kamu? Kamu tahu tak, apa yg kamu lakukan ni, dgn tak pasal2 ibu kamu terheret sama ke dlm neraka. Dah lah ibu kamu tu ibu tunggal? Kamu tak kesian ke?" Harapan sy agar tersentuh juga hati si Mad ni. Namun, lain pula jadinya. Dgn senyuman je, dia menjawab:
"Ckg tahu tak kat mana sy buat kerja2 ni????? Kat rumah je, ckg. Emak sy pun tngah melayan nafsunya dgn jantan lain. Tak ada sebab la mak nak marah sy!!!!"
Aduhai.......berasap telinga sy, bergegar jantung sy.......Apa lagi yg sy nak kata melainkan "Astagfirullahalazim"......

Sabtu, 22 Januari 2011

Kak Aziah Dulu dan Kini

Kak Min,Shima,Zana dan Kak Aziah
"Allah  menguji seseorang itu, kerana dia mampu berhadapan dgn ujian itu".
Ya...sy memang selalu mdengar kata2 ini dan sy menyakininya . Memang hebat orang2 yg mampu menahan diri drp berburuk sangka terhadap Allah swt. Sy ingin mjadi orang2 sperti ini.Kuat, tabah dan redha setiap musibah yg melanda. Menyebut perkataan 'redha', bukan semudah praktikalnya.

Sy bsyukur kerana sy sering di kelilingi sahabat2 yg mempunyai kekuatan tersendiri. Stiap sahabat yg sy kenali, pasti ada di mana2 bahagian tertentu yg akan mjadi idola bg sy yang serba kekurangan lagi daif ini. Sy dahagakan ilmu scara praktikal. Maksud sy, apabila sy melihat sesuatu kelebihan yg ada dlm diri org lain scara 'life', ia lebih mudah utk dihayati drp teori. Terima kasih Allah, kerana sering membuka mata sy supaya dpt melihat kelebihan org lain dan seterusnya membuka lorong utk sy masuk ke jalan yg diredhai.  Cuma kesilapan sy suka menangguhkan sesuatu yg baik. Namun, scara jujurnya, sy sedang mencuba dan akan terus mencuba. Inshallah....sy akan masuk juga.

Mengukur seseorang, bukan pada lahiriahnya. Jgn tertipu dgn apa yg dilihat. Disebabkan sifat sy suka memerhati, maka kenyataan ini boleh dipercayai.Sy pernah mdengar kata2 yg berbau angkuh drp seorang insan yg merasakan dirinya bgitu hebat hanya krana dia pernah bguru dgn seorg ulama. Sy pernah juga kecewa dgn ketidakjujuran seseorang yg kelihatan bgitu Islamik tetapi mbuka rahsia yg pernah sy ceritakan padanya sedangkan sy memintanya merahsiakan perkara itu. Kesudahannya, sy membuat konklusi sendiri : 'apa yg dilihat dr aspek lahiriahnya dan mendengar drp kata2 berbau islamik belum tentu melambangkan sperti yg dilihat dan didengar' . Jadi, sy lebih percaya kehebatan seseorang apabila sy mengenalinya secara praktikal.

Pd entri sy kali ini,  sy ingin bkongsi cerita tentang kekuatan seorang guru di sekolah sy dan juga  seorang pesakit buah pinggang yg memerlukan dialisis 3 kali seminggu. Sy memanggilnya 'kak Aziah'. Sy mengenalinya sebelum ini wpun kami bukan bkerja satu bumbung. Ketika itu, dia seorang yg sangat aktif dan berdedikasi. Hubungan kami hanya setakat 'hai' sahaja. Maklumlah, pd masa  itu sy sgt tidak layak bergaul dgnnya yg ketika itu sering mjadi org2 penting dlm setiap upacara dan majlis.

Itu cerita kak Aziah entah beberapa tahun yg lalu. Pada ketika ini, beliau yg sy kenali sudah bertukar segala-galanya. Dia seorang yg lemah, tidak bermaya dan tidak seceria dahulu.Namun, apa yg mengagumkan sy, dia sgt tabah dan sgt kuat menghadapi ujian yg Allah berkan kepadanya. Sy sgt teruja apabila berpeluang berbicara dgnnya. Stiap butir bicara,akan sy kutip untuk menjadi penguat dlm diri.

"Sakit yg akak alami ini, merupakan anugerah dan pengalaman yg tidak ternilai,Nora. Akak bersyukur sgt kerana Allah memberi akak peluang duduk berehat selama 4 jam setiap kali akak  mjalani dialisis. Dalam tempoh 4 jam, 3 kali seminggu tu, akak dpt muhasabah diri akak, akak sempat mengaji yg sebelum ini akak tak ada masa pun dlm semua perkara tu......" Itu adalah antara kata-kata yg keluar drp bibirnya ketika kami sempat bersembang baru2 ini. Wajah kak Aziah benar2 tenang ketika melafazkan apa yg ada dihatinya. Sy dpt melihat ketenangan itu yg sebelum ini tidak pernah sy lihat padanya suatu ketika dahulu.
Sy kagum dgn kesabaran dan ketabahan yg beliau miliki. Kemampuan kak Aziah menanggung kesukaran dan kesakitan tanpa sebarang rungutan menyebabkan hati sy tersentuh.Mungkin krn sy tahu siapa dia sebelum ini dan kini sy juga melihat apa yg terjadi di hadapan mata sendiri.

"Nora tahu tak, dulu akak langsung tak ada masa unt family. Akak sgt taksub dgn kerjaya. Akak dpt rasakan betapa akak mengabaikan tanggugjwb akak pada anak2 dan suami. Tapi dgn anugerah ini, akak byk masa  bersama  mereka. Alhamdulillah, Allah memberikan akk masa untuk semua ini".

Jujurnya sy dpt melihat sifat sabar ada dlm diri kak Aziah. Ya, sifat ini merupakan sebahagiaan drp kesempurnaan diri. Ia merupakan ptanda bahawa kita mampu menguasai emosi dlm menghadapi pelbagai situasi. Islam mendidik kita supaya redha dgn ketentuan ilahi. Dan, antara ciri2 redha itu adalah sifat sabar. 

Sy pernah terbaca satu artikel di mana seorg tokoh terkenal Amerika Syarikat (maaf, sy tidak ingat namanya) pernah berkata: “Jangan memohon untuk meringankan bebanmu tetapi mohonlah supaya ditegapkan badanmu.” 

Spanjang sy mengenali kak Aziah (sejak dia sakit), tidak pernah sekalipun sy mendengar keluhannya tentang apa yg dideritainya walaupun sy nampak dgn jelas kesakitan yg ditanggungnya selama ini. Bg sy, kak Aziah bgitu hebat menghadapi dugaan (mungkin bg sy dugaan,tp baginya satu anugerah) yg menimpa. Ketabahan yg beliau miliki telah membuka mata sy bahawa tidak ada gunanya berkeluh kesah dgn apa yg terjadi dalam hidup ini. Semua yg berlaku ada kerahsiaannya tersendiri. Memang di dunia ini, tempat Allah menguji hambaNya unt dikategorikan di manakah tempat kita di sana kelak.

'Kalau sy berada di tempat kak Aziah, adakah sy sekuat dia?' Pertanyaan itu menerjah ke dlm diri sy. Dan stiap kali soalan itu menerpa, sy tidak mungkin dpt mjawabnya. Cuma, sy bdoa agar sy juga dikurniakan kekuatan luar biasa spertinya.Ketabahan dan kesabaran kak Aziah, memang mjadi idola sy. 

"Akak rasa bersyukur krn Allah telah memilih akak sebagai pesakit buah pinggang. Kalau ditakdirkan umur akak tidak panjang, akak redha.Dan sekiranya Allah meminjamkan lagi nyawa ini,akak bersyukur krn mungkin akak boleh menebus semula kekurangan yg ada pd akan di samping dpt  pertingkatkan amalan akak."

Tidak ada satu pun kata2 berbau penyesalan yg lahir drp mulutnya. Mungkin dia sangat memahami apa yg terkandung dalam surah al-Mulk bahawa Allah mencipta hidup dan mati untuk menguji siapakah dlm kalangan kita yg paling baik amalannya. Oleh itu, Allah menurunkan pelbagai bentuk ujian sama ada musibah atau pun kemewahan.Ya, sy yakin kak Aziah antara golongan orang2 yg tabah menghadapinya kerana apa yg dilihatnya kini semuanya kebaikan yg Allah beri untuk menyedarkan kealpaan yg pernah dia lakukan sebelum ini. 

Terfikir sy seketika, ada benarnya kata2 kak Aziah ini jika dibandingkan dgn org2 yg tidak pernah diuji. Memang lumrah manusia biasa akan terleka dan terlena dibuai kemewahan dan keseronokan dunia. Siapa antara kita boleh mengingati Allah ketika sedang ketawa terbahak2 menyulam rasa keseronokan yg terlampau?
Sabda Nabi junjungan kita yg bermaksud : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)

Buat kak Aziah, terima kasih kerana menyedarkan sy betapa besarnya nikmat sihat jika dibandingkan sakit. Tidak perlu  mengeluh dgn ujian2 kecil yg menimpa jika dibandingkan dengan ujian yg menimpa dirinya.Betapa perlunya redha dan berbaik sangka kepadaNya jika menghadapi segala ujian dlm hidup ini.
Merenung pada diri, sedarlah sy bahawa sy begitu nun jauh ketinggalan jika dibandingkan dgn apa yg dimiliki oleh kak Aziah.

Ya, pertemuan semula antara sy dgn kak Aziah adalah dalam perancangan Allah juga kerana mungkin ada sesuatu yg berharga yg boleh sy ambil daripada pengalamannya sebagai manusia yg dipilih oleh Allah untuk kekuatan dalaman  yg harus sy bina . 


Nabi s.a.w bersabda:

 عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Ertinya: Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibah, keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim)


Sabtu, 15 Januari 2011

Rezeki...Mengapa Harus Ada Pertikaian????


Kemenangan lagu Ana Raffali menjadi serangan utama oleh segelintir masyarakat setelah mjuarai AJL ke 25 baru2 ini. Scara peribadi, sy juga kurang meminati lagu ini tapi yang menyebabkan sy redha dan pasrah kerana ia berkait rapat dgn soal rezeki. Dah memang rezeki dia untuk menang pada malam itu. Bila bercakap soal rezeki, semua manusia terutama yg beragama Islam kena dan harus akur bahawa rezeki adalah dalam ketentuanNya. Walau apa keadaan sekalipun, rezeki tetap rezeki. Samalah juga dengan soal jodoh,ajal dan maut.Seandainya kita smua memahami hukum itu, pasti kita tidak akan berbunyi dan melatah. Tetapi biasalah, manusia memang suka berkontroversi.


Sama juga dengan perkara2 lain yg 'sewaktu dengannya'. Bukan kita tidak biasa berhadapan dengan orang2 yg tidak sewajarnya naik pangkat dalam usia dan pengalaman terlalu muda dan mentah. Sedangkan masih ramai lagi manusia yg lebih 'senior' dan berpengalaman tidak dilantik menjadi pemimpin dalam sesebuah institusi atau organisai. Tak kiralah.sama ada org yg dipilih itu  'kaki pengampu' , 'kaki bodek' atau sebarang kaki sekalipun. Atau mungkin org yg dilantik memegang jawatan yg tidak sepatutnya itu mempunyai 'kabel' yg cukup kuat dengan pringkat atasan. Memang sbg manusia yg rasa dia lebih layak, akan terpukul dgn  lantikan tersebut namun,kita harus ingat.....semuanya terjadi dan berlaku adalah dgn  keizinanNya jua....jadi kenapa masih merungut???

Begitu juga dengan anugerah yg diterima oleh pekerja2. Kalau warga pendidik,anugerah APC merupakan anugerah yg mengukur kecemelangan seseorg pendidik itu bekerja. Anugerah sekecil itu juga, adakalanya menjadi isu panas dalam kalangan kawan2 sekerja.(tidak hairanlah kalau keputusan AJL 25 menjadi isu yg lebih hangat dan panas )
Macam2 'sok sek sok sek' yg kita dengar di belakang sbg tanda rasa tidak puas hati. Kesian pada orang yg menerima anugerah2 sperti ini.Memang tidak dapat dinafikan, ada antara mereka yg mdapat anugerah ini,kerana kuat melobi tetapi  ada jg yang langsung tidak menyangka yang dia boleh terpilih untuk menerima penghargaan tersebut . Kesian bagi mereka yg benar2 layak, jg menerima tohmahan sedemikian rupa. Memang sukar hendak memuaskan hati semua manusia.Agaknya, memang begitulah tipikal manusia yg lupa bahawa sesungguhnya Allah telah menetapkan rezeki seseorang dalam pelbagai bentuk.

Bagi sy, mudah saja. Seperti yg sy katakan tadi, semuanya adalah rezeki masing2. Sama ada dia layak atau sebaliknya, itu bukan urusan kita. Begitu juga dengan sgelintir manusia  yg mempunyai 'kabel' yg cukup besar sehingga membolehkannya meraih pelbagai keistimewaan. Itu juga bukan urusan kita kerana soal rezeki ini, benar2 milik Allah. Manusia sangat lemah dalam membuat penilaian sebab itu ada antara mereka terlepas pandang  untuk menilai dan  memilih kelayakan seseorang yg layak menerima apa jua bentuk penganugrahan. So, kenapa boleh timbul petikaian jika kita memahami maksud 'rezeki seseorang dalam ketentuan Allah?'. Sy memang antara manusia yg tidak merungut dan tidak kisah walaupun tidak dapat sebarang penghargaan dan pengiktirafan daripada sesiapa. Siapa mereka untuk menilai sy kerana penilaian yg tulus, kudus, serta adil lagi saksama itu adalah datangnya drp Dia.

Khamis, 13 Januari 2011

Terima Kasih Buat Dia.


Ada seseorang yg mengganggu fikiran sy...
Satu ketika dahulu, sy melarikan diri drp org ini tapi akhirnya org ini muncul di depan mata. Sy dgn beraninya mengatakan org ini berhutang dgn sy....berhutang maruah. Namun, jgn bimbang, sy bukan pendendam orgnya. Sy dh lama memaafkannya cuma, hati sy tercuit dan tersentuh semula apabila org ini ada di tempat yg sama. Sedih bila mengingatkan kembali bgaimana hubungan rakan baik antara kami, bertukar mjadi hubungan yg hipokrit. Sy atau dia tpaksa berlakon seperti tidak pernah berlaku apa2 sebelum ini. Atau, mungkin juga dia harus berbaik2 dgn sy kerana dia tahu, sy tidak pernah memulakan episod cerita ini. Sy cuba melupakan kenangan itu, tp realitinya tidak semudah bicara. Ada ketikanya kenangan itu mengetuk semula ingatan sy terhadap peristiwa itu. Cerita yg melibatkan harga diri.

Org itu merosakkan kepercayaan sy selama ini. Dia tegar mencemari hubungan baik yg dibina. Dia cuba meruntuhkan kepercayaan sy, namun nasib baik Allah melindungi sy. Hati sy kukuh dgn status yg sy pegang selama ini. Status ibu dan isteri sy pelihara erat agar tidak dicemari oleh perkara2 yg tidak sewajarnya. Dan apabila sy berdiri teguh dgn prinsip,maka sy difitnah olehnya dgn pelbagai tuduhan. Sayangnya, sgala tohmahan dan tuduhan itu, smpai semula ke telinga sy melalui org yg mendengar fitnahnya. Besar bukan kuasa Allah???? Apa pun, sy bersyukur juga krn peristiwa ini mengingatkan sy 'memang begitulah spesis kebanyakan lelaki'....Bila rasa dimalukan oleh wanita, maka mereka cuba menutupnya dgn mengaibkan semula wanita berkenaan semata2 menutup kesilapan yg telah dilakukan.

Terima kasih buat dia, yg suatu ketika pernah menjadi sahabat baik sy...........

Selasa, 11 Januari 2011

Perempuan atau Betina


"Apa bezanya perempuan dgn betina,?"
Wah, marah sungguh teman satu sekolah sy ni. Dari nada dan persoalannya,dah cukup membuat sy mengerti.Sy tahu,dia marah pada kaum sejenis sy.
Sy mengaju pula soalan kepadanya. 
"Jawapannya akan awak peroleh jika awak jawab soalan sy....apa bezanya lelaki dgn jantan?"

"Ah...memang dasar perempuan.... semuanya sama!!!" Kata kawan sy lagi.
"Dasarnya memang sama, tp pembawakannya yg berbeza. Semuanya bgantung kepada pegangan seseorang tu. Salah jika awak rasa smua perempuan itu sama. Kalau awak pandang mcm tu, awak zalim terhadap ibu, kakak, adik perempuan atau anak perempuan awak sendiri ".
Tidak berkelip matanya memandang ke arah sy. Sy tahu dia marah dgn jawapan sy tetapi dia tidak mampu untuk mjawab. Dia terpaksa akur dgn kata2 sy. Kesian dia. Sy tidak berniat untuk mengenakannya tetapi apa yg sy cakap itu, tiada siapa yg dpat menafikannya. Tak pasal2 berlaku perdebatan dalaman antara teori yg dia cipta dgn pendapat yg sy bawa. 

Bukan semua perempuan sama. Pegangan, prinsip dan keimanan, akan membawa seseorang itu ke mana cenderungnya. Bukan semua perempuan boleh cair dgn pujuk rayu jejaka. Perempuan yg ada di muka bumi ini bukan stereotype. Kalau sama....mudahlah semua jejaka dlm perjuangannya.Kepelbagaian ciri2 wanita inilah yg menyebabkan kenikmatan seorang lelaki memiliki cinta seseorang yg bernama wanita dan bukan betina. Makin sukar dimiliki, makin terasa nikmatnya.Makin mahal harganya, makin tinggi nilai kualitinya.

Kesian kawan sy ni. Sy tahu dia kecewa krn tidak dapat memiliki seseorang.Sy tahu, dia puas mencuba utk memenangi hati si dara tp cintanya ditolak oleh si dara krn status kawan sy ni, suami org.Si dara tidak sangka, jejaka yg cuba mdapatkannya sudah dimiliki dan mempunyai 3 org cahaya mata. Atas alasan itu, kawan sy rasa diri dipermainkan lalu merasakan semua perempuan adalah sama.

"Macam nilah, sy rasa awak kena berbalik pd prinsip nikah kahwin dlm Islam. Awak tahu, jodoh, rezeki dan ajal ditentukan Allah.Seandainya awak tidak ada jodoh dgn perempuan atau betina yg awak gelarkan, itu bermakna awak tidak ada jodoh dengannya. Allah tidak mengizinkan awak berkahwin dgnnya.Kalau awak pegang prinsip itu, insyallah awak akan redha.Dan, satu lagi....gadis yg menolak cinta awak itulah yg dinamakan perempuan. So, sy dh jawap pertanyaan yg awak ajukan dari awal tadi".

Itu saja yg dapat sy katakan sebelum meninggalkan kawan sy yg masih belum reda api kemarahannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...