Rabu, 28 April 2010

Terima kasih, Tuhan

Sesungguhnya Allah benar-benar menyelamatkan saya dan cikgu Kamariah. Kalau tidak, entah apalah yang berlaku pada kami minggu lepas..(Rabu 21.4.10). Kalau tak mati, sekurang2nya patah kaki atau tangan.Segala2nya berlaku begitu pantas. Dan Tuhan juga telah menyelamatkan pengawas2 saya kerana biasanya pada waktu pagi seperti itu, pengawas saya akan berada di kiri kanan pagar bagi membantu pihak sekolah menguruskan  disiplin pelajar yang tidak lengkap serba serbi apabila masuk ke kawasan sekolah.Entah kenapa, pagi itu tidak seorang pun pengawas saya berada di sebelah kiri pagar. Yang kelihatan pada pagi itu ialah cikgu Kamariah Tukiban .....sedang berdiri di bahagian depan tembok tepi pagar sedang menanti pelajar2 yang akan pergi ke Kuala Selangor untuk menyertai pertandingan anjuran Bimbingan dan Kaunseling pringkat daerah.

Melihat ckg kamariah bearada di situ, sy pun menghampirinya kerana ingin bertanyakan sesuatu tentang ptandingan tersebut. Kebetulan, ada pelajar yg mnyertai ptandingan melukis poster dan kain rentang. Sedang sy berbual dengan ckg kamariah, dengan tidak disangka-sangka, sy  menyaksikan sendiri bagaimana sebuah kereta meluru ke arah tembok sekolah dengan lajunya. Spontan sy menarik tangan cikgu kamariah agar beralih sedikit dari tempat kami berdiri. Dengan situasi yg tidak terkawal, kereta tersebut melanggar tembok sekolah dan mengakibatkan tembok tersebut runtuh...betul2 runtuh ditempat kami berdiri.

Sy melihat cikgu yati brada dalam kereta trsebut. Dia tergamam ketika itu...Sy tak pasti apa yg menyebabkan dia hilang kawalan  pada pagi itu. Apa yg saya saksikan, kereta yang dipandu agak laju.Walau apa pun...mungkin dia ada alasan sendiri mengapa pada pagi itu dia gagal mengawal pemanduannya.
Sy tergamam juga, kerana semua yang berlaku itu di hadapan mata. Serentk dengan itu, sy tak dapat bayangkan betapa besarnya kuasa Tuhan.  Semua yang berlaku, begitu cantik susunannya. Hebat perancangan Allah. Sy terfikir sendirian, kalaulah sy tak berganjak setapak kebelakang, tentu sy dan cikgu kamariah akan cedera terkena tembok sekolah yang runtuh. Sy terfikir lagi, kalau tak ada tembok di situ, sudah tentu cikgu Yati akan melanggar kereta2 guru lain yang dah tersedia parking di perkarangan tapak perhimpunan. Dan, dalam masa yang sama tentu ada pelajar yang berada di kawasan tersebut cedera atau segala kemungkinan akan berlaku. Dan, pada pagi itu jugalah tiada seorang pun pengawas sy yang berada di sebelah kiri pagar sekolah....

Sy menarik nafas panjang. Saya terus mengerjakan sujud syukur di atas segalanya  yang terjadi pada pagi itu. Terima kasih, Tuhan. Hanya saya yang tahu betapa besarnya rasa terhutang budi saya pada Allah pada hari itu. Dan....saya berdoa untuk diri sendiri, smoga Allah memberikan hidayahNya kepada  sy agar sy berusaha melipat gandakan apa saja yang boleh mendekatkan diri saya denganNya. Sesungguhnya sy  yakin ,ada sesuatu yang Allah hendak berikan pada sy. 


Khamis, 22 April 2010

Semoga Anak Adam Dilindungi.....

Astagfirullahalazim.........
Hari ni,satu handphone diambil oleh pengawas sy atas arahan guru disiplin. Hp tersebut diserahkan kepada guru disiplin untuk tindakan selanjutnya. Apa yg membuatkan sy mengucap panjang apabila melihat video2 yg tkandung dlm hp tsebut. Ya Allah, betapa bjayanya objektif Yahudi untuk merosakkan genarasi muda terutama orang2 Islam. Subhanaullah.....betullah janji mereka untuk merosakkan umat Nabi Muhammad SAW ini mlalui 3 cara:
1. Menggalakkan maksiat-yakni penzinaan,pgaulan bebas supaya tidak mdpt hidayah drp Allah SWT
2.Makanan dan minuman-makanan yg tidak halal akan merosakkan hati umat Islam
3.Melalui pendidikan, .filem2,bahan2 bacaan, ideologi  dan fikiran sekular tajaan yahudi

Hendak atau tidak, sy terpaksa juga mbuka video tsebut untuk mcari kepastian. Ya Allah, bukan stakat terkejutnya sy mnyaksikan lebih dari 10 video tersebut,malah kaki sy jadi longlai dn mengeletar krn spanjang hidup sy, sy tidak akan cemarkan mata dan pandangan sy ke arah pkara2 sedemikian rupa. Tidak dpt sy bayangkan seorang pelajar yg baru berusia 16 tahun menyaksikan video lucah sedemikian rupa.
Subhanaullah.......Sedihnya sy tidak dapat dilahirkan  drp perkataan. Bukan stakat video lucah dr luar negeri, adegan melampau yg mlibatkan orang2 melayu yg beragama Islam pun ada. Malah, ada yg mlibatkan remaja 12 tahun. Apa nak jadi pd bakal pemimpin orang2 Islam suatu masa nanti jika dlm usia yg begini mentah,mereka sudah terdedah dengan pkara2 seperti ini??? Mata mereka telah dicemari dgn pkara2 kotor  malah ada yg telah melakukannya pun tanpa ada rasa bersalah dan berdosa kpd Allah. Mustahil,remaja yg mnyaksikan video2 lucah ini tidak terangsang untuk mencubanya dengan pasangan masing2.

Tahniah kepada yahudi kerana agenda mereka untuk merosakkan umat Islam telah pun berjaya... 

Apa lagi yang harus sy lakukan???Kerdilnya sy kerana tidak dpt membantu remaja2 kini (yg melibatkan pelajar sekolah) supaya tidak terlibat dgn perkara2 seperti ini???? Sy rasa betapa tidak bergunanya sy menjadi seorang guru kerana perkara2 seumpama ini tidak dpt dibanteras....lebih2 lag melibatkan bangsa dan agama sy.
Esok.....pihak sekolah akan memanggil ibu bapa pelajar ini, dan sy ingin menyaksikan respon daripada kedua ibu bapanya. Satu persoalan yg singgah di minda saya :
Adakah sama kesedihan dan kekecewaan ibu bapa pelajar ini sama sperti apa yg sy rasakan????

Surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Dalam doa Nabi Saw. disebutkan:

“Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hatiku, cahaya pada lidahku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku. Jadikanlah cahaya di bawahku, cahaya di atasku, cahaya di samping kananku, dan cahaya di samping kiriku, cahaya di depanku, dan cahaya di belakangku. Jadikanlah cahaya di dalam diriku dan jadikanlah cahaya itu sebagai keagungan bagi diriku.”


Semoga Allah melindungi Keluarga saya......dan Syukur kehadratNya untuk setakat ini....


Selasa, 20 April 2010

Hinakah Menjadi Wanita Yang Tidak Bersuami?

Hikmah perkahwinan

  • Cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks. Melalui perkahwinan, perzinan .liwat dan pelacuran sebagainya dpat dielakkan.
  • Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
  • Memelihara kesucian diri
  • Melaksanakan tuntutan syariat
  • Menjaga keturunan
  • Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan oleh Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
  • Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
  • Dapat mengeratkan silaturahim
 (dipetik daripada teks Perkahwinan Menurut Islam)

Insyaallah, sy memahami tuntutan perkahwinan dalam Islam cuma, sy berharap orang2 di luar sana  harus memahami soal jodoh merupakan  ketentuanNya juga. Bukan niat untuk membela kaum wanita yg tidak berkahwin kerana sy tahu memang ada segelintir kaum wanita yg tidak mahu berkawin atas sbb2 tertentu Namun, ada wanita yg tidak byk pergaulan sosialnya menerima nasib seperti yg sering ditimbulkan oleh manusia yg suka dgn  isu2  hangat seperti ini.Maka, timbullah gelaran seperti 'andartu' bg wanita2 ini.
 Di bawah ini, merupakan kisah yg berkaitan dgn isu ini dan melibatkan kakak sy sendiri....

1."Mengapa kakak2 Nora tak kahwin? Memilih sangat kot"
2."Berapa umur kakak2 Nora tu? Kenapa diorang tak nak kahwin???"
3."Entah siapalah yang kakak Nora tunggu......sampai sekarang tak kawin2"
4."Macam mana  kalau dah tua,jika anak2 tak ada. Siapa nak jaga????...."

(Wow....tak tersenarai byknya ptanyaan sperti ini diajukan kepada sy.)

Begitulah soalan2 biasa yg saya dngar dan yg akan sy dengar mengenai kakak2 sy yang tak kahwin hingga sekarang. Dah lali telinga saya mendengar pertanyaan2 ni....malah ada yg smpai tahap mengutuk kakak2 saya kerana smpai skarang masih tidak menemui jodoh. Kadang2, sy malas nak layan dngan pertanyaan2 dan komen2 yg  tak diminta ini. Slagi komen diorang tak melampau, sy akan biarkan saja sebab bg saya penat mulut diorang berckp,dgn sendiri mereka akan berhenti. Atau...sy buat pekak je. Tp,kalau dah agak melampau,memang sy 'bodohkan'je org2 mcm ni. Tapi...kalau dh ter'over', elok ditampar je...Baru mereka bhenti bercakap mengenai isu2 yang tidak berfaedah ni. Org2 ni, memang suka berspekulasi daripada mgkaji. Itulah kelebihan mereka.....

Mcm manalah sy tak kata org2 mcm ni 'bodoh'...Kalau mereka tahu qada dan qadar, atau soal jodoh ni memang urusan Allah, dah tentu mereka tidak pertikaikan tentang pkara ni. Sesungguhnya ajal maut,rezeki dan jodoh merupakan ketentuanNya sejak azali lagi. Memang tidak ada seorang manusia pun yg mampu melawan takdir. So, kl mereka kat luar tu faham perkara ni, dah tentu tak byk pertikaian mereka terhadap kakak2 sy. Kesian kakak saya.....adakah mereka kena melawan takdir agar mulut2 celupar orang2 di luar sana berhenti bercakap mengenai mereka.

Pernah satu ketika,sy naik angin di sekolah gara2 mulut seorang 'cleaner' di sekolah sy. Sy selalu mdengar daripada kawan2 tentang tuduhannya thadap kakak sulung sy. Kbetulan,pada waktu itu sy dan kakak sulung sy bekerja di tempat yg sama. Pd awalnya sy mngamalkan sikap "ada aku kesah" tp smakin hari semakin byk pulak fitnah yg dilemparkannya terhadap kakak sy.
Menurutnya,..... kakak sy ni memilihlah....nak tunggu putera rajalah....nak cari orang kayalah...ahh....mcm2 lg lah yg sy dengar.Sikap sabar kakak sy ni, mnyebabkan hati sy pulak yg tbakar.. Melihat kakak sy yg tidak ada respon dgn tuduhan tsebut, sy pula yg naik angin. Bagaikan seorang pahlawan melayu (pembela
kakak la ,kononnya) sy bjumpa dgn si 'cleaner' untuk mengetahui apa masalah dia yg sbenar. 

"Kak, kl kakak sy tak kawin, apa masalah akak? Akak takut suami akak kena ambil ke?"
Soal sy. Dia terkejut juga dengan cara sy mnyoalnya. "Kl akak yg dh berkahwin ni, sy tengok tak senang,masih bkerja mcm ni....lebih baik jd kakak sy. Dan, insyaallah...kakak sy tak kan ambik pun  lelaki  mcm suami akak,takut nanti khidupan dia lebih susah" (Demi Allah, sy tidak berniat pun nak mghina si celupar ni,tp cara dia mghina kakak sy sgt melampu)

Saya jadi sgt hairan apabila soal jodoh ini menjadi pertikaian manusia. Memang manusia ni benar2 pelik...(dan kadang2 tak cerdik) .Kejadian dan ketentuan Allah,berani mereka pertikaikan....Apa istilah yg sesuai untuk orang2 sperti ini?? Agaknya, sebab takut tak bersuamilah maka budak2 sekolah skarang dh sibuk mcari lelaki. Takut dgn tohmahan orang2 seperti yg sy ceritakan di atas tadi. 

Tak pasal2,sy pula yg tention memikirkan masalah 'bodoh' yg dicipta oleh orang2 yg tak cerdik ni. Mulalah byk persoalan yg sy timbulkan....Yang malangnya, sy soal.....sy juga yg jawab.
Soal      :"Orang yg dah kawin ni,  beruntung sgtkah krn mdapat suami?
Jawab   : "Isyh...kdg2, org yg kahwin lg malang bila dpt suami yg tak btanggungjawab,kaki pukul,judi,tlibat dgn dadah...bla..bla...bla...Bila dh tak redha dgn perangai2 suami,dah berdosa. lbih baik tak kahwin tp dia mjaga maruah diri"
Soal      : "Orang yg kahwin ada anak.....rugilah tak kahwin.Esok dah tua, siapa nak jaga?"
Jawab   : " Alah...bukan smua anak2 diorang tu jd orang. Kl dpt anak yg solleh,alhamdulillah. Beruntunglah ibu dan ayah. Tp.apa hal pulak kalau dpt anak yang lbh kurang 'jebon' je. Mnyusahkan mak bapak. tngok jelah berapa ramai ibu bapa dtg ke sekolah bukan nak menyaksikan anak2 dpt anugerah cmerlang,tp berkaitan dgn masalah disiplin yg anak2 mereka lakukan. Lihatlah skarang...berapa ramai anak remaja yg dah mconteng arang ke muka ayah dan bonda??Lbih baik tak ada anak, drp dpt anak mcm ni.Dan...seperkara lg jgn dilupa, anak-anak juga boleh mengheret ibubapanya ke pintu neraka.....
Soal     :  "Tak malu ke,dah tua2 tak kahwin?"
Jawab  :  " Lagi malu kalau ada suami tapi suami masih suka dgn perempuan lain. Dah sah-sah org akan ptikaikan kita sbagai isteri. Jgn ego untuk mengaku berapa ramai suami2 yg masih mcari keperluan asasi mereka di luar? Kan lebih baik tak ada suami..."
Soal     : Kalau ada suami, dah tentu dia dapat melindungi wanita2 dimuka bumi ni.
Jawab   : Eh...mcm mana pula kalau ada isteri yg melindungi suaminya. Yg menanggung makan pakai suaminya? Dah terang2 kita memikul biawak hidup.

Dah...Dah...cukup!!!!!dah mcm orang tak siuman pulak sy. Sendiri soal, sendiri jawab.Malas nak fikir pkara2 yg org lain timbulkan. Masalahnya, ia mlibatkan kakak sy yg tidak bdosa. Hina sgt kah di mata orang2 di luar sana tu apabila melihat ada wanita2 yg tidak bersuami.Bagi sy, wanita yg tidak kahwin, tidak lah hina slagi mereka pandai memelihara adab2 sbg wanita muslimah.....Sy tidak berani nak menyamakan perempuan yg tidak berkahwin ini seperti Rabiatul Adawiyah yg bgitu taat menghambakan diri kepada Allah.Rabiatul Adawiyah ni, seorg wanita tinggi darjatnya.Tak kan sama dgn manusia biasa. Tp, apa yg hendak sy sampaikan, bukan semua wanita yg tidak berkahwin itu hina....that's all. 

 Wlau bagaimana pun, sy akur bahawa bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ia adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Apapun...orang2 di luar sana,jgn cepat menuding jari kepada wanaita yg tidak bersuami...kerana apa yg terjadi adalah ketentuanNya dan penuh dengan rahsiaNya. Siapalah kita yang terlalu bijak untuk mempertikaikannya.........Waallahu'alam

DOA RABIATUL ADAWIYAH

TUHANKU..
APA SAJA YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU
BERKENAAN DUNIA
BERIKANLAH KEPADA MEREKA YANG MEMBURUNYA

DAN APA SAJA KEBAIKAN YANG AKAN KAU KURNIAKAN KEPADAKU
BERKENAAN AKHIRAT
BERIKANLAH KEPADA HAMBA MU YANG BERIMAN
KERANA AKU HANYA MAHUKAN KASIH MU TUHAN

WAHAI ALLAH
JIKA AKU BERIBADAH
KERANA SYURGAMU..
JANGANLAH ENGKAU MASUKKAN AKU KEDALAM SYURGA

ANDAINYA AKU BERIBADAH
KERANA TAKUTKAN NERAKAMU
MAKA LEMPARKANLAH AKU KEDALAMNYA

TETAPI WAHAI TUHAN..
JIKA AKU BERIBADAH
KERANA INGINKAN KEREDHAANMU
MAKA JANGANLAH ENGKAU SIA-SIAKAN DAKU

 



Isnin, 19 April 2010

Ibu Tiri Cinderella





Siapa yg tidak tahu kisah Cinderella ....novel khayalan kanak-kanak sejak saya kecil hinggalah pada zaman sekarang. Sebut saja nama Cinderella, pasti semua orang akan terbayang wajah seorang gadis yang sangat cantik,lemah lembut tetapi hidupnya merana akibat didera oleh 3 orang kakak dan ibu tirinya. Kalau dulu, ketika zaman kanak-kanak, saya akan menangis tatkala cinderella didera oleh kakak dan ibut tirinya tanpa belas kasihan dn bperikemanusiaan.Sejak  mengetahui cerita itu, terpahat di hati saya bahawa ibu tiri seorang yg jahat,kejam,dan sgala sifat negatif itu ada pd ibu tiri. Ibu tiri takkan dpt menyanyangi anak tirinya sama seperti dia menyanyangi anak sendiri. Benci dengan ibu tiri membuak2 ketika itu. Dan sy yakin, beratus-ratus org di luar sana,juga setuju dengan saya stelah mbaca cerita Cinderella atau pada sesiapa sahaja yg mengetahui cerita klasik ini.

"Kenapa Fika,tak suka dengan ibu Fika?" Tanya sy kpd seorg pelajar sy yg beribu tiri sejak umurnya 5 tahun. (masa soalan ni sy ajukan pada Fika, dia berada di Tingkatan 4. Sekarang ni umur nya dah pun 25 tahun)
"Sebab,dia bukan ibu Fika. Knp mesti Fika sayang dia?" Soal plj sy kembali.
"Tp,bila ayah Fika dah mengahwininya, Fika wajib mhormati dia mcm ibu Fika sendiri"
"Sy tak suka dgn dia,cikgu. Dia isteri ayah sy,tp bukan ibu sy. Ibu sy dah meninggal"
"Ibu tiri Fika tak syg Fika ke?Atau ibu tiri ni Fika kejam?" Tanya sy untuk mdptkan kepastian.(Masa tu teringatlah sy kisah Cinderella)
"Tak, ibu tiri sy tak kejam tp sy memang tak suka pada dia. Nenek sy pun tak suka pd ibu tiri sy",kata Fika dengan lancar. Namapaknya, nenek Fika (Ibu kpd arwah ibu kandung Fika) juga memainkan peranan dlm hal ini. Sy tak tahu apa  punca sebenar kemarahan Fika pada ibu tirinya yg sememangnya sy begitu kenal baik dgn ibu tirinya yg saya panggil Kak Mah. Sy mengenali Kak Mah hampir 14 tahun dan spanjang pkenalan sy dengannya, sy dapati Kak Mah seorg wanita yg sangat lembut dan sy sgt sayang dgn beliau. Adakah kerana sy menyanyangi kak Mah, hingga sy buta mencari kelemahannya?
"Kalau tak ada punca, knp Fika marah dan benci dgn ibu Fika? Ckg nak tahu sangat sebabnya..." Ujar sy lagi.
"Nenek sy kata, ibu kahwin dgn ayah pasal nak harta ayah je..." Wah lancar sekali jawapan Fika kali ni. Sy terkedu sketika. Dlm hati sy berbicara sendiri..."mcm mana nenek si Fika ni boleh bkata sedemikian? Tidakkah nenek si Fika ni tahu yang Kak Mah ni bukan org sengkek? Tanah dan kebun punyalah banyak. Rumah sewa pun boleh tahan. Berkerjaya pula.Ada master lg....Mustahil tuduhan sedemikian dilemparkan oleh keluarga si nenek Fika terhadap Kak Mah. Kl nak dipandang secara luaran, ayah Fika bukanlah orang berkerjaya tinggi dan berharta spt Kak Mah. Ni,siapa yg harap harta siapa ni???
"Oh, jd,selama ni Fika buat macam2 tu hanya untuk menyakiti hati mama lah? Atau Fika sj nak mburukkan mama di mata org luar. Fika curi duit mama,Fika buruk2kan mama,Fika buat perangai kat sekolah hanya untuk malukan mama?"
Saya mula menyoalnya. Agak emosi sdikit nada suara sy. Fika tidak segera mjawab. Sy mnyambung lg.
"Fika, kl kamu buat ni smua hanya tujuan untuk itu, kamu akan dpt balasannya nanti. Tuhan itu adil sifatnya.Ckg kenal sgt dgn ibu kamu. Dan,ckg yakin, ibu tiri kamu tidak akan lakukan sperti yg kamu dakwa"

"Sy memang tak sukakan dia,ckg. Kl ayah tak kawin dgn dia pun, nenek sy ada. Dia boleh jaga kami adik beradik",sombong sekali Fika melemparkan kata2 tersebut pd saya. Suaranya agak tinggi sdikit sbg tanda mprotes apa yg sy kata. Sy tak ada idea nak mbalas smula kata2 Fika. Patut la selama ini, Fika selalu buat msalah di sekolah....pernah dia mcuri duit pelajar2 asrama. Bila ditanya oleh warden, dengan tegas Fika menjawab,ibu tirinya tidak mempedulikannya.So, duit yg dicurinya itu unt mnampung perbelanjaan sekolahnya. 

Cikgu2 di sekolah sy apa lg....terus je simpati dgn budak Fika ni, tanpa menyelidikinya tlebih dahulu. Kesian Kak Mah,ramai cikgu2 mempunyai persepsi buruk thadap Kak Mah.Sy yg sgt mengenali Kak Mah, rasa tpanggil untuk menyiasat kes ini. Tak mungkin Kak Mah sekejam itu.Sumpah ,sy tidak akan mpercayainya. Bukan sekali dua, Fika buat perangai buruk di sekolah.

Kisah yang blaku pada Kak Mah ini,mnyebabkan sy mula menolak kekejaman ibu tiri. Bukan semua ibu tiri kejam dan bukan semua ibu tiri jahat seperti ibu Cinderella. Sedikit demi sedekit, sy mula menolak cerita klasik ini. Kesian btul nasib ibu tiri ni. Realitinya,ada juga ibu tiri yang ikhlas mjadi ibu kepada anak tiri mereka. Sy mula insaf...lebih2 lagi apabila sy mnyaksikan sndiri bgaimana Kak Mah menguruskan khidupan Fika hinggalah Fika kini sudah pun berumah tangga. Dan, sekarang ini,sy masih lg melihat Kak Mah tetap mengambil berat terhadap Fika. Kadang2, sy pula yang tidak senang dgn kesabaran Kak Mah hingga sy merasakan  Kak Mah hanya  menjadi mangsa dlm pelbagai situasi yang dicipta oleh Fika.

Apa yg pasti...sy menolak fakta yg mengatakan semua ibu tiri kat dunia ni kejam!!!!!!! Jadi, perlu ada juga kisah yang menceritakan terdapat juga anak-anak tiri yang ada kat dunia ni, tak tahu diuntung, tak tahu berterima kasih , dan tidak tahu mengenang jasa. Masyarakat Melayu memang suka pada kebiasaannya sahaja, kerana mereka malas berfikir. Mereka suka menilai apa yang tsurat dan bukannya yg tsirat. Samalah juga dengan istilah anak derhaka,walhal terdapat juga kat dunia ini,ibu-ibu yang sanggup membuang anak kandung sendiri dan ada juga yang tidak mahu mangaku kewujudan anak mereka di muka bumi ini......Dan,masyarakat kita akan terus mjadi hakim atas apa yang mereka nampak.

Aduh.....sedihnya!!!!!!

Sabtu, 17 April 2010

Bangau oh Bangau

Pelajar melayu,suka sgt bseluar cikang. Dari jauh,dah nampak kaki2 mereka ni halus mcm burung bangau.
Sampai saya tak kenal, yg mana kaki manusia, yang mana kaki bangau. Kalau pelajar India pula, gemar sangat berkaki seluar lebar. Melebihi had yg ditetapkan oleh pihak sekolah. Kalau mereka berjalan,habis sampah2 dikaut sekali. (hai...mudahlah pekerja swasta di sekolah saya). Kadang2, saya pun keliru yg mana sapu, yg mana kaki pelajar India di sekolah saya. Kan ke susah tu?
Pelajar Cina pula, bab seluar ni tak ada masalah. Tapi yang menyebabkan cikgu2 pening kepala apabila tengok rambut mereka yang kebanyakannya macam artis Korea. Silap haribulan, artis2 Korea pun menangis tengok pelajar cina sekolah saya, kerana fesyen rambut mereka mengalahkan artis2 Korea sana. Kuku mereka pula, mengalahkan kuku hantu Cina.Aduh...susah juga jadi cikgu ni.

Adakah sebaiknya cikgu2 ni ambil pendekatan pejam mata sahaja? Buat tak nampak.... atau,cikgu2 pakat pakai cermin mata hitam supaya semua kesalahan2 yg berlaku di sekolah, cikgu tak perasan....
Atau, cara lain,semua cikgu ambil jalan mudah. "Lantaklah,bukan anak aku pun". 

Yang menghairankan saya,bukankah kesalahan2 seperti ini boleh ditegur oleh ibu bapa masing2. Bukankah cara pemakaian,fesyen rambut mereka boleh dilihat dengan jelas oleh ibu bapa mereka. Kenapa ibu bapa mereka langsung tidak memainkan peranan menegur kesalahan anak mereka? Kalau ibu bapa bekerjasama dengan guru, kan ke mudah kerja guru2 di sekolah? Bolehlah mengurangkan masalah disiplin dan guru boleh fokus pada P&P sahaja.

Bila cikgu buat tak nampak, ada pula mak bapak yang kata cikgu buat tak tahu dengan anak mereka. Cikgu tak main peranan. Kalau macam ni lah gayanya, sampai bila masalah ni akan selesai??Ha...jadilah situasi ini seperti lagu "bangau oh bangau". Saling menuding jari antara satu sama lain.

Perkara seperti ini, sepatutnya tidak berlaku. Kalau tugas guru tu mengajar saja, tentu mudah. Masuk kelas, mengajar saja mengikut sukatan yang telah dirancang. Apa yang berlaku di luar daripada sukatan, pakat main "lantak' je. Pelajar2 tentu setuju dengan kenyataan ni.Mereka pun ada motto sendiri.."mak bapak aku pun tak kesah, cikgu2 pulak yang menyibuk". Tapi, kalau betul2 nak buat macam ni...golongan guru okey je. Tp kena sain agrement dgn golongan ibu bapa. Tak pun kena ada MOU. Anak2 mereka jangan ditegur, jangan dijentik, jangan dimarah, jangan...jangan....jangan.....(segala macam janganlah).
Macam mana?? Setuju??? Kalau macam tu, bolehlah kita duduk di meja bulat.....

Bunyi ayat sy ni,mcm emosi je.....
Sebenarnya, taklah emosi sangat pun....cuma, frustlah apabila melihat pelajar2 sekarang tak ada tanggungjawab sendiri. Ibu bapa pun tak boleh kawal anak sendiri. Bila pihak sekolah tanya, mudah je mereka beri alasan.Ha,contoh alasan yang biasa didengar...
Alasan 1:"saya dah belikan seluar dia ni, besar cikgu. Dia ni pandai2bawa ke kedai kecikkan sendiri."
Alasan 2:"saya mana tau..balik dari kedai je, itu rambut sulah jadi merah. Sudah besar, saya mau hantam ka?"
Alasan 3:"saya pagi juga,sudah pegi keje...malam baru balik.Mana ada masa tengok ini semua. Cikgu sudah nampak,kasi tegurlah"

Ha...kalau dah macam tu punya alasan, serahkan jelah pada pihak sekolah jika pihak sekolah ambil tindakan disiplin dengan niat nak mengajar anak-anak mereka yang bermasalah ni. Jangan ada dakwa dakwi tentang hukuman yang dikenakan.Cikgu pun bukan gila sampai nak mencederakan anak2 mereka. (Ada juga cikgu yang mcm tu...tapi bilangannya tak sampai pun 0.000001 %) Cikgu2 tak ada niat lain selain nak menjadikan anak2 didik mereka menjadi "Manusia"....itu aja. 

Sekarang pun dah ramai anak-anak remaja yang dah rosak akhlaknya. Jangan sampai kita semua boleh berkata : "bagaimana acuan, begitulah kuihnya...bagaimana bayang,begitulah objeknya"

Maaf.....saya sebenarnya mengingatkan diri sendiri...sebab saya pun ada 2 putera dan seorang puteri yang sangat saya sayangi.Dan....saya mengharapkan bantuan orang lain juga untuk mendidik putera puteri saya menjadi manusia.

Wahai guru2 yang mengajar anak-anak saya, Terima Kasih kerana menjadikan anak saya insan berguna..




        

Isnin, 12 April 2010

Melayu dan Air Mata


Pukul 7.30 stiap Isnin- Rabu, program 'Ninja Warrior', akan bersiaran di TV9. Memang waktu yg tak sesuai untuk orang2 Islam kerana waktu itu adalah waktu untuk mengerjakan solat magrib.  Pada waktu ini,anak bongsu sy akan segera menunaikan  solat magrib.Masuk waktu, pasti tak bertangguh sbb nak tngok rancangan tersebut. Memang sy akan berperang dgn anak sy pada  waktu itu.

Ha..ha...ha ha........hari ni, saya pulak tertengok rancangan tu.Mcm mana nak tegur anak kalau mamanya pun tengok sekali. Sy berkesempatan tengok di bahagian hujung rancangan tersebut. Jauh di sudut hati, sy mengagumi peserta yg menyertai rancangan ini.Memang hebat orang Jepun ...beradu tenaga,beradu emosi,beradu keyakinan dan sebagainya untuk meraih gelaran 'Star of Ninja Warrior'. Bukan senang nak mdapat gelaran juara.....Memang hebat.....dan yang paling hebat, sy kagum dengan kekentalan emosi mereka. Salah seorang  peserta  pada hari itu, gagal mendapat gelaran juara hanya kerana tjatuh di saat-saat akhir. Sy yang tengok di rumah pun boleh frust, inikan pula mereka yg masuk bertanding. Tapi, apa yang nyata mereka yang tersingkir dari pada meneruskan acara, tidak pula menangis beriya-iya.Malah, masing-masing berazam dengan penuh semangat untuk mendapatkan juga gelaran juara itu. Dengan wajah yang penuh keazaman, para peserta keluar dari gelanggang pertaruhan. Hebat!! Semangat mereka memang hebat.

Tiba-tiba, sy terfikir sejenak. Betapa berbezanya orang Jepun dengan orang Melayu. Kalau orang Melayu, tersingkir saja dlm apa saja program, mesti menangis beriya-iya...mcm la tak ada masa depan lgi. Tersingkir dalam AF, menangis. Tersingkir dalam Mentor, menangis. Tersingkir dalam My Starz Lg, menangis.......Tersingkir dalam apa-apa rancanganlah, pasti menangis. Aduh....murahnya air mata orang Melayu ni. Berbeza sekali dengan orang Jepun, bukan????

Maaf....
Sy bukanlah anti Melayu dan mengagung-agungkan orang luar. Tapi, kita seharusnya belajar drp kelebihan orang lain.Buanglah rasa ego yg tak tentu hala dlm diri kita. Pandang di sekeliling kita...betapa jauh kita ketinggalan kerana asyik melayan emosi gila.Kesempatan yg terbentang luas,kita benarkan org 'lain' yang ambil. Di mana kita????

Kita akan menangis apabila terluka.
Menangis apabila tak dapat sesuatu benda.
Menangis apabila ditinggalkan si dia.
Menangis kerana dikecewa.
Menangis...menangis...menangis....kerana dengan menangislah kita mudah memohon simpati daripada orang lain. Tak ramai pun antara kita yang bangkit lebih gagah apabila dah rebah.

Cuba kita menoleh kebelakang seketika. Sejarah tidak pernah menipu kita. Memang bangsa Jepun ni terbukti kental dan berstrategi dalam bersaing untuk untuk kemajuan diri. Kalau tidak,bagaimana mereka boleh mengalahkan Amerika Syarikat satu ketika dahulu???

Yang sedihnya,bangsa Melayu juga. Mudah sangat dibeli oleh orang lain sama seperti zaman kejatuhan Melaka dahulu.Dengan mudah sahaja, bangsa kita mengkhianati bangsa sendiri kerana telah dibeli oleh saudagar2 Portugis. Apa bezanya Melayu sekarang? Mudah juga menggadai sesuatu untuk meraih sesuatu.....
Kemudian, bila perbuatan itu menimbulkan masalah, barulah mereka menangis....betullah kata pepatah,"sudah terhantuk, baru nak tengadah" .Menangis di atas kebodohan sendiri. Muak betul saya dengan bangsa Melayu. Silap-silap, saya kena keluar pulak daripada bangsa sendiri.

Apa yang pasti, kesedaran saya sangat tinggi terhadap bangsa saya sendiri tapi apakan daya, saya tak mampu menahan mereka daripada  terus 'menangis'. Bangsa saya memang suka menangis, menangis dan menangis. Saya tak terdaya nak menjadikan anak bangsa saya supaya  bangkit jika mengalami kejatuhan. Pandanglah ke hadapan seluas-luasnya untuk meraih kemenangan..dan toleh seketika kebelakang untuk mengambil pengajaran daripada kesilapan lampau. Jadilah anak Melayu yang  disegani oleh bangsa lain. Jangan sampai suatu masa nanti, kita pakat menangis ramai-ramai apabila kita menumpang di bumi sendiri.
Huwaaaaa..................................

Ahad, 11 April 2010

Taubat sentiasa terbuka untuk kita....bertaubatlah!!!!

Baru saja berlaku kes-kes pelik di sekolah, muncul lagi cerita baru. Yang sedihnya....anak-anak melayu. Terkejut sungguh saya apabila cikgu Pandiaraj bertanya soalan itu pada saya.
"Betul ke cerita yang saya dengar, budak kita .....(dot...dot...dot)"
Oleh kerana Allah masih mengurniakan sifat malu itu pada saya, jadi saya mengelak untuk menjawab soalan cikgu Pandiaraj.

"Entahlah, saya pun masih samar-samar dengan cerita tu. Saya tak pasti..." Jawab saya ringkas. Aduh...malunya saya bukan kepalang. Serentak dengan itu, hati saya sangat luluh mengenangkan anak bangsa yang terlalu murah menjaga maruah diri. Ya Allah...tak dapatlah saya membayangkan kalau anak sendiri yang melalukan adegan itu. 
Kemana hilangnya maruah Melayu sekarang ini???? Lihat sahajalah di sekeliling kita.....orang Melayulah yang  paling berani menggadaikan maruah secara terang-terangan.Berani berpeluk di khalayak ramai malah berani melakukan adegan yang panas jika ada kesempatan.
Paling menyedihkan, sanggup melakukan 'itu dan ini' pada yang bukan selayaknya dan sanggup melakukannya di tempat yang paling hina. A'uzubillah...

Bukankah kita kuat sebenarnya kerana kita ada al-Qur'an? Mengapa kita tidak berbalik pada ajaran Qur'an dan hadis? Mengapa anak Melayu sekarang begitu rapuh memegang ajaran yang suci itu? Tidak percayakah kepada kesucian agama Islam itu sendiri?

Saya benar-benar kecewa dengan apa yang terjadi. Di mana silapnya??Sudah hilangkah perasaan malu itu pada diri anak-anak Melayu kini. Nikmat sementara yang diraih,kesannya sangat berpanjangan. Malah, dosa yang kita lakukan hari ini, akan terkena tempiasnya pada anak cucu pada masa akan datang. Layakkah kita menegur anak-anak pada masa akan datang jika kita juga melakukan kesalahan yang sama pada hari ini?

Baliklah semula ke pangkal jalan. Bertaubatlah semahunya kerana pintu taubat masih terbuka. Alangkah ruginya jika apa yang dilakukan itu tidak menimbulkan rasa berdosa pada ibu bapa lebih-lebih lagi pada Allah swt. Kita sememangnya tidak mampu melawan nafsu, jadi janganlah mendekatinya (zina). Simpanlah sedikit rasa malu agar perkara-perkara yang melibatkan maruah ini tidak berlaku lagi. Cuba bayangkan, jika Allah menghukum zina itu dengan sebatan (bagi muslim yang belum berkahwin) dan rejam (bagi yang telah berkahwin), itu bermakna dosa berzina ini sangat besar dan memberi kesan yang sangat buruk.


 Firman Allah :
 h_s23.jpg
Tafsirnya : “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat ; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benarlah kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat ; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka oleh sekumpulan daripada orang-orang yang beriman.”
(Surah an-Nur : 2)


(Surah al-Mu’minun: 5-7)
Undang-undang Islam juga mengharamkan khalwat dengan perempuan bukan mahram. Ini dijelaskan dalam hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
 h_s8.jpg
Maksudnya: “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka jangan sekali-kali dia berkhalwat dengan perempuan yang tidak ada bersamanya mahramnya, (kerana) sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga bersama kedua mereka itu.”

Zina selain salah satu dosa besar dan hukumnya juga berat, maka balasannya di akhirat pula amatlah pedih, sebagaimana riwayat hadis ini : Daripada Buraidah Radhiallahu ‘Anhu, daripada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam katanya :
 h_s16.jpg
Maksudnya : “Sesungguhnya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi bersungguh-sungguh melaknat syeikh (lelaki dewasa) yang berzina, dan sesungguhnya kemaluan orang-orang yang berzina itu akan menyakiti penduduk neraka dengan baunya yang busuk.”

"Semoga Allah melindungi saya, anak-anak saya dan anak bangsa saya.....Amin"





Maaf....layakkah semua orang mendapat kemaafan?????





"Ustaz, berdosakah kalau kita tidak dapat maafkan orang lain" Tanya saya. Macam soalan bodoh tp yang pasti saya nak juga tahu apa yang ustaz Hakim jawab.
"Sebagai manusia biasa,kita kena maafkan orang lain. Buat apa kita menyimpan rasa dendam? Kalau kita tak buang rasa marah tu, hidup kita pun tak tenang,sebab dalam diri kita sentiasa ada perasaan marah tu," Jawab ustaz Hakim. Kemudian dia menyambung lagi. "Nabi pun boleh ampunkan umatnya,takkan kita tak boleh kot?" Jawapan ini, memang jawab sinonim dengan persoalan saya. 'Sedangkan nabi ampunkan umat'....Yah....Nabi memang maksum. Tak kan sama dengan manusia sejahil saya.

 "Saya memang tak boleh maafkan orang ini. Dia telah memutuskan hubungan saya dengan......" saya tak dapat meneruskan kata-kata. Hati saya sebak. Saya tidak mahu menangis di hadapan ustaz tersebut. Ah...murah sangat air mata ni. Baru nak mulakan cerita, dah rasa terharu Ttiba-tiba  perasaan saya jadi begitu rapuh.

"Kenapa? Orang itu memutuskan hubungan kamu dengan kekasih kamu kah?"
Saya tidak menjawab soalan ustaz itu dengan segera, saya hanya menggeleng-gelengkan kepala. Ustaz Hakim tidak bertanya apa-apa. Dia biarkan saja saya melayan perasaan saya. Jauh di sudut hati, saya rasa  kelakar juga bila ustaz Hakim boleh mengaitkan saya dengan cerita lama saya. Ah....tak mungkin saya begitu 'marah' dengan orang ini jika kesalahnnya sekadar memutuskan hubungan saya dengan seorang lelaki.

"Cakap kamu tadi tak selesai lagi? Orang yang kamu maksudkan itu telah memutuskan hubungan kamu dengan siapa?" Kali ini, ustaz Hakim pula yang tidak sabar-sabar untuk tahu cerita saya.

"Em....tak apalah ustaz. Saya rasa bukan masanya saya nak bercakap soal ini. Maafkan saya ustaz. Kebetulan, ceramah ustaz tadi berkaitan dengan persoalan saya. Jadi, saya terus je terpanggil untuk bertanyakan soalan tadi. Untuk pengetahuan ustaz, soalan saya tadi tidak ada kena mengena dengan apa yang ustaz katakan tadi" Jawab saya panjang lebar tanpa diminta. Saya tak mahu ustaz Hakim terfikir perkara yang tidak saya lakukan. Biarlah saya dengan persoalan saya. Ya....saya akan cuba memaafkan orang ini walaupun bagi saya kesalahannya begitu besar pada saya.

Saya akui, bukan saya tidak pernah melakukan dosa. Tapi,apa yang pasti dan jelas, saya tidak berdosa dengan orang ini.Malah, saya tidak kenal dia. Tidak pernah berjumpa dengannya pun. Hairan, kan??? Bila usia semakin meningkat, semakin dalam rasa marah saya pada orang ini. Saya tak tahu bila hati saya akan memberi orang ini ruang untuk dimaafi. Saya hanya memohon padaNya, supaya lembutkan hati saya. Saya harus percaya pada takdir. Setiap apa yang menimpa saya, itu adalah takdir,dan saya harus faham erti 'takdir' supaya tidak banyak mengeluh dan menyesali apa saja yang berlaku pada saya.

.....................bersambung.........


Jumaat, 2 April 2010

Sejauh Mana Kita Besyukur?







" Yesterday is history,
tomorrow is mistery,
and today is gift"
Hari esok sememangnya penuh misteri kerana tidak siapa di muka bumi ini yang dapat menjangka apa yang terjadi pada hari esok. So, sebagai muslim kita memang harus sentiasa berhati-hati dengan segala kemungkinan yang berlaku. Kalau kita dianugerahkan sesuatu yang mengembirakan, sudah tentu kita gembira tetapi jika sebaliknya??? Ah...saya sendiri ngeri nak membayangkan walaupun saya tahu setiap kejadian ini mempunyai hikmah di sebaliknya. Semuanya merupakan rahsia Allah SWT.

Betul juga kata Syed Alwi Alatas, seorang penulis tanah air yang berpendapat hidup ini umpama dua permukaan duit syiling di mana satu permukaan berupa dugaan dan satu lagi nikmat. Apabila dilambung duit syiling tersebut, kita tidak tahu apakah yang akan berlaku.Jika nikmat yang kita peroleh, sudah tentu biasanya kita tidak terfikir apa-apa tetapi jika dugaan yang melanda, pada masa itu kita berasa sedih,resah,dan mula mengingati Allah.

Adilkah jika kita bersikap sedemikian. Memperoleh kenikmatan, kita lupa seketika akan kewujudanNya jauh sekali mensyukurinya. Jika berlaku sebaliknya, pada masa itulah kita tunduk ke bumi, mencari sesuatu untuk meminta perlindungan. Ya, saya mengaku bukan semua manusia seperti ini, tapi inilah hakikatnya. Manusia kebanyakannya begini dan adakalanya saya juga salah seorang daripadanya. "Ya Allah, ampunkan aku kerana terleka mengingatiMu di saat-saat aku ketawa, gembira dan bahagia".

Mengulas kemabali tentang kenikmatan, ramai yang tidak sedar bahawa kenikmatan yang Allah beri kadang-kala juga merupakan ujian. Ramai yang tidak sedar itu. Saya tidak mahir dalam soal Firman Allah dan Hadis Nabi tapi saya akan menyimpan sesebuah firman dan hadis di dalam koleksi hati dan peribadi jika firman dan hadis itu menjadi kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan.Kenapa dan Mengapa????Kerana....suatu ketika dahulu saya pernah merintih tentang kehidupan ini ,ketika saya melalui zaman kanak-kanak  dahulu. Saya tidak berminat untuk berkongsi cerita itu di sini, kerana ia telah lama saya kuburkan jauh dari sudut hati. Saya akan membongkar kenangan silam itu jika saya ingin menjadikannya contoh kepada anak-anak saya supaya mereka lebih bersyukur dalam menempuh hidup ini. Apa yang pasti, saya ingin anak-anak saya tahu konsep "bersyukur" kerana mereka mempunyai ayah dan ibu seperti saya. 

Firman Allah SWT : 
"Maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmata dari Kami dia berkata,'sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaran. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui ' (az-Zumar:49)

Jadi, saya akan mendidik diri saya, kenikmatan dan keseronokan yang orang lain perolehi juga merupakan ujian. So, kenapa saya harus bersedih dan menyesali apa yang pernah berlaku pada diri saya? Apa yang saya ingin simpulkan di sini, segala-gala yang berlaku penuh dengan kerahsiaan Allah. Saya ingin mengingatkan diri saya, anak-anak saya serta orang di sekeliling kita bahawa itulah erti kejadian sebenarnya. Kita tidak mampu mentafsir segala-galanya walaupun kita tertanya-tanya kenapa itu berlaku pada kita. Ya Allah, mantapkanlah hati saya dan hati-hati orang-orang yang saya sayangi.

Ya, bukan senang untuk kita mengaplikasikan apa yang kita jadikan prinsip, tetapi sekurang-kurangnya saya mencuba ke arah itu. Perlahan-lahan saya mula menerima kekurangan yang Allah berikan pada saya ketika zaman kanak-kanak dan remaja saya. Saya cuba dan akan terus mencuba......tetapi saya  mengaku yang saya belum kuat untuk berjanji agar menerima dugaan pada masa akan datang. Saya cuba tidak mahu menjadi makhluk Allah yang suka mengeluh tentang kehidupan.Di dalam Qur'an juga, Allah ada menyentuhnya;
" Sesungguhnya manusia dicipta bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila mendapat kebaikan dia amat kedekut" (al-Ma'arij: 19-21).

Tahun lalu, ketika saya menjaga anak bongsu saya yang  menghidap H1N1 di Hospital Sungai Buloh, saya dapat menyaksikan gelagat dua beranak di dalam bilik yang sama. Si anak menjerit dengan suara yang kuat mengatakan ibunya jahat setiap kali si ibu memberikannya sesudu ubat.  Saya tersenyum sendiri melihat gelagat mereka.Begitu sukar si ibu memujuk supaya si anak makan ubat yang diberi namun si anak tidak putus-putus menuduh ibunya jahat. Apa yang menyebabkan saya boleh tersenyum sendiri, bukan cerita dua beranak ini tetapi kaitan kisah ini dalam kehidupan realiti. Keadaan ini, samalah jika kita berburuk sangka kepada Allah sekiranya Dia menurunkan sesuatu musibah kepada kita. Sebagai manusia lemah, tidak ramai manusia yang boleh menadah tangan tanda bersyukur apabila ditimpa musibah....termasuk saya. Kita tidak nampak apakah rahsia disebalik setiap kejadian musibah itu....samalah seperti kanak-kanak tadi yang tidak tahu niat baik ibunya. Ha... ha...ha....saya tertawa ketika itu kerana ramai antara kita sama seperti kanak-kanak dalam situasi tersebut.

Ya Allah...saya memohon kepadaNya untuk memantapkan jiwa dan hati saya. Saya tidak pasti sejauh mana saya boleh tahan dengan ujian-ujian mendatang. Namun, buat tatapan sesiapa sahaja yang singgah di blog ini, saya sudahi catatan ini dengan kata-kata daripada Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad:
" Masalah (takdir) ini memerlukan penjelasan yang panjang dan berliku-liku yang mungkin membuat seseorang tersesat di dalamnya. Di dalamnya terdapat rahsia ketetapan Allah yang banyak membingungkan akal manusia. Sayyid Al-Mursalin melarang manusia untuk terlalu menyelami dalam membicarakan masalah ini" 
Justeru, saya tidak mahu tersesat dalam hidup ini.......







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...