Isnin, 29 April 2013

Wahai Saya dan Anak-anak.....Jangan Bersedih

Hari ni sy diuji lagi. Diuji melibatkan suami. Suami sy dimasukkan ke hospital kerana jantung sukar mengepam darahnya yg agak pekat.  Hari ini,sudah 4 hari suami sy berada dlm wad. Sy berdoa dan berharap, hari ini suami sy akan keluar dari hospital. 

Sepanjang 4 hari sy berada di hospital, tentulah pelbagai perkara yg dapat sy rasakan. Semuanya ujian daripada Allah  dalam perbagai bentuk. Memang benarlah, nikmat sihat sangat tinggi nilainya. Apabila Allah memberi kita 'sakit', barulah kita dapat berasa pelbagai rasa. Berasa nikmatnya sihat, berasa betapa bernilainya sebuah perhubungan persahabatan, berasa erti pengorbanan, berasa betapa perlunya ada saudara mara dan berasa pelbagai rasa.

Alhamdulillah....sy terima segalanya. Walaupun sy ada kawan, ada kalanya sy merasa 'lonely' dalam menghadapi situasi sebegini. Syukur Allah memberikan sy anak-anak yg sangat memahami antara satu sama lain. Kami sentiasa bersama dalam menghadapi pahit getir .....kerana kami hanya ada 'kami'. Tiada sesiapa untuk kami kongsikan. Kami jauh dari saudara mara yg kami rasa perlu dalam menghadapi saat-saat getir spt ini. Jadi, susah dan senang, kami bangkit bersama. Memberi semangat antara satu sama lain.

Mungkin kehadiran kawan2 cukup menggembirakan tapi tentu tidak sama dengan kehadiran saudara mara. Lebih-lebih lagi apabila sy melihat org di kiri kanan sy sering dikunjungi kaum keluarga. Sy sendiri tidak tahu mengapa entri kali ini berbau emosi. Mungkin sy sedih ketika ini atau kerana tidak pandai memaparkan kesedihan di khalayak, maka sy teremosi di sini.Ok....ok....cukup!!!!

Keadaan spt ini memang menuntut pengorbanan yg tinggi. Sy melihat anak2 sy berkorban masa  dan tenaga dalam menstabilkan byk keadaan. Terima kasih kepada anak2 sy yg byk meredakan perasaan sy di saat-saat sy diuji dgn pelbagai perkara.Sebenarnya, sy  tahu anak-anak sy juga berada dalam emosi yg sama seperti sy. Jadi, apa yg boleh sy katakan di sini : wahai saya dan anak-anak...jangan bersedih.

Buat beberapa org sahabat yg dtg menziarah....terima kasih kerana kehadiran kalian menyebabkan sy rasa betapa bernilainya erti sebuah hubungan persahabatan. Kalian dapat menolak fakta bahawa 'kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar diperolehi'.

Sy tidak tahu bentuk dugaan yg mendatang, namun sy berdoa agar sy, suami dan anak-anak dikurniakan kekuatan olehNya untuk menghadapi setiap dugaan yg mendatang  dgn hati yg redha dan pasrah tanpa berburuk sangka kepadaNya.. Terima kasih ya Allah kerana Engkau sentiasa meletakkan sesuatu keadaan dan kejadian  itu dlm situasi yg sesuai dgn hambaMu.

Akhir kata....'La Tahzan'......Allah ada bersama kami.

Ahad, 21 April 2013

Bumi Vietnam

Insaf!!!! Benar-benar insaf sebaik sahaja kaki sy memijak bumi Vietnam. Bukannya apa...terasa sangat negara Malaysia sangat indah dan mewah. Penduduknya lebih mewah jika dibandingkan dengan penduduk di Vietnam. Rata-rata penduduknya menggunakan motorsikal sebagai kenderaan untuk ke mana-mana. Jalan raya dipernuhi dengan motorsikal. Dan penunggangnya menutup hampir keseluruh anggota kecuali mata ketika menunggang motorsikal. (Kalau tutup mata, mcm mana nak menunggang motor...) Bagi mereka, wajah yang  terdedah dek pancaran matahari akan menyebabkan kulit muka rosak. Dan andai kulit bertukar menjadi gelap, kecantikan dan kekacakan juga turut terjejas.

Yang muda-muda mesti menutup hampir seluruh wajah mereka. Dah mcm zoro sy lihat

Menurut pemandu pelancong kami, pengguna kereta adalah orang-orang kaya. Otak sy terus sahaja teringatkan Malaysia. Beruntungnya rakyat Malaysia yang boleh dikatakan rata-rata memiliki kereta  kerana mempunyai kereta  bukan sebagai tanda kemewahan tetapi merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian.

Namun, bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tetapi tak salah kalau kita melihat negeri orang. Buat perbandingan. Yang baik, kita jadikan contoh dan yang kurang baik, seharusnya kita mensyukuri kelebihan di negeri kita sendiri.

Di Vietnam, untuk mencari restoran halal, sangat sukar. So, andai ada satu, dua kedai makan halal, dah tentulah si pemilik restoran mengambil kesempatan untuk 'mengetuk' kami. Bayangkan, dengan mengambil sepotong telur dadar, sayur kacang tumis dan air limau nipis ais, harganya RM8.50. Nasi goreng yang tidak ada rencah (cuma rasa sos tiram) harganya mencecah RM 6.00.

Untuk mencari masjid atau surau, sukar sekali. Tetapi tidaklah sy hairan kerana kebanyakan orang2 Vietnam tidak menganut sebarang agama. Menurut pemandu pelancong kami, kebanyakan orang2 Vietnam hanya menghormat agama Buddah tetapi tidak menganutinya. Mungkin ini pengaruh fahaman Komunis yang sememangnya Atheis....tidak percaya kewujudan Tuhan.

Kami sempat menyusuri Sg Mekong, sungai ke 10 terpanjang di dunia. Kalau tak silap sy, panjang sungai ini 4,880 km dan lembangannya seluas 812,000 km persegi. Kami dibawa menaiki sampan yang muatannya hanya 3 atau 4 orang sahaja. Walaupun sedikit cuak menaiki sampan, tetapi sy yakin dengan doa yg sy baca. Selagi belum tiba ajal, inshaAllah perjalanan kami dilindungiNya.

Oklah, tak perlu cerita panjang lebar tentang negara ini. Jom lihat gambar yang sempat sy ambil. Memandangkan sy bukanlah orang yg suka bergambar, jadi banyak situasi menarik sy terlupa untuk menitipkannya sbg kenangan. Hahahaha....

Setibanya kami di Lapangan Terbang Tan Son Nhat yang terletak di Bandaraya Ho Chi  Minh
Hebatkan!!! Kita boleh lihat situasi orang-orang Vietnam mengambil upah jahit manik di tepi2 jalan

Kebanyakan jenis kain yg dijual, semuanya berkilat-kilat dan dipenuhi dengan manik-manik yang melampau

Bergambar sebelum bertolak ke Sg Mekong. Di sebelah sy tu, pemandu pelancong yg sgt ramah
Kami menyusuri Sungai Mekong

Sempat bergambar dengan lebah2 jinak

Tengoklah tu...gembiranya kawan2 sy mendengar nyanyian drp penyanyi tempatan di sana. Mereka menyanyikan lagu melayu bertajuk  "Madu dan Racun ". Walaupun sebutannya kurang jelas, tapi kami tetap terhibur


Kami dihidangkan dgn air kelapa  muda yg segar sepanjang kami pulang menyusuri Sg Mekong

Kepenatan!!!! Tak sabar nak pulang ke Malaysia



Ok, sampai di sini dulu. Kalau ada rezeki dan diizinkan Allah, sy akan ke Thailand bersama sahabat baik sy semasa di MPSAH. Ok Lin.....harap2 kita dapat merealisasikan impian kita untuk kembali bersama-sama mengimbau kenangan lama.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...