Selasa, 31 Julai 2012

Luahan Hati Yang Paling Berani...

Dah lama sy tidak menulis.....kalau blog ini ibarat rumah, dah tentulah berhabuk.
Bukan kerana sy terlalu sibuk hingga tidak ada masa unt menulis, cuma sy ingin mengambil sedikit masa untuk mengupas situasi yg terjadi dalam hidup sy. Banyak perkara yg ingin sy debatkan sesama manusia tetapi sy kurang berani menghadapi satu situasi yg tidak terduga apabila hujah sy tidak disenangi oleh rakan2 yg lain. Tetapi, seandainya rakan2 sy bersikap terbuka, pasti mereka boleh menilai semula apa yg ingin sy kongsikan di sini. Dan, harap2 kenyataan ini tidak menimbulkan kontroversi. Setelah baca, cuba kita bermuhasabah tentang perasaan org lain dan bukannya suka menghentam tanpa sedikitpun penilaian dibuat.

Sy sebenarnya sgt hairan apabila ada di antara kita suka mengukur orang lain mengikut kayu pengukur mereka  sendiri. Tanpa bermuhasabah, mereka akan terus melabelkan org lain sama seperti mereka yg suka  melempar kata2 dan tuduhan terhadap org tersebut. Sebagai contoh, kalau seseorang itu suka menjatuhkan org lain hanya kerana dia ingin cepat naik pangkat, dia juga akan beranggapan org lain yg naik pangkat itu menggunakan tektik atau teknik yg sama seperti dia.
Itulah yg menjadi masalahnya.

Baiklah, sy memberi contoh pada diri sy sendiri. Semua warga sekerja tahu sy agak rapat dgn bos sy. Dan hubungan itu memang sudahpun  terjalin sebelum dia menjadi bos sy. Bg sy dan bos sy, memang tak ada masalah. Walaupun kami rapat, tetapi hubungan di tempat kerja tetap sama dengan orang lain. Bos tetap bos dan sy yakin , tidak ada siapa pun yg boleh memberi satu contoh keistimewaan yg sy peroleh drp bos sy. Kalau orang lain mengajar 20-24 waktu, sy tidak pula dpt 10 waktu. Tidak pula sy boleh tidak masuk ke kelas dan tidak buat kerja yg telah diamanahkan. Atau, sy boleh duduk berbual di bilik pengetua tidak kira masa.

Yg menjadi masalahnya, org lain suka menggunakan sy sbg pengantara untuk menyampaikan sesuatu yg mereka tidak suka atau apa yg mereka hajati melalui sy. Kenapa????? Adakah kerana mereka rasa, sy boleh mempengaruhi bos sy dalam menukar ketetapan yg telah dibuat?

Dan, seandainya sy akur dgn permintaan mereka utk menjadikan sy sebagai pengantara bos, dan hajat mereka pula dipenuhi oleh bos, tentu mereka juga yg akan mengata sy di belakang....'Pssssttt, kalau si ***** tu yg cakap, bos dengar je.....'.  Itulah sebenarnya kita yg tidak pernah telus dalam menjalinkan hubungan.

Untuk itu, sy ingin membawa kawan2 sy ini supaya tidak mengukur sy sama seperti yg mungkin kalian buat jika kalian berada ditempat sy.  Sy bukan org yg suka mengambil kesempatan walaupun sy ada peluang ke arah itu. Sy adalah orang yg sgt menghargai sebuah persahabatan dan atas dasar itulah hubungan sy dgn sahabat selalunya kukuh sampai bila2. Sy selalu berpegang kpd prinsip 'jgn sesekali menggunakan peluang yg ada atas kepentingan peribadi'.

Oleh itu, sy minta maaf jika ada antara kawan2 yg suka menjadikan sy org yg paling layak untuk bercakap dgn bos atas sesuatu rasa dan sesuatu hajat. Anggapan itu sangat salah. Dan sy mohon juga, tidak ada sebarang sindiran drp kawan2 tentang hubungan sy dgn bos sy kerana hubungan kami tidak sama dengan kalian. Hanya 'kami' yg tahu tentang hubungan yg terjalin. Dan, tidak ada lagi kata2 'org kuat bos' , 'org kesayangan bos' dan sebagainya. Bayangkan, sy pernah dijadikan bahan gurauan sbg kawan baik bos dalam satu mesyuarat rasmi. 

Yang paling penting, janganlah mengukur sy sama seperti kalian kerana memang ramai di antara kita yg suka mengambil kesempatan jika ada peluang. 

Andai kata ada yg rasa sy beruntung bersahabat dengan bos, sila senaraikan apa keistimewaan dan kelebihan yg sy perolehi  yg kalian tidak perolehi???? 

Dan, andai kata kawan2 boleh memahami dan bersimpat atas apa yg sy rasa, sy ucapkan terima kasih sgt2 kerana sesungguhnya sy sgt sedih dengan keadaan ini cuma, rasa sedih itu tidaklah sy pamerkan di khalayak kerana sy memang tidak suka mempamerkan kepada umum tentang apa yg sy rasa walaupun hati sy sarat menanggung duka.

Selasa, 10 Julai 2012

Rindu Bertandang Lagi..

Kadang2, kita perlu berpisah dgn suami dalam tempoh yang singkat. Bukan apa, cuma apabila kita berjauhan, barulah kita tahu betapa pentingnya pasangan kita dalam hidup ini. Kalau pasangan sentiasa ada di sisi, kita tidak nampak kewujudannya kerana semua perkara yg dilakukan oleh pasangan kita merupakan rutin biasa dan kita tidak nampak di mana pentingnya dia.

Hari ini, sy ditinggalkan oleh suami yg berkursus selama 4 hari. Ya Tuhan, betapa lintang pukangnya sy mengurus kehidupan. Adakalanya macam nak tertanggal kaki dan tangan. Itu baru sehari. Keletihan sy berpanjangan sampai ke malam. Di tambah lagi dengan ketiadaan kenderaan yg baru dihantar ke bengkel. 

Di saat2 ini, sy menjadi insaf.
Teringatkan suami di sisi. Semua kerja dibuat bersama....dan tiada kerja yang membebankan kerana kami akan menyelesaikannya bersama walaupun kerja2 di dapur. Tiba2 sahaja kasih sayang sy menggunung terhadap suami. Dan di saat2 ini juga, sy melihat, betapa cantiknya dia di mata sy. Sy melihatnya dengan mata yg berseni yg datangnya dari sudut hati yg paling dalam.

Terima kasih kerana byk membantu sy  dalam menguruskan kehidupan ini.
Walaupun dia tidak pernah memberi sy sebuah kereta mewah, emas  permata yang berkilau2, baju yg mahal dan  rumah banglo yang indah tapi sy mensyukuri apa yg sy miliki sekarang ini. Kasih sayang yang diberikan sudah cukup membahagiakan sy. Kehadirannya membuatkan jiwa sy terisi. Terima kasih wahai suami. 

Rabu, 4 Julai 2012

Hilang....


Rupanya sy tidak sekuat mana. Memang tak kuat langsung malah sy dilanda kesedihan hingga berhari-hari. Betullah…..kita tak boleh kata kita kuat jika kita belum diuji. Dan kita tidak boleh mengaku kita beriman, jika Allah tidak menguji hambaNya dengan sebarang ujian.
Hari ini, sudah sudah seminggu, kak Biah pergi mengadap Ilahi. Meninggalkan ibu tecinta, suami yang setia,  4 orang anak yg manja, hubungan adik beradik yg sangat akrab dan meninggalkan ‘saya’. Sy benar2 kehilangan seorang sahabat dan adakalanya seperti kakak sendiri buat selama-lamanya. Dan hingga ke hari ini, sy rasa hidup ini kosong dan tidak ceria. Mungkin kerana terlalu byk kenangan bersama kak Biah, menjadi sebab sy bersedih hingga ke hari ini. Dan dengan penuh yakin, sy tidak pernah berkecil hati dengannya sepanjang hubungan persahabatan kami terjalin.

Sy tahu bahawa kedatangan ‘mati; itu tidak boleh ditahan2 walaupun berbakul-bakul doa sy panjatkan kehadrat Allah SWT agar jangan ambil dia terlalu awal. Tp apakan daya, sebanyak mana doa sekalipun, kematian pasti datang, tidak cepat dan lambat walaupun seminit. Mengapa mesti tidak menerimanya, walhal semua orang tahu yg kita ini adalah hak Dia. Dan Dia berhak mengambil kita bila-bila masa yang Dia suka.
Sy tahu semua itu. Tapi sy tetap dilanda kesedihan sehingga hari ini, Segala rutin harian sy tidak menjadi.  Sukarnya menerima kenyataan ini.

Hampir 2 bulan kak Biah menderita kanser hati walaupun ketika itu dia sudah pun melalui proses membuang hati tersebut. Hatinya tidak berkembang dan berfungsi. Kuningnya menjadi-jadi hinggalah ke saat2 akhirnya juga, keadannya tidak berubah langsung walaupun berhari-hari tinggal di hospital.

Banyak yang kami bualkan bersama tatkala sy berkesempatan menjaganya di hospital. Dan, alhamdulillah semua ini akan terpahat di hati sy dan menjadi kenangan yg abadi. Sepanjang bersama kak Biah, kami banyak mengulas erti kehidupan, erti persahabatan dan betapa berharganya waktu sihat. Dan sepanjang bersamanya juga, sy tidak pernah mendengar keluhan terhadap apa yg dialaminya.

Kak Biah  sentiasa menjaga solat dan auratnya walaupun ada ketika keadaannya agak kritikal. Sy menyaksikan betapa kuatnya dia melawan penyakit dan betapa gigihnya juga dia menunaikan kewajipannya sebagai seorang hamba Allah. Sy kagum dengan semua ini dan sy yakin, inilah yang Allah berikan kepada sy agar sy belajar sesuatu dari apa yg sy lihat pd diri kak Biah.

Hari ini, sudah  genap seminggu dia meninggalkan semua yang ada di muka bumi ini. Walau sesedih mana pun sy, kak Biah kini berada  didunianya yg tersendiri. Dia tak mungkin hadir lagi di dunia ini. Masanya telah sampai dan semua orang harus meredhakannya. Dalam keadaan yg masih bersedih, sy diingatkan oleh anak sulung sy. Katanya : “Mama, sesedih mana sekalipun kita, cik Biah tak kan kembali pun. Tidak siapa pun yg boleh menolak kehadiran ajal. Jadi, lebih baik mama pujuk hati supaya terima semua ini sebagai ketentuanNya. Setiap kali mama teringat cik Biah, sedekahkah fatehah dan bacalah Yasin untuknya”.

Sy terima takdir ini walaupun masih sukar. Ya…sy kena terima……
Terima kasih kak Mun kerana byk memberi semangat pada sy. Betul kata kak Mun, sy beruntung walaupun tak ramai kawan tapi sy dianugerahkan olehNya 2,3 orang sahabat yg sgt ikhlas dalam menjalinkan persahabatan. Kak Mun kata, sy patutnya bersyukur, walaupun tidak lama tapi sekurang-kurangnya sy pernah disayangi oleh orang lain yg tidak ada pertalian darah pun dengan sy melainkan hubungan sesama Islam semata. Sy juga berterima kasih kepadaNya kerana selain daripada kak Biah, sy juga ada kak Mun yg sentiasa ada bersama tatkala jiwa sy kosong.

 Daripada kak Mun dan kak Biah lah, Allah menyalurkan bantuanNya untuk sy terus mendalami agama dan cuba menghayatinya. Sama ada orang lain percaya atau tidak, di sini sy ingin menyatakan sesuatu:
'Kadang2, kita tidak dapat apa yg patut kita dapat daripada keluarga sendiri. Dan percayalah, jika kita redha dengan keadaan tersebut, Allah akan gantikan sesuatu di tempat yg kosong itu agar kita turut merasai apa yang orang lain rasa"
.......Terima Kasih, Tuhan kerana meminjamkan Kak Biah walaupun seketika cuma.........