Sabtu, 24 November 2012

Kongsi bersama

Tajuk seoalan PSV tahun ni,agak sukar....tetapi agak menarik jika dpt direalisasikan dalam bentuk visual.
Di sini, sy kongsikan bersama beberapa gambar yang boleh student sy jadikan panduan.

Soalan No 3: Karya Saofie Bachok

Soalan no 3: Hasil karya Mohd Redzuan Daud




Ni, soalan nombir 1 Cuma tambahkan di bahagian belakangnya
yang diperbuat daripada cengkerang


Soalan no 2. Catan ni ialah hasil seni cikguAbdul  RaoofAli.




Ok....setakat ni sahaja yg dpt sy kongsikan bersama.....Maaf sy juga tak banyak masa dalam waktu cuti ni. Bagi student yg tidak mahir melukis figura, dinasihatkan jangan membuat soalan tersebut spt soalan nombor 5. Bagi yg berminat dengan lukisan alam benda, pastikan anda mahir dalam perspektif. Dan fokus dengan jelas jalinan yg boleh diperoleh daripada tapak kasut dan sbgnya.

Semoga berjaya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Isnin, 19 November 2012

Kedua-duanya Merupakan Ujian Allah



"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya, lalu dia dimuliakanNya dan diberikan kesenangan. Maka dia akan berkata: Tuhanku telah memuliakanku"
(surah Al-Fajr, ayat 15) 

Ayat di atas jelas menerangkan bahawa tabiat kebanyakan manusia yg akan menilai bahawa kekayaan dan kesenangan yg diperoleh dari aspek kebendaan, kesenangan, kemewahan dan sebagainya merupakan satu kemuliaan yg Allah kurniakan kepada mereka sedangkan situasi tersebut juga merupakan ujian buat mereka.

Mengapa sy menulis  entri  spt ini?
Jawapannya, sy rasa terpanggil untuk berkongsi bersama pembaca tatkala sy berada dalam satu kelompok manusia yg sedang rancak berbual petang tadi tentang keberuntungan si Polan yg memperoleh kesenangan dan kemewahan dalam pelbagai aspek. Seperti biasa, jika sy berada dalam satu kelompok manusia yg kurang sy kenal, maka sy mengambil pendekatan utk berdiam diri. Itu lebih selamat daripada suka menyampuk perbualan yg sedang rancak berlangsung. Tak mengapalah, perbualan mereka ptg tadi belum sampai ke arah mengumpat org lain.


Sebenarnya kita semua lupa, sama ada kita berada dalam kemewahan dan  kegembiraan atau pun kemisikinan dan  kedukaan, itu juga adalah bentuk ujian drp DIA. Ramai di antara kita hanya merasakan bahawa si Malang sahajalah yg sedang diuji Tuhan. Dan ramai juga yg lupa   bahawa kesenangan, kemewahan, kegembiraan juga merupakan ujian yg paling hebat untuk kita. Kenikmatan yg kita peroleh sedemikian rupa inilah yg menyebabkan kita terleka dengan kebesaran Allah kerana lazimnya kita hanya mengingati Allah tatkala kita dilanda musibah.

Apabila diberi kekayaan dan kedudukan oleh Allah,lazimnya ramai yg gagal menjadikan dirinya sebagai Muslim sempurna yang dijadikan khusus oleh Allah untuk mengabdikan diri kepada-Nya.

Bertepatan dengan perkara ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Akan datang suatu zaman atas umatku, bahawa mereka sangat sukakan lima perkara dan melupakan lima perkara yang berlainan dengannya. Mereka sukakan penghidupan lalu melupakan mati, mereka sukakan dunia dan melupakan akhirat, mereka sukakan harta kekayaan dan melupakan hari perhitungan, mereka sukakan rumah besar dan melupakan kubur, mereka sukakan manusia dan melupakan Tuhan Penciptanya.” – (Riwayat Bukhari).

Dalam hadis lain pula, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” – (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dengan harta benda dan kekayaan menyebabkan banyak di antara manusia tergelincir daripada prinsip dan akidah Islam serta tidak dapat mempertahankan diri sebagai Muslim bermaruah tinggi dan berakhlak mulia.

Sebenarnya, sy bukanlah bijak sangat untuk membicarakan hal2 yg berkaitan dengan agama tetapi mungkin disebabkan sy pernah terbaca dan bergaul dengan orang2 yg agak bijak berbicara soal ini, maka sy menzahirkannya dalam bentuk penulisan  supaya ia dpt dikongsi bersama. Sekurang2nya sy dapat mengingatkan diri sy juga. Maklumlah, org seperti sy memang terlalu byk kekurangannya dlm aspek2 seperti ini. Dan sentiasa mengharapkan ada insan2 lain yg sentiasa mengingatkan sy jika ada sesuatu yg sy lakukan  bercanggahan dengan syariat.

Konklusinya, sama ada kekayaan, kesenangan, kegembiraan atau kemiskinan, kedukaan, kedua-duanya merupakan ujian dariNya terhadap manusia. 

Seandainya kekayaan, kesenangan dan kegembiraan itu digunakan sebaik2nya, maka ia boleh menjadi pendorong  kpd ketakwaan kepada Allah SWT. Dan seandainya kemisikinan dan  kedukaan  itu juga diterima dengan redha maka ia juga boleh mendorong manusia supaya sentiasa insaf dan ingat kepadaNya dan bergantunglah kepadaNya sepanjang masa. Nabi Muhammad SAW juga amat suka berdampingan dengan golongan ini kerana ia boleh melembutkan hati dan menyuburkan sifat tawaduk dan rendah diri.




Sabtu, 6 Oktober 2012

Home Sweet Home....selamanya

Alhamdulillah.....
Walaupun rumah sy kecil dan tak semewah rumah kawan2 yg lain, tetapi anak2 sy selalu rindu untuk balik ke rumah. Anak sulung sy walaupun berada di Pahang, kerap balik. Begitu juga anak kedua sy, boleh dikatakan setiap minggu akan bersama kami. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memasukkan rasa rindu dan gembira di hati anak2 sy untuk kerap bersama keluarga.

Sesekali, bisikan hati menggugat rasa ceria sy. Adakah anak2 sy dapat mengekalkan sikap sayangkan ibu bapa dan rasa tanggungjawab mereka kepada kami dapat diteruskan apabila mereka memasuki fasa berumahtangga nanti. Adakah isteri dan suami anak2 sy memahami kasih sayang yang kami pupuk itu harus diteruskan sampai bila2 walaupun sy dan suami tidaklah mengharapkan mereka kerap pulang untuk bersama kami. Memang tak mampu nak fikir dan akhirnya serahkanlah sahaja kepada ketentuan Allah kerana segala-galaNya adalah dariNya jua. Sebagai ibu bapa, sy hanya mampu berdoa agar anak2 tidak mengecilkan hati kami kerana sy takut secara tidak sengaja mereka akan menjadi 'derhaka' bila sy dan suami berkecil hati. Biasanya semakin umur bertambah, semakin tinggi pula rasa sensitif pada anak2. Perasaan itu normal kepada semua ibu bapa.

Ingin juga sy berkongsi dgn ibu bapa di luar sana agar situasi 'gembira' bersama ibu bapa ini harus dipupuk sejak anak2 kecil kerana jika erat kasih syg yg kita pupuk dan kerap pula kita baja rasa itu, inshaAllah anak2 akan merasai kasih syg itu smpai bila2.

Ibu bapa jangan keliru dalam memupuk rasa kasih itu kepada anak2. Sayang bukan bererti mesti dibelai selalu. Sayang mestilah dipupuk dengan adunan pelbagai teknik walaupun adakalanya amat menyakitkan anak2 pada masa itu. Walau apapun, jangan lari daripada ajaran agama. Dan jgn bertindak membelakangkan agama. 

Okeylah, rasanya tidak salah kalau sy menitipkan rasa terima kasih buat anak2 sy yang sentiasa meletakkan rasa kasih syg mereka pada sy dan suami. Maklumlah, masing2 belum berpunya dan dipunyai buat masa ini. Dan sy juga mengharapkan anak2 sy juga memiliki pasangan yang menyanyangi mereka sama spt ayah mereka menyanyangi sy. Sy berdoa semoga anak2 sy memperoleh bakal isteri dan bakal suami yang memahami erti kasih sayang dan memanfaatkan rasa yang Allah kurniakan itu dengan sebaik2nya. Seandainya semua pihak dan individu tahu memanfaatkan anugerah 'berkasih sayang' itu berdasarkan cinta mereka kpd Allah swt, nescaya tidak ada masalah dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan sampai beberapa generasi yg akan dtg.


Khamis, 20 September 2012

Siasatlah Dulu Cerita Itu

Adakah antara kita suka melihat kawan2 bermasam muka?
Ha..siapa agaknya nak menjawab soalan2 macam ni? Kalau sy open soalan mcm ni, tentu kawan2 akan menjawab macam ni, " Mestilah tak suka. Kita kan sesama Islam. Buat apa nak bermasam muka."
Tapi apa yg berlaku, tidak sama seperti ayat di atas sebabnya ada di antara kita suka menyampaikan cerita yg boleh menyebabkan kawan kita bermasam muka. Yang lebih malang lagi, tiada siasatan yg dibuat, terus sahaja terima bulat2 cerita dari sepencerita. Terlupa pula mereka kepada pesan Nabi junjungan kita bahawa apabila kita mendengar sesuatu perkhabaran, siasatlah terlebih dahulu.

Memang hairan betul melihat orang2 yg suka menyampaikan cerita ni. Kadang2, cerita yg disampaikan, tak betul, tak pasal2 terbit permusuhan antara cik Peah dan cik Gayah angkara cerita yg disampaikan oleh cik Kiah. 

Contoh paling mudah, cik Kiah terbaca entri yg cik Gayah tulis. Memang cik Gayah suka menulis hasil dari pemerhatian peribadi beliau tentang perkara yg berlaku disekelilingnya lalu cik Gayah menulis situasi tersebut di  dlm blog peribadinya  hanya bertujuan untuk pembaca dan diri sendiri bermuhasabah diri. Masalahnya, cik Kiah yg baca entri cik Gayah, terus sahaja beritahu cik Peah yg cik Gayah menulis cerita tentangnya. Si cik Peah pula tanpa usul periksa, terus je bermasam muka dengan cik Gayah. Siapa yg bersalah dalam soal ini? Bagi sy tentulah kesalahan besarnya terletak pada cik Kiah kerana suka menyampaikan cerita yg belum tentu sahihnya. Kesalahan seterusnya dah tentulah pada cik Peah kerana bersikap 'tak cerdik' tatkala mendengar satu perkhabaran drp cik Kiah  terus sahaja percaya. Yang menjadi mangsa, mestilah cik Gayah kerana dituduh berniat memalukan cik Peah melalui mata pena. Subhanallah.....bukankah ini juga dinamakan fitnah? Bukankah ini juga berdosa besar kerana mewujudkan pergaduhan antara kawan2.
(Kroniknya nak bagi contoh.....boleh faham ke?)

Konklusinya, sebagai manusia yg beragama Islam, fikirlah baik2 sebelum menjadi penyampai cerita yg boleh mendatangkan pergaduhan antara sesama manusia. Kalau cerita yg ingin disampaikan itu boleh mendatangkan sesuatu yg positif, bolehlah kita sampaikan dlm bentuk yg berhemah tetapi jika mendatangkan keburukan, lupakan saja untuk menjadi penyampai cerita tersebut. Mereka semua kawan2 kita juga. Sedih melihat ada antara kita berbalah dek kerena termakan cerita yg disampaikan yg belum tentu benarnya. Bukankah lebih baik kita merapatkan hubungan sesama kita daripada bermusuhan?

Insyallah, sy akan cuba perbaiki diri sy yg sememangnya banyak kelemahan ini. Merasakan diri byk kekurangan sentiasa menyedarkan sy untuk mengatasinya sedikit demi sedikit kerana sy sentiasa mengingatkan diri hidup di muka bumi Allah ini tidak panjang.

Rabu, 12 September 2012

Malang Memang Tidak Berbau

Malang memang tidak berbau.
Jadi, konklusinya kita semua hendaklah sentiasa beringat bahawa bahaya, bencana atau apa saja boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT semoga Allah melindungi kita dari segala bentuk bencana ini. Sesungguhnya bencana dan mala petaka dapat dielakkan dengan berdoa kehadratNya kecuali mati.


2 minggu lepas, rakan sekerja sy mengalami trauma kerana terlibat dalam satu kemalangan. Alhamdulillah, semua yang ada dalam kereta kancil itu terselamat walaupun seorang daripadanya mengalami kecederaan yg agak serius juga. Syukur, ketika ini keadaannya beransur pulih.

Pada 10 September baru2 ini, sy bersama suami dan anak bongsu pula terlibat dlm satu kemalangan. Kereta kami terbabas melanggar pembahagi jalan dan kemudian berpusing melantun ke arah besi penghadang jalan. Pada ketika itu, hanya Allah sahajalah tempat kami memohon perlindungan. Dan selepas kjadian itu , sy pula mengalami trauma yg serius kerana membayangkan perkara2 yg tidak diingini berlaku. Kalaulah ada kenderaan lain dari belakang semasa kereta kami berpusing atau tidak ada besi penghadang di bahagian tepi jalan, tak tahulah apa yg akan terjadi. Memang sgt mengerikan.

Terdetik dihati sy, semuanya selamat kerana disebabkan Allah telah menentukan pada hari itu kami selamat. Dan berdoa sebelum melakukan sesuatu sgt penting. Semoga dengan berdoa dan memohon perlindungan daripadaNya, kita semua berada dibawah lindunganNya jua dan terselamat dari segala bencana.

Bermain2 diminda sy, kalaulah sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas sy dan suami, ke mana anak2 sy akan pergi? Puas melayan perasaan ngeri yg berlegar2 di minda, akhirnya sy mengambil pendekatan untuk menerima dan yakin pada fakta bahawa, " Allah mentakdirkan sesuatu itu, betul pada tempatnya. Dia maha mengetahui akan hamba2Nya." 

Terima kasih Tuhan kerana melindungi kami pada hari itu. Terima kasih kerana menyedarkan sy bahawa sesuatu yang berlaku itu semua atas keizinanNya jua. Terima kasih kerana memberi kami kesempatan untuk bermuhasabah diri. Terima kasih juga kerana memberi kami peluang untuk cuba memperbaiki diri.

Allaahumma innaa nas'alukal 'afwa wal'aafiyata fiadiini waddun-yaa wal-aakhiroh.

Maksudnya : Ya Allah ! Kami memohon keampunan dan kesejahteran dalam agama, di dunia dan akhirat

Ayat di bawah, merupakan ayat yg boleh kita baca untuk melupakan trauma yg kita alami. 

Sabtu, 1 September 2012

Bersantai di Hari Merdeka

Kadang2, kita mesti rasa jeles apabila mendengar keluarga Cik Pe'ah dan Encik Mat mengadakan program 'family day' bersama kaum keluarga, sanak dan saudara. Sebabnya, kita tak mampu nak create suasana macam tu. Orang yang tidak ada saudara mara atau saudara mara ada tapi tak rapat atau ada saudara mara tapi mcm tak ada, tentu tak kan merasa suasana bergembira seperti mereka yg ada saudara mara dan akrab pula. Beruntunglah bagi mereka yg dapat mencipta kenangan bersama saudara.

Tapi, Allah itu maha mengetahui, maha adil dan maha segalanya. Tidak dirancang, kadang2 kita boleh menjalinkan hubungan istimewa itu bersama rakan2. Kita juga boleh sayangkan rakan2 sama seperti mereka sayangkan saudara mara mereka juga. Kerja Tuhan, kadang2 kita rasa tak masuk akal. Walau apapun, itulah hakikat yg kita harus terima kerana segala yg mustahil itu, tidak yg mustahil bagi Allah SWT.

Semalam, keluarga sy, keluarga kak Mun dan keluarga kak Min pergi ke Sungkai,Perak. Memang dari awal sy dan kak Mun merancang untuk  pergi ke satu tempat yang boleh merehatkan minda. Rancangan awal kami berhasrat hendak bercuti ke Bukit Freaser tetapi disebabkan ada sebab2 yg tidak dapat dielakkan, hasrat untuk ke sana terbatal. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke Sungkai sahaja. Yang menambahkan keseronokkan kami, tak sangka sehari sebelum itu kak Min dan family nak joint sama. Bukan tak pernah pergi, tapi kali ni memang kami merancang untuk bersantai bersama2. Seawal pukul 9.30 pagi kami bertolak dan lebih kurang pukul 10.30 malam baru sy sampai ke rumah. Sehari suntuk kami menghabiskan masa bersama2 dan anak2 kami juga turut merasa kegembiraan itu. Terima kasih kepada kak Mun dan kak Min kerana memberi sy peluang untuk merasai nikmatnya hidup bersaudara. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana menemukan sy dengan orang2 yg baik di muka bumi ini untuk dijadikan sahabat.

Di bawah ini, sy titipkan gambar2 yg sempat dirakam oleh anak2 untuk dijadikan sebagai sebuah kenangan yg abadi apabila suatu hari nanti kami tidak lagi dapat bersama dek kerana terpisah oleh keadaan dan masa.

Kami minum dahulu sebelum meneruskan pejalanan.



Terapi air.....boleh hilang sakit belakang dan sakit kepala

Saya dan Kak Min

Tudung Kak Mun sampai tertanggal. So,kena la pin kan

Setelah letih berendam, kami mula cari nasi

Anak sy dan anak Kak Mun. Pershbatn mrk terjalin sejak 16 tahun yg lalu

Adawiyah dan Kak Min. Manis...

Murad dan Lokman. Anak bujang kak Mun

Anak2 kami Yang paling montel tu, ank perempuan sy

Hari yang sungguh menyeronokkan kerana selain dapat meluangkan masa bersama keluarga, hubungan persahabatan kami juga semakin kukuh dan terbaja.

P/S: Semoga hubungan yang sedia terejalin, akan semakin erat.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Berhari Raya Dengan Cara Kita

Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi umat Islam menyambut ketibaan Syawal yang mulia,  Kalau ditanya perasaan saya, sama sahaja jawapan sy seperti tahun2 yang sudah. Sy tidak menanti kedatangan syawal dgn begitu teruja kerana kekurangan di sana sini menyebabkan sy merasakan seperti itu. Penantian setiap tahun tidak pernah menjadi kenyataan. Sy benar2 merasai kekurangan kerana hajat yg tidak pernah kesampaian. Hajat???? Biarlah ia menjadi rahsia sy. Nasib baik anak2 dan suami sentiasa menceriakan hidup ini.

Kesian juga dengan anak2 saya. Walaupun mereka tidak pernah bersuara, tetapi apa yg pasti cara mereka berhari raya tidak pernah sama dengan rakan2 yang lain sejak mereka kanak2 hinggalah kini. Cuma, sekarang ini, mereka dah dewasa dan tidaklah sukar untuk menerima kenyataan ini. Hanya 'kami' sahaja yang memahami situasi kami.

Sy tidak tahu sampai bila perasaan ini bersarang di hati. Mungkinkah suatu hari nanti, impian sy menjadi realiti tatkala Allah membukakan hati mereka? Atau suasana raya ini akan sy rasai tatkala sy menanti kedatangan anak, menantu dan cucu pulang berhari raya? Biarlah masa dan takdir sahaja yang menentukannya.

Buat emak dan abah, sy memohon ampun dan maaf di atas semua kesalahan sy sejak sy kanak2 hingga kini. Saya pasti, suatu hari nanti segala-galanya akan selesai dan terungkai. Bersabar!!!! dan sy akan terus bersabar dan mananti. Kepada ibu mentua, insyallah sy akan pulang ke kampung berhari raya. Jika ada kesempatan, di sana nanti kita akan saling maaf memaafi antara satu sama lain.

Buat suami, sy juga memohon ampun seandainya sy gagal menjadi seorang isteri yg baik. Maklumklah, kadang2 ada juga tersasar kata dalam mempertahankan sesuatu. Ampun sangat2 kerana sy sebenarnya tidak berniat untuk menyakitkan hati suami.

Pada anak2 juga, sy minta maaf kerana ada hajat anak2 yg tidak dipenuhi. Bukan senang untuk menjadi ibu yang baik dalam segala aspek. Tentu ada juga yg saya terlepas pandang dalam mendidik kalian agar cemerlang dalam mengukuhkan aqidah dan sahsiah.

Kepada kawan2, sy juga menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf jika secara tak sengaja sy pernah melukakan hati kalian walaupun pada hakikatnya sy sgt menjaga tutur kata agar tidak ada yg terluka. Namun, adat manusia biasa tentu ada juga yg terlepas kata.

Apapun, marilah sama2 kita menceriakan suasana ini dengan cara kita sendiri....Kita cipta keseronokkan itu sesama kita.
  " SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN "

p/s : Kak Mun, Kak Sarimah dan Lin, mesti selalu maafkan saya,kan??? Kak Biah,,,,hanya tinggal kenangan

Selasa, 31 Julai 2012

Luahan Hati Yang Paling Berani...

Dah lama sy tidak menulis.....kalau blog ini ibarat rumah, dah tentulah berhabuk.
Bukan kerana sy terlalu sibuk hingga tidak ada masa unt menulis, cuma sy ingin mengambil sedikit masa untuk mengupas situasi yg terjadi dalam hidup sy. Banyak perkara yg ingin sy debatkan sesama manusia tetapi sy kurang berani menghadapi satu situasi yg tidak terduga apabila hujah sy tidak disenangi oleh rakan2 yg lain. Tetapi, seandainya rakan2 sy bersikap terbuka, pasti mereka boleh menilai semula apa yg ingin sy kongsikan di sini. Dan, harap2 kenyataan ini tidak menimbulkan kontroversi. Setelah baca, cuba kita bermuhasabah tentang perasaan org lain dan bukannya suka menghentam tanpa sedikitpun penilaian dibuat.

Sy sebenarnya sgt hairan apabila ada di antara kita suka mengukur orang lain mengikut kayu pengukur mereka  sendiri. Tanpa bermuhasabah, mereka akan terus melabelkan org lain sama seperti mereka yg suka  melempar kata2 dan tuduhan terhadap org tersebut. Sebagai contoh, kalau seseorang itu suka menjatuhkan org lain hanya kerana dia ingin cepat naik pangkat, dia juga akan beranggapan org lain yg naik pangkat itu menggunakan tektik atau teknik yg sama seperti dia.
Itulah yg menjadi masalahnya.

Baiklah, sy memberi contoh pada diri sy sendiri. Semua warga sekerja tahu sy agak rapat dgn bos sy. Dan hubungan itu memang sudahpun  terjalin sebelum dia menjadi bos sy. Bg sy dan bos sy, memang tak ada masalah. Walaupun kami rapat, tetapi hubungan di tempat kerja tetap sama dengan orang lain. Bos tetap bos dan sy yakin , tidak ada siapa pun yg boleh memberi satu contoh keistimewaan yg sy peroleh drp bos sy. Kalau orang lain mengajar 20-24 waktu, sy tidak pula dpt 10 waktu. Tidak pula sy boleh tidak masuk ke kelas dan tidak buat kerja yg telah diamanahkan. Atau, sy boleh duduk berbual di bilik pengetua tidak kira masa.

Yg menjadi masalahnya, org lain suka menggunakan sy sbg pengantara untuk menyampaikan sesuatu yg mereka tidak suka atau apa yg mereka hajati melalui sy. Kenapa????? Adakah kerana mereka rasa, sy boleh mempengaruhi bos sy dalam menukar ketetapan yg telah dibuat?

Dan, seandainya sy akur dgn permintaan mereka utk menjadikan sy sebagai pengantara bos, dan hajat mereka pula dipenuhi oleh bos, tentu mereka juga yg akan mengata sy di belakang....'Pssssttt, kalau si ***** tu yg cakap, bos dengar je.....'.  Itulah sebenarnya kita yg tidak pernah telus dalam menjalinkan hubungan.

Untuk itu, sy ingin membawa kawan2 sy ini supaya tidak mengukur sy sama seperti yg mungkin kalian buat jika kalian berada ditempat sy.  Sy bukan org yg suka mengambil kesempatan walaupun sy ada peluang ke arah itu. Sy adalah orang yg sgt menghargai sebuah persahabatan dan atas dasar itulah hubungan sy dgn sahabat selalunya kukuh sampai bila2. Sy selalu berpegang kpd prinsip 'jgn sesekali menggunakan peluang yg ada atas kepentingan peribadi'.

Oleh itu, sy minta maaf jika ada antara kawan2 yg suka menjadikan sy org yg paling layak untuk bercakap dgn bos atas sesuatu rasa dan sesuatu hajat. Anggapan itu sangat salah. Dan sy mohon juga, tidak ada sebarang sindiran drp kawan2 tentang hubungan sy dgn bos sy kerana hubungan kami tidak sama dengan kalian. Hanya 'kami' yg tahu tentang hubungan yg terjalin. Dan, tidak ada lagi kata2 'org kuat bos' , 'org kesayangan bos' dan sebagainya. Bayangkan, sy pernah dijadikan bahan gurauan sbg kawan baik bos dalam satu mesyuarat rasmi. 

Yang paling penting, janganlah mengukur sy sama seperti kalian kerana memang ramai di antara kita yg suka mengambil kesempatan jika ada peluang. 

Andai kata ada yg rasa sy beruntung bersahabat dengan bos, sila senaraikan apa keistimewaan dan kelebihan yg sy perolehi  yg kalian tidak perolehi???? 

Dan, andai kata kawan2 boleh memahami dan bersimpat atas apa yg sy rasa, sy ucapkan terima kasih sgt2 kerana sesungguhnya sy sgt sedih dengan keadaan ini cuma, rasa sedih itu tidaklah sy pamerkan di khalayak kerana sy memang tidak suka mempamerkan kepada umum tentang apa yg sy rasa walaupun hati sy sarat menanggung duka.

Selasa, 10 Julai 2012

Rindu Bertandang Lagi..

Kadang2, kita perlu berpisah dgn suami dalam tempoh yang singkat. Bukan apa, cuma apabila kita berjauhan, barulah kita tahu betapa pentingnya pasangan kita dalam hidup ini. Kalau pasangan sentiasa ada di sisi, kita tidak nampak kewujudannya kerana semua perkara yg dilakukan oleh pasangan kita merupakan rutin biasa dan kita tidak nampak di mana pentingnya dia.

Hari ini, sy ditinggalkan oleh suami yg berkursus selama 4 hari. Ya Tuhan, betapa lintang pukangnya sy mengurus kehidupan. Adakalanya macam nak tertanggal kaki dan tangan. Itu baru sehari. Keletihan sy berpanjangan sampai ke malam. Di tambah lagi dengan ketiadaan kenderaan yg baru dihantar ke bengkel. 

Di saat2 ini, sy menjadi insaf.
Teringatkan suami di sisi. Semua kerja dibuat bersama....dan tiada kerja yang membebankan kerana kami akan menyelesaikannya bersama walaupun kerja2 di dapur. Tiba2 sahaja kasih sayang sy menggunung terhadap suami. Dan di saat2 ini juga, sy melihat, betapa cantiknya dia di mata sy. Sy melihatnya dengan mata yg berseni yg datangnya dari sudut hati yg paling dalam.

Terima kasih kerana byk membantu sy  dalam menguruskan kehidupan ini.
Walaupun dia tidak pernah memberi sy sebuah kereta mewah, emas  permata yang berkilau2, baju yg mahal dan  rumah banglo yang indah tapi sy mensyukuri apa yg sy miliki sekarang ini. Kasih sayang yang diberikan sudah cukup membahagiakan sy. Kehadirannya membuatkan jiwa sy terisi. Terima kasih wahai suami. 

Rabu, 4 Julai 2012

Hilang....


Rupanya sy tidak sekuat mana. Memang tak kuat langsung malah sy dilanda kesedihan hingga berhari-hari. Betullah…..kita tak boleh kata kita kuat jika kita belum diuji. Dan kita tidak boleh mengaku kita beriman, jika Allah tidak menguji hambaNya dengan sebarang ujian.
Hari ini, sudah sudah seminggu, kak Biah pergi mengadap Ilahi. Meninggalkan ibu tecinta, suami yang setia,  4 orang anak yg manja, hubungan adik beradik yg sangat akrab dan meninggalkan ‘saya’. Sy benar2 kehilangan seorang sahabat dan adakalanya seperti kakak sendiri buat selama-lamanya. Dan hingga ke hari ini, sy rasa hidup ini kosong dan tidak ceria. Mungkin kerana terlalu byk kenangan bersama kak Biah, menjadi sebab sy bersedih hingga ke hari ini. Dan dengan penuh yakin, sy tidak pernah berkecil hati dengannya sepanjang hubungan persahabatan kami terjalin.

Sy tahu bahawa kedatangan ‘mati; itu tidak boleh ditahan2 walaupun berbakul-bakul doa sy panjatkan kehadrat Allah SWT agar jangan ambil dia terlalu awal. Tp apakan daya, sebanyak mana doa sekalipun, kematian pasti datang, tidak cepat dan lambat walaupun seminit. Mengapa mesti tidak menerimanya, walhal semua orang tahu yg kita ini adalah hak Dia. Dan Dia berhak mengambil kita bila-bila masa yang Dia suka.
Sy tahu semua itu. Tapi sy tetap dilanda kesedihan sehingga hari ini, Segala rutin harian sy tidak menjadi.  Sukarnya menerima kenyataan ini.

Hampir 2 bulan kak Biah menderita kanser hati walaupun ketika itu dia sudah pun melalui proses membuang hati tersebut. Hatinya tidak berkembang dan berfungsi. Kuningnya menjadi-jadi hinggalah ke saat2 akhirnya juga, keadannya tidak berubah langsung walaupun berhari-hari tinggal di hospital.

Banyak yang kami bualkan bersama tatkala sy berkesempatan menjaganya di hospital. Dan, alhamdulillah semua ini akan terpahat di hati sy dan menjadi kenangan yg abadi. Sepanjang bersama kak Biah, kami banyak mengulas erti kehidupan, erti persahabatan dan betapa berharganya waktu sihat. Dan sepanjang bersamanya juga, sy tidak pernah mendengar keluhan terhadap apa yg dialaminya.

Kak Biah  sentiasa menjaga solat dan auratnya walaupun ada ketika keadaannya agak kritikal. Sy menyaksikan betapa kuatnya dia melawan penyakit dan betapa gigihnya juga dia menunaikan kewajipannya sebagai seorang hamba Allah. Sy kagum dengan semua ini dan sy yakin, inilah yang Allah berikan kepada sy agar sy belajar sesuatu dari apa yg sy lihat pd diri kak Biah.

Hari ini, sudah  genap seminggu dia meninggalkan semua yang ada di muka bumi ini. Walau sesedih mana pun sy, kak Biah kini berada  didunianya yg tersendiri. Dia tak mungkin hadir lagi di dunia ini. Masanya telah sampai dan semua orang harus meredhakannya. Dalam keadaan yg masih bersedih, sy diingatkan oleh anak sulung sy. Katanya : “Mama, sesedih mana sekalipun kita, cik Biah tak kan kembali pun. Tidak siapa pun yg boleh menolak kehadiran ajal. Jadi, lebih baik mama pujuk hati supaya terima semua ini sebagai ketentuanNya. Setiap kali mama teringat cik Biah, sedekahkah fatehah dan bacalah Yasin untuknya”.

Sy terima takdir ini walaupun masih sukar. Ya…sy kena terima……
Terima kasih kak Mun kerana byk memberi semangat pada sy. Betul kata kak Mun, sy beruntung walaupun tak ramai kawan tapi sy dianugerahkan olehNya 2,3 orang sahabat yg sgt ikhlas dalam menjalinkan persahabatan. Kak Mun kata, sy patutnya bersyukur, walaupun tidak lama tapi sekurang-kurangnya sy pernah disayangi oleh orang lain yg tidak ada pertalian darah pun dengan sy melainkan hubungan sesama Islam semata. Sy juga berterima kasih kepadaNya kerana selain daripada kak Biah, sy juga ada kak Mun yg sentiasa ada bersama tatkala jiwa sy kosong.

 Daripada kak Mun dan kak Biah lah, Allah menyalurkan bantuanNya untuk sy terus mendalami agama dan cuba menghayatinya. Sama ada orang lain percaya atau tidak, di sini sy ingin menyatakan sesuatu:
'Kadang2, kita tidak dapat apa yg patut kita dapat daripada keluarga sendiri. Dan percayalah, jika kita redha dengan keadaan tersebut, Allah akan gantikan sesuatu di tempat yg kosong itu agar kita turut merasai apa yang orang lain rasa"
.......Terima Kasih, Tuhan kerana meminjamkan Kak Biah walaupun seketika cuma.........




Khamis, 21 Jun 2012

Rapuh....

Hari ni, seorang student datang ke bilik sy. Mcm biasa.... sy tahu tentu ada cerita yg ingin dikongsikan bersama. Walaupun dalam situasi yg kurang selesa, sy layan juga cerita pljar ini. Maka, pljar ini pun mula bercerita. Hampir setengah jam juga sy menjadi pendengar yg baik. Membenarkan masa free sy dengan mendengar masalah biasa yg melanda remaja masa kini. Mungkin bagi sy remeh, tetapi mungkin tidak bagi pljar ini atau remaja masa kini.

Konklusi cerita: Plajar sy ini mengalami rasa sepi yg melampau. Maka, untuk mengisi kesepian itu dia mencari seorang teman sebagai penghibur di kala duka. Setelah selesai dia bercerita, maka sy pun bertanya:
i. Mengapa mesti mencari seseorang yang bukan sejantina dengan kamu?
Jawapan yg diberi: Orang lelaki lebih faham sy cikgu, berbanding dengan perempuan.
ii. Orang lelaki suka ambil kesempatan ke atas orang perempuan. Bagi mereka, perempuan yg lemah senang ditawan. Dan org perempuan pula, bila dh dengar ayat2 power lelaki, mulalah terkulai layu. Terus je rasa lelaki tu caring dgn kita. Kamu tak tahu ke muslihat orang lelaki ni?
Jawapan yg diberi: Sy tahu ckg. Tapi sy rasa terlalu kerdil jika tidak ada teman lelaki. Ckg tahu tak, dalam kelas sy semua kawan2 perempuan sy boleh bercerita soal boyfren masing2 tapi saya?
iii: Kenapa mesti ada boyfren dalam usia mcam ni? Kamu rasa rendah diri ke? Atau rasa tak cantik kalau tak ada teman lelaki?
Jawapan yg diberi: Entahlah cikgu, sy memang rasa rendah diri. Sy rasa sangat sy tidak cantik berbanding dengan kawan2 yg lain.
iv: Jadi, kamu rasa semua perempuan yg tidak ada boyfren tu, tak cantiklah? Dan merupakan satu kekurangan diri ke?
Jawapan yg diberi: Sy mengaku ckg....sy memang ada perasaan mcm tu. Sy malu dengan diri sendiri. Sy rasa sy tidak ada harga diri.

Kemudian, sy pun terus mengulas panjang lebar tentang situasi yg melanda pelajar sy ini.
Sy menulis entri ini adalah semata-mata untuk berkongsi dengan semua pembaca bahawa inilah situasi sebenar yg melanda para remaja masa kini.Bayangkanlah jika kebanyakan remaja masa kini membuat kesimpulan tentang 'harga diri' sama seperti plajar berkenaan?. Bagi mereka, harga diri tidak bernilai jika tidak ada boyfriend. Dan, mereka malu jika mereka tidak ada teman istimewa.
Dan, untungnya para lelaki zaman sekarang kerana begitu byk peluang yg mereka boleh dapat walaupun belum ada sebarang ikatan yg menghalalkan hubungan mereka.

MashaAllah.....rapuhnya jiwa remaja sekarang. Rasanya tidak ramai remaja yg dapat mengekalkan jati diri selaras dengan tuntutan Islam.

p/s: Wahai puteri ku liyana......kukuhkanlah jati dirimu mengikut syariat yg telah ditetapkan oleh Islam.Itu merupakan hadiah yg paling berharga dari seorang anak untuk semua ayah dan ibu yg ada di dunia ini.

Selasa, 19 Jun 2012

Hidayah.....

Hari ni, sementara menunggu suami balik dari membeli bahan2 basah untuk dimasak, sy sempat menonton rancangan Raudhah.  Seorang ustaz menerangkan tentang hidayah di mana hidayah boleh diberi oleh Allah melalui 7 cara iaitu:
1. Secara langsung
2. Kejadian yang boleh menginsafkan
3. Tafakur ( Berfikir)
4. Doa
5. Ilmu
6. Mimpi
7. Da'i (pendakwah)

So, fakta ini sy kongsikan di sini. Dan, rasanya yg paling mampu kita buat adalah dengan berdoa dan berfikir  kerana bukan semua insan di dunia ini boleh mendapat hidayah dgn cara yg lain. Hanya Allah sahaja yg boleh memberi hidayahNya dengan cara yang dikehendakiNya.


Jumaat, 1 Jun 2012

Di Mana Kita?

Rasa nak naik atas puncak gunung dan menjerit.....
Biar semua orang tahu bahawa bidalan orang2 tua dulu,memang ada kebenarannya.
"Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar diperolehi" Tidak ada yg tidak benarnya melainkan benar belaka. Bijak orang2 dulu mencipta bidalan dan perumpamaan. Dan pada hari ini, sy menyaksikan sendiri apa yg berlaku pada seorang teman sy yg terlantar di hospital. Di mana kawan2 sy?????

Kesibukan mengejar duniawi, membataskan manusia mendahului apa yg lebih dituntut. Adakah peruntukan masa 2,3 jam mengganggu kehidupan seharian. Adakah masa menjadi alasan untuk memberi sedikit pengharapan kepada seorang sahabat yg sangat memerlukan? 

Alhamdulillah.....sy dapat menyaksikan peristiwa ini dengan jelas bagi membenarkan kata2 bidalan orang2 terdahulu bahawa kawan ketawa mudah kita perolehi. Tetapi tidak sebaliknya. Dan, sesekali sy terfikir begitukah sifat kita sebagai manusia? Mungkin perkara yg sama boleh berlaku pada sy juga. Dan perasaan ini dapat sy redakan  apabila sy terfikir kembali, Allah meletakkan sesuatu itu, memang kena pada tempatnya. Serahkanlah kepada DIA yang maha mengetahui kerana apa saja yg berlaku dalam pengetahuanNya juga. 

Buat kawan sy yg terlantar di hospital ketika ini, hanya satu pesanan sy dan peringatan buat sy juga :
"Sabarlah menghadapi ujian ini kerana sesungguhnya ujian yg menimpa untuknya ini adalah sebagai penghapus dosa. Memang kita tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Redha dan berbaik sangka kepadaNya kerana setiap ujian yg diturunkan tidak pernah percuma. Ada ganjaran di sebaliknya. "

Buat kawan2 sy, luangkanlah sedikit masa untuk menjenguk sahabat kita ini kerana setiap kali sy melawatnya, sy tahu dia ternanti2 kehadiran kita yg pernah ada hubungan 'sahabat' dengannya suatu ketika dahulu.

"Ya Allah, permudahkan segala urusan sahabat sy ini.....amin"


Khamis, 31 Mei 2012

Renung2kan...

“Banyaknya dapat hadiah….garang2 pun budak sayang”
Kata cikgu A pada sy tatkala sy membawa pulang hadiah daripada murid2 sempena hari guru yg disambut pada 25 Mei lalu. Sy senyum sahaja kerana tak ada idea nak mengulas apa2.
“Macamana murid tak sayang, dah si Nora ni suka melayan budak. Bila budak ada masalah sikit, dia memang ada masa melayan. Kita mana ada masa nak layan masalah budak2 ni. Kerja sekolah melambak2.Lagipun, budak2 kita ni, memang mengada2. Bukan diorang tak ada mak bapak.” Respon cikgu B pula. Bergegar juga telinga sy. Manakan tidak, kata2 cikgu B seolah-olah sy seorang guru yg banyak masa terluang dan tak ada kerja hingga byk masa melayan masalah budak2. Sy ni jenis guru gred bawah ke hingga byk masa terluang berbanding dengan cikgu B?

Kalau sy jawab kata2 cikgu B, tentu akan lebih terasa hangat telinganya nanti, so sy ambil pendekatan berdiam diri. Belajar untuk menjadi sabar.
Sy tak kisah lah, kalau entri sy kali ni pun menimbulkan kontroversi kerana entri yg tidak berniat untuk mengenakan sesiapa pun boleh disalah ertikan oleh orang2 yg tidak ada kena mengena dgn cerita sy. Habis ribut taufan satu sekolah dgn  cerita2 yg tidak benar. Kali ni, lebih baik sy ambil pendekatan “ Ada aku kesah???”

Kalau mereka tidak buat, tentu mereka tidak rasa apa2,kan? Tapi, kalau post sy secara kebetulan sama dgn cerita kalian, bukankah lebih baik muhasabah diri sendiri. Sebagai penulis, sy juga banyak muhasabah diri tatkala melihat kepelbagaian ragam rakan2 sekeliling. Sebagai manusia, dah tentu sy juga byk kelemahan diri dan perlu perbaiki kelemahan tersebut. Mengapa mesti melenting tanpa ada penilaian kendiri?

Berbalik dgn cerita tadi….....
Salahkah sy mengambil berat masalah murid2 jika mereka memerlukan sy atau mereka meletakkan kepercayaan kepada saya?.

Bayangkanlah, apa akan jadi jika tidak ada seorang guru pun meluangkan masa untuk mendengar masalah murid2 mereka? Dan, cikgu B atau cikgu2 sewaktu dgnnya harus tahu, bukan semua murid2 kita boleh berkongsi masalah dengan ibu bapa mereka? Sedangkan anak2 kita sendiri juga belum tentu telus dlm melahirkan masalah mereka dengan kita. Jadi, kesimpulannya tidak perlulah memandang negatif jika ada cikgu2 seperti sy dan tolonglah jangan mengeluarkan kata2 sinis sebagai satu luahan sbg tanda rasa tidak puas hati mereka .

Cuba positifkan diri…......
Kasihan jika ada dalam kalangan murid2 kita yg bermasalah, tetapi tiada tempat untuk meluahkannya. Kdg2 ada ibu bapa yg tidak peka dgn masalah anak sendiri. Kalaulah semua cikgu sesibuk cikgu B, tentu ada murid2 yg bermasalah akan mengambil pendekatan mudah. Tersalah pilih orang untuk mengadu masalah, habis tergadai masa depan.

Jadi, renung2kanlah……………………….

Ahad, 27 Mei 2012

Semoga Kuat,Idah....

Semalam,ketika makan kenduri rakan setaman, sy dikejutkan dengan satu lagi berita yg benar2 membuat sy terkejut.Seorang lagi rakan yg pernah satu tempat kerja dgn sy satu ketika dahulu, dikatakan tidak sedarkan diri akibat kanser payu dara di hospital Dungun. Rakan ini pernah menjadi kerani di sekolah sy dan tinggal setaman juga dgn sy. Malangnya, sy tidak pernah tahu dia menghidap kanser payu dara. Apa yg sy tahu, rakan sy ni balik ke kampung kerana baru saja melahirkan anak yang ke 4. Jadi, berita yg sy dengar daripada seorang jiran ini, sangat mengejutkan apatah lagi menurutnya keadaan kawan saya ini sangat kritikal.

Selera makan sy hilang serta merta. Terasa sangat tatkala ini sy dikelilingi oleh cerita2 mengenai rakan2 yg tidak sihat. Ada ketikanya juga sy menjadi takut dan insaf dengan apa yg berlaku di keliling sy. Si pencerita memperkenalkan sy dengan suami kawan sy ni supaya sy lebih yakin dgn apa yg diceritanya. Suaminya hanya menganggukkan kepala sebagai tanda mengiyakan cerita yg sy dengar drp mulut si pencerita.

"Allah hu Akbar"
Itu sahaja yg keluar drp mulut sy. Sedih, kerana dia merupakan kawan yb seronok untuk dijadikan 'kawan'. Dia periang dan menyeronokkan. Senang berurusan dengannya di pejabat. Apa pun yang baik2 tentang dia, namun kita tidak mampu melawan takdir Allah yg maha mengetahui di sebalik kejadian ini. 
Dan, walau apa pun yg sy dengar tentang keadaannya  ketika ini,namun sy masih mengharapkan suatu keajaiban berlaku ke atasnya. 

p/s: Idah, semoga tabah menghadapi ujian ini...amin

Rabu, 16 Mei 2012

Nikmatnya Sihat

Malam ni, sy bersama kak Biah.
Risau juga kerana kak Biah tak byk makan sejak pukul 7 petang tadi. Bubur yg sy suapkan pun, masih byk berbaki. Cuma , kekuatan kak Biah membuatkan hati sy lega. Dia boleh berbual2 dgn sy tentang kisah2 lampau yg kami lalui bersama. Kadang kala, sy nampak dia mengaduh kesakitan. Maklumlah, terlalu lama terbaring di katil hospital, menyebabkan kulit belakangnya melecet. Tapi, kak Biah memang tak ada pilihan. Dia terpaksa juga tidur terlentang sebab  pembedahan tempohari di bahagian hadapan. Kesian kak Biah.

Ketika ini, dia sedang nyenyak tidur. Sy hanya memerhatikannya saja takut2 kak Biah memerlukan sesuatu. Mata sy memang sukar untuk dilelapkan lebih2 lagi dlm situasi sebegini.

Melihat pesakit2 lain, hati sy semakin sayu. Manakan tidak, rintihan mereka menggugat rasa sy. Sy sgt memahami kondisi setiap pesakit  yg tidak begitu selesa. Maklumlah, badan mereka ditebuk di sini sana. Juru rawat juga,adakalanya tak dapat control emosi mereka. Ada kala, mereka juga tertinggi suara. Yg sakit, bertambah sakit dan saya???? Hanya mampu menelan air liur sahaja. Tidak tahu mengulas apa2.

Melihatkan situasi di sini, membuatkan sy benar2 berterima kasih dan bersyukur ke hadrat Ilahi, Betapa besarnya pemberian Allah kepada sy buat masa ini. Kesihatan yg baik  merupakan satu anugerah yg tidak ternilai harganya.Ramai yg tidak sedar tentang hakikat itu. Kalau sedar pun, mungkin seketika tatkala kita berada di wad2 menyaksikan rintihan dan kesengsaraan mereka.

Untuk kak Biah, sy tidak pernah putus berdoa agar kak Biah cepat sembuh. Sihat seperti sediakala, dan  mengharapkan kita masih boleh bersama2 dlm mengharungi suka dan duka. Cepat sembuh, kak Biah.

Terima kasih, Tuhan....
 


Isnin, 14 Mei 2012

Selamat Hari Ibu 2012


Jangan bersedih lagi duhai hati
Jangan menangis lagi
Buat apa bersedih?
Tidak perlu rasa bersalah
Tidak perlu rasa gentar
Kerana Dia mengetahui
Ketelusan bicara hati
Tinggalkan segala sangkaan mereka
Kerana ia tidak mendatangkan mudarat apa-apa
Kerana bicara hati
Melambangkan ketelusan hati

Jangan bersedih lagi duhai hati
Angkara bicara mereka
Tidak merugikan apa-apa
Biarkan mereka terus meneka
dibuai pransangka yang tidak berhala
Kerana mereka juga
Bebas berkata-kata

Oh Tidak…
Hati pasti tidak bersedih lagi
Kekuatan yg dibina sudah cukup menguatkan....
Hati ini
Terima kasih kerana Dia meminjamkan kekuatan itu
Walaupun sementara waktu

“Selamat Hari Ibu”

Jumaat, 11 Mei 2012

Semoga Cepat Sembuh,Kak Biah (2)

Semalam, hampir 40 minit sy jenguk Kak Biah, tapi sy tak dapat berbicara dengannya kerana dia begitu lena dibuai mimpi. Walau bagaimana pun, jelas terzahir di wajahnya bahawa kondisinya sgt tidak selesa. Tapi apakan daya, tidak siapa dapat membantu di saat2 itu melainkan Allah swt. Di sebabkan kak Biah terlalu lena, sy beransur pulang.Namun, mata sy sempat mencuri pandang ketika sy menyelimutkannya. Dada kak Biah sgt kuning walaupun tangan dan wajahnya beransur ok. Detik hati sy, kesan dari pembedahan hati, tentu kuning ditubuhnya masih belum hilang sepenuhnya.Apa pun, sy tak putus berdoa agar semuanya bertambah baik.

Jam 5.30 ptg, sy menelefon suami kak Biah. Nasib sy baik krn dpt bercakap dgn kak Biah melalui telefon. Suaranya kurang jelas tp sy boleh faham. Sy tanya apa yg ingin dia makan. Sperti yg sy jangka, kak Biah minta sy masakkan bubur sama seperti yg pernah sy bawa sebelum ini.

Hari ini, sy masakkan bubur untuk kak Biah. Sy bercadang akan mengirimkannya saja kpd suaminya yg akan melawatnya pukul 4.30 nanti. Pukul 3.00 ptg, suami kak Biah menelefon sy. Dari getaran suaranya, sy dpt mengesan dia menangis memberitahu sy, Kak Biah menghidap kanser hati. Kenyataan ini menyebabkan dada sy berdegup kencang. "Ya Allah...." Itu ayat pertama yg keluar drp mulut sy. Akhirnya sy ambil keputusan untuk pergi sendiri melihat keadaan kak Biah di hospital.

Tepat pukul 5.00 sy sampai di wad HDW. Dari jauh sy lihat kak Biah duduk di atas katil. Kedatangan sy disambut dgn senyuman. Setelah mencium kedua2 belah pipinya, sy terus bertanya adakah kak Biah hendak makan bubur yg sy bawa bersama. Kak Biah hanya menganggukkan kepala. Hati sy berbunga, lalu menyuapkannya bubur tersebut. Alhamdulillah, adat org sakit, byk jugalah kak Biah makan.

Satu jam sy dpt bersama kak Biah kerana pd masa itu, ahli keluarganya belum sampai lagi. Selama sejam itulah, sy mengambil peluang untuk menyakinkan kak Biah bahawa dia akan sembuh. Dan sepanjang perbualan itu, sy tahu kak Biah tidak tahu bahawa dia menghidap kanser hati. Kesian kak Biah.Apa lagilah yg boleh sy katakan selain dari pktaan itu walaupun sy akur, segala2nya dalam ketentuan Allah. Allah yg maha besar, maha pengasih lagi maha penyanyang.

" Ya Allah, semoga Engkau permudahkan segala2nya kerana Engkau maha mengetahui apa yg Engkau takdirkan kepada hambaMu".

Buat Kak Biah, walau apapun, doa sy sentiasa bersama kak Biah setiap kali sy menunaikan kewajipan sy kpd Allah swt. Sy tidak tahu sejauh mana penyakit kak Biah, namun sy mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku. Maaf kak Biah, kerana sy memaparkan kesedihan ini dlm blog peribadi sy kerana sy lebih telus dlm meluahkan apa saja yg ada di dalam hati sy dgn cara ini. Kalau kak Biah sihat nanti, dan terbaca entri ini, kak Biah akan tahu, inilah bentuk hubungan persahabatan yg kita bina bersama. Kak Biah pun tahu, sy tidak ada saudara mara melainkan sebilangan yg sgt kecil sahabat yg ada termasuk kak Biah. Dan, kak Biah juga tahu, sy sangat sayang dengan sahabat2 sy yg sedikit itu.

Cepat sembuh, kak Biah........

Isnin, 7 Mei 2012

Semoga Cepat Sembuh,Kak Biah.

Dari kiri: kak Sarimah,Shuaimi, kak Biah dan saya

" Sedap bubur yg nora masak. Habis kak Biah makan. Terima kasih,nora"
Itu ayat pertama yg keluar dari mulut sahabat sy, kak Biah tatkala sy sampai ke wad HDW di hospital Selayang,semalam. Luluh hati sy melihat wajah kak Biah yg baru sahaja menjalani pembedahan membuang sebahagian hatinya yg rosak dan batu di dalam hempedu.
"Nora, doktor kata, dia suspek ketumbuhan yg ada pada hati kak Biah tu, kanser tp tak tahu jenis apa", kata Kak Biah lg.
Semakin meruntunlah jiwa sy ketika itu. Sy benar2 kehilangan kata2. Air mata bila2 masa je nak mengalir tapi sy kena kuat depan kak Biah.
"Syyyyhhhh....kak Biah jgn cakap byk2. Nanti kak Biah sakit," pujuk sy agar kak Biah tidak lagi menceritakan tentang sakitnya. Sy sgt sedih ketika itu. Dan dapatlah sy membayangkan betapa beratnya bahu kak Biah menanggung ujian itu. Sy lihat,leher kak Biah ditebuk. Tak tahu untuk apa. Tp, yg pasti setiap kali kak Biah byk bercakap, sy dapat merasakan kesakitan di lehernya itu.

Ya Allah...besarnya nikmat sihat. Betapalah kita wajib mensyukuri kenikmatan sihat ini. Kata-kata sy tidak langsung diendahkan. Kak Biah terus saja bercerita walaupun sy tidak berapa dengar apa yg dikata. Suaranya sgt perlahan. Sesekali, sy dpt menangkap kata2nya berdasarkan gerak bibirnya. Sungguh menyedihkan sy.

6 tahun lalu, sy byk masa bersama dengan kak Biah. Dia antara kawan yg sgt memahami sy. Selalu sedia menghulur bantuan tatkala sy memerlukan. Betullah kata seorang pujangga, " seseorang kawan itu, kita tidak boleh mengangkat darjatnya sebagai seorang sahabat selagi belum diuji dgn satu peristiwa getir yg menguji kesetiaannya bersama kita". Dan, sy berani berkata bahawa kak Biah telah pun melepasi ujian itu. Mudah sj sy membuat kesimpulan tentang kak Biah...."Dia seorang yg sangat baik dan sy menyanyanginya".

Sebelum bertolak sy memeluk dan mencium pipi dan dahi kak Biah. Sy berbisik ke telinganya.
"Kak Biah, Nora hanya boleh ckp je walaupun belum tentu Nora sekuat kak Biah. Kak Biah cuba redha ya. Jgn berburuk sangka pada Allah. Jangan lupa berdoa. Kita buat sama2 ye. Nora sayang sangat kak Biah tp tak mampu nak tolong ringankan kesakitan kak Biah."

" Kak Biah pun sayangkan Nora dan bertuah sgt dapat kawan mcm Nora yg sentiasa ada bersama kak Biah dalam apa juga keadaan", balas kak Biah. Sy menutup mulutnya supaya dia tidak byk berkata2 lagi. Senyuman pahit kak Biah menghantar sy keluar dari bilik itu. Sy ingin lebih lama bersama kak Biah tetapi memandangkan wad tersebut terhad kepada pelawat yg hadir, sy terpaksa memberi laluan kepada saudara mara kak Biah.

Sesungguhnya sy sangat mengaguminya. 4 kali sy datang melawat kak Biah sebelum ini, beliau tidak pernah meninggalkan solat walaupun ketika itu rusuknya ditebuk untuk mengeluarkan bendalir kuning yg terkandung pd hatinya. Dan pada hari itu, kak Biah tetap menjaga auratnya dengan menutup kepalanya dengan kain putih kerana tudungnya tiada bersama di bilik tersebut.

Ya Tuhan, jika ada sedikit ruang untuk sy berdoa......" Sembuhkan kak Biah. Dan ketumbuhan di hatinya itu, bukan kanser seperti yg dijangka oleh doktor. Sy sayangkan dia sebagaimana dia menyanyangi sy. Namun sy akur, kasih sayangMu ya Allah, lebih tinggi buat kak Biah jika dibandingkan kasih syg sy."

Jumaat, 4 Mei 2012

Cuba Redha

Rupanya tak semudah itu kita nak aplikasikan konsep redha dalam diri biar pun lidah berulang kali boleh menyebut perkataan tersebut. Kita boleh kata kita redha hanya di bibir tapi bukan dalam hati. Buktinya, kalau kita redha, kita tak kan menyesali apa saja musibah yg melanda diri. Kita tak kan merungut dengan bala yg menimpa. Kita tak kan mengeluh dengan sakit yg dihidapi. Kita tak kan kecewa mendengar berita sedih. 

Siapalah antara kita yang berani mengatakan dia boleh mencapai tahap makam redha yg hakiki? Bukan tak ada, tapi tidak ramai antara kita yg benar2 redha dengan segala bentuk ujian yg Allah beri. Kalau nak ditanya soalan ini kepada sy, sy hanya mampu menjawab : Sy dalam proses mencuba tp tak tahulah dapat mencapainya atau tidak.Sy sentiasa berdoa, agar sy boleh menjadi manusia yg 'cool' setiap kali menerima pelbagai dugaan hidup. Ya, sy akan cuba. Dan,untuk peringkat awal ini, sy belajar untuk  tidak melenting atau melatah setiap kali sy mendengar kawan2 menyampaikan cerita si Kiah, si Joyah atau siapa saja mengata dan mengumpat sy. Sy akan ambil pendekatan 'ada aku kisah' walaupun hati sy meronta2 untuk membela diri jika fakta yg mereka lemparkan tidak benar mengenai sy. 
Sebenarnya, memang tidak rugi pun jika orang-orang di sekeliling memandang kita tidak sempurna. Mengapa kita mesti berusaha untuk mendapat pujian drp orang lain  tatkala kita melakukan kebaikan? Bukankah penilaian manusia itu tidak penting? Memang ramailah manusia yg suka melempar pelbagai tanggapan walaupun mereka tahu adakalanya tanggapan itu boleh menjadi fitnah jika ia tidak benar. 

Jika hendak difikirkan 2,3 kali, seronok juga jika ada org2 seperti ini. Barulah hidup berwarna-warni.Jika tidak ada cik Kiah dan cik Joyah, maka hidup ini statik dan tidak ada klimaks. Mesti boring juga.Manusia tidak berperang dalam diri. Ujian tidak dapat dinikmati kerana semua manusia hidup dalam alam yg harmoni.

Teringat juga dengan berita yg disampaikan oleh cik Timah pagi tadi. Oh tidak....memang dusta sama sekali. Tapi disebabkan nak belajar  menge'cool'kan diri, maka sy tidaklah berusaha nak membela diri. Sy memang dh tahu siapa cik Kiah dan cik Joyah. Memang suka mengumpat .Bukan sy sahaja, malah org2 yg pernah dimusuhinya akan turut menjadi mangsa. Cik Kiah memang sgt berkemahiran menarik audien utk bersimpati mendengar ceritanya dan sekaligus terpaksa memanipulasikan org lain sbg penguat faktanya.  Bukankah seronok apabila ada orang2 seperti ini agar tidaklah manusia di muka bumi ini seacuan sahaja. 

Mengapa Allah menjadikan manusia ini pelbagai sikap dan perangai? Jawapannya, Allah ingin kita sentiasa menganalis situasi dan diri. Otak harus berfungsi untuk mencari siapa kawan, dan siapa lawan. Samalah seperti para saintis yg harus mengkaji apa saja  yg ada di sekeliling mereka kerana tanpa ada kajian  mereka tidak tahu rupa-rupanya ada benda2 di sekeliling ini boleh dijadikan penawar sesuatu penyakit. So, hidup kena sentiasa menganalis dan adakala kita pula dianalisis.

Kesimpulannya: Belajarnya redha  apabila mendengar sesuatu yg tidak benar mengenai kita walaupun sukar , namun apabila berjaya mencapainya, kita akan menjadi tenang. Belajar juga memaafkan orang2 yg suka berburuk sangka dengan kita, kerana apabila  kita berjaya mencapainya, kita  akan berada dalam situasi yg damai. Dan, yang paling penting kita mampu mengeluarkan perkataan 'maaf' andainya kita rasa,kita dah pun melukakan hati seseorang walaupun tanpa niat.

p/s : Mudahnya memaafkan orang lain jika kita redha dengan segala ketentuanNya
 

Isnin, 30 April 2012

Pulangkah...

Sana sini kawan2 sy bercakap soal seorang bekas pljr lelaki di sekolah sy yg dah jadi 'perempuan' tika ini. Di Facebook juga, sy terbaca luahan perasaan marah rakan2 pljr ini. Anak2 sy juga,marahnya tak boleh nak cerita. Suami sy,apa lagi???? Membebel tatkala melihat gambarnya yg begitu gah menayangkan hampir kesemua bentuk dan susuk tubuh badannya dengan pakaian2 yg hampir kesemuanya menggiurkan. Ya Allah....sy sendiri, terkejutnya bukan kepalang. Maklumlah, seorang pelajar yg telah sy angkat menjadi 'anak' sy dan membenarkan dia memanggil sy 'mama', telah hilang panduan hidup. Atau,mungkin juga dia sudah hilang identiti diri atas desakan2 tertentu. Siapa tahu??? Keperitan hidup yg dilalui, memaksa diri boleh bertukar menjadi apa saja demi mencari erti kesenangan hidup. Namun, walau apa saja alasan, perbuatan yg salah, tetap salah walaupun terkandung niat yg suci disebalik setiap perbuatan tersebut.

Sejujurnya, sy sayang dengan pelajar ini. Sy tahu asal usulnya dan mengenali keluarganya. Hubungan mesra ibarat ibu dan anak ini mula terbentuk setelah dia memberitahu sy yang dia telah diliwat oleh keluarga angkat tempat dia tinggal ketika itu. Disebabkan trauma yg melanda pelajar ini, sy membawanya tinggal bersama-sama sy hinggalah dia tamat Tingkatan 6.Sepanjang dia tinggal bersama sy, dia seorang yg ada asas agama yg baik dan tidak pernah meninggalkan solat. Rasa sayang sy terhadapnya semakin kuat, apabila sy mengunjungi keluarga kandungnya di pantai timur. Dia berasal dari keluarga yg benar2 susah.Dan azam pelajar ini, tidak pernah luntur dari mulutnya bahawa satu masa nanti dia akan membela nasib keluarganya.Kerana azamnya itulah, maka sy, suami dan anak2 sentiasa 'support'nya dari belakang agar dia terus berjaya dalam hidup.

Sesungguhnya, dia berjaya membuatkan sy menyanyanginya sama spt sy sayangkan anak2 sy sendiri. Anak2 sy juga sgt manja dengan pelajar ini yg sememangnya pandai mengambil hati ketiga2 anak sy. Suami sy juga mula menerima kehadirannya. Maklumlah setiap ptg, pelajar ini akan menyediakan minum petang untuk kami satu keluarga. Tatkala sy tidak berkesempatan memasak, dia akan menyediakan juadah tengahari atau malam tanpa disuruh. Memang dia seorang yg pandai membawa diri. Memang kami semua akui yang kami sgt sayangkannya cuma status bukan muhrimlah yg sentiasa membatasi hubungan ini.

Kini, kasih sayang kami semakin tergugat tatkala kami dikejutkan dengan gambar2 seksinya di Facebook. Dia benar2 menyerupai wanita malah lebih berani mempamerkan setiap inci anggota tubuhnya tanpa rasa bersalah lebih2 lagi dengan Allah. Dia bukan 'anak' sy yang dahulu. Tiada ayat untuk sy nyatakan di sini melainkan berdoa agar dia pulang kepangkal jalan. Semoga Allah mendengar doa sy ini untuknya.