Khamis, 31 Mei 2012

Renung2kan...

“Banyaknya dapat hadiah….garang2 pun budak sayang”
Kata cikgu A pada sy tatkala sy membawa pulang hadiah daripada murid2 sempena hari guru yg disambut pada 25 Mei lalu. Sy senyum sahaja kerana tak ada idea nak mengulas apa2.
“Macamana murid tak sayang, dah si Nora ni suka melayan budak. Bila budak ada masalah sikit, dia memang ada masa melayan. Kita mana ada masa nak layan masalah budak2 ni. Kerja sekolah melambak2.Lagipun, budak2 kita ni, memang mengada2. Bukan diorang tak ada mak bapak.” Respon cikgu B pula. Bergegar juga telinga sy. Manakan tidak, kata2 cikgu B seolah-olah sy seorang guru yg banyak masa terluang dan tak ada kerja hingga byk masa melayan masalah budak2. Sy ni jenis guru gred bawah ke hingga byk masa terluang berbanding dengan cikgu B?

Kalau sy jawab kata2 cikgu B, tentu akan lebih terasa hangat telinganya nanti, so sy ambil pendekatan berdiam diri. Belajar untuk menjadi sabar.
Sy tak kisah lah, kalau entri sy kali ni pun menimbulkan kontroversi kerana entri yg tidak berniat untuk mengenakan sesiapa pun boleh disalah ertikan oleh orang2 yg tidak ada kena mengena dgn cerita sy. Habis ribut taufan satu sekolah dgn  cerita2 yg tidak benar. Kali ni, lebih baik sy ambil pendekatan “ Ada aku kesah???”

Kalau mereka tidak buat, tentu mereka tidak rasa apa2,kan? Tapi, kalau post sy secara kebetulan sama dgn cerita kalian, bukankah lebih baik muhasabah diri sendiri. Sebagai penulis, sy juga banyak muhasabah diri tatkala melihat kepelbagaian ragam rakan2 sekeliling. Sebagai manusia, dah tentu sy juga byk kelemahan diri dan perlu perbaiki kelemahan tersebut. Mengapa mesti melenting tanpa ada penilaian kendiri?

Berbalik dgn cerita tadi….....
Salahkah sy mengambil berat masalah murid2 jika mereka memerlukan sy atau mereka meletakkan kepercayaan kepada saya?.

Bayangkanlah, apa akan jadi jika tidak ada seorang guru pun meluangkan masa untuk mendengar masalah murid2 mereka? Dan, cikgu B atau cikgu2 sewaktu dgnnya harus tahu, bukan semua murid2 kita boleh berkongsi masalah dengan ibu bapa mereka? Sedangkan anak2 kita sendiri juga belum tentu telus dlm melahirkan masalah mereka dengan kita. Jadi, kesimpulannya tidak perlulah memandang negatif jika ada cikgu2 seperti sy dan tolonglah jangan mengeluarkan kata2 sinis sebagai satu luahan sbg tanda rasa tidak puas hati mereka .

Cuba positifkan diri…......
Kasihan jika ada dalam kalangan murid2 kita yg bermasalah, tetapi tiada tempat untuk meluahkannya. Kdg2 ada ibu bapa yg tidak peka dgn masalah anak sendiri. Kalaulah semua cikgu sesibuk cikgu B, tentu ada murid2 yg bermasalah akan mengambil pendekatan mudah. Tersalah pilih orang untuk mengadu masalah, habis tergadai masa depan.

Jadi, renung2kanlah……………………….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan