Isnin, 14 Januari 2013

Hebat dan Sempurnakah Kita?

Hairan melihat manusia yang suka menjadikan laman sosial seperti Facebook sebagai medan meluahkan perasaan marah. Mengeluarkan pelbagai jenis ayat yang sangat tidak enak untuk dibaca dan didengar. Mungkin agaknya mereka terlupa bahawa apa yg mereka tulis itu dapat dibaca oleh semua manusia tidak kira pelbagai agama dan juga bangsa. Mungkin juga mereka lupa bahawa 'bahasa itu menunjukkan bangsa'.
Dan, yang paling memalukan apabila kita menghentam sesama rakan seagama, rakan sebangsa dan rakan sejawat, sudah tentulah bangsa-bangsa lain akan tersenyum sinis melihat kebodohan kita sendiri.

Apa tujuan mereka menghentam secara terang-terangan di FB? Adakah mereka rasa mereka cukup hebat? Atau mereka sengaja menunjukkan mereka berani bersuara lantang hingga boleh dibaca oleh semua orang? Mungkin juga dengan cara ini mereka rasa puas.....bangga....atau apa sahaja yang mereka sendiri dapat rasa. Bagi sy, cara ini benar2 menampakkan kebodohan diri sendiri. Kita lupa, orang membaca dan menilai siapa diri kita dengan cara yang kita tonjolkan sendiri. Sekali kita menuding jari ke arah orang, mungkin sepuluh orang pula yang menilai siapa diri kita. Mungkin kita rasa, kita tidak kisah dengan penilaian manusia, tetapi kita jangan lupa Allah juga menilai kita. Apa yg kita lakukan itu, benar2 salah disisi agama suci kita.
Sama ada kita menyebut nama orang yg terlibat itu secara jelas atau tidak, Islam tetap tidak membenarkan kita melakukan perbuatan sedemikian rupa.  Bukan itu caranya kita meluahkan rasa tidak puas hati atau apa sekalipun. Islam mengajar kita bermuzakarah dan bermusyawarah.  Dan adakalanya, kita juga harus bermuhasabah.

Sedih melihat keadaan sedemikian rupa berlaku dalam masyarakat kita dan apa yg lebih mengecewakan lagi ia berlaku dalam kalangan para cendiakawan dan dihormati  pula oleh orang lain. Kalaulah kita sendiri gagal mengawal emosi, bagaimana harus kita mendidik anak2 sendiri atau anak2 didik,  Kawallah emosi dengan cara yg paling bijak.Jangan lupa, jika kita berkata sesuatu yg buruk itu, walaupun benar ia menjadi satu umpatan dan jika tidak benar, ia menjadi   satu fitnah.

Mungkin sy berada dlm kategori selemah-lemah iman, maka sy hanya menulisnya di blog ini. Bukan semua manusia mampu mendengar dan menerima teguran. Walau apapun, sy berdoa untuk diri sy sendiri agar tidak membuka aib orang dengan cara seperti ini. Dan sy  juga berdoa  agar rakan2 sy tidak melakukan perkara yg sama kerana Islam telah mendidik kita dengan cara yg paling baik sekali. Semua perkara dapat diselesaikan dengan cara berbincang dan menerima teguran itu dengan hati yg lapang.

Akhir sekali, ambillah kenyataan ini sbg satu tanggungjawab sy sesama Islam yakni saling ingat-mengingati agar kita tidak berada dalam kerugian. Mohon kepada semua yg mengenali sy, tegurlah sy sekiranya ada perkara2 sumbang yg sy lakukan. Sebagai manusia, kelemahan dan kebodohan itu memang sering sy lakukan.

Isnin, 7 Januari 2013

Hikmah Pelupa

Hari ni, sy berkesempatan berbual dgn cikgu Hamdan. Perbualan kami hanya berkaitan dengan  perkembangan kesihatannya walaupun sy tahu hampir setiap minggu dia akan berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. Sy bertanyakan kepadanya, sejauh manakah dia masih mengingati peristiwa kemalangan yg menimpanya pd awal bulan September tahun lalu. Nampaknya, dia tidak mengingati langsung peristiwa yang dialaminya itu. Serius.....dia langsung tak ingat.
Terdetik di hati sy betapa Allah menyanyangi hambaNya. Memang benarlah, apa sahaja yg Allah berikan, semuanya mendatangkan kebaikan. Allah memberi sifat 'pelupa' kpd manusia kerana Dia tidak mahu kita masih mengingati peristiwa sedih atau peristiwan hitam yg terjadi dalam hidup kita. Bayangkanlah jika Allah tidak memberi sifat itu kepada kita, sudah tentulah kita akan menangis berhari-hari tatkala kita mengingati peristiwa sedih dan trauma yg pernah kita alami.  Syukur kerana kita semua ada sifat 'pelupa' itu. So. walaupun ada sesetengah manusia merasakan sifat pelupa itu satu kekurangan, tp bagi sy sifat itu tetap ada hikmahnya, dan sebagai manusia kita memerlukan  sifat 'pelupa' itu.

Betapa Allah Maha mengetahui akan lemahnya kudrat dan iradat manusia. Kita memang tidak mampu melawan perasaan sedih, takut, trauma dan sebagainya. Allah menghadkan kemampuan untuk kita mengingati sesuatu itu, ada tempohnya. Sampai masa, kita semua akan lupa akan kelukaan,kesedihan, dan sebagainya. Dan pada saat kita mampu melupakan semua itu, maka kita semua boleh tersenyum kembali. 

 Sampai bila nak hidup bersandarkan pada kenangan sedih, takut, trauma dan seumpanya???.Yang dah lalu biarkan berlalu. Yang dah pergi biarkan dia pergi.Yang dah lepas, jangan dikenang lagi. Cuma kita boleh jadikan peristiwa yg lepas itu sebagai sempadan atau tauladan untuk kita tempuh hidup yg mendatang. Indahnya hidup ini  kalau kita boleh lupakan semua hal-hal lampau yg seperti sy nyatakan tadi.Tanamkan sifat pelupa pada situasi yg tidak perlu. Sesungguhnya, Allah tidak memberikan semua itu sia-sia. Semuanya ada keperluannya pada kita juga. 

* Buat teman seperjuangan, kita ambillah sifat itu untuk kita lupakan semua kesalahan orang lain pada kita kerana kita juga bukan sempurna.  Jika kita mampu melupakan kesalahan orang lain, inshaAllah kita berjaya membersihkan hati kita. Buat adik Hamdan, lupakan terus kenangan hitam yg pernah dialami. Syukurlah,smuanya selamat dan kembali seperti biasa. Akak doakan, cepat sembuh!!!!! 
(Psssssstttt........kurangkan merokok).

Rabu, 2 Januari 2013

Semoga Tahun ini Lebih Baik

Selamat Tahun Baharu 2013.....Selamat tinggal 2012 yg byk meninggalkan kenangan pahit dan manis buat sy. Dan, satu peristiwa yg paling menyanyatkan hati sy ialah pemergian salah seorang sahabat baik sy, kak Biah yg menderita sakit kuning. Tarikh 27 June 2012, akan kekal terpahat di hati sy.

Sy sangat berharap agar tahun ini, sy menjadi yg lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga Allah membersihkan hati sy kerana penyakit hatilah yg paling sukar untuk dipelihara. Mungkin kita semua boleh berpura-pura baik, tp tk mungkin kita boleh membohongi hati sendiri. Ada kala, bicara di bibir tidak sama dengan apa yg ada di hati. 
Wahai Tuhan, bersihkanlah hati ini!!!!!!

Mungkin disebabkan sifat sy yg terlalu byk memerhati,maka sy tertanya-tanya sendiri. Mengapa ada segelintir di kalangan rakan-rakan sy suka membina permusuhan daripada memelihara ukhwah seagama? Bukankah kita semua tahu, memutuskan hubungan silaturahim itu akan menggegarkan keimanan kita? Dan hukumnya masuk neraka. Disebabkan sy mungkin takut dengan kenyataan ini, maka sy cuba mendidik diri sendiri untuk sentiasa memaafkan orang lain dan berlapang dada dalam menghadapi keadaan seperti ini. Sy cuba sedaya upaya agar hati tidak dipengaruhi dengan hasutan2 jahat yg berlegar di sekeliling kita agar  memutuskan hubungan yg sedia terjalin.

Apapun, sbelum sy mengakhir entri ini, sy tinggalkan sepotong hadis:

"Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )
Nabi juga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim ” ( al-Bukhari)

Untuk itu, sy bermohon pada DIA agar peliharalah hati sy supaya tidak mudah menyimpan dendam pada sesiapa sahaja walaupun sebenarnya ia sangat melukakan. Dan buat kawan2 seagama, buanglah sifat ego dalam diri dan belajarlah memaafkan orang lain. Selalu mengingatkan diri bahawa kita tidak semestinya betul dalam serba serbi.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...