Isnin, 14 Januari 2013

Hebat dan Sempurnakah Kita?

Hairan melihat manusia yang suka menjadikan laman sosial seperti Facebook sebagai medan meluahkan perasaan marah. Mengeluarkan pelbagai jenis ayat yang sangat tidak enak untuk dibaca dan didengar. Mungkin agaknya mereka terlupa bahawa apa yg mereka tulis itu dapat dibaca oleh semua manusia tidak kira pelbagai agama dan juga bangsa. Mungkin juga mereka lupa bahawa 'bahasa itu menunjukkan bangsa'.
Dan, yang paling memalukan apabila kita menghentam sesama rakan seagama, rakan sebangsa dan rakan sejawat, sudah tentulah bangsa-bangsa lain akan tersenyum sinis melihat kebodohan kita sendiri.

Apa tujuan mereka menghentam secara terang-terangan di FB? Adakah mereka rasa mereka cukup hebat? Atau mereka sengaja menunjukkan mereka berani bersuara lantang hingga boleh dibaca oleh semua orang? Mungkin juga dengan cara ini mereka rasa puas.....bangga....atau apa sahaja yang mereka sendiri dapat rasa. Bagi sy, cara ini benar2 menampakkan kebodohan diri sendiri. Kita lupa, orang membaca dan menilai siapa diri kita dengan cara yang kita tonjolkan sendiri. Sekali kita menuding jari ke arah orang, mungkin sepuluh orang pula yang menilai siapa diri kita. Mungkin kita rasa, kita tidak kisah dengan penilaian manusia, tetapi kita jangan lupa Allah juga menilai kita. Apa yg kita lakukan itu, benar2 salah disisi agama suci kita.
Sama ada kita menyebut nama orang yg terlibat itu secara jelas atau tidak, Islam tetap tidak membenarkan kita melakukan perbuatan sedemikian rupa.  Bukan itu caranya kita meluahkan rasa tidak puas hati atau apa sekalipun. Islam mengajar kita bermuzakarah dan bermusyawarah.  Dan adakalanya, kita juga harus bermuhasabah.

Sedih melihat keadaan sedemikian rupa berlaku dalam masyarakat kita dan apa yg lebih mengecewakan lagi ia berlaku dalam kalangan para cendiakawan dan dihormati  pula oleh orang lain. Kalaulah kita sendiri gagal mengawal emosi, bagaimana harus kita mendidik anak2 sendiri atau anak2 didik,  Kawallah emosi dengan cara yg paling bijak.Jangan lupa, jika kita berkata sesuatu yg buruk itu, walaupun benar ia menjadi satu umpatan dan jika tidak benar, ia menjadi   satu fitnah.

Mungkin sy berada dlm kategori selemah-lemah iman, maka sy hanya menulisnya di blog ini. Bukan semua manusia mampu mendengar dan menerima teguran. Walau apapun, sy berdoa untuk diri sy sendiri agar tidak membuka aib orang dengan cara seperti ini. Dan sy  juga berdoa  agar rakan2 sy tidak melakukan perkara yg sama kerana Islam telah mendidik kita dengan cara yg paling baik sekali. Semua perkara dapat diselesaikan dengan cara berbincang dan menerima teguran itu dengan hati yg lapang.

Akhir sekali, ambillah kenyataan ini sbg satu tanggungjawab sy sesama Islam yakni saling ingat-mengingati agar kita tidak berada dalam kerugian. Mohon kepada semua yg mengenali sy, tegurlah sy sekiranya ada perkara2 sumbang yg sy lakukan. Sebagai manusia, kelemahan dan kebodohan itu memang sering sy lakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan