Rabu, 5 Februari 2014

Kifarah

Selamat Tahun Baru....
Dah masuk bulan Februari, baru sy ada kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru 2014.
Sibuk dan buat-buat sibuk hingga tak ada masa untuk menulis sesuatu menjelang tahun baru. Ini merupakan entri pertama sy sejak 2014.

Hari ni, sy datang ke sekolah dalam keadaan bercermin mata hitam. Perghhhh....macam kumpulan "Panca Sitara" lah pulak. Sampai sahaja ke sekolah, sy dah dengar di hujung-hujung telinga murid2 "pwewitttt" kan sy. Wah....memang berani murid2 zaman sekarang. Apatah lagi mereka tahu yg mereka ni tak boleh langsung dijentik oleh guru. Kalau nak dimarah, takut pula cikgu dituduh mengganggu emosi mereka. Memang baguslah dasar kerajaan sekarang. Kesimpulannya, kita hanya boleh mengajar mereka dan bukannya mendidik. Jadi, kena banyak tutupkan mata dan pekakkan telinga.

Berbalik cerita sy yg berkaca mata hitam ke sekolah hari ni.......
Sepanjang hari sy memakainya kerana sy belum kuat berhadapan dengan orang2 yg akan gelakkan apabila melihat sy yang dah macam Beruang Panda. Dah lah mata bengkak, kelilingnya pulak hitam. Semuanya akibat kejadian hari selasa minggu lepas, di mana sy terlanggar pintu cermin KFC dengan begitu kuat. Hari ini, genap 9 hari  kejadian itu berlaku.

Setakat ni, ramai yang tergelak daripada menunjukkan rasa simpati apabila mendengar kronologi kejadian sy melanggar  cermin pintu KFC. Tak mengapa, sy tidak berkecil hati pun kerana semuanya ini adalah adat manusia biasa. Mungkin, sy sendiri menunjukkan reaksi kelakar semasa menceritakan kejadian tersebut. Memang sikap sy sukar untuk meminta simpati daripada orang lain walaupun adakalanya sy berada dalam situasi yang sangat sedih.

Apa yg ingin sy kongsikan di sini, semasa kejadian itu, tidak dpt sy gambarkan rasa sakitnya. Tiada kata-kata yang dapat sy ungkapkan mengenai rasa yg Allah berikan pada sy  pada masa itu. Terlintas dalam fikiran sy, bagaimanalah rasa sakit yg ditanggung oleh orang-orang yang mengalami kemalangan yang teruk. Allah hu Akbar..... Serius rasa sakit itu benar-benar menakjubkan sehingga pada malamnya sy tidak tahu bagaimana posisi yg sesuai untuk sy gayakan supaya rasa sakit itu berkurangan.

Kalau itulah rasa sakit yg sy rasa teramat sakit akibat terlanggar cermin pintu KFC, bagaimana pula rasa sakit yg ditanggung oleh orang-orang yang menghadapi sakaratul maut? Subhanallah.... Astagfirullahhal'azim...Allah hu Akbar.

Walaubagaimana pun, terima kasih Allah kerana hanya memberi sy rasa sakit dan tidak memberi sy sebarang  mudarat pada mata dan sebagainya. Doktor sendiri terkejut, kerana melihat bengkak sebesar telur angsa di mata tetapi tidak meninggalkan sebarang kesan negatif pada mata. Alhamdulillah, syukur ya Allah.

Sy beranggapan, musibah yang berlaku ini, Allah tidak memberinya dengan percuma. Mungkin ada kesalahan yang sy lakukan dan sy harus menerimanya sebagai satu teguran daripadaNya. Ya.....sy menerimanya sebagai satu kifarah.

p/s : Sy rindu sangat pada aruwah abah...... Harap2 malam ni, sy dapat bertemu abah walaupun sekadar dalam mimpi