Kata cikgu A pada sy tatkala sy
membawa pulang hadiah daripada murid2 sempena hari guru yg disambut pada 25 Mei
lalu. Sy senyum sahaja kerana tak ada idea nak mengulas apa2.
“Macamana murid tak sayang, dah
si Nora ni suka melayan budak. Bila budak ada masalah sikit, dia memang ada
masa melayan. Kita mana ada masa nak layan masalah budak2 ni. Kerja sekolah
melambak2.Lagipun, budak2 kita ni, memang mengada2. Bukan diorang tak ada mak
bapak.” Respon cikgu B pula. Bergegar juga telinga sy. Manakan tidak, kata2
cikgu B seolah-olah sy seorang guru yg banyak masa terluang dan tak ada kerja
hingga byk masa melayan masalah budak2. Sy ni jenis guru gred bawah ke hingga
byk masa terluang berbanding dengan cikgu B?
Kalau sy jawab kata2 cikgu B,
tentu akan lebih terasa hangat telinganya nanti, so sy ambil pendekatan berdiam
diri. Belajar untuk menjadi sabar.
Sy tak kisah lah, kalau entri sy
kali ni pun menimbulkan kontroversi kerana entri yg tidak berniat untuk mengenakan
sesiapa pun boleh disalah ertikan oleh orang2 yg tidak ada kena mengena dgn
cerita sy. Habis ribut taufan satu sekolah dgn cerita2 yg tidak benar. Kali ni, lebih baik sy
ambil pendekatan “ Ada aku kesah???”
Kalau mereka tidak buat, tentu
mereka tidak rasa apa2,kan? Tapi, kalau post sy secara kebetulan sama dgn
cerita kalian, bukankah lebih baik muhasabah diri sendiri. Sebagai penulis, sy
juga banyak muhasabah diri tatkala melihat kepelbagaian ragam rakan2
sekeliling. Sebagai manusia, dah tentu sy juga byk kelemahan diri dan perlu
perbaiki kelemahan tersebut. Mengapa mesti melenting tanpa ada penilaian
kendiri?
Berbalik dgn cerita tadi….....
Salahkah sy mengambil berat
masalah murid2 jika mereka memerlukan sy atau mereka meletakkan kepercayaan
kepada saya?.
Bayangkanlah, apa akan jadi jika
tidak ada seorang guru pun meluangkan masa untuk mendengar masalah murid2
mereka? Dan, cikgu B atau cikgu2 sewaktu dgnnya harus tahu, bukan semua murid2
kita boleh berkongsi masalah dengan ibu bapa mereka? Sedangkan anak2 kita
sendiri juga belum tentu telus dlm melahirkan masalah mereka dengan kita. Jadi,
kesimpulannya tidak perlulah memandang negatif jika ada cikgu2 seperti sy dan
tolonglah jangan mengeluarkan kata2 sinis sebagai satu luahan sbg tanda rasa tidak puas
hati mereka .
Cuba positifkan diri…......
Kasihan jika ada dalam kalangan
murid2 kita yg bermasalah, tetapi tiada tempat untuk meluahkannya. Kdg2 ada ibu
bapa yg tidak peka dgn masalah anak sendiri. Kalaulah semua cikgu sesibuk
cikgu B, tentu ada murid2 yg bermasalah akan mengambil pendekatan mudah. Tersalah
pilih orang untuk mengadu masalah, habis tergadai masa depan.
Jadi, renung2kanlah……………………….