Ahad, 27 Februari 2011

Kenangan dan Kehidupan


Sy turut sedih membaca entri anak sulung sy. Dan sbg seorang yg pernah mjadi penghuni asrama semasa di maktab dan di universiti, sy memahami perasaannya. Memang sedih di saat2 meninggalkan bumi yg pernah kita lalui saban hari dan langit yg kita junjung setiap hari. Bercampur baur perasaan apabila kali terakhir bersama2 rakan2 yg pernah bkongsi suka dan duka. Dan yg paling kelakar, nak meninggalkan bilik pun terasa berat wpun bilik tempat kita tidur di asrama bukanlah selesa dan cantik. Sy masih ingat, ketika kaki sy melangkah keluar dari bilik A003 di MPSAH,sy mencium katil, dinding, meja tulis dan almari baju yg akan sy tinggalkan. Sedih sangat!!!!! Itu belum lagi menanggung  kesedihan meninggalkan kawan2 dan sahabat baik sy. Ambil masa seminggu juga baru sy pulih dari kesedihan. Tapi yg paling sedih, meninggalkan kenangan. Kenangan yg ditinggalkan, tidak akan sama dgn lakaran peristiwa yg akan datang.Sesungguhnya, kenangan adalah pengalaman. Pengalaman adalah guru yg paling berjasa dlm kehidupan. Hakikatnya, kita semua membesar melalui pengalaman. 

Bercerita soal pengalaman bersama kawan2, ia cukup mendedahkan sy kepada ragam manusia. Benarlah kata pujangga : 'Kita tidak dpt mengenali seseorang, sebelum hubungan kita di uji'. Ada kawan yg sanggup lari tatkala kita menempuh kesusahan dan ada juga sebaliknya.Ada kawan yg boleh mbawa kita ke arah yg lebih baik dan ada juga kawan yg boleh menghancurkan.  Justeru, kita mpunyai hak utk memilih kawan yg bagaimana untuk diangkat darjatnya menjadi sahabat sejati.


Apapun, setiap yg bermula pasti ada kesudahannya. Begitu jugalah dgn setiap pertemuan, pasti disudahi dgn perpisahan dan akhirnya membawa kepada terlakarnya kenangan. Sbagai manusia, semuanya ini adalah lumrah hidup yg pastinya semua manusia akan merasai kesedihan mengingati kenangan. Simpanlah kenangan itu ditempat yg sesuai agar ia tidak dimamah masa dan dilupakan dek kesibukan tuntutan kehidupan.

Buat anak sy,amal...........
Jangan disesali stiap perpisahan, kerana kita pernah ketawa dan gembira ketika adanya pertemuan
Jangan dilupakan pd kenangan, kerana setiap kenangan ada pengajaran.
Sebaiknya, bersedia untuk melakar satu lagi fasa tatkala kaki melangkah ke satu tempat yg baru tak lama lagi.

Perpisahan membuka peluang untuk pertemuan yg lain dan mencipta kenangan yg baru.Dan setiap kenangan yg baru tidak semestinya mampu memadam memori lalu,
adakalanya, pertemuan yg singkat,menghadirkan rasa rindu yg perpanjangan
menyimpan memori yg tidak akan terpadam...........buat selama-lamanya.


P/S: Apapun, hakikat kehidupan pasti adanya perpisahan. Begitu juga dengan kita....keluarga yg sangat kita sayang.Keluarga kita yg kecil dan yang hanya ada  'kita' sahaja tanpa ada sesiapa pun di belakang kita.

Khamis, 17 Februari 2011

Jerat Percintaan

Bagus juga lirik lagu ni.....dan sekaligus, sy terfikir sejenak bahawa setiap larangan yg terkandung dalam al-Quran dan Hadis, memang ada rahsia di sebaliknya sama ada kita nampak sebabnya atau sebaliknya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, ada ketikanya kita tercari2 mengapa Allah melarang itu dan ini. Kita terlalu lemah untuk mengetahui segala2nya tetapi kita harus yakin bahawa setiap larangan itu ada rahsia di sebaliknya. Sbg seorang muslim, terokailah mengapa Allah melarang sesuatu perkara.

Dlm konteks lagu di atas, jelas mengapa Islam melarang kita mendekati zina. Jangankan berzina, mendekatinya pun dilarang. Mengapa???? Jawapannya mudah, kerana Allah tahu bahawa kita sbenarnya lemah. Jika sebelah kaki sudah masuk ke zon tsebut, amat sukar untuk di tarik kembali malah, kedua-dua kaki akan turut masuk ke dalamnya. Justeru, daripada termasuk kedua2 belah kaki, adalah lebih baik tidak menghampirinya.

Jangan takbur menolak fakta ini. Kekuatan iman bukan sekadar  berkata " tak mungkin ini berlaku" kerana  'iman' bukan skadar lahir drp kata2 malah ia harus diuji unt dinilai kemantapannya. Memang lidah tidak bertulang....oleh itu, lidah manusia mudah sahaja menuturkan apa sahaja mengikut kemahuan hati dan prasaannya.

Ambil pengalaman daripada org2 yg pernah terjerat dlm percintaan terlarang atau hubungan terlarang. Dan, bagi mereka yg berpengalaman dlm hal ini, cuba nilai diri sendiri betapa lemahnya kita sbg manusia menolak hbungan yg tidak sepatutnya terjalin.  Sedangkan Nabi Adam boleh terlupa dgn pesan Allah, inikan kita manusia biasa.

Berapa ramai manusia yg suka mendahului takdir dan ketentuanNya. Apabila tangan telah dihulur, pd pasangan terlarang jgn fikir sgala2nya tak mungkin berlaku. Biasanya, apabila dinasihati, masing2 dgn beraninya akan menafikan....' Ini tak mungkin terjadi. Dia hanya kawan lama sy. Sekarang ni, sy dah bersuami /isteri dan mempunyai anak.' Mungkin pada masa itu, mangsa belum terjerat dan dijerat. Dan akhirnya.........apabila sudah terjerat, ada yg sanggup meninggalkan anak, suami atau isteri.

Buat teman sy yg kini menjadi mangsa 'jerat percintaan'. baliklah ke pangkal jalan.....
Tiada nasihat daripada sy lagi kerana sy amat memaklumi perasaan,kasih dan sayang anda terhadap pasangan terlarang anda. Dalam keadaan ini, anda harus membina kekuatan sendiri utk menolak sgala perasaan itu. Carilah orang2 yg boleh mengukuhkan jiwa anda. Baja jiwa dan suburkan nurani anda dgn ayat2 suci al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Cari orang2 yg bijak pandai dlm hal ini dan bukan menyelesaikannya mengikut logik hati dan kata nafsu.


p/s: Sy doakan smoga anda balik ke pangkal jalan.......Sesungguhnya hidup ini terlalu singkat.
 

Rabu, 16 Februari 2011

PANDUAN SOLAT BERJAMAAH

Malam ini, sy agak sukar melelapkan mata, so apa lagi sy pun melayari internet. Sempat juga sy singgah di blog rakan2 di luar sana. Dan di antaranya blog sy terbaca ialah tentang kesalahan2 dalam solat.Walaupun kita rasa kesalahan tersebut kecil, tetapi kadang kala dengan tidak sengaja, perlakuan kita mendatangkan dosa. Walaupun kita tahu perkara itu tidak boleh dilakukan tetapi adakalanya kita rempuh juga. Apa pun alasan, ia tetap salah. Tidak sewajarnya kita mencari alasan sendiri semata-mata ingin membela diri. Antara kesalahan yang mungkin biasa kita lakukan ialah:


  • Jika telefon berbunyi, sebaiknya janganlah dijawab. Adalah lebih baik kita 'off'kan terus agar tidak mengganggu solat para jemaah yg lain.
  • Jangan putuskan saf, malah disunatkan saf dirapat2 kerana syaitan juga pergi ke masjid dengan tujuan mengganggu org yg solat supaya tidak khusyuk.Syaitan akan berada di celah2 saf yg terputus dan memulakan bisikan dalam hati orang yg berada di saf yg putus.
  • Disunatkan letak tangan kanan di atas tangan kiri dan kedua2 tangan diletakkan ditengah2 dada.
  • Disunatkan mengaminkan Fatihah imam sekadar didengari sahaja bukan mengganggu jemaah yg lain atau memanjangkan lafazkan amin sehingga berlebihan
  • Jangan memandang ke atas ketika solat tetapi pandanglah tempat sujud
  • Sesetengah drp umat Islam lupa bahawa dia masih beradi di masjid walaupun sudah selesai solat. Jangan berbual-bual selagi kita berada di masjid kerana masih ada org lain yg berzikir dan menunaikan solat hajat.
  • Jangan lalu dihadapan orang sedang solat. kerana Rasulullah melarangnya.
  • Berilah penghormatan kepada Rumah Allah atau Masjid. Jangan datang ke masjid dengan pakaian bertulis USA. ADIDAS. COCO-COLA dan sebagainya yang ada kaitan dengan YAHUDI dan AMERIKA, Selarikan kandungan hati/Aqidah dengan pakaian, jangan jadi MUNAFIQ, diluar solat menentang syaitan tetapi semasa solat mengiklankan syaitan pada pakaian kita. Datanglah ke masjid dengan pakain yang bersih kerana Rumah Allah hanya untuk mereka  bersih lagi bersopan pada pakaian dan hati.
  • Jangan berdoa terlalu kuat, walaupun disunatkan berdoa dalam solat dengan bahasa arab atau doa-doa yang terkandung dalam Al-Quran ketika solat.
  • Solatlah dalam keadaan tenang jangan menganggu orang lain,jangan melihat jam pada tangan, jangan mengangkat takbir terlalu kuat, atau menangis terlalu kuat. Wujudkan suasana tenang agar semua hadir dapat tunaikan solat dengan tenang dan khusyuk.
  • Pakailah pakaian yang sesuai dan beradablah ketika solat serta hormatilah mereka disekeliling kita.
  • Bacalah semua lafaz bacaan tidak lebih dari suara imam sekadar untuk pendengaran kita sendiri sahaja.
    Setengah pendapat bacaan Fatihah mesti ( rukun ) dibaca dengan betul sehingga menyaringkan suara barulah sah solatnya. sebenarnya bacaan fatihah hanyalah wajib dibaca dalam hati ( sekadar kita mendengari bacaan tersebut ) dengan maghraj yang betul tanpa menyaringkan suara.

Isnin, 14 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul.....
Bulan setiap kali kita menyambut Maulidur Rasul adalah bulan Rabiulawal. Bulan ini mendapat nama sempena bermulanya musim bunga. Biasanya,di tanah Arab,pada bulan ini,pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya menjadi buah. Setelah kedatangan Islam, Nabi Junjungan Kita, Nabi Muhammad saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sebagai salah satu nama bulan dalam  kalendar Islam hinggalah sekarang.

Sy teringat juga ketika berada di bangku sekolah, ustazah Fauziah pernah menceritakan tentang peristiwa yang berlaku pada bulan ini. Sy mengaku, bukan semua perkara yg sy ingat tetapi antara perkara yg sy masih ingat ialah kelahiran nabi junjungan kita pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan 23 April 571M.

Pelantikan Nabi menjadi Rasul juga berlaku pada bulan ini. Ketika itu Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Dengan ini, bermulalah aktiviti Nabi Junjungan kita secara rasminya berdakwah di Makkah al-Mukarramah.

Banyak lagi peristiwa yg berlaku pada bulan ini tetapi disebabkan kejahilan sy, ada banyak perkara yg terlepas dlm ingatan . Itu bukan alasan untuk sy tidak mengetahi peristiwa penting yg berlaku pd bulan ini kerana pada zaman moden ini, ilmu begitu mudah diperolehi. Semuanya boleh diperolehi hanya dihujung jari. 

Sempena mengingati kelahiran Nabi Muhammad saw ini, paling tidak banyakkan berzikir dan berselawat. Sy rasa melakukan perkara itu, tidak sesukar mana. Kita boleh berselawat walau di mana kita berada tanpa mengira masa dan waktu. Menjadikan Rasulullah sebagai ikon yg wajar dicontohi. Walaupun tidak mampu mengikuti semua sifat peribadi mulia Rasulullah, sekurang2nya kita mampu mengambil beberapa sifat terpuji baginda untuk diamalkan. Bagi sy, tak salah jika kita bermula drp yang mudah2 dahulu. Insyallah, dalam melakukan sesuatu yg baik, Allah mengetahui niat hambaNya. Sebagai seorang muslim, kita harus akur bahawa redha dan hidayah itu milik Allah swt dan DIA berhak memberi kepada sesiapa sahaja. Mana tahu, kita adalah antara orang2 yg menjadi pilihan Allah????

Semoga, pada hari ini sy, anak2, suami dan orang2 di luar sana berusaha melakukan sedekit demi sedikit penghijrahan ke arah mencontohi peribadi Rasulullah. Memang sukar untuk melakukan perubahan ke arah yg lebih baik jika kita sudah biasa melakukan perkara2 yg menjadi kebiasaan wlaupun kita tahu ia agak salah dari segi Islam. Apapun, berusahalah juga ke arah yg lebih baik walaupun bermula dari sekecil2 kebaikan yg kita lakukan. Insyallah, keikhlasan kita tetap dinilai oleh Allah swt. 

Insyallah.....
Salam Maulidur Rasul



Ahad, 13 Februari 2011

Tolonglah Peka.....

Wahai ibu bapa yang mempunyai anak2 yg tidak minat belajar, berbuatlah sesuatu agar anak2 anda ada masa depan yg lebih terjamin dan dapat menjamin masa depan mereka. Bukan memaksa mereka  pergi ke sekolah walhal  mereka langsung tidak ada hati untuk belajar lagi.Kasihan mereka. Bayangkan, dalam sehari ada 8/9 masa dan mereka akan masuk ke kelas bgantung pada ckg yg mengajar pd hari tersebut. Kalau agak2 mereka boleh 'makan' ckg tu, nescaya mereka akn ponteng. Dan ckg2 pun dh malas nak kesah pasal pelajar2 seperti ini. Terlebih marah, lain pulak jadinya...maklumlah, tugas ckg mengajar sahaja...bukan mendidik. Kl msalah ini diajukan kpd org yg lebih 'atas', ayat mereka mudah je..."Mungkin teknik ckg mengajar tidak dpt menarik minat pelajar so, kena kreatif memikirkan bgaimana nak pancing mereka supaya  mereka minat dlm mata pelajaran tersebut". Tapi yg perlu orang2 kat atasan tu tahu,bukan satu atau dua subjek yg pelajar yg tak minat belajar ni ponteng, malah smpai 5 atau 6 subjek. Adakah semua cikgu2 ni tidak kreatif atau tidak pandai mengajar??? Atau memang pelajar seperti ini, harus diberi kata dua sama ada meneruskan persekolahan atau diberhentikan sahaja. Dan pada pndapat sy,  ibu bapalah yg harus kreatif  dlm hal2 yg berkaitan dgn anak2 mereka malah mengesan di mana minat mereka. Mungkin, Allah tidak memberi kelebihan anak2 mereka dalam bidang akademik tetapi memberi kelebihan dlm bidang kemahiran. Bukankah  Allah itu adil sifatnya????

Kasihan pelajar seperti ini. Mereka juga kalau ditanya akan memberi jawapan seperti yg dijangka: 'Mak bapak sy suruh pergi sekolah,cikgu'. 
Bagi sy, anak2 seperti ini memang mjadi mangsa ketidakpekaan ibu bapa terhadap anak sendiri. Ada antara mereka yg tidak boleh membaca walaupun sudah tingkatan 5. Apa lagi yg ibu bapa harapkan daripada mereka. Bukankah lebih baik, anak2 seperti ini dihantar ke pusat kemahiran yg sememangnya melambak2 di Malaysia? Seperkara yg ibu bapa harus tahu, zaman sekarang, kemahiran lebih menjamin masa depan. Dan ada yg memperoleh pendapatan belasan ribu ringgit dgn hanya berbekalkan kemahiran. Bukti yg paling nyata, arwah adik ipar sy yg tidak habis menamatkan persekolahannya tetapi dgn kemahiran yg ada, akhirnya gaji yg diperoleh setiap bulan mencecah RM 15,000. 

Maaf wahai ibu bapa..... 
Sy tidak menafikan hak mereka sbg seorang pelajar, cuma apa yg ingin sy tekankan di sini, anak2 yg  tidak boleh lagi menerima pelajaran harus diberi kesempatan dlm bidang kemahiran. Jgn pula yg salah faham dan disalah ertikan....


Di sini, sy mengambil contoh markah dua antara pelajar2 di kelas yg sy ajar dan 1/2 daripadanya memang tidak mahu belajar tp dipaksa oleh ibu bapa mereka:
Pelajar 1
Jantina: Lelaki
Bangsa : Melayu

 Subjek
 Markah
 B.Melayu
 16%
 B.Inggeris
 05%
 Matematik
 04%
 Sejarah
 08%
 Sains
 06%
                                                       
Pelajar 2
Jantina: Lelaki
Bangsa: Melayu
 Subjek
 Markah
 B.Melayu
 10%
 B.Inggeris
 08%
 Matematik
 04%
 Sejarah
 06%
 Sains
 02%

Rabu, 9 Februari 2011

Kad Ucapan 3D.






Tahun ni, Tajuk Folio PSV bg calon SPM 2011, agak sukar sedikit berbanding tahun lepas...Atau mungkin sy sahaja yg rasa sukar kerana sy memang bukan dilahirkan sebagai guru seni visual (seni lain tu, insyallah ada juga rasanya). Walau bagaimana pun, kreativiti rakan2 sy, menyebabkan semangat sy terbakar untuk menjadi seperti mereka. Ya....sy mesti boleh melakukannya. Terima kasih kpd kawan2 yg membantu sy krn dgn bantuan mereka, dapat meredakan rasa rendah diri sy terhadap subjek ini....

P/S: Lin, Tolong........cepat2 postkan apa2 je untuk membantu diriku yg serba kekurangan dan tak tahu....

Isnin, 7 Februari 2011

Cerita Uban

Hari ini, sy melihat ada 2,3 helai uban melingkari di atas kepala. Ya...uban yg sama sy lihat masih kekal di atas kepala. Sebelum ini, sy tidak hairan pun melihat uban2 tersebut. Itu bermakna 'signal' drp Allah bahawa sy sudah tua. Siapa boleh menolak hakikat tersebut?.Dan ia juga bermakna perjalanan hidup sy hampir separuh telah berlalu. Dengan adanya uban juga, sbg seorang muslim ia harus menjadikannya satu peringatan agar tidak   melakukan keterlanjuran  dan perbuatan mungkar yg tidak diredhaiNya. (Sama2lah kita berdoa agar Allah melindungi kita yg serba lemah ini). Biasanya, memang orang2 tua sahaja yg ada uban. Tidak dinafikan, ada juga remaja yg sudah beruban tapi itu bukan bermakna mereka sudah tua. Mungkin disebabkan faktor pemakanan, masalah yg berkaitan penyakit  ataupun faktor keturunan. Tetapi kalau org seperti sy sudah beruban, memang nyata dan jelas bahawa itu menunjukkan ia sudah tua. Ia seiring dgn usia dan waktu yg sepatutnya sudah pun beruban tat kala usia semakin senja.Itu adalah kondisi biasa dan tidak perlu rasa malu.


Hari ini sy sperti terkedu seketika melihat 2,3 helai uban yg terpacak di antara rambut2 hitam sy. Kenapa sy terkedu? Sebab, ketika  membasuh rambut, sy melihat beberapa helai rambut hitam yg gugur. Kenapa semua rambut hitam? Kenapa tidak rambut putih yg gugur? Bukankah rambut putih itu yg patut gugur????

Pertanyaan2 tersebut, menerjah dalam kepala sy. Lama juga sy berfikir dan akhirnya tanpa berbincang dgn sesiapa sy menemui jawapannya. Bijaknya Allah SWT memberi perlambangan dan tidak harus dipolemikkan apatah lagi dicurigai.  Dengan kejadian sekecil ini, sy dapat mempuat konklusi. Ya....yang tua dan uzur tidak semestinya 'pergi' dahulu. Ajal tidak mengenal siapa dan maut bukan hanya milik orang2 tua.
Aduh...insafnya sy dgn kejadian sekecil ini.

p/s: Sy kagum dgn cendiakawan negara iaitu Prof.Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz dan Albert Einstein yg bangga memiliki uban krn bagi mereka rambut yg beruban adalah tanda kematangan, tinggi pemikiran dan berkarisma.

Kerja Kursus Sejarah ,Geografi PMR 2011 dan Pen. Seni Visual SPM 2011




Untuk Kerja Kursus Sejarah : Sila download di sini Kerja Kursus Sejarah 2011
Untuk Kerja Kursus Geografi: Sila download di sini Kerja Kursus Geografi 2011
Untuk Kerja Kursus PSV SPM 2011: Sila dwnload di sini Pendidikan Seni Visual SPM 2011

Jumaat, 4 Februari 2011

Kemajuan di K.Selangor.....

Kuala Selangor yang maju
Saya bukan menolak kemajuan......Manusia yang tidak bertamadun sahaja yg akan menolak kemajuan. Tetapi tidak dapat dinafikan, kadang2 kemajuan akan merosakkan akhlak manusia, dan ia berlaku secara terang-terangan. Kebimbangan mula bersarang di hati. Manakan tidak,membesarkan anak2 di tengah2 bandar yang kian membangun. Atau, orang seperti sy harus tinggal di dalam hutan....membesarkan anak2 di tengah2 hutan bersama monyet,kera dan binatang2 yang seangkatan yg ada di sana.

Datanglah ke Kuala Selangor. Apa yang tidak ada di sini. KFC, Pizza,Ayamas, Tesco dan  tak lama lagi Giant,Mc Donald,Dominno akan didirikan di sini. Di belakang Tesco, tersergam indah bangunan 'One Plaza'. Panggung wayangnya ada lima. Boleh main bowling lagi di tingkat atas. Hebat bukan???? Bukan main gembiranya anak2 remaja apabila 'One Plaza' sudah beroperasi. Tak perlu pergi ke K. Lumpur, Shah Alam atau ke Klang untuk berseronok,menonton wayang dan sebagainya.
Lokasi di One Plaza

Memandangkan rumah sy sangat berhampiran dgn 'kemajuan' yang dibina dan telah pun beroperasi, maka mata sy boleh dikatakan hari2 melihat adegan2 yg tidak senang untuk ditontoni. Adakalanya melibatkan pelajar sy sendiri. Berpelukan di kawasan2 tersebut tanpa ada rasa segan dan malu. Saban malam beratur bersama pasangan masing2 membeli tiket untuk menonton wayang. Maklumlah, tidak ramai orang2 tua berada di kawasan seperti ini, jadi remaja boleh bebas melakukan pelbagai aksi.Tak perlu pandang kiri dan kanan, krn kebanyakan yg berlegar2 di kawasan itu,'seperangai' smuanya. Sy pula,kalau nak ke Tesco, akan melalui jalan di situ. Jadi, memang boleh di katakan kerap juga terserempak dgn adegan2 panas. Adakalanya terpaksa ikut jalan yg agak jauh sedikit krn 'takut' terserempak dgn pkara2 yg telah muak sy saksikan beberapa kali. Aduhai........tak sporting betul sy ni.
Panggung Wayang

Bukan salah kemajuan yg dicipta. Kalau tidak ada kemajuan pun, mereka boleh juga melakukan adegan yang sama. Cuma, mungkin tidak berlaku scara terang2an di Kuala Selangor.Atau paling senang kata, mungkin sy tidak nampak apa yg mereka lakukan. Maksiat memang ada di mana2.....silap2 hari bulan, boleh berlaku di rumah sendiri. Justeru, memang tidak wajar menyalahkan kemajuan. Hm....entahlah, sukar sebenarnya utk mengupas isu ini. Sy akui,salahnya memang individu itu sendiri. Kalau mereka tahu menjaga malu, maruah diri, nama baik keluarga dan pegang ajaran agama sebaik mungkin, sudah tentu perbuatan mencolok mata tidak akan berlaku. Tapi, tidak dapat dinafikan juga, tempat2 yg disediakan seperti 'one utama' juga memberi sumbangan terhadap individu2 yg sedemikian rupa. Samalah juga dgn peribahasa : Sudah mengantuk, disorongkan bantal.....apalagi, tidur ajalah. Tak perlu tercari2  tempat yg strategik untuk tidur.

Apa nak kata??? Takkan krn isu2 sumbang sperti ini, kita terpaksa mundur dlm pembangunan dan kemajuan? Memang sukar nak diungkaikan wpun kita lihat ia hanya isu kecil (kecil bg sesetengah manusia). Akhirnya, kita terpaksa berbalik semula pada yang asal. Apa lagi kalau bukan berkait dgn didikan drp ibu bapa? Akhirnya, peranan ibu bapa juga akan terbabit dan terpalit. Kalaulah anak2 dididik sejak kecil, mengambil kira keberangkalian yg akan berlaku pada masa hadapan, dah tentu gejala sosial yg melampau ini sedikit sebanyak dpt dibendung. Masalahnya, kbanyakan ibu bapa tidak peka dgn pkara2 kecil yg dilakukan anak2. Mudah sahaja contohnya:
i. Anak pulang lewat dari sekolah tidak pernah ditegur.
ii.Anak berkurung saban hari di dalam bilik tidak pernah dicurigai
iii.Memenuhi setiap hajat anak walaupun belum waktunya. Contohnya membelikan anak handphone ketika anak masih bersekolah.
iv.Membenarkan anak2 belajar menaiki motor ketika anak masih bersekolah rendah
v. Ibu bapa lebih risau kalau anak2 tak pandai dlm akademik drp tidak pandai mengaji.
vi. Boleh membenarkan anak2 keluar dgn rakan sebaya sekerap mana pun.
vii. Lebih takut anak menangis daripada kita sbg ibu bapa yg menangis.

Renung2kanlah antara perkara2 di atas yg telah kita abaikan dari awal hingga akhirnya anak2 tidak rasa bersalah untuk melakukan perkara yg lebih besar. Bukankah semua perkara yg berlaku bermula drp yg kecil dahulu???? Cuba buat senarai semak, sebanyak mana kita sudah membenarkan pkara2 yg sepatutnya dicegah  dari awal tetapi telah dilakukan oleh anak2. Andainya kita peka isu2 yg kecil dahulu, insyallah gejala sosial yg membimbangkan ini dpt dikurangkan. Tepuk dada sendiri, dan jawablah sendiri sama ada kita menyumbang atau tidak dgn apa yg berlaku hari ini.

Akhir kata....jemputlah datang ke Kuala Selangor yg maju....

Rabu, 2 Februari 2011

Buah Cempedak

Buah cempedak...fuh!!! Baunya sahaja dah menyelerakan. Itu bagi sy dan anak2 yg sukakan buah cempedak.Bezanya, sy suka makan bgitu sahaja, sdangkan anak suka digoreng. So, pantang nampak cempedak goreng, kami mesti membelinya.

Minggu lepas, sy membeli cempedak goreng di uptown Klang. Kami singgah minum di situ sambil memesan makanan lain. Suasana agak meriah dgn kepadatan pengunjung2 lain. 

Terkejutnya sy apabila pertanyaan sy dijawab oleh penjual cempedak goreng, " Satu ni, 50 sen,kak". Sy pula,tidak segan2 bertanya kembali,"50 sen??? Mahalnya??? Hari tu, akak beli 2 ulas 50 sen?"

Sy nampak si penjual cempedak goreng berada dlm keadaan serba salah, namun dia cuba mencari jawapan unt mempertahankan dirinya.."Cempedak yg sy beli ni,mahal kak. Sebab tu jual mahal. Mungkin hari tu, sy dapat murah sikit",katanya teragak-agak dan sedikit tergagap. 
"Tak palah, bagi akak 5 ringgit," pinta sy agar dapat meredakan perasaan si penjual cempedak. Dalam hati, sy tetap tidak menerima alasannya. Baru beberapa hari sy beli di tempat yg sama, tak kan hari ni boleh berbeza harga. 5 ringgit, dapatlah 10 ulas cempedak goreng. Memandangkan anak2 sy 'order' makanan lain, maka bagi sy 10 ulas sudah mcukupi. Kalau tak cukup, beli lagi.

Sepanjang jalan, sy bercakap lg tentang harga cempedak dgn suami. Mcm biasa, suami sy tidak memberi sbarang komen tentang isu2 yg dianggap remeh. Sy tahu, benda yg hendak dimakan, tidak baik dipertikaikan namun rasa tidak puas hati, tidak dpt sy disembunyikan. Bg sy, biasalah....bila org ramai, peniaga mula nak 'demand' harga. 

'Okey...okey....jangan komen lagi. Kalau nak makan puas2, beli sendiri.....'
Sy pujuk hati sendiri. Memanglah nafsu marah ni kena dipujuk2...kalau tidak syaitan pun ambil kesempatan. Makin kita marah, makin pula si syaitan ni menyimbah minyak ke atas api yg baru nak marak. 

Malam tadi, sy mengambil keputusan membeli sebiji buah cempedak di Econsave. Sekilo harganya RM3.50. So,sy mengambil sebiji yg agak besar sedikit drp buah cempedak yg lain. Apabila ditimbang,harganya mencecah RM7.89. Ini bermakna, berat buah cempedak itu 2 kg lebih. Dengan baunya yg semerbak, sy yakin buah cempedak itu sudah masak dan sedia untuk digoreng. Sampai sahaja di rumah, sy pun terus membelah buah cempedak tersebut. Ha ha ha ha.....sy tergelak besar lalu memanggil anak2. Kenapa sy tergelak?????
Manakan tidak, isi buah cempedak itu betul2 6 ulas. Bayangkan buah seberat 2 kg lebih tetapi isinya hanya 6 ulas. Sy tergelak kerana melihat 6 ulas buah cempedak itu telah mengingatkan sy kepada si penjual cempedak di uptown klang. Sekaligus, mengakui kebesaran Tuhan. Sy akur dgn cara Allah mengajar sy. 

Ya Allah, kalau inilah cara Dia mengajar sy, maka sy redha dgn apa yg berlaku pada malam tadi. Dan, sy juga harus mohon maaf kpd si penjual cempedak itu. Walaupun peristiwa di uptown itu bukan satu isu besar, tetapi Allah telah memberi pengajaran yg baik buat sy hanya krn kejadian malam tadi. Sepatutnya, sy tidak wajar merungut dgn harga yg ditetapkan oleh si penjual cempedak goreng tempohari.

Terima kasih, Tuhan.... Sekelip mata sahaja sy menerima pembalasan dan ganjaran. Cash lagi!!!!