Sabtu, 31 Disember 2011

Sajak Buat Kekanda Ida....

Saya dan Ida



Buat kekanda Ida yg sy sayangi, sy titipkan sajak ini untuk ida hayati....

2012-satu perjanjian

2011,menemukan kembali sesuatu yg selama ini kucari,
Semoga 2012 dapat menyatukan kembali kiambang-kiambang,
yang terlalu sukar untuk bertaup
dipermukaan kali....
Nun, di atas celahan awan gemawan
Aku melihat engkau dan aku
kita ketawa bersama
sedangkan yg lainnya menyepi
tanpa sebarang suara...
Aku bertanya,
Kenapa mereka tidak mahu ketawa bersama-sama
Sedangkan cerita yg kubawa cerita gembira
Cerita yg kubawa tentang kita...
Lantas,
Engkau bersuara....
'jangan berduka adikku...2012 menjanjikan sesuatu untuk kita'
2012 akan mencipta sejarah baru
Kita akan ketawa semula
Kita akan gembira
Kerana kiambang yg engkau lihat bertaburan dan berselerakan itu
Akan bertaup kembali.
????????????
??????????
????????
???????
??????
?????
????
???
??
?

Ya, aku mengharapkan,
2012 memberikan satu perkhabaran gembira
Semoga, tahun ini,
Aku tidak bermimpi lagi.

Untuk kekuatan hati:
Don't be sad
You'll see
that one day everything is
going to be just fine
don't give up and try your best
Allah will always be with you

Khamis, 22 Disember 2011

Huda, Semoga Tabah

Hari ini, balik saja dari mesyuarat guru yg pertama sesi 2012, sy, kak Anom, kak Min dan pengetua melawat Ustazah Nurul Huda di Hospital Kuala Lumpur. Sejak berita sedih yg menimpa dia sekeluarga, baru hari ini sy berpeluang melawatnya. Anaknya yang berusia 5 tahun disahkan mengidap leukimia. Kalaulah sy yang tidak ada kaitan darah dgn kanak2 ini berasa sangat sedih, bayangkanlah perasaan Huda dan suaminya. Berat mata sy memandang, tentu  berat lagi bahu mereka memikul.

Sy insaf tatkala sy melihat kanak2 yg berada di wad ini. Sekaligus sy dapat merasakan ujian hebat sedang menimpa keluarga kanak2 ini. Pasti ibu bapa kanak2 ini sedang berperang berlawan dgn perasaan. Sy tahu, semua ibu bapa dalam keadaan sgt bersedih, namun apakan daya takdir Allah tidak mampu untuk kita melawannya. Di satu sudut, sy melihat seorang kanak2 yg juga berusia 5 tahun sedang khusyuk bermain 'game' nya. Kanak2 itu seoalah2 tidak mengalami sebarang penyakit. Wajah sungguh tenang. Sy mendengar melalui hujung2 telinga perbualan antara ayah kanak2 itu dgn salah seorang sahabat sy. Menurut ayahnya, anaknya itu menghidap kanser tahap 4. Kanser tersebut telah merebak di seluruh anggota badan dan kepalanya. 

Allah hu Akbar......
Oleh kerana hati sy mula goyah akibat kesedihan, sy mengalihkan perhatian sy ke arah anak Huda yg dari tadi asyik menutup wajahnya yg comel kerana mungkin malu dgn kehadiran kami. Melihat semangat Huda, sy menjadi begitu kagum dengan ketabahannya. Huda nampak kuat walaupun secara lahiriahnya sahaja. 
Di hati kecil ini, sy hanya mampu berdoa kehadrat Ilahi agar segala-galanya akan pulih kembali.

Dalam masa setengah jam itu, sy sempat menjenguk di wad2 yg lain. Hati sy benar2 tersentuh kerana melihat anak2 kecil yang gugur rambutnya akibat kesan kimo. Luluh hati sy sebagai seorang ibu melihat keadaan di sekeliling sy ketika itu. Tiada sebarang kata2 yg mampu sy ucapkan di sini cuma berdoa, dan terus berdoa untuk anak2 ini dan tabahkanlah hati ibu2 dan ayah2 yg sedang sarat diuji ketika ini. Buat Huda dan keluarga....sama seperti ayat2 drp sahabat2 yg lain, sy juga ingin menyatakan perkara yg sama....sabar, sabar, sabar, dan terus bersabar. Tidak ada lain perkataan atau baris2 ayat yg mampu sy keluarnya untuk Huda. melainkan bersabar dgn ujian ini.  Sesungguhnya, Allah itu maha adil sifatnya.

Huda, semoga tabah dan kuat melawan rasa sedih...

Rabu, 14 Disember 2011

Hai Lelaki....

Hai Lelaki.....
Itu saja yang boleh keluar drp mulut sy sambil menggeleng2kan kepala. Kemudian sy sejukkan semula hati sy yang agak panas membara, 'Bukan semua lelaki macam tu, ada ramai kat luar sana yang baik2 '. 

Sedih + marah + geram tatkala sy mendengar cerita Siti dua hari yg lepas.Pada awalnya, dia menceritakan tentang pengalaman dia dibedah akibat masalah di injap. Dia sempat menunjukkan pada sy kesan pembedahan yg masih jelas berparut di dadanya. Sebak hati sy melihat kesan pembedahan itu. Namun, apa yg lebih menyedihkan hati sy apabila dia menyambung cerita selepas dia selesai menjalani pembedahan tersebut. Menurut Siti, ketika dia masih berada di wad ICU, dia didatangi oleh tunangnya. Sakit yg dirasa, pasti berkurangan apabila melihat tunangnya yg datang menghampirinya ketika itu. Apa yg diharapkan, lain pula jadinya apabila tunangnya mengeluarkan kenyataan, mahu memutuskan pertunangan kerana tidak sanggup menjaga dia yg sakit. 
Tersentuh benar hati sy mendengar cerita Siti. Ada juga manusia yg tidak ada hati kat dunia ni. Kalau iya pun, tunggulah kawan sy ni sihat sepenuhnya dulu.

Tapi, itu semua cerita dulu.Sekarang, kawan sy ni dah pun mempunyai dua org cahaya mata dengan seorang lelaki yg selayaknya mendapat status suami.. Sy doakan semoga hubungan Siti bersama suaminya kekal bahagia selamanya. 

Buat Siti: percayalah apa yg berlaku suatu ketika dulu sememangnya dlm perancangan Allah. Memang DIA yg menggerakkan hati tunang Siti untuk melafazkan ayat itu dulu kerana Allah hendak memberikan  seorang suami yg lebih baik drp dia untuk Siti.

Buat para lelaki yg bergelar kekasih/tunang: belajarlah untuk berkongsi rasa bersama2 pasangan anda kerana rasa itu perlu dikongsi bukan ketika gembira sahaja, malah ketika berduka juga.

Buat insan yg bergelar suami: jangan menggunakan gelaran itu untuk menghalalkan apa saja berkaitan nafsu sebab tanggungjawab seorang suami itu sangat besar.

Buat Suami yg selayaknya memikul gelaran itu : Terima Kasih atas segalaNya.

Walau apapun, sy sedar bahawa "Sebaik-baik lelaki ialah.....ya  Rasulullah"

Isnin, 12 Disember 2011

Jalan Yang Mana?

Anak2 selalu mencemaskan ibunya....atau seorang ibu memang sentiasa cemas dgn apa sahaja yg melibatkan  anaknya. Memang sukar untuk meluahkan apa sahaja yg ada dalam hati apabila berkaitan dgn anak2. Bagi sy, mendidik anak kecil jauh lebih mudah. Senang dipujuk, senang ditegur dan senang juga dimarah. Bila kena marah, anak2 kecil akan merajuk, dan apabila dibelikan saja aiskrim, semertalah akan hilang merajuknya.

Berhadapan dengan anak remaja?????
Mudah bagi ibu bapa yg memang ambil mudah. Tapi, sangatlah tidak mudah bagi ibu bapa yg memang tak boleh ambil mudah. Lihat sahajalah di luar sana...berapa ramai remaja yg masih melepak hingga larut malam? Di mana peranan ibu bapa mereka????? Malam tadi, ketika sy ke McD bersama anak dan suami, punyalah ramai remaja yg masih bersekolah dok bersembang2 walaupun pd masa tu dah pun pukul 2.25 pagi. Sampaikan anak sy boleh bertanya : "Mak bapak diorang tak marah ke,mama?" . Sy terus bagi respon semerta.
"Itulah tandanya mak bapak dia sayangkan anak2......Didi rasa, bagus ke waktu2 begini masih lagi duduk kat luar?" . Soalan sy tidak dijawab. Persoalan itu mati di situ saja.

Berhubung dengan bab anak2 ni, sy memang selalu panik dgn mereka. Apatah lagi anak2 bukan di depan mata. Sedangkan anak2 yg masih tinggal dgn keluarga pun boleh buat pelbagai perkara, inikan pula di belakang kita. Nak ditegur, takut juga anak2 merasa dikongkong....tak ditegur, sy lagi takut dgn hukum Allah kerana itu adalah antara yg akan ditanya oleh Allah kelak. Bukankah anak2 itu amanah daripadaNya? Sy kena jaga mereka selagi mereka belum berumah tangga.

Kadang2, sy kehabisan idea untuk bercakap soal ini dengan anak2. Bukan semudah untuk  melafazkan " Tak Boleh" kepada mereka sbb anak2 remaja sekarang memerlukan alasan jika kita kata 'tak boleh'. Contohnya, bukan mereka tak tahu mendedahkan aurat itu berdosa, tapi mereka buat juga. Apa alasan yang sebaiknya untuk kita jelaskan mengapa membuka aurat itu 'tak boleh'.

Sejak anak2 sy kecil, memang selalu mereka mendengar ayat ini drp mulut sy, Semua ibu bapa sayangkan anaknya dgn pelbagai cara. Dan cara sy menyayangi mereka dengan apa yg sy lakukan sekarang ini.Mungkin masa dulu mereka tak faham dan masa sekarang pula mereka sukar nak terima tapi, sy percaya cara ini jugalah yg akan mereka gunakan apabila anak2 sy mempunyai anak kelak.  Bukan hendak pertikaikan, tapi apalah erti sayang bagi seorang ibu/bapa kepada anaknya jika mereka mengheret sama anak2 mereka ke neraka? Kalau dah mereka membiarkan dan membenarkan perlakuan anak2 yg tidak sepatutnya, bukankah ini bermakna mereka sudah membuka lorong untuk anak2 menuju ke 'sana'? Jadi, fikirlah sendiri wahai ibu2 dan bapa2 yg sayangkan anak2 kalian. Pilihlah 'jalan' yang mana untuk anak2 kalian lalui.

Buat anak gadis saya, ingin sekali sy berpesan. Jangan mudah ditimpa perasaan apabila mendengar kata2 pujian drp lelaki kerana tipikal perempuan memang suka dipuji. Dan di situlah lelaki mengambil  peluang ini. Buat anak teruna saya, jangan lupa melengkapkan diri untuk menjadi mursyid pada suatu hari nanti. Kalau kita tidak boleh menguasai nafsu sendiri, bagaimana kita hendak menjadi pemimpin pada keluarga sendiri kelak? 
Buat anak2 juga, sy ingin berpesan " Kamulah harta yg paling berharga yg akan sy tinggalkan dan menolong meringankan dosa2 yg pernah sy lakukan. Jadilah anak2 yg soleh kerana doa daripada kalianlah yg akan mengurangkan segala siksaan. Sy tidak memerlukan apa2 , melainkan doa selepas sy tiada di bumi Allah ini".

p/s: Amal, Nana dan Didi...percayalah, kalian tidak dapat kasih sayang yg sama seperti kasih syg mama.Kasih sayang ini akan kekal dan mekar selamanya.


Ahad, 11 Disember 2011

Merdeka!!!!

Hari ni, sy dah membereskan satu tanggungjawab besar. Lega....dan bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi sy kekuatan mental dan fizikal. 14 hari sy langsung tidak tidur malam walaupun seminit semata2 nak menyiapkan tugas ini. Pukul 10.00 pagi baru cari bantal nak tidur. Bangun je, dah pukul 1.00 petang. Selama itu jugalah sy makan dihidang. Owhhhh.....terima kasih buat suami yg penyayang. Terima kasih atas segala-galanya.




Tapi yg paling best, anak bongsu sy, Didi. Sentiasa menemankan sy sepanjang malam. Pantang tengok sy mengeluh kerana lenguh leher dan tangan...segera dia picitkan. Terima kasih, Didi....Mama berdoa sangat, smoga Didi menjadi anak yg baik...So, lepas ni banyaklah masa kita bersama.



Hari ni, otak sy benar2 ringan...Baru rasa nikmat bercuti panjang. Lepas ni, barulah boleh merancang untuk pergi bercuti. Tapi, yang menjadi masalahnya, nak dapatkan cuti serentak dengan anak2, bukan satu perkara yg mudah.

Jam dah pun menunjukkan pukul 2.30 pagi. Di sebabkan mata sy dah terajar tak tidur malam, so malam ni sy terkebil2 la pulak. Lepas post je entry ni, apalagi sy mulalah beroperasi...membersihkan dapur yang berminyak sana sini (al-maklumlah, 2 minggu suami masak je...lepas masak, tak lap dapur.).
Padan dengan muka sy.....

Apapun....sy Redha!!!!!!!


Khamis, 1 Disember 2011

Tak Ingat Dunia.....

Owhhhhh...tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk,
Cuti sy tidak bermakna. Sibuk sampai tak ingat dunia. Dah lama tak tengok dapur kerana terlalu sibuk mengejar masa. Sy kena siapkan tugas ini sebelum 13 Disember.  Lepas tu, rehat 2,3 hari sambung pula kerja lain. 

Tapi, orang2 di luar sana memandang pekerjaan guru ni, pekerjaan yg paling senang di dunia. Kalau begitu, silalah masuk ke dunia kami....lepas tu, baru boleh buat pelbagai konklusi. 

Walau bagaimanapun, mereka kat luar sana pun, tidak boleh dipersalahkan....
Sebabnya, mereka menilai dari aspek yg mereka tahu dan nampak je. Mana mereka tahu apa yg kita buat masa cuti panjang ni. Contohnya sy sendiri. Dah hampir seminggu sy tak kenal malam dan siang. Dah hampir seminggu juga sy tak masak untuk keluarga. Dah hampir seminggu juga sy tak bergurau senda dengan anak-anak. Mana mereka kat luar tahu, kan????

Itu semua tak penting, kerana apa yg kita buat kat dunia ni, bukan untuk dipertontonkan...Perkara2 bergini, biarlah antara kita dengan Tuhan. So, tak payah melentinglah ya. Sy pun dalam usaha memerbaiki diri supaya tidak cepat melatah dan melenting. Maklumlah, kita smua baru saja sambut Ma'al Hijrah, kan? Tak salah kalau kita berusaha untuk berhijrah ke arah kebaikan.

Assalamualaikum....

p/s: Skarang ni, dok mengadap laptop sbb nak rehatkan minda.....