Rabu, 27 Oktober 2010

Sayangi Ibu


"Emak engkau sakit."
Suara kawan sekampung sy kedengaran di corong handphone. Sy yg sedang memandu menjadi tidak keruan apabila mendengar ayat itu. Untuk keselamatan, sy berhenti di bahu jalan. Memang agak panik bila ada org yg menyampaikan perkara seumpama ini. Sy pun btanya ttg apa saja yg kwn sy tahu tentang apa sakit ibu sy. Tercungap2 kwn sy mjawab smua pertanyaan sy. Kesian dia.

Tidak dapat digambarkan dengan ayat betapa besarnya kasih sayang sy pada ibu tercinta. Betapa rindunya sy padanya. Memang kasih kepada ibu tidak sama dgn kasih sy kepada suami dan anak2. Tempat ibu, memang tersedia khusus. Memang tiada galang gantinya. Apa saja tentang ibu, dia tetap ibu kita sampai bila2. 

Betullah kata orang.....
Sayang pada suami, adalakanya bukan kasih yg sejati. Ada di antara kita dpt mcari pganti suami malah lebih baik drp suami yg ada sbelum ini. Bgitu juga kgn lelaki. Bukan smua isteri yg mereka temui itu, baik hingga ke akhir hayat. Ramai isteri2 kini ,mampu mengheret suami  ke jalan menuju neraka. 
Wallahualam...

Sayang pada anak, memang tidak juga dpt diucapkan dgn kata2. Rata2 ibu kat dunia ini snggup berkorban kerana anak tetapi mungkin 1/3 saja anak2 yg sanggup berkorban kerana ibu. Kalau tidak, masakan di dada2 akhbar melaporkan bgitu ramai anak2 yg lari meninggalkan kluarga mengikut pasangan masing2 tetapi tidak ramai ibu2 yg sanggup terpisah dgn anak2 mereka walaupun dalam apa keadaan sekalipun. Kalau ada pun, tidak ramai ibu yg seperti  itu. Mungkin, anak yg dibuang ibu , merupakan dugaan yg paling hebat daripada Allah. Redhalah....

Sy mula menghitung usia ibu......
Kematian bukan milik orang tua sahaja. Sesiapa saja boleh mati tidak kira usia. Namun, bertambahan usia bermakna kita semakin hampir kepada pemisah dunia. Siapa boleh nafikan??? Mengikut putaran logik masa, yang tua akan pergi dahulu meninggalkan yg muda. 

Memikirkan usia ibu yg menjangkau ke angka 70an, sy mjadi sebak, sedih, sayu yg tidak menentu. Terasa bgitu singkatnya hidup di dunia. Singkatnya dapat bersama2 dgn orang2 yg kita sayangi. Yang pasti tinggal, adalah kenangan indah bersama mereka. Dan kenangan itulah yg kita bawa hingga ke mati. Andai kenangan itu manis, bahagialah kita menyulamnya hingga ke akhir hayat. Jika kenangan itu pahit, kesedihan berkekalan hingga ke hujung nyawa. Namun, sbg muslim redhalah dgn ketentuanNya. Sesungguhnya ada rahsia Allah yg terselindung dlm setiap musibah yg melanda.

Ingin sy putarkan masa, namun harapan itu hanyalah sia2. Apa yg berlaku sebelum ini, smuanya sudah tertulis. Kudrat manusia tidak sampai ke mana. Segagah mana pun kita berusaha, jika tidak mendapat keizinanNya, akhirnya kita kecundang juga. Jadi, kita harus meneruskan usaha kerana kita tidak tahu, usaha yg mana mendapat keizinan drp Allah dan kita bjaya memperolehinya.

Sekarang sy telah pun mjadi ibu.
Mungkin tidak terlewat untuk sy berbicara dgn anak2 sendiri mahupun dgn anak2 di luar sana. Sayangilah ibu selagi mereka ada. Percayalah, sejahat dan seburuk mana pun ibu kita, tempatnya tetap istimewa. Malah, tempatnya  itu,tiada siapa pun yg mampu mengambilnya. Andai buruk mana sekalipun ibu, dia tetap merupakan org yg diamanahkan oleh Allah untuk melahirkan kita ke dunia ini. Setidak2nya, dia pernah merasai kesakitan menyabung nyawa saat2 melahirkan kita. Itu fakta dan kita harus mengenang jasa itu. 

Sebagai anak, kita wajib mentaati ibu jika tidak bercanggah dgn syariat. Jgn mudah menghukum ibu berdasarkan penilaian mata. Apa yg kita lihat, ada kalanya tidak sama apa yg tersirat di hati ibu. Sbg seorang guru, sy sering mendengar luahan pelajar2 tentang ketidakpuasan hati mereka terhadap sikap ibu mereka. Sy tidak menyalahkan pelajar2 sy krn sy tahu mereka belum matang menilai erti kasih dan syg. Bagi mereka, kasih syg itu bererti belaian dgn jari2 dan belaian drp kata2. Sebab itu ramai pljr sy yg tewas dgn belaian manja dan kemanisan kata2 drp pasangan masing2. Mereka bgitu dhaif menilai kasih syg sebenar.

Putaran dunia, samalah juga dgn putaran masa. 
Sy tidak perlu mjawab byk psoalan yg pelajar sy timbulkan berkaitan kesangsian mereka dgn kasih syg ibu  bapa mereka. Semua persoalan itu akan terjawab dgn sendirinya apabila tiba masanya mereka bgelar ibu dan bapa .

"Mak, sesungguhnya rindu ini tidak dapat diucapkan dgn kata2.Biarpun tidak byk kenangan indah  yg hadir dlm hidup ini bersama emak, namun ia tidak pernah melunturkan rasa kasih itu. Bicara soal emak, pasti tidak henti2 air mata ini mengalir. Sama lajunya dgn jari jemari  ketika  menaip entri ini. Pcayalah, walau apa pun, kedudukan emak tidak pernah tergugat di hati ini. Emak tetap istimewa dan ia tetap mjadi tokoh lagenda sampai bila2"

Kepada anak-anak...
Kalian harus tahu bahawa kasih syg ibu tidak akan sama dgn kasih syg yg kalian dpt daripada suami atau isteri masing2. Walaupun mereka tahu kalian adalah anugerah yg Allah pinjamkan, namun jauh di sudut hati, mereka tidak mahu berpisah jasad,rasa dan  kasih syg dgn kalian. Mereka tahu, suatu masa nanti, mereka juga akan ditinggalkan oleh kalian dek kesibukan urusan masa dan khidupan. Sbagai anak, didiklah jiwa kalian agar sentiasa subur menyayangi ibu dan ayah smpai bila2 agar kalian terhindar drp mjadi anak2 derhaka. Kalian harus faham, suatu ketika nanti tahap sensitiviti mereka pasti meningkat. Mudah tersentuh. Jiwa mereka tidak sekuat hari ini . Ingatan mereka juga luntur. Sikap mereka juga berubah hingga boleh menyusahkan anak2. 

Kini, saya memahami mengapa Allah menganugerahkan gelaran 'anak derhaka' itu kepada anak2 yg melupakan ibu bapa sendiri.

Pesanan Nabi Muhammad SAW:

"Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya."

"Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka."

Jumaat, 22 Oktober 2010

Menipu dan Ditipu


Kecewa apabila rasa diri tertipu.
Siapa yg suka ditipu? Terlalu hipokrit org2 yg selalu menipu . Rasanya tidak boleh dimaafkan. Mengapa mesti menipu dalam hidup? Sukar sangatkah untuk berkata yg benar?

Ayat2 di atas, sudah biasa kita dengar. Sy memahami mengapa org marah sgt apabila mengetahui mereka ditipu. Itu perkara biasa. Sy pun marah juga apabila mengetahui diri ditipu. Tapi, apa kan daya, menipu dan ditipu adalah perkara biasa bg sesetengah manusia. Malah, ada yg menjadikan, menipu itu sbg satu tabiat.

Otak sy mula berjalan. Mencari kekuatan unt berdiri semula drp rebah akibat ditipu oleh seseorang. Mencari kata2 perangsang untuk menaikkan semula semangat sy terhadap orang yg menipu sy. Akhirnya sy bertanya kepada diri sendiri:

"Baik sangatkah aku ni???? Aku ni tidak pernah menipu orang langsung ke?"
Sy cuba mengimbas kembali tentang diri sendiri. Akhirnya sy tergelak sendiri. Ya....sy juga pernah menipu, berbohong dan apa sj yg sewaktu dgnnya. Dan, sy tahu bahawa semua org menipu, sebab ada alasannya tersendiri. Ada rasional sendiri walaupun sy, dia dan mereka tahu Islam tidak pernah menghalalkan cara walaupun dgn menipu itu kita dpt menyelamatkan byk keadaan.

Sy pernah menipu emak sendiri kerana terlalu ingin beraya di rumah kawan2 ketika umur 15 tahun. Sy katakan kpd emak, sy lewat balik  kerana ada tusyen di sekolah. Sy juga pernah menipu guru sendiri. Sy bagi alasan buku latihan matematik tinggal di rumah sedangkan latihan yg cikgu beri semalamnya masih tak siap lagi. Sy pernah menipu kawan juga kerana untuk menyelamatkan rumahtangganya walaupun sy tahu suaminya bermain kayu tiga. Sy pernah menipu anak2 ketika mereka masih kecil dgn mengatakan bunyi guruh itu adalah tanda Allah marahkan mereka jika mereka meninggalkan solat. Rasanya dgn suami pun sy menipu juga lebih2 lagi hendak menyelamatkan kondusi anak2 drp terus dimarah oleh ayah mereka.

Jadi, kesimpulannya sy harus juga memaafkan orang2 yg pernah menipu sy. Sy kena terima juga bahawa mereka juga ada alasan sendiri mengapa mereka menipu sy. So......relakslah Nora. Sabar, redha....

("Ya Tuhan, tenangkanlah hatiku.....tinggikanlah tahap kesabaranku......bukakan hatiku untuk memaafkan orang yg menipu aku.")


3 Penipuan yang diharuslan dalam Islam



قال النبى صلى الله عليه وسلم

كل الكذب يكتب على ابن آدم إلا ثلاث , الرجل يكذب فى الحربِ , فإن   الحربَ  خدعة , والرجل يكذب على المرأة فيرضيها , والرجل يكذب بين الرجلين ليصلح بينهما

رواه السَنَى  : تحذيب أطراف الحديث  الصفحة : 22    الجزء الثانى


Semua penipuan akan ditulis atas anak Adam melainkan 3 perkara:
  1. Lelaki yang berbohong ketika dalam medan peperangan. kerana berperang mesti melalui helah atau tipu daya.
  2. Lelaki berbohong kepada isteri supaya isteri menyukainya.
  3. Lelaki berdusta kerana muslihat diantara dua orang yang bertelingkah atau berkelahi.

Selasa, 19 Oktober 2010

Berdosakah Aku?......Siapakah Yang Berdosa???



Pada hari Sabtu 16 Oktober yg lalu, slot cerekarama yg btajuk 'berdosakah aku' ditayangkan di kaca televisyen. Agak menarik kerana jarang berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini. Dan,pada penghujung cerekarama itu, dinyatakan cerita itu adalah bdasarkan kisah benar. Tapi, sygnya ramai yg tidak akan pcaya seorang ibu tegar membuang anak sendiri. Dan sekiranya berlaku, si anak akan mjadi mangsa kerana mereka dianggap anak derhaka. Ramai yg lupa, dalam Islam juga ada ibu bapa yg derhaka.

Dalam kalangan pelajar sy juga, ada yg menerima nasib yg sama seperti dlm cerita 'Berdosakah Aku'. Tp, tidak ramai guru yg mahu menghulur tangan membantu pelajar seperti ini. Ramai guru juga tidak percaya jika ada anak yg merasakan mereka dibenci oleh ibu kandung sendiri. Bagi mereka, pelajar seperti ini hanya mcari publisiti.

Kadang kala, guru2 juga tidak boleh disalahkan krn, mereka tidak faham situasi ini. Apatah lagi mereka tidak ada pngalaman dlm hal2 spt ini.Bagaimana mereka ingin mbantu jika mereka sendiri tidak pernah mengalami atau tidak pernah mahu meneroka masalah anak2 yg mengalami kesedihan akibat dibuang ibu bapa sendiri.

Terasa kejamnya dunia.....Tak pasal2 mghukum dunia yg tidak terlibat dgn kekejaman manusia. Mengapa agaknya pkara sperti ini boleh tjadi??? Walau pun tidak masuk akal,namun hakikatnya pkara spt ini benar2 berlaku. Hanya org2 yg bnasib baik saja yg dpt merasakan kasih syg drp ibu bapa scara hakiki. Namun, bersimpatilah krn realitinya memang ada insan2 malang di luar sana yg tidak merasa kasih syg itu walaupun hakikatnya mereka masih mpunyai ibu bapa.

Bila berlaku insiden spt ini, maka berkatalah manusia2 di luar sana:
"Sebagai anak, kita harus berjumpa dgn ibu bapa. Jangan berdendam dgn mereka. Ingatlah, kerana mereka kita lahir ke dunia. Baliklah ke pangkuan mereka dan memohon ampun selagi mereka masih bernyawa. Jgn sampai kita jadi anak derhaka. Nanti mati, tak cium syurga"

Sy rasa, bukan semua anak2 yg mjadi mangsa ini tidak tahu hukum agama. Sy tidak menafikan memang ada anak2 yg keras hati, berdendam dan ego....tapi, jgn lupa ada juga ibu bapa yg bersikap spt itu. Mereka tidak mahu langsung menerima anaknya krn sudah dilabelkan dan diandaikan anak2 yg telah dibuang itu dgn pelbagai andaian. Contohnya, ada ibu bapa yg merasakan anak mereka pembawa mala petaka (anak sial). Ada juga membenci anak sendiri kerana kekurangan yg ada pd si anak. Atau pelbagai alasan bg mereka utk tidak menerima anak mereka sendiri. Jadi, siapa yg harus dipersalahkan??????

Walaupun sy memahami apa yg ditanggung oleh si anak, namun sy tidak pula mghukum ibu bapa yg membenci anaknya sendiri....kerana mereka juga ada rahsia peribadi yg tersendiri Mungkin rahsia itu tidak dpt dikongsi dgn sesiapa atau kejahilan diri mnyebabkan anak yg dikandung 9 bulan 10 hari mjadi mangsa keadaan ini. 
Sy mjadi buntu utk menghuraikan situasi ini. Tidak tahu hendak bmula dari mana....dan di mana pula noktahnya. Namun, sy sgt memahami prasaan yg dialami oleh anak2 yg menjadi mangsa kbencian ibu bapa sendiri. Anak2 spt ini agak sukar bkongsi cerita dgn org lain..... ditakuti cerita yg disampaikan mjadi tidak logik unt didengari. Penyudahnya, si mangsa akan makan hati krn org yg mdengar cerita mereka gagal memahami, apa lagi unt menyelami. Daripada menimbulkan keraguan dan ketidakpercayaan, lebih baik memendam rasa....dan menyimpannya sendiri sbagai memori peribadi.

Untuk ibu bapa yg membenci dan membuang anak kandung sendiri, berbaliklah kepada ajaran agama Islam yg suci. Anak itu adalah amanah drp Allah. Didiklah mereka dgn asas agama yg sempurna  krn doa anak yg soleh adalah antara 3 perkara yg membantu meringankan dosa ibu bapa apabila 'tiba masanya' kelak. Jangan tempiaskan kemarahan, kekecewaan dan kebencian pada kenangan silam  kepada anak yg tidak tahu apa2. Wajarkah anak menerima hukuman yg tidak sepatutnya diterima?

Manusia memang suka menilai mengikut apa yg tersurat. Tidak ramai yg suka mgkaji apa yg tersirat. Sygnya, yg tersurat itulah yg mjadi kayu pengukur mereka utk menghukum tanpa mengambil kira hati dan perasaan anak yg malang itu. Rata2 menyalahkan si anak apabila berlakunya keretakan hubungan ibu bapa dan anak. Sy berani berkata sedemikian kerana itulah tipikal manusia biasa yg suka menghukum tanpa dibicarakan. 

Ambillah sedikit masa wahai manusia2 di luar sana kerana rintihan anak yg malang ini tidak ramai yg mahu mendengarnya. Andainya tiada hati untuk mendengar rintihan mereka, jangan pula difitnah tanpa usul periksa. Anak2 yg menjadi mangsa ini, sebenarnya sgt sarat menanggung derita akibat dibuang oleh ibu bapa sendiri dan janganlah kita yg tidak tahu apa2 menambah kelukaan yg sedia ada.

Kepada anak2 yg senasib dengan cerita 'Berdosakah Aku', jangan disesali apa yg berlaku. Percayalah dgn ketentuan Allah kerana Dia   tidak menzalimi makhluknya. Biarlah manusia di luar sana membuat penilaian mengikut kaca mata mereka kerana penilaian manusia tentu sama sekali tidak sama dgn penilaian Allah swt. Sesungguhnya, penilaian manusia itu sangat lemah............

Jumaat, 15 Oktober 2010

Anakku, Belajar Redha Dengan Ketentuan Ilahi

Sy antara pgemar mbaca blog anak sulung saya,Qamarul Iqmal Abdullah. Pada dasarnya, anak sy ini nampak happy dan menghiburkan hati sy dan keluarga. Tetapi sbenarnya, anak sy ni sgt sensitif orgnya. Biasalah, org lelaki tidak suka dikatakan sensitif. 
Kadang2, anak sy ni kelakar orgnya. Adakalanya, dia juga bjaya membuat sy tidak berhenti2 membebel dgn sikap buruknya yg suka mghadap komputer spanjang hari. Soal mandi juga mnyebabkan sy selalu naik angin dgnnya kerana 'mandi' merupakan perkara yg tidak penting bagi anak sy.
Baru2 ini, sy sgt terkejut apabila mengetahui anak sy ada masalah mata. Sbenarnya sy sgt sedih tetapi sy terpaksa tidak menunjukkan rasa itu krn tidak mahu mngganggu emosi anak sy. Sy tahu, dia juga sedih kerana  masalah ini sedikit sbyk menggugat course yg diambil. Namun, apakan daya, takdir Allah tidak siapa yg dpt menghalangnya.


Itulah nasihat sy padanya suatu ketika apabila kecacatan pd mata ini mganggu juga kondusi hariannya sbg seorang pelajar. Sy ingatkan padanya ada lebih ramai insan di luar sana yg bhadapan dgn pelbagai masalah. Dia hanya ada mslah mata dan dpt juga diatasi dengan memakai hard contact lense wpun memakainya sy tahu tidak selesa. Redhalah dgn ketentuanNya kerana ada byk lagi kenikmatan yg Allah pinjamkan kepada kita. 

Sy tahu, dgn sedikit asas agama yg anak sy miliki, dia pcaya dgn qada dan qadar Allah. Namun, sbg manusia biasa yg serba lemah ini, dia tidak dapat lari dgn rasa sedih di hati. 
"Amal, percayalah...stiap kejadian itu tidak pernah 'free'. Sbg ibu, mama sgt mngerti apa yg anak2 mama rasai. Mama sygkan anak2 mama tidak ada plambangan di dunia ini. Sgt luas, ibarat lautan tidak bertepi. Amal, Nana dan Didi kena percaya fakta itu".....
Di bawah ini, sy 'copy smula entri yg ditulis oleh anak sy. Maaf, Amal kerana mama tidak minta izin terlebih dahulu. 

Saya OKUNN

Dalam byk2 nikmat panacaindera yg Allah s.w.t bg kt setiap manusia, bg sy nikmat mata adlah nikmat yg paling berharga..kenape ye cik zaitun?

Cik Zaitun : Bg saye lah kan, mate ni la yg boleh buat kite melihat keindahan dunia ni..lg2 kite ni org pompuan kan! mesti kite nak tengok muka anak yg kite lahirkan..itu contoh aje la ye!

Sy tiba-tiba mcm teringin nk mencari publisiti dgn ingin memberitahu kpd anda semua bahawa sy adalah pengidap penyakit KERATACONUS
apakah itu?



inilah dia condition mata sy sekarang..corneanye terjojol sikit (gambar atas ni lg hardcore).

Doktor berkata : Qamarul, u tau x? mata org normal mcm bola sepak..tp mata u mcm bola ragbi..u punye mate masih boleh tolong lg..dgn memakai hard contact lense..astigmatism u skrg sgt tinggi disbbkan penyakit ni..after u buy the lenses, u must wear it at least 12 hours in a day..kalau tidak.....cornea u akan continue memanjang kehadapan..sampai satu tahap, lapisan kulit di cornea tu boleh koyak..u understand?

Saya : Urmm...paham tuan doktor

Doktor : Oh! one more thing, sebelum I terlupa

Saya : Apa dia doktor

Doktor : Saranghaeee!

Saya : ..... (terkelu)

Pada mulanya respon saya = Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...aku dh o.k.uuuuuuuuu
Selepas dirationalkan = Alhamdulillah..kalau nk compare, mereka yg menghidap sakit kronik lg kesian....

Jadi sebagai pengakhirnya, sy masih lg boleh melihat..malah lg terang benderang sejak pakai contact lense yg keras ni..habis nampak semua jerawat yg bertabur kt muka..cis~byk jerawat aku selama ni..


*OKUNN = Org Kurg Upaya Ngade-Ngade

Jumaat, 1 Oktober 2010

Terima Kasih Buat Suami



Hari ini sy terbaca bgaimana erti sayang suami kepada isterinya yg sebenar. Kusyuk jg sy membaca artikel tersebut tp sygnya sy tidak tahu siapa penulisnya kerana sy hanya membaca artikel itu di satu helaian yg telah koyak sebahagiannya. Walau bagaimanapun, sy bersyukur kerana Allah memberi ilmu itu kepada sy wpun sy hanya dpt membaca sebahagiannya sj.

Antara ayat yg masih sy ingat:
Seorang suami yg kasih dan syg akan isterinya haruslah sering mengingatkan isterinya agar mentaati suami selagi tidak bercanggah dgn ajaran Islam. Ini jelas kerana ramai wanita masuk ke neraka kerana berdosa kepada suaminya. Asiyah sendiri mentaati suaminya Firaun selagi tidak bertentangan dgn Islam.Apatah lagi para isteri2 hari ini harus lebih mentaati para suami kerana suami2 hari ini tidaklah sekejam Firaun.

Sejenak sy memikirkan diri sendiri. Adakah suami sy byk terluka dgn sikap,perbuatan dan kata2 sy? Lantas sy terus mendapatkan suami dan bertanya adakah sy byk melukakan hatinya. Jawapan suami melegakan hati namun sy masih takut apa sebenarnya yg ada di dalam hati. Sy manusia biasa yg sgt lemah. Tentu ada kalanya amarah mengatasi akal fikiran sy. Tatkala itulah sy pasti meninggikan suara. Kadang2 sy tidak sengaja melukakan hati suami. Maklumlah, penat bekerja sepanjang hari,scara tidak sengaja emosi menguasai diri.

Sy berpesan pada suami. Tegurlah sy jika sy terkasar bahasa. Ingatkan sy jika terlanjur gurau senda. Kadang2, ujian yg datang tidak sy duga. Disebabkan kurang ilmu, sy melenting terlebih dahulu. Beberapa minit berlalu, baru sy beristigfar berkali2 agar sedar diri. Ya Allah....

Terima kasih,ya Allah kerana menggerakkan hati sy untuk membaca cebisan artikel tersebut walaupun hanya sebahagian sahaja. Ilmu yg sy peroleh itu, walaupun tidak banyak tapi sudah cukup membuatkan hati sy terusik. Hakikatnya, sy sgt menyanyangi suami sy kerana sy tahu Allah telah pun menetapkan jodoh sy sejak azali lagi. Sepanjang perkongsian hidup bersamanya, sy dapat merasakan erti kasih sayang yg tidak mungkin sy peroleh dari mana2 lelaki. Dia suami yg baik buat sy....

Seorang isteri yang baik dan solehah akan sentiasa mencari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk tidak menyusahkan dan membangkitkan kemarahan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya. Maruah dirinya sebagai seorang isteri sentiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti.Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya. Namun, sampaikan sy ke darjat itu? Insyallah............

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab." 

 "Abg pun ada juga melukakan hati nora. Jadi, biasalah adat suami isteri macam tu. Kalau abg terlalu baik,nanti nora syg sgt kat abg ".

Itu kata2 suami sy tatkala sy memohon maaf jika sy byk melukakan hatinya. Benar juga kata suami sy. Jika sy tidak pernah terluka, tentu sy akan menjadi sangat syg kepadanya hingga melebihi rasa kasih kepada Allah SWT. Begitu juga sebaliknya. Begitulah adat hidup berumahtangga. Kecewa, terluka, berkecil hati adalah perkara biasa. Bila sedar akan kesilapan diri, segeralah memohon maaf agar rasa kasih itu segar kembali.

Terima kasih kerana menjadi suami sy..........
Terima kasih kerana memahami sy...............
Terima kasih kerana sering menghiburkan sy.............
Terima kasih kerana setia mendengar luahan hati sy..........
Terima kasih atas segala-galanya.....