Jumaat, 22 Oktober 2010

Menipu dan Ditipu


Kecewa apabila rasa diri tertipu.
Siapa yg suka ditipu? Terlalu hipokrit org2 yg selalu menipu . Rasanya tidak boleh dimaafkan. Mengapa mesti menipu dalam hidup? Sukar sangatkah untuk berkata yg benar?

Ayat2 di atas, sudah biasa kita dengar. Sy memahami mengapa org marah sgt apabila mengetahui mereka ditipu. Itu perkara biasa. Sy pun marah juga apabila mengetahui diri ditipu. Tapi, apa kan daya, menipu dan ditipu adalah perkara biasa bg sesetengah manusia. Malah, ada yg menjadikan, menipu itu sbg satu tabiat.

Otak sy mula berjalan. Mencari kekuatan unt berdiri semula drp rebah akibat ditipu oleh seseorang. Mencari kata2 perangsang untuk menaikkan semula semangat sy terhadap orang yg menipu sy. Akhirnya sy bertanya kepada diri sendiri:

"Baik sangatkah aku ni???? Aku ni tidak pernah menipu orang langsung ke?"
Sy cuba mengimbas kembali tentang diri sendiri. Akhirnya sy tergelak sendiri. Ya....sy juga pernah menipu, berbohong dan apa sj yg sewaktu dgnnya. Dan, sy tahu bahawa semua org menipu, sebab ada alasannya tersendiri. Ada rasional sendiri walaupun sy, dia dan mereka tahu Islam tidak pernah menghalalkan cara walaupun dgn menipu itu kita dpt menyelamatkan byk keadaan.

Sy pernah menipu emak sendiri kerana terlalu ingin beraya di rumah kawan2 ketika umur 15 tahun. Sy katakan kpd emak, sy lewat balik  kerana ada tusyen di sekolah. Sy juga pernah menipu guru sendiri. Sy bagi alasan buku latihan matematik tinggal di rumah sedangkan latihan yg cikgu beri semalamnya masih tak siap lagi. Sy pernah menipu kawan juga kerana untuk menyelamatkan rumahtangganya walaupun sy tahu suaminya bermain kayu tiga. Sy pernah menipu anak2 ketika mereka masih kecil dgn mengatakan bunyi guruh itu adalah tanda Allah marahkan mereka jika mereka meninggalkan solat. Rasanya dgn suami pun sy menipu juga lebih2 lagi hendak menyelamatkan kondusi anak2 drp terus dimarah oleh ayah mereka.

Jadi, kesimpulannya sy harus juga memaafkan orang2 yg pernah menipu sy. Sy kena terima juga bahawa mereka juga ada alasan sendiri mengapa mereka menipu sy. So......relakslah Nora. Sabar, redha....

("Ya Tuhan, tenangkanlah hatiku.....tinggikanlah tahap kesabaranku......bukakan hatiku untuk memaafkan orang yg menipu aku.")


3 Penipuan yang diharuslan dalam Islam



قال النبى صلى الله عليه وسلم

كل الكذب يكتب على ابن آدم إلا ثلاث , الرجل يكذب فى الحربِ , فإن   الحربَ  خدعة , والرجل يكذب على المرأة فيرضيها , والرجل يكذب بين الرجلين ليصلح بينهما

رواه السَنَى  : تحذيب أطراف الحديث  الصفحة : 22    الجزء الثانى


Semua penipuan akan ditulis atas anak Adam melainkan 3 perkara:
  1. Lelaki yang berbohong ketika dalam medan peperangan. kerana berperang mesti melalui helah atau tipu daya.
  2. Lelaki berbohong kepada isteri supaya isteri menyukainya.
  3. Lelaki berdusta kerana muslihat diantara dua orang yang bertelingkah atau berkelahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan