Rabu, 27 Oktober 2010

Sayangi Ibu


"Emak engkau sakit."
Suara kawan sekampung sy kedengaran di corong handphone. Sy yg sedang memandu menjadi tidak keruan apabila mendengar ayat itu. Untuk keselamatan, sy berhenti di bahu jalan. Memang agak panik bila ada org yg menyampaikan perkara seumpama ini. Sy pun btanya ttg apa saja yg kwn sy tahu tentang apa sakit ibu sy. Tercungap2 kwn sy mjawab smua pertanyaan sy. Kesian dia.

Tidak dapat digambarkan dengan ayat betapa besarnya kasih sayang sy pada ibu tercinta. Betapa rindunya sy padanya. Memang kasih kepada ibu tidak sama dgn kasih sy kepada suami dan anak2. Tempat ibu, memang tersedia khusus. Memang tiada galang gantinya. Apa saja tentang ibu, dia tetap ibu kita sampai bila2. 

Betullah kata orang.....
Sayang pada suami, adalakanya bukan kasih yg sejati. Ada di antara kita dpt mcari pganti suami malah lebih baik drp suami yg ada sbelum ini. Bgitu juga kgn lelaki. Bukan smua isteri yg mereka temui itu, baik hingga ke akhir hayat. Ramai isteri2 kini ,mampu mengheret suami  ke jalan menuju neraka. 
Wallahualam...

Sayang pada anak, memang tidak juga dpt diucapkan dgn kata2. Rata2 ibu kat dunia ini snggup berkorban kerana anak tetapi mungkin 1/3 saja anak2 yg sanggup berkorban kerana ibu. Kalau tidak, masakan di dada2 akhbar melaporkan bgitu ramai anak2 yg lari meninggalkan kluarga mengikut pasangan masing2 tetapi tidak ramai ibu2 yg sanggup terpisah dgn anak2 mereka walaupun dalam apa keadaan sekalipun. Kalau ada pun, tidak ramai ibu yg seperti  itu. Mungkin, anak yg dibuang ibu , merupakan dugaan yg paling hebat daripada Allah. Redhalah....

Sy mula menghitung usia ibu......
Kematian bukan milik orang tua sahaja. Sesiapa saja boleh mati tidak kira usia. Namun, bertambahan usia bermakna kita semakin hampir kepada pemisah dunia. Siapa boleh nafikan??? Mengikut putaran logik masa, yang tua akan pergi dahulu meninggalkan yg muda. 

Memikirkan usia ibu yg menjangkau ke angka 70an, sy mjadi sebak, sedih, sayu yg tidak menentu. Terasa bgitu singkatnya hidup di dunia. Singkatnya dapat bersama2 dgn orang2 yg kita sayangi. Yang pasti tinggal, adalah kenangan indah bersama mereka. Dan kenangan itulah yg kita bawa hingga ke mati. Andai kenangan itu manis, bahagialah kita menyulamnya hingga ke akhir hayat. Jika kenangan itu pahit, kesedihan berkekalan hingga ke hujung nyawa. Namun, sbg muslim redhalah dgn ketentuanNya. Sesungguhnya ada rahsia Allah yg terselindung dlm setiap musibah yg melanda.

Ingin sy putarkan masa, namun harapan itu hanyalah sia2. Apa yg berlaku sebelum ini, smuanya sudah tertulis. Kudrat manusia tidak sampai ke mana. Segagah mana pun kita berusaha, jika tidak mendapat keizinanNya, akhirnya kita kecundang juga. Jadi, kita harus meneruskan usaha kerana kita tidak tahu, usaha yg mana mendapat keizinan drp Allah dan kita bjaya memperolehinya.

Sekarang sy telah pun mjadi ibu.
Mungkin tidak terlewat untuk sy berbicara dgn anak2 sendiri mahupun dgn anak2 di luar sana. Sayangilah ibu selagi mereka ada. Percayalah, sejahat dan seburuk mana pun ibu kita, tempatnya tetap istimewa. Malah, tempatnya  itu,tiada siapa pun yg mampu mengambilnya. Andai buruk mana sekalipun ibu, dia tetap merupakan org yg diamanahkan oleh Allah untuk melahirkan kita ke dunia ini. Setidak2nya, dia pernah merasai kesakitan menyabung nyawa saat2 melahirkan kita. Itu fakta dan kita harus mengenang jasa itu. 

Sebagai anak, kita wajib mentaati ibu jika tidak bercanggah dgn syariat. Jgn mudah menghukum ibu berdasarkan penilaian mata. Apa yg kita lihat, ada kalanya tidak sama apa yg tersirat di hati ibu. Sbg seorang guru, sy sering mendengar luahan pelajar2 tentang ketidakpuasan hati mereka terhadap sikap ibu mereka. Sy tidak menyalahkan pelajar2 sy krn sy tahu mereka belum matang menilai erti kasih dan syg. Bagi mereka, kasih syg itu bererti belaian dgn jari2 dan belaian drp kata2. Sebab itu ramai pljr sy yg tewas dgn belaian manja dan kemanisan kata2 drp pasangan masing2. Mereka bgitu dhaif menilai kasih syg sebenar.

Putaran dunia, samalah juga dgn putaran masa. 
Sy tidak perlu mjawab byk psoalan yg pelajar sy timbulkan berkaitan kesangsian mereka dgn kasih syg ibu  bapa mereka. Semua persoalan itu akan terjawab dgn sendirinya apabila tiba masanya mereka bgelar ibu dan bapa .

"Mak, sesungguhnya rindu ini tidak dapat diucapkan dgn kata2.Biarpun tidak byk kenangan indah  yg hadir dlm hidup ini bersama emak, namun ia tidak pernah melunturkan rasa kasih itu. Bicara soal emak, pasti tidak henti2 air mata ini mengalir. Sama lajunya dgn jari jemari  ketika  menaip entri ini. Pcayalah, walau apa pun, kedudukan emak tidak pernah tergugat di hati ini. Emak tetap istimewa dan ia tetap mjadi tokoh lagenda sampai bila2"

Kepada anak-anak...
Kalian harus tahu bahawa kasih syg ibu tidak akan sama dgn kasih syg yg kalian dpt daripada suami atau isteri masing2. Walaupun mereka tahu kalian adalah anugerah yg Allah pinjamkan, namun jauh di sudut hati, mereka tidak mahu berpisah jasad,rasa dan  kasih syg dgn kalian. Mereka tahu, suatu masa nanti, mereka juga akan ditinggalkan oleh kalian dek kesibukan urusan masa dan khidupan. Sbagai anak, didiklah jiwa kalian agar sentiasa subur menyayangi ibu dan ayah smpai bila2 agar kalian terhindar drp mjadi anak2 derhaka. Kalian harus faham, suatu ketika nanti tahap sensitiviti mereka pasti meningkat. Mudah tersentuh. Jiwa mereka tidak sekuat hari ini . Ingatan mereka juga luntur. Sikap mereka juga berubah hingga boleh menyusahkan anak2. 

Kini, saya memahami mengapa Allah menganugerahkan gelaran 'anak derhaka' itu kepada anak2 yg melupakan ibu bapa sendiri.

Pesanan Nabi Muhammad SAW:

"Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya."

"Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan