Jumaat, 5 November 2010

Istidraj



1. "Nora, kenapa anak aku tak sepandai anak cikgu ******* tu? Engkau pun tahu, cikgu tu bukan rajin masuk ke kelas? Tapi anak dia, pandai juga. Anak2 aku, tak ada sorang pun menjadi". Luah kawan saya satu ketika dahulu.

2. "Cikgu, sy tak pernah tinggal solat. Sy sgt mjaga aurat. Sy bukanlah kata sy ni baik sgt tapi mengapa tidak ada lelaki yg suka pd sy?? Cuba ckg tengok *******. Semua cikgu2 kat sini tahu perangai dia. Tapi, masih ramai lelaki2 suka kat dia. Kenapa nasib dia sentiasa je lebih baik drp sy? Kenapa Tuhan selalu je melebihi dia, cikgu??" Rintih pelajar saya kerana suka membandingkan nasibnya dgn kawannya yg memang dikenali ramai kenalan lelaki.

3. " Si ****** memang bertuah. Asyik mengena je nombor dia. Tengoklah, sampai boleh pakai kereta mewah. Nombor aku memang tak ada 'ong'. Tak pernah mengena langsung!!!!" Rungut kawan sy kerana tidak pernah mengena nombor yg dibelinya. Berbeza dengan kawannya yg dianggap bertuah kerana menang ratusan ribu ringgit.

Tiga situasi ini berlaku antara saya dengan kawan2 dan pelajar sy. Kadang2, terlintas juga di hati sy untuk persoalkan perkara2 yg sedemikian walaupun lain bentuk persoalannya tetapi, apabila sy teringat kembali perkataan 'istidraj', sy akan beristigfar di dalam hati.Sbagai manusia yg lemah, ada kalanya sy merungut juga apabila nasib tidak menyebelahi sy.

 "Ya Allah, aku mohon perlindunganMu dan ampunkan dosaku yang adakalanya mempertikaikan pemberianMu walaupun aku tahu segala yg berlaku adalah dengan keizinanMu."

Bagaimana hendak merasionalkan manusia yg bertanya sedemikian? Agak sukar untuk menjelaskannya kerana tersilap penjelasan, lain pula pengertian yg ditafsirkan.   'Na uzubillah.....

Sebenarnya, kpd manusia2 di luar sana dan pada diri sy juga, janganlah mudah mempertikaian setiap kejadian ini kerana kita tidak mampu menjangkaunya dgn akal fikiran biasa. Urusan Allah terlalu banyak rahsianya.

Sy cuma ingin berkongsi sedikit cerita biasa yg sy rasa ramai yg mengetahuinya. Bayangkan bagaimana Firaun yang memperoleh kenikmatan yg luar biasa, shingga lupa kepada kebesaran Allah akhirnya binasa dgn kenikmatan yg dimiliki . Begitu juga  dgn Namrud. Dia begitu sombong dan angkuh dengan Allah krn pangkat yg diperolehi. Akhirnya, dia bertemu ajal hanya kerana seekor nyamuk yg telah masuk ke lubang hidungnya. Bagaimana pula dgn cerita Qarun? Hartanya semakin hari semakin bertimbun. Dia sangat takbur dgn harta yg di miliki dan akhirnya dia ditenggelamkan bersama2 harta yg diperolehi. Bukankah kenikmatan yg Firaun miliki, pangkat dan darjat yg  Namrud perolehi  serta harta2 kepunyaan Qarun juga merupakan pemberian daripada Allah SWT walaupun mereka bukan drp golongan yg patut dipuji sahsiahnya?

Drp kisah2 ini, tidakkah kita terfikir  bahawa ada sebab dan musabab mengapa semua ini berlaku?Mengapa kita rasa  Tuhan tidak  menyayangi kita apabila anak2 kita tidak pandai seperti anak2 yg lain? Begitu juga dengan pelajar sy yang menjaga keperibadian dan khormatan diri, tetapi sukar untuk mendapat kasih syg drp seorang lelaki dan kawan sy yg tidak pernah  dapat merasa duit hasil nombor ekor yg dibelinya?

Sy  tidak begitu arif untuk merasionalkan perkara2 seumpama ini dan sy berharap agar teman2 yg singgah di blog ini dapat mendalami maksud 'istidraj' dgn lebih mendalam agar segala kejadian yg berlaku, jangan disangsi dan dipertikaikan . Sesungguhnya apabila kita memahami dan mendalami maksud istidraj itu maka, kita tidak akan ragu2 utk mempersoalkan mengapa dan kenapa Allah memberikan sesuatu itu kepada sesiapa saja yg dikehendakiNya.

Di sini, sy ingin berkongsi makna istidraj itu ialah  satu kenikmatan drp Allah SWT diberikan kepada manusia namun pemberian itu tidak mendapat keredhaanNya. 

Justeru, jgnlah kita  hairan mengapa  ada di kalangan insan2 seagama dgn kita yg boleh jadi kaya raya hasil drp duit yg tidak halal diterimanya. Begitu juga ada yg anak2nya pandai2 belaka sedangkan ibu bapanya tidak pernah mengira daripada duit yg diperoleh utk membesarkan anak2 mereka. Sama juga dgn seorang wanita yg menjaga solat, aurat serta tingkah lakunya tetapi sukar mendapat jodoh berbanding dengan wanita2 yg sebaliknya?


Rasullulah SAW bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Walau bagaimanapun, jgn pula sesekali kita  berani meletakkan hukum tentang perkara ini. Sesungguhnya 'istidraj' ini milik Allah SWT. Hanya dia yang tahu segala rahsia ini. Cuma, sy berharap, soalan2 di atas dpt dijawap secara tidak langsung. Jangan dipertikaikan knp org yg tidak solat itu menjadi kaya, orang yg berbuat maksiat itu boleh hidup dgn senang lenang dan soalan2 yg seumpanya. Ada kalanya, pemberian daripada Allah itu bertujuan untuk membinasakannya atas sebab2 kekufuran mereka sendiri.



Wallahhualam.....


(Peringatan untuk diri sy sendiri supaya tidak byk mempersoalkan  dgn apa yg terjadi)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan