Selasa, 19 April 2011

Hati Yang Terluka

Betullah orang kata, bila hati benar2 luka bukan senang nak sembuh semula. Berpura-pura macam mana sekali pun, dalam hati tetap sarat dengan bebanan yang ditanggung. Apatah lagi, kelukaan itu disebabkan orang yang paling dekat dengan kita. Puas memujuk hati sendiri, namun kelukaan itu tidak juga sembuh. Berbeza sekali jika orang yang tidak rapat dengan kita. Kalau hati terluka sekali pun, tidak memakan masa yg sangat lama. 

Puas juga mencari formula, bagaimana nak sembuhkan hati yang telah dilukai oleh orang2 yang kita sayangi. Jawapannya memang tak ada, kerana untuk memulihkan kelukaan itu, memerlukan kekuatan diri sendiri.Memang parah rupanya bila mengalami kelukaan hati ini. Lebih baik luka di tangan, di kaki, di badan atau di mana2 bahagian fizikal sekalipun kerana luka seperti ini lebih mudah sembuhnya daripada luka di hati. Lebih parah lagi jika individu itu tidak mempamerkannya di wajah.Lebih saratlah sakit itu akan ditanggung.

Puas juga mencari penyelesaiannya. Puas juga berfikir bagaimana hendak meredakan perasaan yg dilukai oleh orang2 yg disayangi ini. Huh.....memang sukar, susah, payah!!!!  Ini bermakna, sesiapa yang mengalami perasaan ini, harus berkata benar kepada orang yg melukakan hatinya agar bebanan yg ditanggung itu terlerai juga. Paling tidak pun, berterus teranglah dengan bahasa yg paling mudah, contohnya : "Abang, Joyah kecil hati dgn sikap abang", atau, "Mad, ibu terluka dengan sikap Mad yg meninggikan suara pada ibu",atau  "Sayang, I kecewa dgn sikap you", atau apa sahajalah kenyataan yang boleh diluahkan pada org2 yg kita sayangi tetapi dah melukan hati kita.

Dan....orang2 yang telah melukakan hati orang yang menyanyanginya pula, kalau dah tidak sengaja atau sengaja melukakan hati org yg syg padanya, segeralah minta maaf serta mengaku kesilapan. Jangan cari alasan untuk menafikan akan kesalahan yg telah dilakukan. Makin banyak alasan, makin byk pula anda  melakukan pembohongan semata2 utk menyakinkan org yg telah dilukai itu. Makin anda hendak menegakkan kesilapan yg telah dilakukan, makin sakit hati orang2 yang telah anda lukakan. Tak sukar mana memohon kemaafan seandainya anda telah melakukan. 

Entri kali ni, nampak saja simple, tapi realiti sebenarnya sarat untuk ditanggung. So??????????


4 ulasan:

  1. mama tolonglah..amal betul2 mintak maaf..serba salah amal baca entry ni..sedih sangat

    BalasPadam
  2. noraa.....aku mintak maaf sbb dah kecikkan ati ko selama ni.....huwaaaaaaaahuwaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  3. Amal.....tidak ada ibu kat dunia ni yg tidak maafkan kesilapan anaknya wpun sebesar mana sekali pun, so...don't worry about that.

    Lin....dulu, masa kita remaja,mmg berkecil hati ni perkara biasa, lebih2 lagi eng yg pd masa tu sgt aku sayang....
    tapi, sekarang kita dh sgt matang dlm hal berkaitan perasaan. Apa yg perlu eng tahu, eng tetap the best!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  4. Sufian(baby)minta tolong sangat2 jgnlah buat hati abg terluka dan dilukai,tlg faham perasaan abg(t'lalu rindu pd sufian).Knpe sampai x nak bgi no henfon!knape????

    BalasPadam