Jumaat, 1 April 2011

Lelaki Oh lelaki

"Memang spesis lelaki tak boleh dipercayai".
Wah....ini kenyataan membunuh. Mesti ramai lelaki2 di muka bumi ini marah kat sy. Selepas ni, kena tahan telinga. Tapi nak buat macam mana, dah memang lelaki memang rata2 tak boleh dipercayai. Kalau ada 20 orang lelaki, 16 daripadanya memang tak boleh pakai. Mungkin 4 orang je yg berkualiti dan boleh dipecayai.
Lepas ni, tentu orang2 di luar sana akan menyoal sy kembali.....
"Bapak, suami, abang, adik lelaki atau mungkin anak lelaki dia pun tak boleh pakai, sebab tu dia pukul rata semua lelaki kat muka bumi ni tak boleh pakai juga mengikut perspektif mata dia".
Soalan2 macam ni, dah tentulah mereka tuju pada sy sbb keceluparan mulut sy mengeluarkan kenyataan seperti tadi.Atau....paling tidak,kaum lelaki akan menuding jari ke arah sy dengan menyoal sy kembali: "Habis, awak ingat, semua perempuan tu boleh dipercayai? Semua perempuan tu boleh pakai ke? Semua perempuan tu, baik???"
Ok....ok.....jangan marah wahai semua kaum lelaki. Sy mengaku, bukan semua perempuan tu baik. Sama jugak macam orang lelaki. Cuma, kalau 20 orang perempuan, yang tak boleh dipercayai tu mungkin 4 orang je. Yang 16 orang tu, insyallah baik, dan boleh dipercayai.

Mesti mereka tak puas hati juga. Dan, akhirnya mereka akan berkata, "kalau dah penulisnya perempuan, dah tentulah dia menyebelahi perempuan juga. Memang dasar perempuan.....fikiran tak matang!!!!"
Dan sy akan terus tersenyum dan ketawa panjang. Maka, disebabkan takut kena 'sound' lg, sy pun menjawabnya dlm hati..." Sebab perempuan tak matanglah maka mereka selalu dibuli oleh kaum lelaki. So, dah jelaslah sekarang bahawa kaum lelaki memang ramai yg tak boleh dipercayai...mengambil kesempatan di atas ketidakmatangan kaum perempuan. Mungkin, sy bercakap berdasarkan pengalaman....jadi lelaki2 di luar sana janganlah marah tak tentu pasal. Sy hanya memberi fokus pada lelaki2 yg sy kenali atau yg terlibat sahaja. Dan, pada kaum Hawa, sy mohon sgt, jgnlah anda mudah percaya pada kaum yg'matang' ini kerana kerana kematangan merekalah kaum perempuan  mudah sj dibeli dengan hanya bermodalkan kata2 manis....maka si perempuan pun mula cair dan rebah dek terlena dgn kata2 yg bergula.

p/s: jadilah wanita yg cerdik 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan