Rabu, 23 Mac 2011

Pujuk Diri Sendiri

Macam mana nak pujuk diri???? 
Carilah kekuatan untuk meneutralkan semula diri yg sedang bersedih. Senang sj contohnya....Mula2, kita nangis dulu. Menangislah sepuas-puasnya dan semahu-mahunya. Lepas tu, kesat air mata smpai kering dan bjanji tidak menangis lagi. Cari sbab2 yg tersirat disebalik kesedihan itu.
Contoh 1:
Kalah dalam pertandingan. Mesti sedih,kan???? Cuba fikirkan, kalau menang je pd setiap pertandingan, dah tentulah kita rasa hebat. Jadi, unt mengurangkan rasa bangga diri dan riak di hati, biarlah sesekali kita merasa kekalahan agar kita dpt meluangkan masa unt muhasabah diri seterusnya memperbaikinya,
Contoh 2:
Gagal dalam peperiksaan. Aduh,memang tak terkata kecewanya. Terasa rugi belajar selama 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah. Tapi, cuba fikir balik. Allah tu tahu apa yg akan berlaku pd masa akan dtg. Mungkin dgn kegagalan dlm exam ini, boleh merapatkan hubungan antara kita dgn ibu bapa, Manalah tahu, kita yg tidak berpeluang mjawat jawatan2 profesional ini, mpunyai byk masa untuk mjaga orag tua yg dah smemangnya semakin tua dan uzur.
Contoh 3:
Putus Cinta? Hai...separuh nyawa dibuatnya. Terasa dunia ini dah jadi gelap gelita. Nak menyuap nasi ke mulut pun tak lalu. Pujuklah diri sendiri. Katakan pada diri, bahawa memang lelaki/wanita ini bukan yg terbaik untuk aku. Lebih baik putus semasa bercinta daripada putus menjadi janda/duda. Rasanya, memang tak ada manusia yg bercita2 nak bercerai semasa menyimpul ikatan pekahwinan. So,putus skrang lebih baik,kan?????


Itu adalah contoh2 mudah. Walau bagaimana bentuk kesedihan yg melanda, paksalah otak mencari kemanisannya pd setiap kesedihan  yg dirasai. Begitulah cara terbaik memujuk diri sendiri.
Itu cara saya mengubat hati yg lara. Insyallah, ada juga kesannya krn selepas itu sy mampu tersenyum kembali. Belajar2lah memujuk diri sndiri kerana bukan semua org di sekeliling kita dpt memahami erti kesedihan yg kita alami. Jadi, untuk menjadi insan yg berkualiti dlm mengharungi kehidupan, pandai2lah handle kesedihan sendiri. Andainya tidak mampu, carilah orang2 yg dipercayai dan luahkan pd mereka. Awas....jangan bertindak sesuatu yg merugikan diri sendiri atau bertindak seperti manusia yg tidak ada akal yg waras.
 

p/s: Selebihnya, mohonlah pertolongan daripada Allah SWT,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan