Jumaat, 18 Mac 2011

Pilihlah Yg Tepat atau Hampir Tepat.

Sy marah sungguh bila ada generasi muda buat statement "Sy tak suka terlibat dgn politik, dan tak mahu ambil tahu tentangnya". Inilah masalahnya orang-orang Melayu. Kalau semua sependapat dgn org yg seperti ini, dah pasti, kita semua tidak dpt merealisasikan syariat Islam krn  lazimnya, org melayu dan Islam memang ada ikatan yg sgt rapat. Sukar untuk mendapatkan org Melayu yg bukan beragama Islam walaupun dah ada juga pd masa kini. Atau paling tidak, kita gagal memenuhi impian dan harapan Hang Tuah....'Tidak Melayu Hilang Di Dunia'.

Dunia politik ini kotor. Sy mengakuinya. wpun sy tahu bukan politik itu yg kotor. Sebenarnya, sesetengah individu yg mengotori dunia politik itu. sendiri . Zaman Rasulullah SAW, sudah ada politik. Individu yg tahu tanggungjawab mereka yg sebenar sbg khalifah di muka bumi ini, tentu tidak akan mengotori dunia politik itu sendiri. Bukannya ringan menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Tak kiralah wpun individu itu mjadi pemimpin pd peringkat bahagian sekalipun. Seandainya, seseorang itu tahu tentang tanggungjawabnya sbg seorang pemimpin, hal2 lain yg berkaitan dgn penyelewengan, tentu tidak akan berlaku kerana takut pembalasan di 'sana' nanti.

Manusia memang tidak sekuat mana pun. Apabila kuasa, pangkat, darjat dan kekayaan berada di hadapan mata, kebanyakan manusia akan lari drp niat yg asal. Memang perkara2 di atas merupakan salah satu cara Allah menguji manusia. Jadi, tidak hairanlah makhluk yg bernama manusia ini boleh berubah dgn sekelip mata. Sukar hendak mencari manusia yg tidak mengambil kesempatan tentang kelebihan  dan kekuasaan yg mereka miliki. Ia memang sudah terbukti sejak zaman nabi2 lagi hinggalah ke hari ini. Bukan senang mereka hendak merealisasikan tugas pemimpin yg sebenar, sama seperti Rasulullah SAW. Kebanyakan manusia akan alpa. Manakan tidak, bila semuanya ada di hadapan mata. Di tambah pula dgn kata2 pujian dgn kaki2 pembodek di sekeliling mereka .

Saya???? Sy juga tidak ada jaminan untuk mengatakan sy tidak mungkin seperti  'orang2 mcm tu', jadi dgn rasa rendah diri sy tidak akan dan tidak mahu terlibat dgn dunia ini.  Itu lebih baik kerana sy mengakui akan kelemahan sy dari awal. Jadi org mcm sy memang tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin. Kesimpulannya sy juga sama sperti org2 yang berkata " Sy tidak suka dgn dunia politik....", cuma yg membezakan sy dgn mereka ialah  sy  masih lagi ambil peduli tentang siapa pemimpin yg bakal sy pilih. Antara bukti yg mengesahkan sy masih ambil peduli ialah sy tidak akan menyokong sesebuah parti yg bertanding, tetapi sy akan memilih siapa calonnya. Wpun tidak ada yg seperti ciri2 yg dihendaki dlm Islam, sekurang2nya sy memilih yg terhampir dgnnya. Bukan apa....sy takut kerana memilih calon untuk dijadikan pemimpin juga adalah antara soalan yg akan ditanya oleh Allah SWT kelak. Jadi, sy harus juga memilih supaya individu yg sesuai boleh meraih kemenangan. Jangan sampai, kita menunjukkan rasa taksub pada sesebuah parti, hingga seekor monyet yg mewakili parti tersebut akan kita undi.

Sy ingin berkongsi pengalaman tentang diri sendiri. Suami sy juga mendapat perkhabaran drp seseorang yg berpengaruh untuk menariknya ke kancah politik. (Manalah tahu, suatu hari nanti sy ada gelaran tersendiri).Insyallah, ura2 itu tidak menjadikan sy terlalu  gembira dan terleka krn bersuamikan seseorang yg mungkin akan berpengaruh suatu hari nanti. Alhamdulillah setiap perkara ,akan kami bincangkan  bersama. Mudah saja sy bertanya kepada suami, bolehkah dia menjadi pemimpin yg bebas drp smua pengaruh haloba duniawi? Sejauh mana dia boleh memimpin dan membela orang2 di bawahnya mengikut syariat yg ditetapkan? Jawablah wahai suami kemudian buatlah pilihan sendiri.

Dakwah dlm bidang politik adalah ajakan mengembalikan tata cara pengurusan masyarakat ke dalam suasana yang teduh dan Islami. Inilah panggilan yang sesuai dengan fitrah manusia  walau di manapun mereka berada. Tidak ada makhluk di dunia ini yang tidak diciptakan oleh Allah SWT dan tidak satu pun makhluk pun yang tidak akan kembali kepadaNya. Jadi wajarlah manusia yang berakal  drp mahkluk2 lain , menghormati dan mengikuti segala peraturan dan arahan oleh penciptaNya.  Jadi, mampukah wahai suami untuk membawa umat nabi Muhammad SAW ini menuju jalan seperti yg sewajarnya?  Jangan pula jd seperti sesetengah pemimpin, anak,isteri dan keluarga gagal dipimpin, ini kan pula hendak memimpin masyarakat di luar sana.

Sy berdoa kehadrat Ilahi supaya muncul juga seorang pemimpin yg benar2 berkualiti dr aspek agamanya kerana sy yg jahil ini sangat memerlukan seorang pemimpin yg benar2 dapat menyelamatkan keadaan yg semakin teruk di sekeliling kita pada masa ini. Berpijak di bumi yg nyata, sy tidak mengharapkan seorang pemimpin yg benar2 sempurna spt nabi junjungan kita, namun memiliki ciri-ciri yg hampir dgn sifat Rasulullah pun dah memadai. Persoalannya: Masih adakah lagi individu seperti yg sy kehendaki pada masa kini???

Akhir bicara : Tepuk dada tanyalah selera. Bukan lama pun untuk kita berseronok di muka bumi ini. Apabila umur sudah hampir ke hujungnya, semua manusia tidak  dapat lari daripadanya. Sy selalu mengingatkan diri sendiri supaya ingat....ingat...ingat...akan hakikat kejadian hidup ini. 
 

p/s: Setiap yg bermula....pasti ada kesudahannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan