Sabtu, 31 Julai 2010

Bungkuslah Kesedihan Itu


"Cikgu...sy tidak boleh belajar. Sy nak lupakan dia,tp tak boleh. Hubungan kami dh jauh,ckg. Dia berjanji tidak akan tinggalkan sy,tp skrang tanpa sebab dia minta sy melupakan dia. Sy tak tahu nak mengadu dgn siapa,ckg. Sy benar2 sedih", suara Eka masih tergiang2 di cuping telinga sy. Suaranya yg bgetar,menjadikan hati sy terheret sama merasai ksedihannya. Kalau ikutkan rasa marah, hendak saja sy menempelak dia semula tp,ketika dia bhadapan saat2 ksedihan sperti itu, tak sampai hati sy hendak mengeluarkan kata2 yg boleh menambah kelukaannya walaupun hakikatnya sy agak marah juga.Mengapa dia mensia-siakan masa dengan bercinta yg belum pada waktunya.

Musibah Bercinta

Ketika mengajar, sy sering menyelitkan peringatan kepada pelajar2 tentang musibah bercinta di alam persekolahan. Rasanya,semua pelajar tidak akan suka apabila sy menyentuh bab maruah di dalam kelas. Sy tahu, hampir 100 peratus pelajar sy mempunyai pasangan masing2.Jadi,apabila sy bcakap soal yg berkaitan dgn cinta, silap2 hari bulan akan terkena ke batang hidung mereka. Sebenarnya, demi Allah, sy tidak berniat  unt mengenakan sesiapa melainkan dgn tujuan mengingatkan mereka agar mjauhkan diri daripada bahana  cinta yg belum pada waktunya di mana akhirnya mbawa mereka ke lembah penzinaan. Sy harus berhati2 dlm mengeluarkan kata2 dan 'nawaitu' yg ikhlas kerana sy juga mpunyai anak2 remaja. Tersilap niat di hati, perkara2 begini akan berbalik kepada diri sendiri. Nauzubillah.....

"Kamu patutnya bersyukur,Eka. Kamu dah nampak siapa dia sbelum kamu berkahwin. Cuba bayangkan dia buat hal setelah kamu berkahwin dgnnya?" Ujar saya merangsang dia berfikir. Dia tetap menangis. Kata2 sy seolah2 tidak didengarinya. Kepalanya hanya digeleng2kan  sbagai tanda tidak dapat menerima nasihat sy. Mungkin dia mahu sy mcari jalan bagaimana hendak merapatkan semula  hubungan kekasihnya. Ketika itu, sy rasakan diri sy benar2 tidak berguna kerana tidak dapat meredakan perasaannya yang sedang gundah gulana.

" Ya Allah....apalah yg hendak sy katakan agar ia dapat meredakan hati pelajar sy yg berada di dalam kesedihan." Sy bermonolog sendiri. Sy memegang tangan dia agar rasa sedih itu dapat sy redakan dgn perkongsian jiwa.

Tidak Terkejut

"Sy tahu, ckg. Dia memang tak baik. Tp, sy dah rosak kerana dia. Sy dah bagi apa sj yg dia hendak. Sy takut sgt kehilangan dia, ckg..." Suara Eka tersekat2 menahan kesedihan. Sy menarik nafas panjang. Kesal sangat tapi,sy tidak terkejut lagi mendengar pengakuan sebegini. Telinga sy dah beratus kali mendengarnya drp berpuluh2 pelajar. Dah lali. Dan,bukan setahun, dua sy menjadi guru. Masalah pelajar yg terlibat dengan pkara sebegini, tidak terhitung dengan jari. Disebabkan mata dan telinga sy sering melihat dan mendengar perkara yg sama, sedikit sebyk ia membantutkan sy utk memperoleh cahaya mata yg ramai. Sy tsgt takut.....takut tidak mampu mendidik anak2 supaya menjadi anak tahu yg menjaga maruah diri.

Sy tahu siapa boyfriendnya. Pelajar dari sekolah ini juga. Sebaya dengannya cuma berlainan kelas. Otak sy sakit mcari kata2 untuk merasionalkan dia. Dalam masa yg sama, sy memohon kepada Allah agar memberi sy idea utk berkata2 agar dapat meredakan hatinya ketika itu. Tiba2, sy teringat bagaimana sy mengatasi kesedihan yg melanda sy suatu ketika dahulu. Sy tpaksa berkongsi pengalaman sy dengannya agar dia dpt mengikut cara sy menyelesaikan masalah.

"Eka,masa ckg kat Universiti dulu, ckg pernah mengalami kesedihan yg teramat sgt. Entah berapa hari ckg menangis ketika itu. Masa tu, minggu exam. Ckg tak dpt tumpukan pada study kerana kesedihan yg ckg alami. Orang di sekeliling ckg pun gagal meredakan perasaan ckg. Kamu tahu kenapa? Kerana kesedihan itu ada di dalam hati kita.Dan...kamu tahu apa yg ckg buat?"
Panjang lebar sy bercerita dengannya. Rasanya,ini pertama kali sy berkongsi cerita dengan pelajar sy tentang kisah hidup sy. Sebenarnya sy tidak suka bercerita kisah lama.Semua cerita lama, akan merosakkan hati sy tp sy terpaksa bercerita juga dgn Eka dgn harapan dia boleh meniru cara sy.

"Apa yg berlaku masa tu,ckg?" Tanya Eka yg masih basah pipinya dek air mata. Sy memegang tangannya.
"Masa tu,orang yg hampir2 nak jadi suami ckg meninggal dunia. Pada masa yg sama, ckg ada exam. Mcm mana nak jawab soalan kalau hati dan perasaan ckg tidak tenteram? Cuba kamu bayangkan, Eka?" Hati sy terasa sayu mengingatkan kembali kenangan itu. Sy cuba menahan rasa sedih ketika itu.

"Bagaimana ckg mengatasi rasa sedih itu? Ckg buat apa?" Dia seolah2 berminat untuk mengetahu kisah sy. Sy rasa lega apabila melihat air matanya mula kering di pipi. Mungkin, dia terlupa kesedihan yg dialami.

 Bungkuslah Kesedihan Itu

"Kamu nak tahu apa ckg buat???? " Tanya sy sambil tersenyum. Dia hanya mengangguk2kan kepala.
"Kamu mesti janji dgn ckg yg kamu juga akan buat perkara yg sama seperti ckg buat,ok?" Sy meminta dia berjanji sambil menghulurkan tangan sy. Perlahan2 dia menyambut tangan sy.
"Eka, masa tu ckg tak tahu nak buat apa. Kalau ckg gagal dalam exam, itu bermakna ckg gagal dlm mencorakkan masa depan ckg.Jadi, ckg bentangkan kain batik dan ckg cuba bungkus kesedihan itu di dalam kain batik yang telah dibentangkan. Ckg sebut berkali2 dlm diri: ini bukan masanya utk aku bersedih. Kemudian, ckg ikat kain batik itu dan menyimpannya ke dalam almari. Ckg nekad masa tu. Dan kamu tahu, ckg dpt menumpukan fikiran ckg pada exam minggu itu. Alhamdulillah....ckg berjaya juga. Habis saja exam, ckg buka bungkusan itu kembali. Kesedihan itu datang kembali. Dan masa tu, ckg cuba berfikir secara rasional. Yang hidup pasti akan pergi juga, kan??? Apa yg ingin ckg katakan di sini, masa ni kamu tak boleh berfikir dgn baik.  SPM dah dekat. Simpan dulu kesedihan kamu tu. Tumpukan dulu pada study. Biarkan kesedihan itu tersimpan dulu. Insyallah, bila kamu dah boleh berfikir,kamu buka semula bungkusan itu dan pada masa itu kamu harus cuba  menyelesaikan dan menanganinya."

Bersinar Kembali 

Panjang lebar sy bercerita dengannya. Sy merenung matanya. Jelas kelihatan matanya mula bersinar kembali. Sy melihat Eka tersenyum kecil. Hati sy lega.
"Boleh ke kamu lakukan, Eka?" Tanya sy. Dia tidak menjawab. Sy mengulangi semula pertanya sy. Dan, perlahan-lahan dia bersuara......"sy cuba, ckg."

Dia keluar dari bilik seni sy. Sy yakin dia sedang berazam untuk mencuba seperti apa yg sy lakukan. Tanpa sy sedari, air mata sy pula yg mengalir. Sy pun tak pasti untuk apa sy menitiskan air mata......


Jumaat, 30 Julai 2010

Selamat menyambut ulang tahun,kak....


29 Julai, genap umurnya 47 tahun. Alhamdulillah Allah memberinya kesihatan yang baik. Dia ialah seorang sahabat,kakak,saudara, atau apa sahaja bagi sy dan keluarga. Tahun ini genap 20 tahun sy mengenalinya. Satu jarak masa yang sangat panjang….dan mustahil sy tidak mengenal hati dan budinya. Kalau anak yang baru dilahirkan seusia perkenalan kami,pasti anak itu cukup dewasa ketika ini.

Sepanjang perkenalan dan perhubungan ini, byk peristiwa suka duka kami tempuh bersama. Daripada peristiwa yang lucu, hinggalah peristiwa sedih, kami pernah melaluinya. Sukar untuk sy nyatakan bagaimana hubungan kami seakrab ini. Dan sy tidak pasti peristiwa apakah yg berlaku shingga termeterainya hubungan ini dengan satu hubungan yang sukar difahami.

Sy pernah menumpang kasih pada keluarganya. Sy pernah merasakan betapa indahnya hidup mempunyai saudara mara. Rasa gembira ini, sy kongsikan bersama anak2 kerana anak2 sy mula mengenal panggilan ‘acik’ melalui sahabat sy ini. Dia seorang yg sgt prihatin dan menjaga kebajikan serta perasaan sy persis sbagai adik manja. Dia tidak boleh mendengar cerita kesusahan sy….dan tanpa diminta, bantuan dalam apa jua segera dihulur bagi meringankan masalah yg bersarang di kepala. Sesungguhnya, sy bersyukur kehadratNya kerana menemukan sy manusia sperti ini.

Hubungan kami semakin akrab kerana ketika itu dia masih belum bersuami. Anak sulung sy mempunyai hubungan jiwa yg sangat rapat dengannya ketika itu. Malah, adakalanya, anak sy keliru yang mana ibunya. Pernah suatu ketika ketika anak sulung sy berumur 4 tahun,  dia bertanya kepada sy, yang mana satu ibu yang melahirkannya. Persoalan itu lahir kerana sy selalu memarahinya manakala aciknya tidak pernah meninggikan suara. Anak sy selalu mdapat pembelaan jika sy memarahinya. Hubungan anak sy dengannya, tidak dapat diungkai dengan kata-kata. Hubungan yg sukar difahami oleh manusia biasa. Kasih syg yang diberikan kpd anak sy melebihi sifat seorang ibu. Dan, peristiwa yg tidak dpt sy lupakan ketika  menyaksikan khancuran hati anak sulung sy tatkala ‘acik’nya berumahtangga. Anak sy tidak dapat menerima kenyataan ini. Puas dipujuk dan akhirnya kedewasaan mematangkannya.

Kini, hubungan kami masih terjalin seperti dahulu cuma, sy dan anak2 terpaksa menerima hakikat bahawa sahabat sy ini sudah mempunyai keluarga sendiri. Begitu pantas masa berlalu…..dan kini anak sulung sy, sudah pun berumur 19 tahun. Apa yang mengagumkan , anak sy tidak pernah lupa detik2 manis semasa dia bersama ‘acik’ nya. Dan….begitu juga sy. Dia terlalu istimewa di mata sy. Ya,terlalu istimewa!!!!! Hubungan kami kini, hanya ada pertautan rohani. Sy akur keadaan ini. Dan sy harus membenarnya keadaan ini terjadi kerana sgala-galanya yg sy perolehi sebelum ini, adalah atas keizinan Allah swt. Dan, apabila DIA berkendakkan begitu, sy harus pasrah dan redha.

“Selamat Hari lahir,kak. Semoga sepanjang hidup akak akan diberkati olehNya. Percayalah, kehadiran akak dalam hidup Nora, tidak pernah ada penggantinya. Akak tetap lain dari yang lain. Mengenali akak, walaupun adakalanya terluka,tapi Nora tetap merasakan Nora mjadi adik yg manja. Akak tahu,kan???Akaklah orang pertama yang memanjakan Nora. Terima kasih atas segala pemberian akak sama ada dalam bentuk kewangan dan perkongsian perasaan. Terima kasih atas segala-galanya.”




Rabu, 28 Julai 2010

Jagalah Hati



Sy tidak pernah mnyaksikan manusia yg mempunyai hati sekering dia....sungguh tidak pernah. Sukar hendak melenturkannya walaupun sudah berkali2 dicuba. Bukan setakat sy, malah rakan di sekeliling juga 'angkat tangan' bila berurusan dengan dia. Malah ada dh ke tahap benci sangat, hingga menyebut namanya pun mereka tidak sudi. Sy pun ada perasaan yg sama sperti teman2 yg lain cuma, perasaan benci itu cepat2 sy kikis krn sy sangat takut akan balasan 'cash' drp Allah. Islam mendidik kita supaya tidak melampau2 membenci seseorang. Tinggalkan sedikit ruang untuk orang2 seperti ini.Dan.....sy akur itu.

Sy tidak tahu mengapa dia begitu sukar menerima kebenaran??? Dan mengapa begitu sukar dia melafazkan perkataan 'maaf' pada orang yg disakitinya. Dia juga sukar menerima teguran dan dari pengamatan sy dia menolak perbincangan...Memang sukar berurusan dengan dia.

Dia seorang manusia biasa. Cuma sikapnya sahaja yg Allah beri kan luar biasa. Mungkin juga lahirnya manusia seperti ini hanya sekadar untuk menguji ksabaran kita sebagai seorang guru. Di sebabkan guru itu juga manusia biasa, kadang kala kesabaran itu berada dihujung kepala.....termasuk jugalah sy. Pernah tangan sy singgah ke pipi dia. Cuma, kualiti yg ada pada sy, perasaan dendam mmg tidak wujud dlm diri sy. Sungguh!!!!Sy tidak ada perasaan dendam. Terima Kasih Tuhan kerana tidak melahirkan perasaan itu pd sy. Syukur.....

Keletihan tatkala sy berbicara dgn dia. Setiap psoalannya  yg sy ajukan, dia seolah2 sudah menyediakan smula psoalan yg perlu sy jawab. Agaknya otak dia sentiasa ligat berfikir bagaimana hendak mengenakan semula sesiapa sahaja yg cuba menasihatinya. Dia tidak mahu fokus terhadap teguran yg diberi, malah dia akan mengaitkan topik yg sedang dibicara dgn cerita2 lain agak alasan yg dia berikan boleh berdiri dengan kukuh. Hatinya benar2 keras. Sekeras kerikil......namun, inilah tanda kebesaran Allah yg mjadikan manusia berbagai-bagai, dan berwarna-warni.


Bagi sy, tidak ada apa yg boleh manusia lakukan agar dia menjadi seperti acuan yg kita inginkan. Serahkan sahaja pada takdir kerana Dialah yg menjadikannya sedemikian rupa. Sebagai khalifah di bumi Allah ini, tugas kita hanya menasihati dan menegur kesalahan yg dilakukan. Namun, untuk mengubahnya menjadi yg lebih baik atau tidak, itu bukan kerja kita. Biarlah Allah menentukan segala-galaNya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap kejadian. Jangan diragu tentang setiap takdir itu. Peranan kita sbagai guru, hanya boleh berdoa agar dia menjadi lebih baik daripada hari ini....

Kepada dia, sy berharap agar dia berubah menjadi manusia yg tahu memanfaatkan kelebihan yg ada pada diri ke arah yg Allah redhai. Semoga Allah mengubah pegangan hidup yg dijadikan prinsip diri untuk dilihat gah oleh rakan2 yg berada di sekelilingnya. Mungkin dia ingin menjadi hero di kalangan rakan2 sebayanya....alangkah kasihannya dia, kerana tanpa disedari, dia sebenarnya menjadi mangsa.




Rabu, 21 Julai 2010

CINTA-petikan diambil daripada blog Persada Perjuangan...



Cinta adalah perasaan jiwa yang dibaluti kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan malah cinta itu menyembuhkan. Cinta merupakan perasaan semulajadi (fitrah) yang menjadi sifat manusia. Sebagaimana hati dapat berubah, maka cinta juga akan berubah kerana sifat cinta yang menjadikan hati sebagai takhtanya.


Allah SWT turut mengiktiraf  kesemua perasaan hati ini tetapi ia menduduki tempat kedua iaitu selepas kecintaan kepada Allah SWT, Rasul-Nya dan jihad dijalan-Nya.  Disinilah wujudnya cinta antara suami isteri, cinta antara anak dan ibu bapa, juga cinta dalam ummah Islam. Namun seandainya cinta kepada manusia, harta dan dunia berasaskan hawa nafsu semata-mata, maka ia akan jatuhkan seseorang kepada cinta yang hina.
Oleh itu, cinta merupakan perasaan jiwa yang diiktiraf oleh Allah SWT. Persoalannya ialah sejauh manakah manusia mengambil neraca Allah SWT dalam urusan ini. Sabda Rasulullah SAW sebagai panduan kita yang bermaksud :
” Tiga perkara siapa yang ada pada dirinya, dia akan merasai kemanisan iman – bahawa ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya paling dicintai daripada segala yang lain. Dan bahawa ia mencintai seseorang, tidak menyintainya melainkan kerana Allah. Dan bahawa ia membenci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah mengeluarkannya daripada kekufuran, sepertimana ia benci dimasukkan ke dalam api neraka ”

”Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu”

Isnin, 19 Julai 2010

Maruah dan Harga Diri


Keimanan dan akhlak mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Ini jelas daripada sabda Nabi yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Ahmad) Menurut Imam al-Ghazali, manusia itu ibarat sebatang pokok dengan akarnya ialah akidah, batangnya (kefarduan), daun-daunnya (amalan sunat), maka buah atau batangnya itulah yang dikatakan akhlak.
Sebab itulah manusia yang berakhlak dalam Islam dianggap orang yang menyempurnakan agama kerana akhlak melambangkan keindahan Islam. Daripada Abdullah ibn Umar r.a, katanya, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya.

Sukar nak mencari remaja yg pandai mjaga maruah diri. Tahu malu apabila berada di tempat umum. Terlintas di fikiran sy, siapakan bakal menantu sy kelak? Adakah anak2 sy dapat mengahwini isteri atau suami yg tergolong daripada orang2 yg tahu menjaga maruah diri??

Berkali2 sy berpesan pada anak2....jika mereka mahukan pasangan yg baik, mereka juga harus baik. Pandai jaga maruah dan khormatan diri. Kepada anak2 lelaki, sy ingatkan mereka, jgn sesekali merosakkan anak gadis orang kerana lelaki penzina akan berkahwin dgn perempuan zina juga.Itu janji Allah.....
Dan, sy berpesan lagi : Bagaimana kita nak menegur perbuatan anak2 kelak,kalau kita sendiri melakukan perkara yg sama???

Setiap kali sy balik dari sekolah, mata sy akan tertumpu pada remaja2 pelajar di stesen bas. Tanpa ada rasa segan kepada org keliling, mereka boleh berpelukan dgn teman masing2. Apa yg mendukacitakan, pelajar perempuan lebih berani daripada pelajar lelaki. Terfikir sy sejenak, kalaulah perasaan malu sudah tiada dalam diri, maka perkara2 sumbang boleh dilakukan di mana2 tanpa memikirkan kewujudan org lain di sekelilingnya.

Terlintas juga di fikiran sy, mengapa pelajar2 Melayu yang  terlalu berani melakukan adegan sumbang secara terang2an???? Tidak tahu di mana silapnya, anak2 melayu skarang sudah tidak ada harga diri. Tidakkah mereka terfikir, bahawa kematian itu bukan milik orang2 tua sahaja???? Atau paling tidak, tidakkah mereka tfikir, apabila Allah menurunkan bala, seluruh umat akan terkena siksanya.

Mengapa ibu bapa sekarang terlalu percayakan anak2 mereka???Tidak adakah rasa cemburu di hati mereka??? Kenapa tidak sekali sekala mereka keluar menjenguk di mana anak mereka berada? Buat spot check.....Jangan terima pakai sahaja apa yg mereka kata. Sekali sekala ibu bapa harus menjadikan mata orang lain sebagai klu untuk mengetahui siapa anak kita.

“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta dipertanggungjawabkan.” (Surah Al’Isra’: 36) Peringatan dan ingatan ini hendaklah dijadikan panduan dalam kehidupan yang penuh cabaran ini. Kehidupan pada akhir zaman memang banyak dugaan kepada setiap orang. Hanya keimanan dan akhlak yang baik akan menjaga hati dan dirinya tidak terjebak kepada perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah dan harga diri.

wallahualam....

Us. Zamri : Menjaga Maruah Diri Surah Al Mukminun Siri I

Khamis, 1 Julai 2010

Kerdilnya Kita Sbg Manusia...

Cinta terlarang
Terpegun sketika sy mbaca satu cerita di dada sbuah majalah tentang hubungan terlarang antara isteri dan suami orang. Pengakuan yg benar2 berani dan tulus skali. Cerita itu sy kongsi bersama kawan2. Seronok mdengar pendapat kawan2 yg pelbagai. Masing2 mempertahankan pndapat masing2. Smua pndapat yg sy dengar, boleh di terima tp nun jauh di sudut hati, sy mengerti bahawa mereka tidak dpt menyelami hati dan perasaan mangsa yg terlibat jauh di dasar hati.

Mlm yg kian larut, mnyebabkan pengkongsian cerita bsama rakan2 di siang hari tergiang2 di telinga sy. Aneh....keajaiban kuasa Allah tidak dpt mngatasi kudrat manusia. Manusia mana yg bercita2 untuk menduakan isteri dan suami mereka? Smua yg terjadi tidak dirancang terlebih dahulu dan ia berlaku tanpa diminta oleh sesiapa. Gila lah jika ada insan yg ingin menjerumuskan diri mereka ke neraka jahanam. Bagi pasangan yg telah berkahwin, bukankah rejam hukum yg termaktub dlm Islam jika berlaku penzinaan?? Bukankah hukum yg Allah SWT tetapkan dlm ayat suci al-Quran  itu begitu berat yg harus dilaksanakan??

Mintalah pada Allah
Bukan menyokong situasi mangsa yg terlibat, sbb sy juga tahu dosa dan pahala. Sy ingin berbicara, skadar memahami keadaan mangsa. Tidak seorang pun manusia yg memahami situasi ini jika mereka tidak terlibat sendiri. Betapa lemahnya kudrat manusia jika terjebak dalam situasi ini. Bukan tidak cuba melawan, tetapi tiada daya dan kekuatan. Penyudahnya, hanya doa yg harus dipanjatkan agar Allah menarik semula perasaan yg telah dimasukkan ke dlm  jiwa kita. Mintalah pada Allah agar mghilangkan segala perasaan itu daripada org yg tidak sepatutnya menerima cinta kita.

Kasihan pada anak-anak
Kadang kala,perasaan cinta pada org yg tidak sepatutnya, membuak2 melebihi rasa cinta kpd suami sendiri. Mungkin mngikut logik akal, kelemahan suami ketara setelah bertahun2 tinggal  bersama, maka cinta kita beralih arah. Bukan tidak kasihan pada anak-anak, tetapi kehendak biologi begitu mendesak. Kita lupa seketika tentang kebaikan suami , kerana yg kita rasa kini betapa indahnya dibuai mimpi. Yang paling hebat sekali, hubungan terlarang ini akan melampaui batas2 kemanusiaan  dan ada yg tidak takut akan hukum Tuhan.  Dan, yg paling mendukacitakan, ada yg sampai meleraikan ikatan perkahwinan seseorang. Alangkah kasihannya nasib anak-anak.....

Pengalaman sendiri
Maaf...terlebih dahulu sy memohon maaf. Demi Tuhan yg mengetahui segala kejadian, sy tidak berniat membuka aib sendiri. Perlu diingat, tidak ada keuntungan yang sy prolehi....cuma skadar berkongsi cerita dan rasa.Sy pernah terperangkap dalam situasi ini. Sy tidak pernah  menyangka pkara sperti ini boleh tjadi pd diri sy. Sy tidak ingin semua ini tjadi tp salahnya, sy telah memasukkan sebelah kaki sy ke dalam kancah ini.
Apabila sy sedar, untuk menarik smula sebelah kaki , amat sukar skali .Tidak semudah apa yg sy dengar drp mulut kawan2 sy. Sudahnya, sy menyerahkan setulusnya jiwa raga sy kepada yg maha Esa ...memohon ambillah kembali perasaan yg telah Dia beri.Sy bertahjud dan bersujud kepadaNya agar berikan pertolongan kepada sy yg sgt lemah ketika itu. Dan semuanya ini mnyedarkan sy, bahawa manusia tidak boleh mendabik dada. Kita sebenarnya sangat daif dan lemah rupanya. Sekuat mana kita menolak, sehebat itu jugalah naluri  mendesak. Rupa2nya, percaturan manusia tidak sehebat mana. Bila Allah tidak mengizinkannya, sgala rancangan dan harapan tidak terlaksana. Lain yg diharap, lain pula jadinya. PadaNya juga kita mohon perlindungan.

Bukan Muhrim
Seawal kaki sy mlangkah ke Universiti, sy sedar 'dia' sering memerhatikan sy. Tidak mghiraukan pandangan dan perhatian itu, krn 'dia' jauh lebih muda drp sy. Sperkara lg, 'dia' sudah berumah tangga.  Tanpa rasa curiga,sy mnyambut salamnya yg ingin menjadikan sy sbgai kakaknya. Itupun stelah sy berbincang dgn suami tercinta. Untuk memurnikan hubungan ini, sy dan suami berkenalan dgn  anak2 dan isterinya Dia memanggil sy 'kakak' dan sy memanggilnya 'adik'. Anak2 sy sgt menyukainya krn 'dia' memang seorang yg pandai mengambil hati.  Suami sy jg menyenanginya kerana pembawakannya sbg  seorg 'adik' , sgt mhiburkan. kami sekeluarga. Namun,  kawan2 rapat sy menyatakan rasa sangsi akan khadirannya. Mungkin sekilas ikan di air, mereka tahu jantan atau betina. Dan sy??? Buta hati dan mata...menganggapnya seperti adik sendiri walaupun sy tahu dia bukan muhrim sy. Dan di akhir episod cerita, dia ingin melamar sy. Mendesak agar sy memutuskan ikatan suci sbg seorang isteri kepada suami yg sgt baik hati.

Terkejut
 Terkejut sy bukan kepalang. Tidak sangka kata2 itu keluar dr mulut insan yg kami smua anggap sperti keluarga. Seketika itu, sy teringat kembali bisikan sahabat baik ke telinga sy sbg satu peringatan suci. Dia tidak boleh dianggap 'adik' kerana tidak ada hubungan yg halal di sisi Allah bagi yg bukan muhrim. Nasihat drp sahabat ,sy remehkan krn jauh di sudut hati sy menyakini hubungan yg terjalin itu adalah ikhlas dan suci.Sy gagal menilai siapa 'dia' yg sbenarnya. Rupa2nya, sy shj yg menganggapnya sbg seorang 'adik' dan dia mengambil kesempatan menjadikan hbungan kakak dan adik itu, menghalalkan apa sahaja. Sayangnya, ketika itu, sy dan anak2 sgt menyanyanginya. Akhirnya, sy duduk berbincang dgn suami apa kehendak nalurinya sbg seorg lelaki. Suami sy meminta agar sy membuat satu kputusan yg nekad. Sy harus meninggalkannya....haram bg sy menyanyanginya walau sbg seorg adik skalipun. Dia sudah mencemari hubungan itu sendiri.

Ampunkan saya
Sy memohon kehadrat Allah agar mengampunkan dosa2 sy. Sy sedar, betapa lemahnya jiwa sy. Betapa rapuhnya pegangan sy. Dan, sy yakin sifat pengasih Allah, memberi pluang kpd sy mperbaiki diri. Ya Allah, ampunkan sy. Sesungguhnya Engkau tahu apa yg terjadi dan sbg hamba,sy mengakui kesilapan itu datangnya daripada klemahan iman sy sendiri. Sy hanya memohon agar Allah mengambil semula rasa 'syg' sy terhadapnya. Ya Allah, betapa yakinnya sy, semua yg berlaku atas kehendakNya. Sy benar2 kerdil di sisi Allah.  Dan untuk ingatan kepada kawan2 di luar sana, janganlah mudah mbuat konklusi sendiri. Tidak perlu memaksa diri untuk memahami situasi ini, kerana sekelip mata ia boleh tjadi pada diri sendiri jika Allah ingin menguji.

Seperkara harus diingat buat diri sy sendiri :
Sabda Rasulullah SAW
الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ. رواه الترمذي وغيره

“Wanita itu adalah aurat (harus ditutupi), bila ia ia keluar dari rumahnya, maka setan akan mengesankannya begitu cantik (di mata lelaki yang bukan mahramnya).” (Riwayat At Tirmizy dan lainnya)

Orang-orang Arab mengungkapkan fenomena ini dengan berkata:

كُلُّ مَمْنُوعٍ مَرْغُوبٌ
Setiap yang terlarang itu menarik (memikat).

Nota daripada seorang sahabat

 ( Di antara kita pernah berbuat kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga dan kerabat bahkan terhadap Allah. Dengan segala rahmatnya, Allah memberikan jalan kembali kepada ketaatan, ampunan dan rahmat-Nya dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat. Seperti diterangkan dalam surat Al Baqarah: 160 "Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal itu justru akan menambah kecintaan dan kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya kerana sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Sebagaimana firmannya dalam surat Al-Baqarah: 222, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."

Taubat dalam Islam tidak mengenal perantara, bahkan pintunya selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu menbentangkan tangan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya. Seperti terungkap dalam hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari: "SesungguhnyaAllah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat.")

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...