Rabu, 21 Julai 2010

CINTA-petikan diambil daripada blog Persada Perjuangan...



Cinta adalah perasaan jiwa yang dibaluti kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan malah cinta itu menyembuhkan. Cinta merupakan perasaan semulajadi (fitrah) yang menjadi sifat manusia. Sebagaimana hati dapat berubah, maka cinta juga akan berubah kerana sifat cinta yang menjadikan hati sebagai takhtanya.


Allah SWT turut mengiktiraf  kesemua perasaan hati ini tetapi ia menduduki tempat kedua iaitu selepas kecintaan kepada Allah SWT, Rasul-Nya dan jihad dijalan-Nya.  Disinilah wujudnya cinta antara suami isteri, cinta antara anak dan ibu bapa, juga cinta dalam ummah Islam. Namun seandainya cinta kepada manusia, harta dan dunia berasaskan hawa nafsu semata-mata, maka ia akan jatuhkan seseorang kepada cinta yang hina.
Oleh itu, cinta merupakan perasaan jiwa yang diiktiraf oleh Allah SWT. Persoalannya ialah sejauh manakah manusia mengambil neraca Allah SWT dalam urusan ini. Sabda Rasulullah SAW sebagai panduan kita yang bermaksud :
” Tiga perkara siapa yang ada pada dirinya, dia akan merasai kemanisan iman – bahawa ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya paling dicintai daripada segala yang lain. Dan bahawa ia mencintai seseorang, tidak menyintainya melainkan kerana Allah. Dan bahawa ia membenci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah mengeluarkannya daripada kekufuran, sepertimana ia benci dimasukkan ke dalam api neraka ”

”Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan