Isnin, 19 Julai 2010

Maruah dan Harga Diri


Keimanan dan akhlak mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Ini jelas daripada sabda Nabi yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Ahmad) Menurut Imam al-Ghazali, manusia itu ibarat sebatang pokok dengan akarnya ialah akidah, batangnya (kefarduan), daun-daunnya (amalan sunat), maka buah atau batangnya itulah yang dikatakan akhlak.
Sebab itulah manusia yang berakhlak dalam Islam dianggap orang yang menyempurnakan agama kerana akhlak melambangkan keindahan Islam. Daripada Abdullah ibn Umar r.a, katanya, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya.

Sukar nak mencari remaja yg pandai mjaga maruah diri. Tahu malu apabila berada di tempat umum. Terlintas di fikiran sy, siapakan bakal menantu sy kelak? Adakah anak2 sy dapat mengahwini isteri atau suami yg tergolong daripada orang2 yg tahu menjaga maruah diri??

Berkali2 sy berpesan pada anak2....jika mereka mahukan pasangan yg baik, mereka juga harus baik. Pandai jaga maruah dan khormatan diri. Kepada anak2 lelaki, sy ingatkan mereka, jgn sesekali merosakkan anak gadis orang kerana lelaki penzina akan berkahwin dgn perempuan zina juga.Itu janji Allah.....
Dan, sy berpesan lagi : Bagaimana kita nak menegur perbuatan anak2 kelak,kalau kita sendiri melakukan perkara yg sama???

Setiap kali sy balik dari sekolah, mata sy akan tertumpu pada remaja2 pelajar di stesen bas. Tanpa ada rasa segan kepada org keliling, mereka boleh berpelukan dgn teman masing2. Apa yg mendukacitakan, pelajar perempuan lebih berani daripada pelajar lelaki. Terfikir sy sejenak, kalaulah perasaan malu sudah tiada dalam diri, maka perkara2 sumbang boleh dilakukan di mana2 tanpa memikirkan kewujudan org lain di sekelilingnya.

Terlintas juga di fikiran sy, mengapa pelajar2 Melayu yang  terlalu berani melakukan adegan sumbang secara terang2an???? Tidak tahu di mana silapnya, anak2 melayu skarang sudah tidak ada harga diri. Tidakkah mereka terfikir, bahawa kematian itu bukan milik orang2 tua sahaja???? Atau paling tidak, tidakkah mereka tfikir, apabila Allah menurunkan bala, seluruh umat akan terkena siksanya.

Mengapa ibu bapa sekarang terlalu percayakan anak2 mereka???Tidak adakah rasa cemburu di hati mereka??? Kenapa tidak sekali sekala mereka keluar menjenguk di mana anak mereka berada? Buat spot check.....Jangan terima pakai sahaja apa yg mereka kata. Sekali sekala ibu bapa harus menjadikan mata orang lain sebagai klu untuk mengetahui siapa anak kita.

“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta dipertanggungjawabkan.” (Surah Al’Isra’: 36) Peringatan dan ingatan ini hendaklah dijadikan panduan dalam kehidupan yang penuh cabaran ini. Kehidupan pada akhir zaman memang banyak dugaan kepada setiap orang. Hanya keimanan dan akhlak yang baik akan menjaga hati dan dirinya tidak terjebak kepada perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah dan harga diri.

wallahualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan