Rabu, 28 Julai 2010

Jagalah Hati



Sy tidak pernah mnyaksikan manusia yg mempunyai hati sekering dia....sungguh tidak pernah. Sukar hendak melenturkannya walaupun sudah berkali2 dicuba. Bukan setakat sy, malah rakan di sekeliling juga 'angkat tangan' bila berurusan dengan dia. Malah ada dh ke tahap benci sangat, hingga menyebut namanya pun mereka tidak sudi. Sy pun ada perasaan yg sama sperti teman2 yg lain cuma, perasaan benci itu cepat2 sy kikis krn sy sangat takut akan balasan 'cash' drp Allah. Islam mendidik kita supaya tidak melampau2 membenci seseorang. Tinggalkan sedikit ruang untuk orang2 seperti ini.Dan.....sy akur itu.

Sy tidak tahu mengapa dia begitu sukar menerima kebenaran??? Dan mengapa begitu sukar dia melafazkan perkataan 'maaf' pada orang yg disakitinya. Dia juga sukar menerima teguran dan dari pengamatan sy dia menolak perbincangan...Memang sukar berurusan dengan dia.

Dia seorang manusia biasa. Cuma sikapnya sahaja yg Allah beri kan luar biasa. Mungkin juga lahirnya manusia seperti ini hanya sekadar untuk menguji ksabaran kita sebagai seorang guru. Di sebabkan guru itu juga manusia biasa, kadang kala kesabaran itu berada dihujung kepala.....termasuk jugalah sy. Pernah tangan sy singgah ke pipi dia. Cuma, kualiti yg ada pada sy, perasaan dendam mmg tidak wujud dlm diri sy. Sungguh!!!!Sy tidak ada perasaan dendam. Terima Kasih Tuhan kerana tidak melahirkan perasaan itu pd sy. Syukur.....

Keletihan tatkala sy berbicara dgn dia. Setiap psoalannya  yg sy ajukan, dia seolah2 sudah menyediakan smula psoalan yg perlu sy jawab. Agaknya otak dia sentiasa ligat berfikir bagaimana hendak mengenakan semula sesiapa sahaja yg cuba menasihatinya. Dia tidak mahu fokus terhadap teguran yg diberi, malah dia akan mengaitkan topik yg sedang dibicara dgn cerita2 lain agak alasan yg dia berikan boleh berdiri dengan kukuh. Hatinya benar2 keras. Sekeras kerikil......namun, inilah tanda kebesaran Allah yg mjadikan manusia berbagai-bagai, dan berwarna-warni.


Bagi sy, tidak ada apa yg boleh manusia lakukan agar dia menjadi seperti acuan yg kita inginkan. Serahkan sahaja pada takdir kerana Dialah yg menjadikannya sedemikian rupa. Sebagai khalifah di bumi Allah ini, tugas kita hanya menasihati dan menegur kesalahan yg dilakukan. Namun, untuk mengubahnya menjadi yg lebih baik atau tidak, itu bukan kerja kita. Biarlah Allah menentukan segala-galaNya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap kejadian. Jangan diragu tentang setiap takdir itu. Peranan kita sbagai guru, hanya boleh berdoa agar dia menjadi lebih baik daripada hari ini....

Kepada dia, sy berharap agar dia berubah menjadi manusia yg tahu memanfaatkan kelebihan yg ada pada diri ke arah yg Allah redhai. Semoga Allah mengubah pegangan hidup yg dijadikan prinsip diri untuk dilihat gah oleh rakan2 yg berada di sekelilingnya. Mungkin dia ingin menjadi hero di kalangan rakan2 sebayanya....alangkah kasihannya dia, kerana tanpa disedari, dia sebenarnya menjadi mangsa.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan