Cinta terlarang
Terpegun sketika sy mbaca satu cerita di dada sbuah majalah tentang hubungan terlarang antara isteri dan suami orang. Pengakuan yg benar2 berani dan tulus skali. Cerita itu sy kongsi bersama kawan2. Seronok mdengar pendapat kawan2 yg pelbagai. Masing2 mempertahankan pndapat masing2. Smua pndapat yg sy dengar, boleh di terima tp nun jauh di sudut hati, sy mengerti bahawa mereka tidak dpt menyelami hati dan perasaan mangsa yg terlibat jauh di dasar hati.
Mlm yg kian larut, mnyebabkan pengkongsian cerita bsama rakan2 di siang hari tergiang2 di telinga sy. Aneh....keajaiban kuasa Allah tidak dpt mngatasi kudrat manusia. Manusia mana yg bercita2 untuk menduakan isteri dan suami mereka? Smua yg terjadi tidak dirancang terlebih dahulu dan ia berlaku tanpa diminta oleh sesiapa. Gila lah jika ada insan yg ingin menjerumuskan diri mereka ke neraka jahanam. Bagi pasangan yg telah berkahwin, bukankah rejam hukum yg termaktub dlm Islam jika berlaku penzinaan?? Bukankah hukum yg Allah SWT tetapkan dlm ayat suci al-Quran itu begitu berat yg harus dilaksanakan??
Mintalah pada Allah
Bukan menyokong situasi mangsa yg terlibat, sbb sy juga tahu dosa dan pahala. Sy ingin berbicara, skadar memahami keadaan mangsa. Tidak seorang pun manusia yg memahami situasi ini jika mereka tidak terlibat sendiri. Betapa lemahnya kudrat manusia jika terjebak dalam situasi ini. Bukan tidak cuba melawan, tetapi tiada daya dan kekuatan. Penyudahnya, hanya doa yg harus dipanjatkan agar Allah menarik semula perasaan yg telah dimasukkan ke dlm jiwa kita. Mintalah pada Allah agar mghilangkan segala perasaan itu daripada org yg tidak sepatutnya menerima cinta kita.
Kasihan pada anak-anak
Kadang kala,perasaan cinta pada org yg tidak sepatutnya, membuak2 melebihi rasa cinta kpd suami sendiri. Mungkin mngikut logik akal, kelemahan suami ketara setelah bertahun2 tinggal bersama, maka cinta kita beralih arah. Bukan tidak kasihan pada anak-anak, tetapi kehendak biologi begitu mendesak. Kita lupa seketika tentang kebaikan suami , kerana yg kita rasa kini betapa indahnya dibuai mimpi. Yang paling hebat sekali, hubungan terlarang ini akan melampaui batas2 kemanusiaan dan ada yg tidak takut akan hukum Tuhan. Dan, yg paling mendukacitakan, ada yg sampai meleraikan ikatan perkahwinan seseorang. Alangkah kasihannya nasib anak-anak.....
Pengalaman sendiri
Maaf...terlebih dahulu sy memohon maaf. Demi Tuhan yg mengetahui segala kejadian, sy tidak berniat membuka aib sendiri. Perlu diingat, tidak ada keuntungan yang sy prolehi....cuma skadar berkongsi cerita dan rasa.Sy pernah terperangkap dalam situasi ini. Sy tidak pernah menyangka pkara sperti ini boleh tjadi pd diri sy. Sy tidak ingin semua ini tjadi tp salahnya, sy telah memasukkan sebelah kaki sy ke dalam kancah ini.
Apabila sy sedar, untuk menarik smula sebelah kaki , amat sukar skali .Tidak semudah apa yg sy dengar drp mulut kawan2 sy. Sudahnya, sy menyerahkan setulusnya jiwa raga sy kepada yg maha Esa ...memohon ambillah kembali perasaan yg telah Dia beri.Sy bertahjud dan bersujud kepadaNya agar berikan pertolongan kepada sy yg sgt lemah ketika itu. Dan semuanya ini mnyedarkan sy, bahawa manusia tidak boleh mendabik dada. Kita sebenarnya sangat daif dan lemah rupanya. Sekuat mana kita menolak, sehebat itu jugalah naluri mendesak. Rupa2nya, percaturan manusia tidak sehebat mana. Bila Allah tidak mengizinkannya, sgala rancangan dan harapan tidak terlaksana. Lain yg diharap, lain pula jadinya. PadaNya juga kita mohon perlindungan.
Bukan Muhrim
Seawal kaki sy mlangkah ke Universiti, sy sedar 'dia' sering memerhatikan sy. Tidak mghiraukan pandangan dan perhatian itu, krn 'dia' jauh lebih muda drp sy. Sperkara lg, 'dia' sudah berumah tangga. Tanpa rasa curiga,sy mnyambut salamnya yg ingin menjadikan sy sbgai kakaknya. Itupun stelah sy berbincang dgn suami tercinta. Untuk memurnikan hubungan ini, sy dan suami berkenalan dgn anak2 dan isterinya Dia memanggil sy 'kakak' dan sy memanggilnya 'adik'. Anak2 sy sgt menyukainya krn 'dia' memang seorang yg pandai mengambil hati. Suami sy jg menyenanginya kerana pembawakannya sbg seorg 'adik' , sgt mhiburkan. kami sekeluarga. Namun, kawan2 rapat sy menyatakan rasa sangsi akan khadirannya. Mungkin sekilas ikan di air, mereka tahu jantan atau betina. Dan sy??? Buta hati dan mata...menganggapnya seperti adik sendiri walaupun sy tahu dia bukan muhrim sy. Dan di akhir episod cerita, dia ingin melamar sy. Mendesak agar sy memutuskan ikatan suci sbg seorang isteri kepada suami yg sgt baik hati.
Terkejut
Terkejut sy bukan kepalang. Tidak sangka kata2 itu keluar dr mulut insan yg kami smua anggap sperti keluarga. Seketika itu, sy teringat kembali bisikan sahabat baik ke telinga sy sbg satu peringatan suci. Dia tidak boleh dianggap 'adik' kerana tidak ada hubungan yg halal di sisi Allah bagi yg bukan muhrim. Nasihat drp sahabat ,sy remehkan krn jauh di sudut hati sy menyakini hubungan yg terjalin itu adalah ikhlas dan suci.Sy gagal menilai siapa 'dia' yg sbenarnya. Rupa2nya, sy shj yg menganggapnya sbg seorang 'adik' dan dia mengambil kesempatan menjadikan hbungan kakak dan adik itu, menghalalkan apa sahaja. Sayangnya, ketika itu, sy dan anak2 sgt menyanyanginya. Akhirnya, sy duduk berbincang dgn suami apa kehendak nalurinya sbg seorg lelaki. Suami sy meminta agar sy membuat satu kputusan yg nekad. Sy harus meninggalkannya....haram bg sy menyanyanginya walau sbg seorg adik skalipun. Dia sudah mencemari hubungan itu sendiri.
Ampunkan saya
Sy memohon kehadrat Allah agar mengampunkan dosa2 sy. Sy sedar, betapa lemahnya jiwa sy. Betapa rapuhnya pegangan sy. Dan, sy yakin sifat pengasih Allah, memberi pluang kpd sy mperbaiki diri. Ya Allah, ampunkan sy. Sesungguhnya Engkau tahu apa yg terjadi dan sbg hamba,sy mengakui kesilapan itu datangnya daripada klemahan iman sy sendiri. Sy hanya memohon agar Allah mengambil semula rasa 'syg' sy terhadapnya. Ya Allah, betapa yakinnya sy, semua yg berlaku atas kehendakNya. Sy benar2 kerdil di sisi Allah. Dan untuk ingatan kepada kawan2 di luar sana, janganlah mudah mbuat konklusi sendiri. Tidak perlu memaksa diri untuk memahami situasi ini, kerana sekelip mata ia boleh tjadi pada diri sendiri jika Allah ingin menguji.
Seperkara harus diingat buat diri sy sendiri :
Sabda Rasulullah SAW
الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ. رواه الترمذي وغيره“Wanita itu adalah aurat (harus ditutupi), bila ia ia keluar dari rumahnya, maka setan akan mengesankannya begitu cantik (di mata lelaki yang bukan mahramnya).” (Riwayat At Tirmizy dan lainnya)
Orang-orang Arab mengungkapkan fenomena ini dengan berkata:
كُلُّ مَمْنُوعٍ مَرْغُوبٌ
Setiap yang terlarang itu menarik (memikat).
Nota daripada seorang sahabat
( Di antara kita pernah berbuat kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga dan kerabat bahkan terhadap Allah. Dengan segala rahmatnya, Allah memberikan jalan kembali kepada ketaatan, ampunan dan rahmat-Nya dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat. Seperti diterangkan dalam surat Al Baqarah: 160 "Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal itu justru akan menambah kecintaan dan kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya kerana sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Sebagaimana firmannya dalam surat Al-Baqarah: 222, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
Taubat dalam Islam tidak mengenal perantara, bahkan pintunya selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu menbentangkan tangan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya. Seperti terungkap dalam hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari: "SesungguhnyaAllah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat.")
Tiada ulasan:
Catat Ulasan