Rabu, 31 Mac 2010

Sepi.......carilah penawarnya




Sepi.....kadang-kadang kita akan berasa sepi di tengah-tengah keriuhan. Dengan tidak semena-mena dan tidak tahu punca, hati rasa sepi. Sepi boleh melanda sesiapa saja. Bila sepi hadir, dengan tidak sengaja air mata mengalir ke pipi. Ah....jiwangnya ayat saya.He he he ...... Tapi,itulah hakikatnya. Saya juga pernah mengalami situasi ini. Dan....memang sering pun melanda dalam diri saya cuma, saya ada kemahiran menyembunyikannya. Mana ada orang di luar sana nampak saya dirundung kesedihan walaupun saya sebenarnya sedih dan sepi ketika itu.

Hanya saya saja yang tahu kenapa perasaan itu melanda diri saya. Tentu saya ada sejarah sendiri hingga kenangan itu menghantui diri saya dan adakalanya hingga tak mampu melelapkan mata sepanjang malam. Kesian dengan diri saya.  Saya memang hipokrit bila berkaitan dengan melawan perasaan. Saya boleh ketawa tetapi dalam masa yang sama saya sangat sepi sebenarnya.Bagi saya, pengalaman sedih terlalu mahal untuk dikongsi bersama.(Amal, mama pinjam kata-kata amal)

Bukan tak mahu berkongsi, tapi bukan senang untuk meluahkan perasaan ini. Bukan mudah untuk memahamkan orang lain bila berkaitan dengan perasaan.Dan, bukan semua orang boleh dipercayai untuk berkongsi cerita suka dan duka.Kerana menanggung byk masalah, akhirnya sepi menerjah diri. Boleh ketawa bersama kawan-kawan tapi hakikatnya hati kita sepi.Itu namanya sepi di tengah-tengah keriuhan.

Macamana dengan rasa sunyi????? Jawapan untuk persoalan ini mudah. Rasa sunyi dan rasa sepi adalah dua perkara yang berbeza. Rasa sunyi kerana di sekeliling kita tiada sesiapa. So, keluar dari suasana ini.Carilah teman-teman untuk berbicara agar hilang rasa sunyi itu. Yang susahnya jika perasaan sepi melanda. Ia tidak boleh diatasi dengan cara yang sama. Maka, dengan ini, untuk meredakan rasa sepi itu, berbicaralah dengan Allah kerana Allah sangat mendengar dan sangat memahami apa saya yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Saya juga akan melakukan cara yang sama jika sepi itu tidak mampu saya tanggung. Namun,yang pasti orang-orang di luar sana tidak akan tahu bila rasa sepi itu melanda saya dan bila saya ada masalah kerana saya bukan manusia yang suka menjaja cerita kesedihan.Cuma, kadang kala, saya akan berbicara juga kepada orang-orang yang dilanda kesepian dan kesedihan untuk mereka membandingkan ceritanya dengan cerita saya.Semoga, akan wujud kekuatan dalam diri orang tersebut dan ia dapat mengambil sedikit kualiti yang ada pada saya tentang menangani perasaan ini. Percayalah, kadang-kadang kita perlu rasa sepi itu untuk memberi kita ruang supaya dapat muhasabah diri

Apa pun,saya yakin, setiap apa yang berlaku tentu ada sesuatu di sebaliknya. Dan...Allah sedang menguji hambaNya kerana DIA tahu hambaNya itu mampu menanggungnya. Jangan berburuk sangka pada Allah. Dan.....saya yakin itu.



Isnin, 29 Mac 2010

Bahasa Menunjukkan Bangsa

"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana "
" Bunga di taman belum di sunting"
" Hendak tidur, tidurlah mata,jangan dikenang orang yang jauh"

Bijaknya orang-orang dulu bermain dengan kata-kata.Mereka kaya dengan bahasa walaupun nak menjelaskan sesuatu yang kurang baik, mereka tetap menggunakan istilah yang sangat berhemah. Bunyinya begitu indah dan penuh bersopan. Tapi.....keindahan bahasa melayu itu telah hilang sekarang. Generasi kini dengan sewenang-wenangnya mencemari bahasa ibunda sendiri. Bahasa yang halus dan indah itu, telah dikotori dengan bahasa-bahasa generasi yang tidak tahu memartabatkan budaya bangsa. Benci, kecewa, dan pelbagai perasaan dalam diri saya. Cuba bayangkan, generasi kini boleh guna perkataan 'gila' sewenang-wenangnya. Contohnya...'cantik gila', 'sedap gila' dan bermacam-macam gila lagilah.

Kalau nak dihuraikan di sini, dah tentu tak cukup ruang blog saya ni.Yang hairannya, ada juga rakan-rakan sebaya dengan saya menggunakan bahasa macam budak remaja skrang. 'Jer, pown, poyo, dan macam-macam lagi ..saya rasa geli nak tulis perkataan-perkataan yang tak senonoh  bagi sy.
Kalau ditegur, mereka akan kata sy ni ketinggalan. Bahasa yang dia orang guna tu lah yang lebih standard agaknya. Frust betul saya. Memang isu ni remeh. Bagi mereka, kalau komunikasi mereka di fahami, itu dah kira okey.Bagi sudut pandangan saya pula, budaya juga perlu dijunjung ke tahap yang tinggi tetapi tidaklah kita menjunjung budaya itu seperti kita mjunjung agama suci kita. Kalau dah kita sendiri mencemarkan bahasa, jangan komen jika orang lain meremehkan bahasa kita.

Kita ambil contoh pelambangan yang diberi oleh generasi kini terhadap sesuatu. Ada yang sy dengar istilah 'balak', 'anak ayam', 'chikaro','sangap' dan banyak lagilah. Mengapa hal seperti ini bolah terjadi pada zaman yang semakin maju kini. Sy tidak hairan jika bahasa-bahasa 'bodoh' ini wujud pada zaman nenek moyang kita dahulu kala yang pada masa itu arus pemodenan belum lagi melanda mereka. Atau, apakah erti sebenar kemajuan bagi generasi kini sehingga mereka sanggup melahirkan istilah-istilah yang mencemarkan bahasa sendiri?

Itu belum lagi kita lihat etika berpakaian yang kononnya moden bagi mereka. Moden,jika menampakkan seluar dalam yang beraneka warna. Moden, jika mendedahkan sesuatu yang harus disembunyikan daripada mata-mata yang haram melihatnya, moden jika rambut pelbagai warna. Agaknya saya terlalu ketinggalan untuk menilai pemodenan masa kini atau saya memang seseorang yang ketinggalan dalam serba serbi. Biarlah....apa yang penting, saya ada 'stand' saya sendiri.

Khamis, 25 Mac 2010

Aghhhh!!!!!!!!!








Bosannnnnnn......
Masa tetap berjalan 24 jam shari tapi sy rasa tak cukup waktu nak membereskan kerja-kerja yang ada. Kadang-kadang terfikir juga mcm mana perdana menteri boleh manage  masa dia. Agaknya,memang sy lah yg tak pandai membahagikan masa yg ada. Kat sekolah.....kena fikir mcm mana nak bereskan folio pendidikan seni yang wajib diambil oleh semua student tingkatan 5 yg ambil elektif ini.Sy pulak tak tahu langsung apa yg ada dlm fail pendidikan seni yg harus dikehendaki oleh pentaksir. Ah...mungkin sukar sebab ini tahun pertama sy mngajar so, tersa sangatlah susahnya. Sy yakin, tahun depan tentu sy rasa lebih mudah...orang kata, alah bisa tegal biasa.

Hari ni, sy kena pula bina soalan untuk subjek.............. peringkat negeri Slngor. Tahun ni semua subjek adalah selaras.Bina soalan, memang tak ada msalah, yg menjadi masalah kena ikut JSU.Dah lah tu, kena cipta soalan sendiri. Selalunya, kalau peringkat sekolah, ambil je soalan dalam buku dan terus tiru je atau kl lebih malas lagi buat teknik 'cut and paste'.  Hari ni saja, satu soalan pun tak terbina lg.Dari pagi hingga pukul 4.30 petang dok buat analisa. Minggu depan dah nak soalan yang dicipta sendiri mengikut JSU. Aduhhhh....

Satu hari tak pegi sekolah, otak sy dok teringat student di sekolah. Kalau shari sy tak datang, bermakna lambatlah folio pendidikan seni mereka akan siap, sebab mereka ni bukan boleh mggunakan masa yang ada kl cikgu tiada. Bagi mereka, kalau cikgu tak datang bermakna itu masa free bagi diorang. Tu belum lagi cerita ttg folio sejarah bg pljr ting 3. Kena selalu balik lewat. Sampai rumah, mesti mencecah pukul 4.00 ptg. Orang kat luar sana, slalu je cakap.."jadi cikgu ni senang, kerja sparuh hari.Byk pulak cuti. Kan ke lagi sakit telinga sy . Sy pun pelik mcm mana diorang tahu susah senangnya kerja kami. Kalau mngajar ikit silibus, memang senang kot.Pukul 1.10 ptg, start kereta balik.

Belum lg nak arrange kerja2 sampingan di sekolah, Mengajar pun memerlukan ruang dan masa untuk menyediakan bahan. Persediaan kena okay, baru confident nak mengajar. Nota kena sediakan juga. Kadang2, guna duit sendiri. Bukan mengungkit tp sedih sangat bila student tak hargai. Pukul 9 pagi nota tu kita edarkan, pukul 10 pagi kita boleh jumpa kat mana-mana kertas tu berada.(Bukan semua pljr buat perangai buruk mcm ni). Memang tak sedar diri langsung...bukan nak berterima kasih.Jadi, sebab tu sy pastikan,sebaik saja kertas tu diedarkan kepada pljr, sy akan bg masa untuk mereka tampal dlm buku nota, di dalam kelas juga. Kalau tidak.....apa lagi????????? Sebab tu la mereka rasa sy ni garang mcm .....entahlah!!!!

Masa......kadang-kadang sy perlukan lebih masa walhal Tuhan dah beri cukup masa untuk kita. Sy benar2 tak cukup rehat. Dah lah susah nak tidur malam...siang pula bnyak sangat yg perlu di buat. Tu lah yang lebih meletihkan sy. Otak saya sarat mengalahkan pengetua pulak. Memang kelakar. Sy rasa, sy tak ada ruang untuk keseronokan diri sebab, bila ada sedikit masa sy teringat pula masalah peribadi.Sy bukan manusia yang suka menjaja msalah peribadi. Orang kat luar sana, memang tak tahu pun bila sy ada msalah. Itulah saya.......

Betullah ayat Qur'an yg Allah turunkan yang bmaksud .."demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian........"






WAL ASRI INNAL INSAANA LAFI KHUSRIN. ILLAL LAZINA AAMANU WA AAMILUS SAALIHAATI WATWA SAU BIL HAQQI WATWA SAU BIS SABR.
SURATUL KAUSAR

Isnin, 22 Mac 2010

Semalu Yang Malu

Semalu Yang Malu


Semalu.....
Hadirnya engkau di bumi
Tiada siapa yang peduli
Tidak nampak satu pun kegunaan engkau
Bungamu tidak dapat dijadikan jambangan
Daunmu tidak memberi sebarang sumbangan
Tumbuhmu melata berduri pula

Semalu....
Apa kelebihan engkau di dunia ini
Sekadar kejadian
Untuk memeriahkan alam flora
Yang beraneka rupa dan warna
Tiada konklusi yg dapat dicari
Kehadiranmu di alam ini
Semalu....Tentu engkau ada kelebihan diri                                            
Kejadian engkau punya falsafah sendiri
Wanita dituntut seperti engkau
Punya malu dan harga diri
Engkau menguncup bererti malu
Pabila ada tangan yang menyentuhmu
Duri-duri mempertahankan kehormatan
Dari diceroboh oleh manusia bernafsu syaitan
Akar tunjangmu kukuh di  bumi
Pegangan hidupmu tak dapat dinafi
Di waktu senja engkau bak layu
Persis engkau menghormati waktu
Tumbuhmu melata tidak menjulang
Kesederhanaan menjadi amalan terbilang

Semalu
Engkau ibarat wanita
Yang masih menjaga malu......
Terima kasih semalu
Pengajaran yang terlindung di sebalik kehadiranmu

( Hai anak-anakku,adik-adikku,serta peringatan untuk diriku....simpanlah sedikit rasa malu itu agar kita tahu batasan diri, dan sentiasa ingat bahawa kaki masih berpijak ke bumi)

Nukilan : Nora

Khamis, 18 Mac 2010

Seni Dalam Mendidik Anak



Tajuk blog sy....KongsiPengalaman....,so tentu ada pengalaman sendiri yang ingin sy kongsi bersama dgn sesiapa saja yg singgah di blog sy. Kali ni, kisah yg ingin sy paparkan ada kaitan dgn seni dan kreativiti dalam mdidik anak. Kisah ni adalah kesinambungan tentang post yg sy paparkan sbelum ini iaitu seni dan kreativiti ini memang berlingkar dalam khidupan kita.


Dalam mdidik anak ni, kita boleh ambil nasihat2 drp tokoh2 agama. Atau, dlm Quran dan Hadith juga byk mnyentuh tentang panduan mdidik anak.Walau bgmanapun, tdapat juga anak-anak yg mberi masalah kpd ibu bapa walaupun dah diberi didikan yg cukup kpd mereka ('A 'uzubillah,smoga tidak berlaku pd saya...). Selain drp harta dan pangkat, anak juga merupakan ujian drp Allah kpd hambaNya. Ah....memang takut nak bicara soal anak-anak yg mberi masalah kepada ibubapa ni. Ibu bapa harus bersyukur jika mereka dikurniakan anak-anak yg soleh dan solehah,paling tidak pun anak-anak yg tidak mngecilkan hati ibu bapanya.


Kisah yg hendak sy paparkan di sini, tentang anak2 sy yg boleh mghafal ayat Kursi, Ketika itu anak sulung sy berumur 8 tahun,manakala adiknya berusia 6 tahun. Sy berjanji pada mereka, siapa yg lebih dulu hafal ayat kursi, sy akan beri hadiah. Namun, usaha sy gagal kerana anak-anak sy tidak dapat mghafal ayat tsebut dalam tempoh yg telah sy berikan. Puas sy berfikir bgaimana caranya anak-anak sy dpt mghafal ayat tersebut. Sy cuba takut2kan mereka dgn mengatakan hantu dan syaitan ada di mana-mana,jadi kita akan selamat jika kita mjadikan ayat kursi sbg amalan harian.Tidak tercuit lgsung hati mereka dgn ugutan sy kerana mereka tidak pernah ditinggalkan keseorangan di rumah.Perasaan takut tidak pernah melanda mereka.


Suatu hari, anak sy bergaduh pasal merebut mainan. Masing2 tak mahu beralah. Puas dipujuk, tetap sama. Yg sulung keras kepala, yg si adik bukan main samseng. Pd masa tu, sy pun naik angin. Jadi tarzen lah sy pada malam tu.Akhirnya,sy mdapat idea untuk mninggalkan mereka bdua di rumah pd waktu malam. Kebetulan, sy tinggal di Quarters guru dan tidak berjiran. Sgala urusan sy mjadi mudah dan lakonan sy pasti mantap. Apalagi, sy pun start kereta dan ajak suami sy tinggalkan mereka berdua. Ketika itu, jam menunjukkan pukul 11.30 malam.
" Okey, mama dan ayah bagi pluang amal dan nana bgaduh. Bila mama balik je, mama tak mahu dngar bising2 lagi.Kalau dngar bunyi apa2 kat luar, baca je ayat Qursi. Nanti, hantu dan syaitan akan hilang", kata sy lalu mhidupkan enjin kereta. Anak sulong saya terpekik2 ketakutan dan memeluk kaki sy. Mmg anak sulong sy ni, lebih penakut berbanding dgn adiknya. Anak perempuan sy menangis juga tp tak lah terpekik2 mcm abangnya. Sy buat tak tahu dan terus berlalu. Apa lagi, terpekik-pekik la anak saya.


Apabila kereta sy agak jauh dari rumah, suami sy parking kat sekolah. Kami berdua jalan kaki menuju ke rumah. Sampai di rumah, pintu rumah sy di tutup rapat.Dari luar, kami ndngar anak2 menangis. Hiba hati sy, tp niat saya mngatasi sgala-galanya. Suami sy mcabut fius dr luar mnyebabkan lampu semua tpadam. Apalagi, anak sulung sy lah yg paling kuat jeritnya. Sy mdengar perbualan mereka dr luar.


"Abg yoi (panggilan anak perempuan sy kpd abangnya), ambil lampu suluh. Ada kat atas almari". Selepas itu, sy dapati ada cahaya lampu di rumah. Mungkin mereka dah jumpa lampu suluh yg dicari. Untuk mnambahkan khangatan malam, sy dan suami mngetuk tingkap bilik dan tingkap dapur. Anak sulung sy makin kuat memanggil nama saya supaya cepat balik. Sy mdengar anak perempuan sy mnyuruh abangnya mbaca ayat Kursi. Sy mnyuruh suami sy memasang smula fius. Apabila lampu terpasang, anak2 sy segera memanjatkan kesyukurannya kepada Allah. Kmudian, masing-masing mbaca ayat kursi dengan bersungguh-sungguh.


 Sy mbiarkan adegan itu berlangsung selama 45 minit. Spanjang tempuh itulah anak-anak sy tidak henti2 membacanya. Sy menyuruh suami sy mngambil kereta. Apabila anak-anak sy mdengar enjin kereta, mereka terus membuka pintu. Kdua-dua memeluk sy dan menangis. Sy berpura-pura bertanya apa yg berlaku shingga mereka mbaca Quran pd ketika itu. Anak-anak sy berebut2 hendak mceritakan kepada kami apa yg terjadi. Ekoran daripada peristiwa itulah mereka berdua dapat mghafal ayat Qursi. Syukur kpd Allah.


Sudah hampir 11 tahun peristiwa itu berlalu dan shingga kini sy tidak mceritakan kisah itu kepada anak-anak sy. Biarlah mereka tahu sendiri apabila mereka singgah di blog sy. Kelakar juga bila sy mengigati semula peristiwa itu. Sampai skarang, anak-anak sy terbiasa mbaca ayat kursi sebelum tidur atau apabila mereka berada di tempat-tempat yg mcuit prasaan mereka.
Jadi, betul kan apa yg sy katakan tadi. Mendidik anak juga perlukan kreativiti???
Kepada anak-anak sy,mama memang selalu menipu kalian untuk kbaikan. Dan,sekarang mama tentu tidak dapat menipu kalian dengan cara seperti itu lagi sbb kalian dan dewasa sekarang. Anak-anak sy kini memang dah besar tapi,seni dan kreativiti tatap tidak hilang dan sy masih lagi mgunakan cara itu untuk mdidik anak2 sy yg dah dewasa dgn cara yg lebih matang.
Apa yang pasti, sy sgt yakin, Allah bersama sy jika sy berniat baik. Waullahhu alam....

Selasa, 16 Mac 2010

Pendidikan Seni Visual....Kena minat dulu

Tahun ni, merupakan tahun pertama sy mngajar subjek Pendidikan Seni Visual. Aduh....serba tak kena. Tak tahu nak ajar apa. Maklumlah...tahun pertama mengajar PSV,tentu sy  rasa sukar. Tak ada kawan nak ajak berbincang.Dah....memang tak ada sorang pun yang opsyen Pendidikan Seni. So, nak tak nak, suka atau tidak, sy terpaksa juga mngajar subjek ni. No choice......

Kali pertama sy mengajar, memang sy naik angin. Handle budak2 yang tak berminat dengan seni tapi terpaksa ambil seni bagi mencukupkan elektif mereka. Sy yang lebih-lebih, mereka buat tak kisah je...Macamlah sy yang nak ambil SPM. Agaknya, apa masalah mereka sehingga sy pula yang bersungguh-sungguh nak mengajar. Sy rasa, persoalan ini, biarlah sy jawab sendiri. Agaknya..kesedaran mereka terhadap pelajaran agak kurang jika nak dibandingkan dengan pelajar yang ada kesedaran untuk memikirkan masa hahadapan.Ah...sy tak boleh layan sikap pemalas pelajar-pelajar ni. Sylah yang kena fikir sesuatu untuk menarik minat mereka atau sekurang-kurangnya mereka ada rasa nak belajar. Sama ada cara keras, atau pun cara lembut sy harus 'push' juga mereka supaya serius dalam subjek ini.

Subjek ini, memang berbeza dengan subjek lain. Kalau subjek lain, mereka tak belajar dah tentulah confirm gagal. Subjek seni ni, mereka tak boleh gagal. Alasannya, mereka ada folio dan artifak yang dihasilkan. Itu kalau mereka buat, kalau mereka tak nak buat?????? Ada ke patut sy yang harus kejar mereka sampai ke rumah. Inilah masalah guru-guru subjek Pendidikan Seni Visual. Sy tak mahu sampai mengejar mereka ke rumah. So...sy kena fikir macam mana nak beri kesedaran pada mereka. Sy yakin, kalau mereka sedar tentu sy tak payah mengejar mereka sampai ke rumah.(Mcm ceti dan Along pulak).  Masalahnya sekarang, macam mana nak sedarkan mereka???

Sebelum ni, sy melihat cara cikgu Razali (guru PSV sebelum ni) mengajar, memang tegas. Bila pelajar takut, nak tak nak, mereka akan buat. Jadi atau tidak artifaknya, itu perkara ke 13. Kmudian, sy lihat pula cara cikgu Kamsiah mengajar subjek ini (guru PSV selepas Cikgu Razali). Sesekali dia mengamuk juga tapi, pelajar2 kurang takut kot. Sy lihat, 2/3 je pelajar masuk ke bilik seni,selebihnya duduk dalam kelas atau tawaf keliling sekolah. Akhir-akhirnya, cikgu Kamsiah yang tolong buatkan folio mereka. Kesian cikgu Kamsiah,sampai mcm tu sekali pngorbanan dia nakkan pelajar dia lulus. Tapi, berbaloi juga bila result SPM 2009, student dia 100% lulus. Berbaloi sangat la pngorbanan dia tu.

Saya????.....ha ha ha ha....kena ada strategi sendiri. Sy rasa, sy dah dapat  tackle pelajar asy dengan cara sy.  Garang tapi sy sayangkan mereka. So, kdg2 mngamuk ,ada kalanya lembut...(perasan lembut pulak). Mcm dengan anak sendiri jugalah. Tapi, yang pasti, sy berjanji sy tak kan buatkan kerja folio atau artifak dia orang. Kalau bimbing mereka,okey.Barulah capai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Firstly, sy kena seronok dulu dengan subjek ini. (Rasa-rasanya dah mula seronok kot). Sy harap sangat, pelajar sy nampak prospek kerjaya masa hadapan jika mereka ada kesungguhan dalam subjek ini. Seni ni, merupakan satu anugerah bakat yang bukan ada pada semua orang. Itu pelajar saya kena tahu dan bersyukur kerana Allah dah mendorong mereka ke arah itu. Tidak semestinya, orang yang kurang pandai dalam akademik tidak boleh berjaya pada masa hadapan dengan adanya kelebihan seni dalam diri.Seni tu luas...kalau kita pandai  mengaplikasinya, insyaalllah akan berjaya. Percayalah pada diri dan yakinlah Allah meletakkan sesuatu itu memang tepat. Seni memang berkait rapat dengan kreativiti. Kadang-kadang, kalau kita tak berseni dalam bentuk visual, tapi kita tetap berseni dalam aspek lain. Dalam kehidupan seharian, semuanya berkait rapat dengan seni dan kreativiti. So......renung2kan....

Sabtu, 13 Mac 2010

Malu Seorang Muslimah

Jangan Rasa Rendah Diri

"Ireng".....
Itulah perkataan jawa yang terawal sy tahu. Kenapa????Kerana itulah perkataan yang sering sy dengar drp mulut orang-orang kampung ketika sy masih kecil. Orang kampung akan mngenali sy kerana warna kulit sy yang agak gelap berbanding dengan yg lain.  Sejak itulah sy mula merasa rendah diri dan tidak yakin pada diri. Sy memang berbeza dgn adik beradik yg lain.Semua yang negatif itu, ada pd saya. Dah lah 'ireng',buruk pulak tu.

Maaf.
Sy bukan tidak bersyukur dgn kurniaan tuhan. Sy cuma mnyatakan apa yg benar dan apa yg terkandung di sebaliknya untuk di kongsi  bersama. Kadang-kala, apa yang mjadi kekurangan kita, akan mjadi bahan ketawa atau bahan ejekan rakan-rakan mahu pun adik beradik sendiri. Pada awalnya, sy akan menangis setiap kali diejek oleh mereka. Rasanya, mahu bermangkuk-mangkuk air mata sy. Sy jadi pemalu dan selalu mnyesali diri. Dan...bnyaklah pertanyaan 'kenapa','mengapa' dalam benak sy. 'Kenapa sy macam tu, mengapa sy macam ni?' Lagu 'burung pungguk' nyanyian Biduanita Saloma menjadi lagu kegemaran sy pada masa dahulu  kerana kekurangan yg ada pada diri samalah seperti malangnya si burung pungguk dalam lagu itu.
 
Pada masa itu, sy tidak nampak potensi diri kerana membenarkan kata-kata negatif drp org lain mnguasai diri.Semasa sy tingkatan 5, sy agak rapat dgn seorang guru lelaki. Drp guru itulah, sy dapat melihat bahawa diri  sy juga mpunyai kelebihan yang orang lain tidak ada kelebihan itu. Sy baru tahu sy berbakat dalam bidang itu dan ini.(Tak perlulah sy nyatakan di sini kelebihan yang Allah berikan pd saya kerana sy takut secara tidak sengaja 'riak' akan menguasai diri) . 

Apa yg ingin sy kongsikan di sini, ketika sy berada dlm situasi rendah diri, sy mencari juga klebihan diri. Kl tak jumpa kelebihan sekalipun, sy akan cipta sesuatu yg positif yang menyebabkan orang lain akan lupa pd kelemahan yg ada pd sy. Sbagai contoh, sy cuba belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi orang berjaya pd suatu hari nanti. Sy jaga perangai dan sikap sy agar orang lain nampak juga 'kecantikan' sahsiah sy.

Sy berharap sangat, agar sesiapa sj yang senasib dgn sy, lakukanlah sperti apa yg sy lakukan. Allah tidak kejam. Dia meletakkan sesuatu itu, memang kena pd tempatnya. Smuanya ada rahsia yg tidak terjangkau oleh akal kita. Janganlah bersedih....Percaya pd diri, yakin pd kekuasaanNya. Insyaallah...

Di sini, sy ambil sedikit pesanan daripada pakar motivasi iaitu Haji Muhammad Zakaria:

Apakah anda sering rasa rendah diri, marah atau melenting apabila dikecil-kecilkan orang atau kawan anda sendiri? JANGAN SEKALI-KALI!

Orang merendahkan anda kerana beberapa sebab:
1. Untuk menyembunyikan kelemahannya.
2. Untuk merangsang anda supaya melawan.
3. Untuk membenarkan pendapatnya.
4. Cemburu dengan kejayaan atau pencapaian anda.


Sebab itu apabila ada orang memperkecilkan atau memperlecehkan usaha anda ini bermakna:
1. Anda ada kualiti.
2. Anda dalam proses menempa kejayaan.
3. Kehadiran anda mula dirasai orang.


Bagaimana anda menanganinya?
1. Jangan marah
2. Jangan melenting.
3. Ambil perhatian apa yang diutarakan.
4. Balikkan saranannya. Contoh: Jika orangberkata,"Kamu lembap!" Maka hendaklah anda lebih cergas dan proaktif.


Anda adalah diri anda. Orang lain tidak mampu menjatuhkan anda. Orang mengkeji anda tak ubah seperi anjing menyalak bukit. Ambil perhatian apa yang diperkatakan. Ambil point itu untuk membaiki diri anda. Hanya usaha anda sendiri yang akan mengubah hidup anda.





Khamis, 11 Mac 2010

Student Saya-Semoga Jadi Manusia Beguna







Gadis Kecil - Usman Awang

Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar mentari pagi

Demikianlah gadi kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang-alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman.

Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman yang agung
dengan sopan menolak pemberianku
'saya tak perlu wang, pak cik,
cukuplah kertas dan buku.'

Usianya terlalu muda
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik, mempesonakan.
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya

sekali lagi dia tersenyum dan berkata:
'jangan sedih, pak cik, tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.'

Aku jadi terpaku
dia, si gadis kecil itu menenteramkan
mengawal ombak emosiku
jangan sedih melihat derita pahitnya.
Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani,
dari anak penghuni penjara sendiri?

Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara.










Rabu, 10 Mac 2010

RAPUHNYA SEKEPING HATI













         Pandangan sy tertumpu pada 3 orang remaja melayu dalam lingkungan umur awal 20an.Ketiga-tiga gadis remaja tersebut berambut perang, berkulit cerah dan berseluar jeans ketat, berbaju T sendat. Ketiga-tiganya 'sedap mata memandang' wpun seorang daripadanya berbadan agak gempal. Lama juga sy memerhatikan gelagat mereka sementara menunggu anak-anak membeli makanan ringan di 7 E. Suasana di tepian pantai Lumut bgitu mnyamankan cuma pandangan mata sy sj yang tidak aman kerana melihat pasangan-pasangan bercinta yg asyik memadu kasih dgn pelbagai cara tanpa mghiraukan ada juga golongan makcik pakcik dan psangan yg sudah bkeluarga di tempat yg sama. Memang kawasan ini mjadi tumpuan smua golongan termasuklah anak-anak kecil yg baru pandai bjalan. Kawasan ini agak selamat dan bebas drp laluan sebarang kenderaan.
        Sy masih berminat utk terus memerhatikan 3 org gadis tadi. Mereka sekarang, bukan lagi bertiga malah mjadi 3 pasang bersama teman lelaki mat salehnya. Wah, sy nampak mereka sgt bangga dengan pasangan masing-masing. Maklumlah, orang putih. Kira hebat la tu. Entah bila mat saleh-mat saleh ni muncul sy tak pasti. Kemesraan yg ditunjukkan oleh 3 pasang kekasih ini (sy tak pasti apa sbenarnya hbngan mereka ) tak dapatlah sy gambarkan dngan perkataan. Dan, apa yang pasti, bukan sy sahaja yng memandang ke arah mereka, malah puluhan orang-orang yg berada di situ turut memandang ke arah yg sama."Subhanaullah"......terpancul di mulut saya apabila mnyaksikan adegan bercium di tengah-tengah puluhan manusia di situ oleh salah seorang daripada mereka. Ah....remaja melayu yang tidak tahu malu.Rasa benci sy terhenti seketika apabila disergah oleh anak bongsu sy  yg datang dari blakang, meminta sy membukakan tin minumannya. Nasib baik dia tidak mnyaksikan adegan  itu, kalau tidak tentu letih sy mcari dalih bagi mjawab soalan-soalan cepumas daripadanya.
       Tiba-tiba keadaan mjadi riuh sedikit apabila sy mdengar suara drpd salah seorang  gadis itu. "Gua punya hal la. Ada gua kacau you ke bro?" Mereka bertiga menarik pasangan masing-masing dari situ. lalu meninggalkan kawasan itu. Mungkin ditegur agaknya oleh seorang lelaki yang berada di situ.Anak-anak sy semua memandang ke arah adegan itu. "Sudah, jgn menyibuk.," ujar saya .Sbenarnya sy lah yang lebih dulu mnyibuk daripada mereka. Ketiga-tiga pasangan yang 'romantik' itu berlalu dari situ sambil tangan mereka memaut pinggang pemuda mat saleh tersebut. Wah....hebatnya mereka. Grrrrrrr.................................boringgggggggggg
        Sy tertanya-tanya sendiri dan menjawabnya sendiri. Apa akan terjadi jika anak perempuan saya yang terlibat dalam situasi itu. Ketakutan mnyerang sy ketika itu juga. Sy tak dapat trima kalau itu yang terjadi.Bagi sy,besarnya ksalahan yg telah anak sy lakukan. Spontan dngan itu, sy terus berdoa pada Allah supaya jauhkan perkara-perkara seumpama itu daripada keluarga sy. Sy memandang ke arah anak perempuan sy lalu bertanya....."Seronok ke agaknya dapat boyfren mat saleh?"
"Entah, tak terfikir sampai ke situ."Jawab anak sy ringkas.
" Apa pendapat Nana bila pasangan bercinta buat macam tadi?"
"Malulah....depan orang ramai."
"Habis, kalau tak ada orang, boleh ke?"
Anak sy terdiam. Sy masih menunggu jawapan daripadanya.
"Nana tak macam tu,mama. Menyampahlah Nana tengok. Tak ada maruah",kata anak sy sambil menunjukkan reaksi tak sukanya. 
Jawapannya bukan satu jaminan untuk saya berlapang dada dan percaya perkara seumpama itu tidak boleh berlaku padanya. Biasalah anak-anak sekarang pandai berlakon mengikut situasi. Anak sy juga pandai membaca siapa saya. Sy hanya tersenyum sahaja lalu bersuara perlahan...
" Nana,kalau nana buat kelakuan yang sama seperti itu, samalah Nana membunuh mama. Begitu juga dengan anak-anak mama yg lain. Nana faham?" Anak sy terdiam. Sy pun tidak mngulas apa-apa lagi. 3 pasangan romantik itu hilang dari pandangan sy.

.........................................



 

Khamis, 4 Mac 2010

HAI!!! ANAK.... beruntungkah ibubapamu????

Situasi 1

Dua minggu lepas, sy mghadiri kenduri kawin anak seorang rakan. Sgt meriah kerana kwn sy ni memang bnyk kenalan dan sudara-mara. Saya makan dgn beberapa orang yg sy tidak kenali. Sambil makan, mereka bercerita perihal anak tuan rumah yg akn mjadi pngantin hari itu. Drp perbualan mereka, barulah sy tahu anak kawan sy ni seorang doktor.Sy tidak byk menyampuk dlm perbualan itu melainkan byk senyum dan mnganggukkan kepala. Tp yang pasti bukan bermakna sy setuju dgn pendapat mereka.Sbenarnya ada byk pkara yg sy tak setuju, tp dlm keadaan tertentu, sy terpaksa hipokrit. Kalau berani sgt menentang arus, susah jg.

Antara kata-kata salah seorang drp mereka, "bertuah si Minah ni (bukanlah nama sebenar), Semua anaknya menjadi. Yg sulong,dah jd pgawai besar, yg kedua doktor dan yg bongsu kat Universiti." Masing-masing mengganggukkan kepala termasuklah sy yg mcm burung kakak tua. Ikut sj lah pendapat mereka.
"Anak akak, smua tak mjadi. Yg si Along, kerja kilang. Si adik pulak,tak pandai-pandai. Dah tingkatan 3, membaca pun merangkak lg. Entah apalah yg dibuat oleh cikgu2 kat sekolah. Makan gaji buta je lah",kata sorang lg yang lebih tua drp orang yang pertama mgeluarkan isu ini. Terkejut sy, mdengar bila nama 'cikgu' tu ada dalam pemasalahan ini. Tp, sy buat cool je. Lg pun,yg pasti bukan sy 'cikgu' tu.
"Bukan akak je. Anak sy pun mcm tu juga. Tengoklah si Afiz (kalau tak salah dengar) tu, tahun ni nak ambil SPM, tahun ni pulak heboh nak berhenti. Nak di marah, dh besar. Bila disuruh skolah, tak nak saja. Cikgu bg byk kerjalah. cikgu tak masuk kelaslah. Mcm2 la alasan yang dia bg."Sampuk orang yang ketiga pula. Berderau lg la darah sy. Panas telinga apabila mngaitkan nama cikgu dlm mslh anak-anak mereka. Sy yakin, mereka bertiga ni memang dh kenal lama sbb cara mereka berckp, memang mnunjukkan mereka agak rapat.
" Adik tinggal mana?", orang pertama yg memuji keberuntungan si tuan rumah btanya pd sy.
" Kuala Slngor", jawab sy pendek. Disebabkan sy dh habis makan, sy pun bingkas bangun lalu mncuci tangan. " Sy,bangun dulu ya", kata sy lalu memohon diri.

Perbualan 3 orang kaum ibu ni mjadi phatian sy. Agaknya, itulah 'kejayaan' bagi mereka jika anak berjaya dalam akademik ataupun mnjawat jawatan tinggi, ataupun apabila si anak bjaya mjejakkan kaki ke Universiti. Bermakna, malanglah bg ibubapa jika mendapat anak-anak yg disebaliknya. Lama jg sy berfikir ttg isu yg tak sengaja dicetuskan ini. Sy pun tak tahu knp sy suka bfikir tentang isu yg orang lain tak kuasa nak fikir. Saratnya kepala sy ketika itu. Begitu persepsi kbanyakan org rupanya.
Rasa simpati sy mula dtg apabila mengenang kmbali student sy di sekolah. Kbetulan, sy mengajar kelas-kelas yg bukan terdiri dr pelajar2 yg xlent. Ada pljr sy masih tak boleh mbaca walaupun dh tingkatan 5. Bina ayat mudah pun tak lepas. Aduh....kesiannya anak-anak seperti ini. Sy cuba mnghitung sendiri. Ramai juga pljr sy yg boleh dikategorikan 'tak cerdik langsung' dlm pelajaran. Tp, sygnya drp golongan ini, ada juga yang bermasalah disiplin. Dh lah malas belajar, nakal pulak. Ini lg malang!!!!Lagilah kesian ibu bapa mdapat anak-anak sperti ini...(merujuk perbualan yg sy dengar di majlis perkahwinan tempohari)

Situasi 2

Dalam memikirkan psoalan ini, sy teringat kepada 2,3 orang pljr dlm kelas sy yg memang tak pandai langsug tapi mempunyai budi pekerti yg sangat membanggakan sya sbg seorang guru dan sekaligus sbg seorang ibu. Pernah salah seorang drp pljar sy yg lemah ini meminjam handfon sy smata-mata nak bertanya ksihatan ibunya yg sakit di rumah. Sy mdengar sendiri perbualan pljr sy ini, antaranya......."ibu,jgn lupa makan ubat. Angah risau ni. Ibu jaga diri,tau. Angah pinjam talipon cikgu ni,tak bleh ckp pjg2." Terharu sungguh saya ktika itu. Tegak bulu roma sy apabila mdengar psanan si anak kpd ibunya. Persoalan yg timbul dlm kepala sy, adakah rugi ibubapa memiliki anak seperti ini???? Ya Allah, kalau sy ditakdirkan dpt anak seperti pljr ini, sejuknya perut sy mngandungkannya 9 bulan 10 hari.

Situasi 3

Sy teringat satu lg situasi ketika sy menziarah seorang rakan di hospital. Ketika itu, hampir pukul 5.00 ptg. Dari jauh, sy melihat kawan sy tu hanya dtemani oleh suaminya. Sy lihat, wajah kwn sy ni agak pucat. mgikut kata suaminya, kwn sy ni ada mslh jantung dan darah tinggi. Dah 4 hari brada di hospital. Memandangkan keadaannya yg bgitu lemah, sy tak dpt byk bcakap dgnnya walaupun sy berada di situ hampir dua jam. Spanjang tempoh itu, sy tak nampak anak-anaknya dtg. Kwn yg dtg bsama sy lantas btanya, mana anak2 kwn sy yg sakit tu. Si suaminya pun mberitahu, anak-anak smua sibuk dn tak dpt cuti. Hari pertama,seorng anak je yg dpt dtg. Itu pun, tpaksa balik sbb ada projek pnting yg perlu diselesaikan. Tp, si suami kwn sy ni mengakui yg anak-anaknya kerap juga telefon unt mngetahui pkembangan ibu mereka.

Untuk mjelaskan lg keadaan, si suami kwn sy ni mengakui yang dia dan isterinya memahami situasi anak2nya yg sibuk. Yg sulong, seorg kontraktor bjaya. Anak kedua, setiausaha kpd orang2 besar yg terlibat dgn politik. So, memang sibuk memanjang. Yg ketiga pulak, tngah exam kat Universiti dan yg keempat, kat oversea. Pandainya, anak-anak kwn sy ni. Mesti beruntung dpat anak-anak bjaya mcm ni..(pinjam kata-kata drp orang2 yg sy jumpa kat kenduri kahwin hari tu)

Bagi saya........

Inikah yg dikatakan beruntung???
Anak yg pandai, jgn dinafikan kesibukannya pd ms akan dtang. Jgn dinafikan jg hak mereka kalau mereka mjawat jawatan tinggi berbanding dngan anak2 yg tidak secerdik mereka. Mngapa kita menjawab terlebih awal makna beruntung atau tidaknya kita jika mdapat anak-anak yg tidak cerdik? Bagi sy, beruntung atau tidaknya saya, bukan terletak pada pandai atau tidaknya anak-anak sy. Sy tidak ada ulasan untuk isu ini tapi 3 situasi yg telah sy papar ini dpt memberi jawapan kpd persoalan tadi. Namun bagi saya, jawapan tentang persoalan ini ada di hati sy dan tidak perlu dikongsi bersama. Lain orang, lain pula pendapatnya.
Apa yag pasti, sya mula menyanyangi pljr2 sy yang tidak cerdik ini tetapi ada sifat kemanusiaannya yang sgt tinggi. Lebih-lebih lagi kepada keluarga sendiri.