Khamis, 18 Mac 2010

Seni Dalam Mendidik Anak



Tajuk blog sy....KongsiPengalaman....,so tentu ada pengalaman sendiri yang ingin sy kongsi bersama dgn sesiapa saja yg singgah di blog sy. Kali ni, kisah yg ingin sy paparkan ada kaitan dgn seni dan kreativiti dalam mdidik anak. Kisah ni adalah kesinambungan tentang post yg sy paparkan sbelum ini iaitu seni dan kreativiti ini memang berlingkar dalam khidupan kita.


Dalam mdidik anak ni, kita boleh ambil nasihat2 drp tokoh2 agama. Atau, dlm Quran dan Hadith juga byk mnyentuh tentang panduan mdidik anak.Walau bgmanapun, tdapat juga anak-anak yg mberi masalah kpd ibu bapa walaupun dah diberi didikan yg cukup kpd mereka ('A 'uzubillah,smoga tidak berlaku pd saya...). Selain drp harta dan pangkat, anak juga merupakan ujian drp Allah kpd hambaNya. Ah....memang takut nak bicara soal anak-anak yg mberi masalah kepada ibubapa ni. Ibu bapa harus bersyukur jika mereka dikurniakan anak-anak yg soleh dan solehah,paling tidak pun anak-anak yg tidak mngecilkan hati ibu bapanya.


Kisah yg hendak sy paparkan di sini, tentang anak2 sy yg boleh mghafal ayat Kursi, Ketika itu anak sulung sy berumur 8 tahun,manakala adiknya berusia 6 tahun. Sy berjanji pada mereka, siapa yg lebih dulu hafal ayat kursi, sy akan beri hadiah. Namun, usaha sy gagal kerana anak-anak sy tidak dapat mghafal ayat tsebut dalam tempoh yg telah sy berikan. Puas sy berfikir bgaimana caranya anak-anak sy dpt mghafal ayat tersebut. Sy cuba takut2kan mereka dgn mengatakan hantu dan syaitan ada di mana-mana,jadi kita akan selamat jika kita mjadikan ayat kursi sbg amalan harian.Tidak tercuit lgsung hati mereka dgn ugutan sy kerana mereka tidak pernah ditinggalkan keseorangan di rumah.Perasaan takut tidak pernah melanda mereka.


Suatu hari, anak sy bergaduh pasal merebut mainan. Masing2 tak mahu beralah. Puas dipujuk, tetap sama. Yg sulung keras kepala, yg si adik bukan main samseng. Pd masa tu, sy pun naik angin. Jadi tarzen lah sy pada malam tu.Akhirnya,sy mdapat idea untuk mninggalkan mereka bdua di rumah pd waktu malam. Kebetulan, sy tinggal di Quarters guru dan tidak berjiran. Sgala urusan sy mjadi mudah dan lakonan sy pasti mantap. Apalagi, sy pun start kereta dan ajak suami sy tinggalkan mereka berdua. Ketika itu, jam menunjukkan pukul 11.30 malam.
" Okey, mama dan ayah bagi pluang amal dan nana bgaduh. Bila mama balik je, mama tak mahu dngar bising2 lagi.Kalau dngar bunyi apa2 kat luar, baca je ayat Qursi. Nanti, hantu dan syaitan akan hilang", kata sy lalu mhidupkan enjin kereta. Anak sulong saya terpekik2 ketakutan dan memeluk kaki sy. Mmg anak sulong sy ni, lebih penakut berbanding dgn adiknya. Anak perempuan sy menangis juga tp tak lah terpekik2 mcm abangnya. Sy buat tak tahu dan terus berlalu. Apa lagi, terpekik-pekik la anak saya.


Apabila kereta sy agak jauh dari rumah, suami sy parking kat sekolah. Kami berdua jalan kaki menuju ke rumah. Sampai di rumah, pintu rumah sy di tutup rapat.Dari luar, kami ndngar anak2 menangis. Hiba hati sy, tp niat saya mngatasi sgala-galanya. Suami sy mcabut fius dr luar mnyebabkan lampu semua tpadam. Apalagi, anak sulung sy lah yg paling kuat jeritnya. Sy mdengar perbualan mereka dr luar.


"Abg yoi (panggilan anak perempuan sy kpd abangnya), ambil lampu suluh. Ada kat atas almari". Selepas itu, sy dapati ada cahaya lampu di rumah. Mungkin mereka dah jumpa lampu suluh yg dicari. Untuk mnambahkan khangatan malam, sy dan suami mngetuk tingkap bilik dan tingkap dapur. Anak sulung sy makin kuat memanggil nama saya supaya cepat balik. Sy mdengar anak perempuan sy mnyuruh abangnya mbaca ayat Kursi. Sy mnyuruh suami sy memasang smula fius. Apabila lampu terpasang, anak2 sy segera memanjatkan kesyukurannya kepada Allah. Kmudian, masing-masing mbaca ayat kursi dengan bersungguh-sungguh.


 Sy mbiarkan adegan itu berlangsung selama 45 minit. Spanjang tempuh itulah anak-anak sy tidak henti2 membacanya. Sy menyuruh suami sy mngambil kereta. Apabila anak-anak sy mdengar enjin kereta, mereka terus membuka pintu. Kdua-dua memeluk sy dan menangis. Sy berpura-pura bertanya apa yg berlaku shingga mereka mbaca Quran pd ketika itu. Anak-anak sy berebut2 hendak mceritakan kepada kami apa yg terjadi. Ekoran daripada peristiwa itulah mereka berdua dapat mghafal ayat Qursi. Syukur kpd Allah.


Sudah hampir 11 tahun peristiwa itu berlalu dan shingga kini sy tidak mceritakan kisah itu kepada anak-anak sy. Biarlah mereka tahu sendiri apabila mereka singgah di blog sy. Kelakar juga bila sy mengigati semula peristiwa itu. Sampai skarang, anak-anak sy terbiasa mbaca ayat kursi sebelum tidur atau apabila mereka berada di tempat-tempat yg mcuit prasaan mereka.
Jadi, betul kan apa yg sy katakan tadi. Mendidik anak juga perlukan kreativiti???
Kepada anak-anak sy,mama memang selalu menipu kalian untuk kbaikan. Dan,sekarang mama tentu tidak dapat menipu kalian dengan cara seperti itu lagi sbb kalian dan dewasa sekarang. Anak-anak sy kini memang dah besar tapi,seni dan kreativiti tatap tidak hilang dan sy masih lagi mgunakan cara itu untuk mdidik anak2 sy yg dah dewasa dgn cara yg lebih matang.
Apa yang pasti, sy sgt yakin, Allah bersama sy jika sy berniat baik. Waullahhu alam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan