Rabu, 10 Mac 2010

RAPUHNYA SEKEPING HATI













         Pandangan sy tertumpu pada 3 orang remaja melayu dalam lingkungan umur awal 20an.Ketiga-tiga gadis remaja tersebut berambut perang, berkulit cerah dan berseluar jeans ketat, berbaju T sendat. Ketiga-tiganya 'sedap mata memandang' wpun seorang daripadanya berbadan agak gempal. Lama juga sy memerhatikan gelagat mereka sementara menunggu anak-anak membeli makanan ringan di 7 E. Suasana di tepian pantai Lumut bgitu mnyamankan cuma pandangan mata sy sj yang tidak aman kerana melihat pasangan-pasangan bercinta yg asyik memadu kasih dgn pelbagai cara tanpa mghiraukan ada juga golongan makcik pakcik dan psangan yg sudah bkeluarga di tempat yg sama. Memang kawasan ini mjadi tumpuan smua golongan termasuklah anak-anak kecil yg baru pandai bjalan. Kawasan ini agak selamat dan bebas drp laluan sebarang kenderaan.
        Sy masih berminat utk terus memerhatikan 3 org gadis tadi. Mereka sekarang, bukan lagi bertiga malah mjadi 3 pasang bersama teman lelaki mat salehnya. Wah, sy nampak mereka sgt bangga dengan pasangan masing-masing. Maklumlah, orang putih. Kira hebat la tu. Entah bila mat saleh-mat saleh ni muncul sy tak pasti. Kemesraan yg ditunjukkan oleh 3 pasang kekasih ini (sy tak pasti apa sbenarnya hbngan mereka ) tak dapatlah sy gambarkan dngan perkataan. Dan, apa yang pasti, bukan sy sahaja yng memandang ke arah mereka, malah puluhan orang-orang yg berada di situ turut memandang ke arah yg sama."Subhanaullah"......terpancul di mulut saya apabila mnyaksikan adegan bercium di tengah-tengah puluhan manusia di situ oleh salah seorang daripada mereka. Ah....remaja melayu yang tidak tahu malu.Rasa benci sy terhenti seketika apabila disergah oleh anak bongsu sy  yg datang dari blakang, meminta sy membukakan tin minumannya. Nasib baik dia tidak mnyaksikan adegan  itu, kalau tidak tentu letih sy mcari dalih bagi mjawab soalan-soalan cepumas daripadanya.
       Tiba-tiba keadaan mjadi riuh sedikit apabila sy mdengar suara drpd salah seorang  gadis itu. "Gua punya hal la. Ada gua kacau you ke bro?" Mereka bertiga menarik pasangan masing-masing dari situ. lalu meninggalkan kawasan itu. Mungkin ditegur agaknya oleh seorang lelaki yang berada di situ.Anak-anak sy semua memandang ke arah adegan itu. "Sudah, jgn menyibuk.," ujar saya .Sbenarnya sy lah yang lebih dulu mnyibuk daripada mereka. Ketiga-tiga pasangan yang 'romantik' itu berlalu dari situ sambil tangan mereka memaut pinggang pemuda mat saleh tersebut. Wah....hebatnya mereka. Grrrrrrr.................................boringgggggggggg
        Sy tertanya-tanya sendiri dan menjawabnya sendiri. Apa akan terjadi jika anak perempuan saya yang terlibat dalam situasi itu. Ketakutan mnyerang sy ketika itu juga. Sy tak dapat trima kalau itu yang terjadi.Bagi sy,besarnya ksalahan yg telah anak sy lakukan. Spontan dngan itu, sy terus berdoa pada Allah supaya jauhkan perkara-perkara seumpama itu daripada keluarga sy. Sy memandang ke arah anak perempuan sy lalu bertanya....."Seronok ke agaknya dapat boyfren mat saleh?"
"Entah, tak terfikir sampai ke situ."Jawab anak sy ringkas.
" Apa pendapat Nana bila pasangan bercinta buat macam tadi?"
"Malulah....depan orang ramai."
"Habis, kalau tak ada orang, boleh ke?"
Anak sy terdiam. Sy masih menunggu jawapan daripadanya.
"Nana tak macam tu,mama. Menyampahlah Nana tengok. Tak ada maruah",kata anak sy sambil menunjukkan reaksi tak sukanya. 
Jawapannya bukan satu jaminan untuk saya berlapang dada dan percaya perkara seumpama itu tidak boleh berlaku padanya. Biasalah anak-anak sekarang pandai berlakon mengikut situasi. Anak sy juga pandai membaca siapa saya. Sy hanya tersenyum sahaja lalu bersuara perlahan...
" Nana,kalau nana buat kelakuan yang sama seperti itu, samalah Nana membunuh mama. Begitu juga dengan anak-anak mama yg lain. Nana faham?" Anak sy terdiam. Sy pun tidak mngulas apa-apa lagi. 3 pasangan romantik itu hilang dari pandangan sy.

.........................................



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...