"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana "
" Bunga di taman belum di sunting"
" Hendak tidur, tidurlah mata,jangan dikenang orang yang jauh"Bijaknya orang-orang dulu bermain dengan kata-kata.Mereka kaya dengan bahasa walaupun nak menjelaskan sesuatu yang kurang baik, mereka tetap menggunakan istilah yang sangat berhemah. Bunyinya begitu indah dan penuh bersopan. Tapi.....keindahan bahasa melayu itu telah hilang sekarang. Generasi kini dengan sewenang-wenangnya mencemari bahasa ibunda sendiri. Bahasa yang halus dan indah itu, telah dikotori dengan bahasa-bahasa generasi yang tidak tahu memartabatkan budaya bangsa. Benci, kecewa, dan pelbagai perasaan dalam diri saya. Cuba bayangkan, generasi kini boleh guna perkataan 'gila' sewenang-wenangnya. Contohnya...'cantik gila', 'sedap gila' dan bermacam-macam gila lagilah.
Kalau nak dihuraikan di sini, dah tentu tak cukup ruang blog saya ni.Yang hairannya, ada juga rakan-rakan sebaya dengan saya menggunakan bahasa macam budak remaja skrang. 'Jer, pown, poyo, dan macam-macam lagi ..saya rasa geli nak tulis perkataan-perkataan yang tak senonoh bagi sy.
Kalau ditegur, mereka akan kata sy ni ketinggalan. Bahasa yang dia orang guna tu lah yang lebih standard agaknya. Frust betul saya. Memang isu ni remeh. Bagi mereka, kalau komunikasi mereka di fahami, itu dah kira okey.Bagi sudut pandangan saya pula, budaya juga perlu dijunjung ke tahap yang tinggi tetapi tidaklah kita menjunjung budaya itu seperti kita mjunjung agama suci kita. Kalau dah kita sendiri mencemarkan bahasa, jangan komen jika orang lain meremehkan bahasa kita.
Kita ambil contoh pelambangan yang diberi oleh generasi kini terhadap sesuatu. Ada yang sy dengar istilah 'balak', 'anak ayam', 'chikaro','sangap' dan banyak lagilah. Mengapa hal seperti ini bolah terjadi pada zaman yang semakin maju kini. Sy tidak hairan jika bahasa-bahasa 'bodoh' ini wujud pada zaman nenek moyang kita dahulu kala yang pada masa itu arus pemodenan belum lagi melanda mereka. Atau, apakah erti sebenar kemajuan bagi generasi kini sehingga mereka sanggup melahirkan istilah-istilah yang mencemarkan bahasa sendiri?
Itu belum lagi kita lihat etika berpakaian yang kononnya moden bagi mereka. Moden,jika menampakkan seluar dalam yang beraneka warna. Moden, jika mendedahkan sesuatu yang harus disembunyikan daripada mata-mata yang haram melihatnya, moden jika rambut pelbagai warna. Agaknya saya terlalu ketinggalan untuk menilai pemodenan masa kini atau saya memang seseorang yang ketinggalan dalam serba serbi. Biarlah....apa yang penting, saya ada 'stand' saya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan