Khamis, 4 Mac 2010

HAI!!! ANAK.... beruntungkah ibubapamu????

Situasi 1

Dua minggu lepas, sy mghadiri kenduri kawin anak seorang rakan. Sgt meriah kerana kwn sy ni memang bnyk kenalan dan sudara-mara. Saya makan dgn beberapa orang yg sy tidak kenali. Sambil makan, mereka bercerita perihal anak tuan rumah yg akn mjadi pngantin hari itu. Drp perbualan mereka, barulah sy tahu anak kawan sy ni seorang doktor.Sy tidak byk menyampuk dlm perbualan itu melainkan byk senyum dan mnganggukkan kepala. Tp yang pasti bukan bermakna sy setuju dgn pendapat mereka.Sbenarnya ada byk pkara yg sy tak setuju, tp dlm keadaan tertentu, sy terpaksa hipokrit. Kalau berani sgt menentang arus, susah jg.

Antara kata-kata salah seorang drp mereka, "bertuah si Minah ni (bukanlah nama sebenar), Semua anaknya menjadi. Yg sulong,dah jd pgawai besar, yg kedua doktor dan yg bongsu kat Universiti." Masing-masing mengganggukkan kepala termasuklah sy yg mcm burung kakak tua. Ikut sj lah pendapat mereka.
"Anak akak, smua tak mjadi. Yg si Along, kerja kilang. Si adik pulak,tak pandai-pandai. Dah tingkatan 3, membaca pun merangkak lg. Entah apalah yg dibuat oleh cikgu2 kat sekolah. Makan gaji buta je lah",kata sorang lg yang lebih tua drp orang yang pertama mgeluarkan isu ini. Terkejut sy, mdengar bila nama 'cikgu' tu ada dalam pemasalahan ini. Tp, sy buat cool je. Lg pun,yg pasti bukan sy 'cikgu' tu.
"Bukan akak je. Anak sy pun mcm tu juga. Tengoklah si Afiz (kalau tak salah dengar) tu, tahun ni nak ambil SPM, tahun ni pulak heboh nak berhenti. Nak di marah, dh besar. Bila disuruh skolah, tak nak saja. Cikgu bg byk kerjalah. cikgu tak masuk kelaslah. Mcm2 la alasan yang dia bg."Sampuk orang yang ketiga pula. Berderau lg la darah sy. Panas telinga apabila mngaitkan nama cikgu dlm mslh anak-anak mereka. Sy yakin, mereka bertiga ni memang dh kenal lama sbb cara mereka berckp, memang mnunjukkan mereka agak rapat.
" Adik tinggal mana?", orang pertama yg memuji keberuntungan si tuan rumah btanya pd sy.
" Kuala Slngor", jawab sy pendek. Disebabkan sy dh habis makan, sy pun bingkas bangun lalu mncuci tangan. " Sy,bangun dulu ya", kata sy lalu memohon diri.

Perbualan 3 orang kaum ibu ni mjadi phatian sy. Agaknya, itulah 'kejayaan' bagi mereka jika anak berjaya dalam akademik ataupun mnjawat jawatan tinggi, ataupun apabila si anak bjaya mjejakkan kaki ke Universiti. Bermakna, malanglah bg ibubapa jika mendapat anak-anak yg disebaliknya. Lama jg sy berfikir ttg isu yg tak sengaja dicetuskan ini. Sy pun tak tahu knp sy suka bfikir tentang isu yg orang lain tak kuasa nak fikir. Saratnya kepala sy ketika itu. Begitu persepsi kbanyakan org rupanya.
Rasa simpati sy mula dtg apabila mengenang kmbali student sy di sekolah. Kbetulan, sy mengajar kelas-kelas yg bukan terdiri dr pelajar2 yg xlent. Ada pljr sy masih tak boleh mbaca walaupun dh tingkatan 5. Bina ayat mudah pun tak lepas. Aduh....kesiannya anak-anak seperti ini. Sy cuba mnghitung sendiri. Ramai juga pljr sy yg boleh dikategorikan 'tak cerdik langsung' dlm pelajaran. Tp, sygnya drp golongan ini, ada juga yang bermasalah disiplin. Dh lah malas belajar, nakal pulak. Ini lg malang!!!!Lagilah kesian ibu bapa mdapat anak-anak sperti ini...(merujuk perbualan yg sy dengar di majlis perkahwinan tempohari)

Situasi 2

Dalam memikirkan psoalan ini, sy teringat kepada 2,3 orang pljr dlm kelas sy yg memang tak pandai langsug tapi mempunyai budi pekerti yg sangat membanggakan sya sbg seorang guru dan sekaligus sbg seorang ibu. Pernah salah seorang drp pljar sy yg lemah ini meminjam handfon sy smata-mata nak bertanya ksihatan ibunya yg sakit di rumah. Sy mdengar sendiri perbualan pljr sy ini, antaranya......."ibu,jgn lupa makan ubat. Angah risau ni. Ibu jaga diri,tau. Angah pinjam talipon cikgu ni,tak bleh ckp pjg2." Terharu sungguh saya ktika itu. Tegak bulu roma sy apabila mdengar psanan si anak kpd ibunya. Persoalan yg timbul dlm kepala sy, adakah rugi ibubapa memiliki anak seperti ini???? Ya Allah, kalau sy ditakdirkan dpt anak seperti pljr ini, sejuknya perut sy mngandungkannya 9 bulan 10 hari.

Situasi 3

Sy teringat satu lg situasi ketika sy menziarah seorang rakan di hospital. Ketika itu, hampir pukul 5.00 ptg. Dari jauh, sy melihat kawan sy tu hanya dtemani oleh suaminya. Sy lihat, wajah kwn sy ni agak pucat. mgikut kata suaminya, kwn sy ni ada mslh jantung dan darah tinggi. Dah 4 hari brada di hospital. Memandangkan keadaannya yg bgitu lemah, sy tak dpt byk bcakap dgnnya walaupun sy berada di situ hampir dua jam. Spanjang tempoh itu, sy tak nampak anak-anaknya dtg. Kwn yg dtg bsama sy lantas btanya, mana anak2 kwn sy yg sakit tu. Si suaminya pun mberitahu, anak-anak smua sibuk dn tak dpt cuti. Hari pertama,seorng anak je yg dpt dtg. Itu pun, tpaksa balik sbb ada projek pnting yg perlu diselesaikan. Tp, si suami kwn sy ni mengakui yg anak-anaknya kerap juga telefon unt mngetahui pkembangan ibu mereka.

Untuk mjelaskan lg keadaan, si suami kwn sy ni mengakui yang dia dan isterinya memahami situasi anak2nya yg sibuk. Yg sulong, seorg kontraktor bjaya. Anak kedua, setiausaha kpd orang2 besar yg terlibat dgn politik. So, memang sibuk memanjang. Yg ketiga pulak, tngah exam kat Universiti dan yg keempat, kat oversea. Pandainya, anak-anak kwn sy ni. Mesti beruntung dpat anak-anak bjaya mcm ni..(pinjam kata-kata drp orang2 yg sy jumpa kat kenduri kahwin hari tu)

Bagi saya........

Inikah yg dikatakan beruntung???
Anak yg pandai, jgn dinafikan kesibukannya pd ms akan dtang. Jgn dinafikan jg hak mereka kalau mereka mjawat jawatan tinggi berbanding dngan anak2 yg tidak secerdik mereka. Mngapa kita menjawab terlebih awal makna beruntung atau tidaknya kita jika mdapat anak-anak yg tidak cerdik? Bagi sy, beruntung atau tidaknya saya, bukan terletak pada pandai atau tidaknya anak-anak sy. Sy tidak ada ulasan untuk isu ini tapi 3 situasi yg telah sy papar ini dpt memberi jawapan kpd persoalan tadi. Namun bagi saya, jawapan tentang persoalan ini ada di hati sy dan tidak perlu dikongsi bersama. Lain orang, lain pula pendapatnya.
Apa yag pasti, sya mula menyanyangi pljr2 sy yang tidak cerdik ini tetapi ada sifat kemanusiaannya yang sgt tinggi. Lebih-lebih lagi kepada keluarga sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan