Sabtu, 6 Disember 2014

Projek Murel 2014


Assalamualaikum..
wah....,kena bagi salam entry kali ni. Sebabnya dah terlalu lama tak post cerita tentang diri sendiri. Sibuk la konon. Tahun 2014,memang merupakan  tahun yang sy tidak  aktif langsung dalam penulisan. Tak tahulah...sibuk sangat kot. Nak kata tak ada idea, rasanya tidak. Sebab selagi sy dapat melihat apa yg berlaku di sekeliling sy, selagi itulah sy boleh menulis tentang apa yang dilihat. Seronok sebenarnya memerhatikan gelagat manusia. Oppppsss....terlebih sudah!!!!

Kali ni. sy nak berkongsi cerita pasal aktiviti melukis murel lagi. Ni kira tahun kedua la sy and the gang buat murel setelah setahun kami berehat panjang. Niat di hati memang tak mahu meneruskan projek ni. Penat oiiii....dah la dindingnya besar, dengan panas terik. Nak mencari idea tu lah yg paling rumit sekali tapi sy tewas lagi dengan permintaan pengetua yang sering kali meminta sy dan kawan2 membuat murel setiap kali sy berjumpanya dalam beberapa urusan rasmi. Dalam tegas, pandai juga pengetua melenturkan hati kami yang kononnya sudah serik melukis murel lagi, Hahahaha...

Geng regu melukis murel pulak sentiasa positif (kecuali sy) . Baik Siti mahupun Sharumi. So, lagi susahlah sy nak  kata 'tidak' dengan bos. Apa alasan yang boleh sy bagi lagi. Kalau nak kata sy tidak ada idea, takkan ada satu cikgu pun percaya. Sedihnya jadi sy. Akhirnya Sharumi mencadangkan pada sy agar murel kali ni bermotifkan batik. So, fikir punya fikir, akhirnya kami sepakat melukis murel bertemakan batik canting. Kami target akan menyiapkan projek ini dalam masa 2 minggu,tapi syukur alhamdulillah kami berjaya melangsaikannya dalam tempoh 9 hari sahaja .Kira hebatlah tu.

Lokasi yang kami pilih ialah di kawasan depan tandas guru perempuan. Alasannya,  kawasan tersebut redup dan permukaannya kecil. Kali ni kami tidak menggunakan khidmat murid-murid (sebabnya murid-murid kali ni banyak sangat alasan peribadi). Nampaknya, kami bertiga sahajalah yang akan melaksanakan projek murel kali ni,

Jom....sy bawa pada pembaca blog ke tapak lokasi. Hahahaha...macam kelakar je. Sebelum tu, sy tunjukkan langkah demi langkah untuk menyiapkan projek ni. Peringkat awal, sy sibuk dok mengambil gambar cikgu-cikgu yang memakai baju batik pada hari sebelum cuti sekolah.

Baju batik ckg Rosmawati
Batik ckg Anita (ckg sekolah lain)
Ni batik sayalah
Baju batik ckg Adina
Hasil daripada batik2 inilah sy kombinasikan untuk menghasilkan murel batik sy. Ni kira aktiviti mencari bahan sebagai sumber inspirasilah. 

Aktiviti mengecat bermula
Ni la lakarannya....hasil gabungan corak yg
 diambil daripada kawan2
Proses memasukkan warna. Sampai
boleh bersila atas simen lagi
Dah mula menghasilkan ton dalam
setiap objek
Hai... Kak Min.. 
Tu gambar Ustazah Aminah. Kami memanggilnya kak Min. Kak Min ni memang seorang kakak yang baik. Setiap kali sy ada projek di sekolah, kak Min pasti datang. Siap bawa sarapan lagi. Terima kasih, kak Min. Sayang.... kak Min. Terima kasih kerana selalu memberi sy semangat ketika sy berada dalam kesedihan dan membantu bangunkan sy ketika sy  jatuh .

Ni la ckg Yati. Walaupun mengandung,
tapi tetap bersemangat menolong kami.
Amboi Siti
 Si Siti ni, nak mengecat pun pakai baju macam nak pergi shopping. Bukan main cantik lagi. Walaupun penat, sempat juga berposing. Peace.....

Ni lah hasilnya
Lukisan pada dinding pertama dah selesai. Mesti semua warga SMKRMM kata cantik sebab hendak menjaga hati kami, Hahahaha....Tak kisahlah, samada cantik atau tidak, itu perkara yang kedua. Dalam kepala kami nak siapkan projek murel ini dalam tempoh yang kami target. So, sekarang kami fokus pada dinding yang kedua pula. Samalah prosesnya...betul tak??

Kali ni, kami pilih warna pink,

Fokus Siti...fokus!!!!
Dinding kedua ni, kami nak lari sedikit daripada batik kontemporari. So, kami nak warnakan ala-ala drawing. Untuk itu, kami import pakar drawing. Namanya Zulaikha. Adik ipar Siti. Lupa pulak nak tanya Siti, siapa nama penuh budak Ekha ni. Apa yg sy satu, Ekha ni kelulusan UITM dalam bidang Textile. Kira hebatlah tu kalau nak dibandingkan dengan sy yang serba tak pandai ni. Kebetulan hari sabtu (29.11.14) si Ekha ni free. Apalagi.....kena rembat dengan Siti la.  Bagus juga, sekurang-kurangnya sy boleh mendapat ilmu daripada Ekha ni. Best juga sebab sy dapat ilmu  baru tentang teknik mewarna catan dengan betul. Jom tengok style Ekha mewarna.


Hai..Ekha
Sempat juga sy dan Siti bergambar dengan Ekha.
Terima kasih atas tunjuk ajar Ekha pada kami

Macam2 style.....
Orang kuat ICT pun turut turun tangan.
Terima Kasih juga buat ckg Azlirul.
Sharumi ni,memang pakar garisan
Dinding ke dua yang telah siap sepenuhnya

Gabungan dua murel di hadapan tandas guru
Sudut pandangan keseluruhan.
Alhamdulillah , akhirnya pada hari Rabu bersamaan 3 December 2014 ,pada pukul 4.15 petang, projek melukis murel kami siap sepenuhnya. Apa yang membanggakan, kami dapat menepati sasaran masa yang telah dirancangkan. Dan kali ni, kami tidak menggunakan khidmat murid. So, ini air tangan kami sepenuhnya. Walaupun tak sebesar mana sumbangan kami, tetapi kami tetap berasa puas setelah terhasilnya murel ini. Hanya kami sahaja yang tahu betapa penatnya untuk menyiapkan murel ini. 

Terima kasih kepada pengetua kami, Encik Azmi Misron yang telah berjaya mencairkan kami untuk merealisasikan keinginannya untuk melihat dinding2 sekolah dipenuhi dengan murel. Ni la kesannya kalau pengetua sendiri opsyen Pendidikan Seni Visual. 
Terima kasih kepada kak Min yang menghantar kami sarapan pagi, cikgu Norhayati, cikgu Azlirul dan ustazah Nurul Huda yang  turut membantu kami. Terima kasih kepada Zulaikha yang sudi meluangkan masa dan memberi tunjuk ajar tentang teknik mewarna dengan betul. Terima kasih juga kepada kawan2 yang selalu memberi kata2 semangat.
Terima kasih kepada kawan sy (bukan dari SMKRRM) yang turut membantu memberi komen setiap kali sy menghantar gambar pada mereka. Terima kasih kepada anak2 yang membakar semangat sy.

Akhir sekali, terima kasih ckg Sharumi dan ckg Siti Khatijah yang sentiasa bersemangat sepanjang melaksanakan projek ini sejak dari tahun lepas lagi. Rasa sungguh bertuah mempunyai adik2 yang rajin macam kalian. Seronok bekerjasama dengan adik2 ni walaupun masing2 ada anak kecil. Tahniah kerana tidak menjadikan anak sebagai alasan untuk menyiapkan murel ini hingga selesai. Semoga kita dapat bekerjasama lagi, 

Rabu, 12 November 2014

Soalan Kertas 2 PSV2014

Kali ni entry sy tentang perbincangan mengenai soalan PSV bagi murid-murid yang akan mengambil subjek ini pada tahun 2014. Jom.....

Memandangkan sy sangat mengenali kekuatan dan kelemahan murid-murid sy, maka secara jujurnya sy tidak menggalakkan murid-murid sy mengambil tajuk nombor 1,3 dan 6. Walaubagaimana pun, jika ada sesiapa yang berminat untuk mencuba bagi soalan tersebut, dipersilakan tapi sebelum itu jom kita adakan sesi perbincangan di studio Pendidikan Seni Visual. Maaf kerana sy tidak memaparkan contoh lukisan/lakaran bagi tajuk no. 1.

Di bawah ini, sy berikan beberapa contoh hasil kerjasama guru-guru PSV daerah untuk calon-calon yang mengambil subjek ini.

Soalan no. 2

Soalan no.2

Lakaran soalan no. 2
Murid-murid harus melukis tajuk ini dalam jarak dekat dan beri penekanan kepada pergerakan serangga yang dipilih. Perlu diingatkan, murid-murid boleh memilih serangga lain seperti rama-rama,lebah, dan sebagainya.

Bagi tajuk nombor3. murid-murid harus berkemahiran melukis figura dengan aksi membelai seekor kucing. Situasi ini juga harus diambil kira, di mana murid harus menggambarkan suasana rumah yang usang. Di bawah ini,sy masukkan contoh gambar bg soalan ini tetapi murid-murid yang memilih tajuk ini harus menukar jantina figura tersebut kepada seorang nenek tua. Gambar yang diberi adalah seorang lelaki tua sedang membelai kucing.

Soalan no. 3


Lakaran soalan no. 3

Bagi sy soalan no 4 merupakan tajuk yang paling mudah. Ini adalah kerana, tajuk ini tidak berfokus kepada figura sebaliknya murid-murid harus memberi tumpuan kepada raksasa yang muncul di permukaan air. Murid-murid boleh memilih samada hendak melukis figura atau tidak. Fokus kepada bentuk raksasa dan percikan air serta ombak yang besar. Jangan lupa, terdapat juga sampan terbalik disebabkan ombak yang kuat itu. Beri tumpuan kepada jalinan yang terdapat pada raksasa serta aksi raksasa yang menggerunkan.

Soalan no. 4

Soalan no. 4

Soalan no. 4

Soalan no. 4

Soalan no. 4

Soalan no.5, murid-murid harus berkemahiran dalam bidang perspektif. Soalan ini tidak memerlukan figura tetapi gambaran yang harus murid-murid visualkan ialah pandangan rumah lama di atas puncak bukit.Jika murid-murid memilih untuk melukis figura yang bertindak sebagai anda yang sedang mendaki bukit, adalah dibenarkan.
Soalan no. 5


Lakaran Soalan no. 5

Soalan no. 6, murid-murid tidak perlu melukis figura tetapi jika murid berkemahiran melukis figura, adalah digalakkan bagi menunjukkan suasana dalam keadaan yang kacau bilau. Fokus diberikan kepada bentuk lipan gergasi yang sedang merayap di celah-celah bangunan. Maksud gergasi adalah, murid-murd harus melukis bentuk lipan yang agak besar dan melebihi daripada seekor lipan.Gambarkan suasana kacau bilau dengan memberi penekanan kepada keadaan yang huru hara akibat kemunculan beberapa ekor lipan besar. Sebagai contoh,terdapat beberapa jenis kenderaan terbalik, beberapa bangunan runtuh, beberapa orang yang lari lintang pukang serta menunjukkan aksi manusia yang dalam ketakutan. 

Namun, situasi ini sebenarnya agak sukar untuk digambarkan kerana murid-murid harus ada imiginasi yang sangat tinggi. Justeru, untuk selamat lebih baik murid-murid tidak memilih tajuk ini. 

Untuk soalan ini, sy minta maaf kerana tiada contoh dipaparkan.

- Selamat Berkarya_

Isnin, 2 Jun 2014

Riak,Takbur dan Ujub

Sy masih belum selesai membaca sbuah buku yg ditulis oleh Prof. Muhd Kamil Ibrahim yg bertajuk "Bersyukur Saat Diuji", namun sy berasa teruja untuk berkongsi antara isi kandungan buku ini kepada pembaca blog sy . Bagus buku ni krn penulisnya begitu telus dlm menceritakan konflik dalaman yg dihadapi. Sesungguhnya,ujian daripada Allah bukan sekadar cerita duka sahaja,malah ujian juga hadir dalam bentuk kesenangan,kejayaan,kegembiraan dan sebagainya. Seketika sy bermuhasabah diri.....sy juga tidak lari dari ujian2 sebegini. Cuma,apabila sy sedar, segeralah sy beristigfar.........astagfirullahalazim.......ampunkan dosa2 saya ya Allah. Terkadang sy TERmegah dgn kelebihan yg ada walaupun ia sekadar terdetik  dlm hati sy. Kdg2, sy tidak sedar, kekebihan yg ada,boleh memakan diri krn terlupa sy sedang diuji.

Memiliki anak yg bijak,juga boleh membuahkan rasa riak...sbb itu sy cuba tidak mengepos gambar2 kejayaan anak2 di mana2 laman sosial tapi tatkaka sy sedar tentang hal itu, sy terlupa pula di bahagian yg lain. Ya Allah...lemahnya sy dlm menghadapi ujianMu.

Lumrahnya kebanyakan manusia hanya merasakan kegagalan dan kelukaan yg ditanggung sbg ujian besar. Contohnya,anak tidak cerdik seperti anak cik Kiah, rumah tidak besar seperti rumah cik Minah dan tak dapat melancong ke dalam atau ke luar negara seperti encik Abu merupakan ujian Allah swt. Sebenarnya kita terlupa ujian2 juga  hadir dlm pelbagai bentuk. Memiliki anak yg bijak pandai, kita mungkin rasa hebat.....mempunyai rumah besar kita berasa  megah  dan kerap melancong ke luar negara, kita rasa beruntung. Semua ini,kita ingin pamerkan agar orang lain tahu apa sahaja kehebatan dan kelebihan yang kita ada untuk dikongsi dengan orang ramai agar orang lain nampak kehebatan dan kelebihan kita. Sy bertanya dalam hati, apakah sebenarnya yang kita inginkan, apabila kita pamerkan semua ini?

Ya Allah ...memang lemahnya sy sebagai insan di muka bumi ini. Walaupun mencuba untuk tidak seperti itu, namun adakalanya ia terlepas jua. Betullah apa yg ingin di sampaikan oleh prof. Muhd Kamil. Ujian2 seperti inilah yang wajar kita takuti krn hal2 spt inilah yg selalunya kita lupa yg Allah sbenarnya sedang menguji...Astagfirullahalazim.....

Sy bertanya dlm diri sy dgn pelbagai soalan.....
* Mengapa kita mesti meng'upload' gambar2 sedemikian di Facebook untuk tontonan secara terbuka? Kadang2 tanpa kita sedar,ia boleh mendatangkan fitnah? Bukankah kita boleh mempamerkan di blog peribadi dan hanya boleh dikongsi oleh orang2 tertentu sahaja?
*Mengapa kita harus berkongsi kebijaksanaan anak dgn orang ramai dgn memaparkabnya di FB? Andai kita ingin berkongsi dgn orang tertentu, mengapa kita harus mendedahkannya secara terbuka? Apa yg kita inginkan sbenarnya?

Ulasan prof. tersebut menyebabkan sy rasa,sy juga tergolong dlm orang2 seperti itu walaupun sy tidak mempamerkannya di FB. Walau bagaimanapun, riak,takbur agak sukar dielakkan walaupun ia hanya singgah di dalam hati. Sy terasa amat kerdil,berdosa dan sangat banyak kekurangannya. Walaupun sy dapat atasi perasaan ujub itu di mulut tetapi sy tidak mampu menipu Allah kerana  rasa tersebut terbit  juga di sanubari . Ya Allah,bimbinglah sy ke jalan yg benar...berikanlah hidayahMu kpd org seperti  sy dan kasihanilah sy yg sgt jahil dlm mencari keredhaan dlm hidup ini.

Bukan sy menyindir sesiapa,kerana apa yg sy rasa ini berlaku dalam kehidupan sy dan manusia biasa. Bukan senang kita hendak menangani rasa riak ini. Bukannya kita tidak mencuba perbaiki diri, namun kadang kala perasaan riak,bongkak dan ujub itu hadir tanpa diminta. Istigfarlah selalu kerana kita sememangnya tergolong dalam manusia yang lemah. Suka akan puji-pujian, bermegah-megah dengan kelebihan yang ada dan teruja dengan kehebatan yang dipinjamkan seketika. Kita sebenarnya lupa, semua itu adalah milik Allah dan jika Dia menarik semua yang kita ada , maka kita sebenarnya tiada apa-apa dan bukan siapa-siapa. 

Bacalah buku ini agar kita mampu merenung semula ke dalam diri......ya, bermuhasabah diri. Akhir kata,sy bersyukur kerana Allah menggerakkan hati sy untuk membeli buku ini dan terima kasih kepada pengarang buku ini, Prof. Muhd Kamil Ibrahim kerana melalui bacaan buku prof ini, Allah telah memberi kesedaran dalaman yang teramat tinggi nilainya dalam diri sy melalui hasil karya prof.

p/s: Orang jahat tidak semestinya masuk neraka kerana adanya TAUBAT....dan orang baik tidak semestinya masuk syurga kerana adanya RIAK. Wallahualam.....

Rabu, 5 Februari 2014

Kifarah

Selamat Tahun Baru....
Dah masuk bulan Februari, baru sy ada kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru 2014.
Sibuk dan buat-buat sibuk hingga tak ada masa untuk menulis sesuatu menjelang tahun baru. Ini merupakan entri pertama sy sejak 2014.

Hari ni, sy datang ke sekolah dalam keadaan bercermin mata hitam. Perghhhh....macam kumpulan "Panca Sitara" lah pulak. Sampai sahaja ke sekolah, sy dah dengar di hujung-hujung telinga murid2 "pwewitttt" kan sy. Wah....memang berani murid2 zaman sekarang. Apatah lagi mereka tahu yg mereka ni tak boleh langsung dijentik oleh guru. Kalau nak dimarah, takut pula cikgu dituduh mengganggu emosi mereka. Memang baguslah dasar kerajaan sekarang. Kesimpulannya, kita hanya boleh mengajar mereka dan bukannya mendidik. Jadi, kena banyak tutupkan mata dan pekakkan telinga.

Berbalik cerita sy yg berkaca mata hitam ke sekolah hari ni.......
Sepanjang hari sy memakainya kerana sy belum kuat berhadapan dengan orang2 yg akan gelakkan apabila melihat sy yang dah macam Beruang Panda. Dah lah mata bengkak, kelilingnya pulak hitam. Semuanya akibat kejadian hari selasa minggu lepas, di mana sy terlanggar pintu cermin KFC dengan begitu kuat. Hari ini, genap 9 hari  kejadian itu berlaku.

Setakat ni, ramai yang tergelak daripada menunjukkan rasa simpati apabila mendengar kronologi kejadian sy melanggar  cermin pintu KFC. Tak mengapa, sy tidak berkecil hati pun kerana semuanya ini adalah adat manusia biasa. Mungkin, sy sendiri menunjukkan reaksi kelakar semasa menceritakan kejadian tersebut. Memang sikap sy sukar untuk meminta simpati daripada orang lain walaupun adakalanya sy berada dalam situasi yang sangat sedih.

Apa yg ingin sy kongsikan di sini, semasa kejadian itu, tidak dpt sy gambarkan rasa sakitnya. Tiada kata-kata yang dapat sy ungkapkan mengenai rasa yg Allah berikan pada sy  pada masa itu. Terlintas dalam fikiran sy, bagaimanalah rasa sakit yg ditanggung oleh orang-orang yang mengalami kemalangan yang teruk. Allah hu Akbar..... Serius rasa sakit itu benar-benar menakjubkan sehingga pada malamnya sy tidak tahu bagaimana posisi yg sesuai untuk sy gayakan supaya rasa sakit itu berkurangan.

Kalau itulah rasa sakit yg sy rasa teramat sakit akibat terlanggar cermin pintu KFC, bagaimana pula rasa sakit yg ditanggung oleh orang-orang yang menghadapi sakaratul maut? Subhanallah.... Astagfirullahhal'azim...Allah hu Akbar.

Walaubagaimana pun, terima kasih Allah kerana hanya memberi sy rasa sakit dan tidak memberi sy sebarang  mudarat pada mata dan sebagainya. Doktor sendiri terkejut, kerana melihat bengkak sebesar telur angsa di mata tetapi tidak meninggalkan sebarang kesan negatif pada mata. Alhamdulillah, syukur ya Allah.

Sy beranggapan, musibah yang berlaku ini, Allah tidak memberinya dengan percuma. Mungkin ada kesalahan yang sy lakukan dan sy harus menerimanya sebagai satu teguran daripadaNya. Ya.....sy menerimanya sebagai satu kifarah.

p/s : Sy rindu sangat pada aruwah abah...... Harap2 malam ni, sy dapat bertemu abah walaupun sekadar dalam mimpi