Sabtu, 6 Disember 2014

Projek Murel 2014


Assalamualaikum..
wah....,kena bagi salam entry kali ni. Sebabnya dah terlalu lama tak post cerita tentang diri sendiri. Sibuk la konon. Tahun 2014,memang merupakan  tahun yang sy tidak  aktif langsung dalam penulisan. Tak tahulah...sibuk sangat kot. Nak kata tak ada idea, rasanya tidak. Sebab selagi sy dapat melihat apa yg berlaku di sekeliling sy, selagi itulah sy boleh menulis tentang apa yang dilihat. Seronok sebenarnya memerhatikan gelagat manusia. Oppppsss....terlebih sudah!!!!

Kali ni. sy nak berkongsi cerita pasal aktiviti melukis murel lagi. Ni kira tahun kedua la sy and the gang buat murel setelah setahun kami berehat panjang. Niat di hati memang tak mahu meneruskan projek ni. Penat oiiii....dah la dindingnya besar, dengan panas terik. Nak mencari idea tu lah yg paling rumit sekali tapi sy tewas lagi dengan permintaan pengetua yang sering kali meminta sy dan kawan2 membuat murel setiap kali sy berjumpanya dalam beberapa urusan rasmi. Dalam tegas, pandai juga pengetua melenturkan hati kami yang kononnya sudah serik melukis murel lagi, Hahahaha...

Geng regu melukis murel pulak sentiasa positif (kecuali sy) . Baik Siti mahupun Sharumi. So, lagi susahlah sy nak  kata 'tidak' dengan bos. Apa alasan yang boleh sy bagi lagi. Kalau nak kata sy tidak ada idea, takkan ada satu cikgu pun percaya. Sedihnya jadi sy. Akhirnya Sharumi mencadangkan pada sy agar murel kali ni bermotifkan batik. So, fikir punya fikir, akhirnya kami sepakat melukis murel bertemakan batik canting. Kami target akan menyiapkan projek ini dalam masa 2 minggu,tapi syukur alhamdulillah kami berjaya melangsaikannya dalam tempoh 9 hari sahaja .Kira hebatlah tu.

Lokasi yang kami pilih ialah di kawasan depan tandas guru perempuan. Alasannya,  kawasan tersebut redup dan permukaannya kecil. Kali ni kami tidak menggunakan khidmat murid-murid (sebabnya murid-murid kali ni banyak sangat alasan peribadi). Nampaknya, kami bertiga sahajalah yang akan melaksanakan projek murel kali ni,

Jom....sy bawa pada pembaca blog ke tapak lokasi. Hahahaha...macam kelakar je. Sebelum tu, sy tunjukkan langkah demi langkah untuk menyiapkan projek ni. Peringkat awal, sy sibuk dok mengambil gambar cikgu-cikgu yang memakai baju batik pada hari sebelum cuti sekolah.

Baju batik ckg Rosmawati
Batik ckg Anita (ckg sekolah lain)
Ni batik sayalah
Baju batik ckg Adina
Hasil daripada batik2 inilah sy kombinasikan untuk menghasilkan murel batik sy. Ni kira aktiviti mencari bahan sebagai sumber inspirasilah. 

Aktiviti mengecat bermula
Ni la lakarannya....hasil gabungan corak yg
 diambil daripada kawan2
Proses memasukkan warna. Sampai
boleh bersila atas simen lagi
Dah mula menghasilkan ton dalam
setiap objek
Hai... Kak Min.. 
Tu gambar Ustazah Aminah. Kami memanggilnya kak Min. Kak Min ni memang seorang kakak yang baik. Setiap kali sy ada projek di sekolah, kak Min pasti datang. Siap bawa sarapan lagi. Terima kasih, kak Min. Sayang.... kak Min. Terima kasih kerana selalu memberi sy semangat ketika sy berada dalam kesedihan dan membantu bangunkan sy ketika sy  jatuh .

Ni la ckg Yati. Walaupun mengandung,
tapi tetap bersemangat menolong kami.
Amboi Siti
 Si Siti ni, nak mengecat pun pakai baju macam nak pergi shopping. Bukan main cantik lagi. Walaupun penat, sempat juga berposing. Peace.....

Ni lah hasilnya
Lukisan pada dinding pertama dah selesai. Mesti semua warga SMKRMM kata cantik sebab hendak menjaga hati kami, Hahahaha....Tak kisahlah, samada cantik atau tidak, itu perkara yang kedua. Dalam kepala kami nak siapkan projek murel ini dalam tempoh yang kami target. So, sekarang kami fokus pada dinding yang kedua pula. Samalah prosesnya...betul tak??

Kali ni, kami pilih warna pink,

Fokus Siti...fokus!!!!
Dinding kedua ni, kami nak lari sedikit daripada batik kontemporari. So, kami nak warnakan ala-ala drawing. Untuk itu, kami import pakar drawing. Namanya Zulaikha. Adik ipar Siti. Lupa pulak nak tanya Siti, siapa nama penuh budak Ekha ni. Apa yg sy satu, Ekha ni kelulusan UITM dalam bidang Textile. Kira hebatlah tu kalau nak dibandingkan dengan sy yang serba tak pandai ni. Kebetulan hari sabtu (29.11.14) si Ekha ni free. Apalagi.....kena rembat dengan Siti la.  Bagus juga, sekurang-kurangnya sy boleh mendapat ilmu daripada Ekha ni. Best juga sebab sy dapat ilmu  baru tentang teknik mewarna catan dengan betul. Jom tengok style Ekha mewarna.


Hai..Ekha
Sempat juga sy dan Siti bergambar dengan Ekha.
Terima kasih atas tunjuk ajar Ekha pada kami

Macam2 style.....
Orang kuat ICT pun turut turun tangan.
Terima Kasih juga buat ckg Azlirul.
Sharumi ni,memang pakar garisan
Dinding ke dua yang telah siap sepenuhnya

Gabungan dua murel di hadapan tandas guru
Sudut pandangan keseluruhan.
Alhamdulillah , akhirnya pada hari Rabu bersamaan 3 December 2014 ,pada pukul 4.15 petang, projek melukis murel kami siap sepenuhnya. Apa yang membanggakan, kami dapat menepati sasaran masa yang telah dirancangkan. Dan kali ni, kami tidak menggunakan khidmat murid. So, ini air tangan kami sepenuhnya. Walaupun tak sebesar mana sumbangan kami, tetapi kami tetap berasa puas setelah terhasilnya murel ini. Hanya kami sahaja yang tahu betapa penatnya untuk menyiapkan murel ini. 

Terima kasih kepada pengetua kami, Encik Azmi Misron yang telah berjaya mencairkan kami untuk merealisasikan keinginannya untuk melihat dinding2 sekolah dipenuhi dengan murel. Ni la kesannya kalau pengetua sendiri opsyen Pendidikan Seni Visual. 
Terima kasih kepada kak Min yang menghantar kami sarapan pagi, cikgu Norhayati, cikgu Azlirul dan ustazah Nurul Huda yang  turut membantu kami. Terima kasih kepada Zulaikha yang sudi meluangkan masa dan memberi tunjuk ajar tentang teknik mewarna dengan betul. Terima kasih juga kepada kawan2 yang selalu memberi kata2 semangat.
Terima kasih kepada kawan sy (bukan dari SMKRRM) yang turut membantu memberi komen setiap kali sy menghantar gambar pada mereka. Terima kasih kepada anak2 yang membakar semangat sy.

Akhir sekali, terima kasih ckg Sharumi dan ckg Siti Khatijah yang sentiasa bersemangat sepanjang melaksanakan projek ini sejak dari tahun lepas lagi. Rasa sungguh bertuah mempunyai adik2 yang rajin macam kalian. Seronok bekerjasama dengan adik2 ni walaupun masing2 ada anak kecil. Tahniah kerana tidak menjadikan anak sebagai alasan untuk menyiapkan murel ini hingga selesai. Semoga kita dapat bekerjasama lagi,