Sabtu, 27 Februari 2010

Sukarnya Menjadi Ibu....dan Guru



Sebut je nama sy, siapa pljr yg tak kenal. Tak tahulah kenapa. Mungkin sy garang sgt di mata mereka. Kl difikirkan, memang ya,kot. Biasalah, ramai manusia menilai seseorang dengan mata bukan dgn mata hati. Sy pun tak pasti, adakah sy ni terlalu garang sampai ramai pljr mcm takut je nampak sy. Puas berfikir dgn persoalan yg kecil ini, maka sy pun bertanya dgn anak sendiri.
"Garang sgtkah mama ni???"
Ketiga-tiga anak sy menjawab dgn jawapan yg sama....."ya!!!!"
Tergelak juga sy. Tpaksa akur dgn jawapan mereka. Sy hendak jg mjadi guru yg baik,lemah lembut dan tidak suka marah pljr tapi, sy tak boleh jd orang lain. Memang cara sy mdidik dgn cara itu. Sy tak kisah kalau tak jd guru popular pun. Bg sy, pljr skarang dh lupa dgn tanggungjwb mereka utk mbina sesuatu pada masa hadapan. Mereka lalai dgn kseronokkan dunia remaja ciptaan mereka sndiri.
Sy tahu, ramai yg tak setuju dgn pandangan sy. Kuno kot...tp sy tetap mempertahankan cara ibu bapa dulu mdidik anak-anak mereka. Ibu bapa dulu snggup rotan anak demi mempertahankan harga sebuah maruah. Berbeza sgt cara ibu bapa skrang. Bg sy, ibu bapa harus dpt membezakan pktaan 'membesarkan anak' dgn 'mdidik anak'.
Mbesarkan anak, sgt mudah. Sama je mcm makhluk Allah yg lain. Tp, bab mdidik ni lah yg sgt sukar. Bukan stakat mberi anak pdidikan agama dan pendidikan duniawi shaja malah lebih dari itu ibu bapa harus lakukan.
Sy akui, sy sgt cemburu dgn anak-anak sy. Kadang-kala, sy jg keliru dgn cara sy jg. Kesian anak-anak sy. Ketika remaja lain seronok dgn dunia remajanya,
(ada handphone, ada motor sendiri, ada boyfren dan girlfren, boleh keluar sesuka hati dan enjoy dgn kawan-kawan) anak sy sgt tbatas dalam hal-hal itu. Anak sy tak kiralah yg lelaki atau perempuan tiada hp wlaupun dh remaja. Anak sulung sy, dah masuk Universiti br dpt pegang hp. Ksian mereka, kan???
Bab boyfren dan girlfren, lg la sy menentang keras. Sy memang tak boleh terbuka dlm hal ini krn, sy yakin hbngan antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim, mmg akan mjurus ke arah "itu" juga. Sbg manusia, kita tetap lemah kerana nafsu juga telah dibekalkan oleh Allah pada setiap manusia. Jarang sekali manusia menang dlm menangani nafsu. Oleh itu sy berpegang pada pesan Nabi iaitu, "Jgn mendekati zina". Nabi tak kata, jangan berzina. Ini bermakna, mdekatinya pun jangan, inikan pula berzina?? Sy selalu bpesan pada anak-anak, jgn bimbang tentang jodoh, kerana jodoh ni telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lg. Tak perlu tergesa-gesa ke arah itu. Jodoh, ajal dan rezeki mmg dalam ketentuanNya. Pesan sy lagi, "wahai anak-anak, dalam usia begini, kalian sayanglah ibu, ayah dan adik-beradik kerana satu masa nanti kasih dan syg itu akan kalian beri kpd suami, isteri dan anak-anak sendiri". Pada masa itu, mama dan ayah, entah ada lagi atau tidak. Alangkah ruginya kami jika anak-anak kami sygi telah memberi ruang di hati mereka untuk mengasihani org lain selain drp kluarga sendiri dlm usia yg tidak sewajarnya.
Bukan sy tak faham perasaan anak-anak sy tp mereka yg tak faham prasaan sy. Sy melihat apa yg mereka tidak nampak. Biarlah sy dilabelkan dgn pelbagai panggilan bg mereka yg tak stuju cara sy mdidik anak. Sy yakin, suatu hari nanti anak sy akan mngerti erti kasih syg sy thadap mereka. Apa yg lbh mbanggakan sy, anak sulung sy mula berkata "Amal akan cari isteri yg mdidik anaknya sperti mama mdidik kami".
Berbalik dgn suasana di sekolah.....
Memandangkan sy tlibat dgn disiplin, sy tidak dpt lari drp bdepan dgn ibu bapa pljr. Apa yg sy phatikan, ibubapa akan mnunjukkan kasih syg mereka kpd anak-anak dgn memberi sesuatu yg anak-anak mreka suka. Carilah mana pelajar yg tidak ada hp pd masa kini? Berapa org pljr yang betul2 tak ada boyfren dan girlfren. Pernah suatu ketika, seorang ibu pljr datang ke sekolah dan bercerita pd sy yg anak perempuannya tidak dpt dikawal. Anaknya selalu saja berhubung dgn teman lelaki melalui hp tak kira siang atau malam. Apa yg lbh mengejutkan lg, apabila si ibu mbuka hp anaknya, pelbagai gambar yg tidak sepatutnya ada di dlm hp anaknya itu. Lantas, sy terus bertanya dari mana si anak memperoleh telefon dalam usia baru meningkat 14 tahun? Maka,si ibu dgn rasa tidak bsalah memberitahu, hp itu adalah hadiah daripadanya sempena harijadi anaknya yang ke 13 tahun. Sy jadi terkedu, dan berfikir sejenak....
"Inilah nilai kasih sayang seorang ibu kepada anaknya".Tidakkah boleh jika sy katakan ibu seperti inilah yg mnyumbang kepada kerosakan akhlak dan meruntuhkan maruah anaknya sendiri? Layakkah anak yang baru tingkatan 1 pd masa itu diberi hp sbagai tanda kasih sygnya pd anak tsebut??? Tapi, siapalah sya nk mngomen ibu tsebut krn sy juga seorg ibu yg tlalu byk kelemahannya jg. Itu baru satu kes. Kl nak diceritakan di sini, huh!!!! tentu tak cukup ruang.
Sbenarnya, tiada cara yg khusus untuk kita mdidik anak. Mdidik anak memerlukan jg kreativiti sendiri. Anak-anak memang bijak membaca kelemahan ibu bapa. Mereka cekap mcari peluang dan ruang untuk mengekploitasi kelemahan kita. Justeru, kita sbg ibu bapa harus mcari pelbagai kaedah bgaimana hendak mdidik mereka. Paling tidak,kita baca panduan mdidik anak cara Luqman al-Hakim, dan ikutlah yg mana kita mampu mengikutnya krn anak-anak kita pelbagai ragamnya. Apa yg pasti,asas agama harus diberi sejak mereka kecil lg.
Maaf, jika sy mnyinggung mana-mana pihak. Sy tidak berniat ke arah itu krn sy jg mrupakan insan yg sgt lemah dan mcari yg terbaik unt diri sy.


Di sini, sy bawa pembaca mgikuti bagaimana cara Luqman al-Hakim mdidik anaknya.


Klik di sini

















Erti kasih, sayang dan cinta???Siapa yang harus menerimanya?

"Mati disepak kekasih ibu".
Tajuk pada dada metro pd 28 Feb.2010 mencuit hati naluri sy sbg seorang ibu. Wajarkah sbg seorg manusia memperlakukan budak sekecil itu hingga tidak bernyawa. Di mana letaknya nilai kemanusiaan yg Allah anugerahkan padanya? Lebih memalukan, org yg terlibat ialah seorg muslim yg tahu hukum dan percaya adanya pembalasan suatu hari nanti. Begitu rendah nilai nyawa manusia....

'Kasihnya ibu...membawa ke syurga....'

Di mana kebenaran ungkapan ini lg?? Kerana seorang lelaki, seorg ibu jadi keliru. Ya Allah, mengapa hal ini boleh terjadi? Adakah manusia di akhir zaman ini sudah hilang sifat kasih sygnya pada yg berhak menerimanya???
Apa yang sy takutkan,
hilangnya kasih syg suami pd isteri,
hilangnya kasih syg isteri pd suami,
hilang kasih syg ibubapa kepada anak-anaknya,
dan....hilangnya kasih syg anak-anak pada kedua orang tuanya sendiri.
A'uzubillah....
tapi melimpah ruah pula kasih syg manusia kpd yang bukan muhrim dan sanggup mlakukan apa sahaja demi mbuktikan cinta, kasih dan syg mereka.

Hidup ini, begitu singkat. Masa berputar sgt pantas. Carilah sesuatu yang boleh mbawa kita ke jalan yang diredhai. Sbg manusia, sy jg tidak lari drp melakukan dosa. Kita bukan maksum. Tapi, alangkah ruginya jika kita tidak merasakan apa yg kita lakukan itu merupakan satu dosa. Manusia tidak lepas mlakukan dosa apabila diuji dgn prasaan yg melibatkan cinta,kasih dan syg. Carilah erti sebenar kasih, syg dan cinta itu dan pada siapa kita harus memberinya??

Klik di sini untuk mcari jwpnya...

Lebih daripada seorang disyaki dera Syafiah

KERATAN Kosmo! semalam.
SEORANG penduduk, Ahmad Fikri Khalis Zakaria menunjukkan tempat Syafiah dipercayai didera di padang bola Taman Batu 30 dekat Batang Kali Khamis lalu.


KUALA LUMPUR - Polis percaya terdapat lebih daripada seorang individu yang terlibat mendera hingga mengakibatkan kematian Syafiah Humaira Sahari, 3, di Batang Kali Khamis lalu..............(keratan kosmo 1 Mac 2010)



Jumaat, 26 Februari 2010

saya suka sangat melayari blog ni. Jom kita kongsi bersama....

http://detakhidup.blogspot.com

KUN FAYAKUN

Ada 6 ayat di dalam Al Qur’an firman Allah SWT tentang kun fayakun, marilah kita hayati bersama:

  1. Surat 2 - Al Baqarah, ayat 117 : “Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya : Jadilah, lalu jadilah ia“.
  2. Surat 6 - Al An’aam, ayat 73 : “Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan Nya di waktu Dia mengatakan : Jadilah, lalu terjadilah, dan ditangan-Nya-lah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui“.
  3. Surat 16 - An Nahl, ayat40 : “Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya : Kun - (jadilah) - maka jadilah ia“.
  4. Surat 19 - Maryam, ayat 35 : “Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya : jadilah, maka jadilah ia“.
  5. Surat 36 - Yaasiin, ayat 82 : “Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: jadilah, maka terjadilah ia“.
  6. Surat 40 - Al Mu’min, ayat 68 : “Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata kepadanya : jadilah, makajadilah ia“.
Artikel ini sy terbaca dlm satu laman web tentang ayat Kun Fayakun.

Adapun mengenai penciptaan langit dan bumi dalam enam masa dijelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya : “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam dj atas ‘Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan diciptakan-Nya pula matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta Alam“. (Surat 7 - Al-A’raaf, ayat54).

aku....saya....hamba......

Jumaat, 19 Februari 2010

Besar mana masalah yang kita hadapi???

Besar atau kecilnya masalah itu terletak pada diri kita sendiri. Kalau kita rasa masalah itu kecil, maka kecillah ia. Begitu juga dengan sebaliknya. Justeru, besar atau kecilnya masalah itu, terletak pada diri kita sendiri.

Siapa yang tidak pernah berhadapan dengan masalah????? Semua orang tidak terlepas dengan ujian daripada Allah ini. Memang perit ketika kita berhadapan dengan masalah tetapi akan menjadi pedoman yang paling baik setelah kita berjaya melaluinya. Malah,kita semakin matang mengharungi kehidupan mendatang. Apatah lagi sekiranya kita berhadapan semula dengan masalah yang sama. Kita lebih bijak menanganinya. Apa yang lebih menarik lagi, kita boleh menjadi kaunselor kepada sesiapa sahaja yang menghadapi dengan masalah yang serupa. Sesungguhnya, pengalaman sebenar yang kita hadapi ini, merupakan guru yang paling bermakna dalam hidup kita.

Ramai insan menganggap masalah itu musibah. Masalah itu bencana yang menimpa. Ramai juga yang tidak dapat terima masalah yang menimpa. Malah, lebih menakutkan lagi ada yang hilang pedoman, hilang pegangan dan ada yang sampai melibatkan aqidah kerana rasa marah pada ketentuan Tuhan. Kita sering terlupa bersyukur tentang kenikmatan yang Allah berikan tetapi kita cepat melatah jika berhadapan dengan masalah. Adilkah kita sebagai manusia dalam menerima apa yang Allah berikan kepada hambaNya?

Dalam gelak tawa, kita mengaku kita hebat. Kita mengaku kita penyabar. Kita mengaku kita beriman. Semua orang dikeliling, nampak kitalah orangnya yang sering bersedekah. Kitalah juga orangnya menunggu tangga masjid. Kita laungkan kitalah orang yang bersyukur dengan segala kenikmatan. Tapi, sejauh mana kita mempunyai sifat-sifat seperti itu jika kita tidak diuji olehNya?

Sejauh mana kita boleh dikatakan bijak sekiranya tidak ada ujian atau peperiksaan bagi menentukan tahap kebijaksanaan kita?

Oleh itu, sebarang masalah yang melanda, carilah sedikit ruang untuk berfikir seketika. Ini adalah ujian dari yang Maha Esa. Wajarkah kita yang menerima kenikmatan bertahun-tahun lamanya , tapi sekali diberi ujian, kita lupa kenikmatan yang dikecapi selama ini.

Saya ingin para pembaca yang singgah di ruangan saya ini, memberi respon terhadap apa juga masalah. Kita sama-sama cuba mencari penyelesaiannya. Kalau tidak pun, kita cuba meringankan sedikit bebanan yang menimpa dengan berkongsi masalah tersebut. Itu lebih baik daripada kita melakukan kerja-kerja yang lebih ’bodoh’ dan merosakkan diri sendiri. Insyaalah, Allah akan menolong hamba-hambaNya yang ingat padaNya.

Isnin, 8 Februari 2010

assalamualaikum

Hai......saya ingin berkongsi apa sahaja dengan semua manusia yang ada di muka bumi ini. Tak kiralah apa sahaja yang kalian ingin hantarkan. Saya suka memerhati dan mengetahui pelbagai perkara dan pengalaman yang kalian ingin kongsikan kerana setiap pengalaman itu ada pengajarannya tersendiri. Manusia ni betul-betul unik....so, masalah yang dialami juga agak unik. Jangan rasa segan untuk berkongsi maklumat kerana mungkin dengan pengkongsian ini kita dapat meringankan bebanan fikiran. Setiap manusia tentu tidak lari dari masalah. Tak kiralah masalah family,masalah kawan-kawan, masalah anak, masalah suami,masalah boyfriend,girlfriend dan seribu satu masalah lagi. Untuk pengetahuan semua, saya adalah seorang isteri kepada seorang lelaki, ibu kepada tiga orang anak dan pernah juga menjadi seorang anak kepada seorang ibu dan seorang ayah. So,insyallah saya dapat memahami perasaan dan masalah kalian dan insyallah kita boleh berkongsi masalah tersebut. Saya rasa, dengan cara ini kita tidak melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri dan secara tidak sengaja melakukan dosa besar hanya kerana ujian (masalah) yang dihadapi, malah lebihteruk lagi kita dah melakukan sesuatu yang melibatkan aqidah kita sebagai seorang muslim.
Okey!!!!