Sabtu, 27 Februari 2010

Erti kasih, sayang dan cinta???Siapa yang harus menerimanya?

"Mati disepak kekasih ibu".
Tajuk pada dada metro pd 28 Feb.2010 mencuit hati naluri sy sbg seorang ibu. Wajarkah sbg seorg manusia memperlakukan budak sekecil itu hingga tidak bernyawa. Di mana letaknya nilai kemanusiaan yg Allah anugerahkan padanya? Lebih memalukan, org yg terlibat ialah seorg muslim yg tahu hukum dan percaya adanya pembalasan suatu hari nanti. Begitu rendah nilai nyawa manusia....

'Kasihnya ibu...membawa ke syurga....'

Di mana kebenaran ungkapan ini lg?? Kerana seorang lelaki, seorg ibu jadi keliru. Ya Allah, mengapa hal ini boleh terjadi? Adakah manusia di akhir zaman ini sudah hilang sifat kasih sygnya pada yg berhak menerimanya???
Apa yang sy takutkan,
hilangnya kasih syg suami pd isteri,
hilangnya kasih syg isteri pd suami,
hilang kasih syg ibubapa kepada anak-anaknya,
dan....hilangnya kasih syg anak-anak pada kedua orang tuanya sendiri.
A'uzubillah....
tapi melimpah ruah pula kasih syg manusia kpd yang bukan muhrim dan sanggup mlakukan apa sahaja demi mbuktikan cinta, kasih dan syg mereka.

Hidup ini, begitu singkat. Masa berputar sgt pantas. Carilah sesuatu yang boleh mbawa kita ke jalan yang diredhai. Sbg manusia, sy jg tidak lari drp melakukan dosa. Kita bukan maksum. Tapi, alangkah ruginya jika kita tidak merasakan apa yg kita lakukan itu merupakan satu dosa. Manusia tidak lepas mlakukan dosa apabila diuji dgn prasaan yg melibatkan cinta,kasih dan syg. Carilah erti sebenar kasih, syg dan cinta itu dan pada siapa kita harus memberinya??

Klik di sini untuk mcari jwpnya...

Lebih daripada seorang disyaki dera Syafiah

KERATAN Kosmo! semalam.
SEORANG penduduk, Ahmad Fikri Khalis Zakaria menunjukkan tempat Syafiah dipercayai didera di padang bola Taman Batu 30 dekat Batang Kali Khamis lalu.


KUALA LUMPUR - Polis percaya terdapat lebih daripada seorang individu yang terlibat mendera hingga mengakibatkan kematian Syafiah Humaira Sahari, 3, di Batang Kali Khamis lalu..............(keratan kosmo 1 Mac 2010)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan