Sabtu, 27 Februari 2010

Sukarnya Menjadi Ibu....dan Guru



Sebut je nama sy, siapa pljr yg tak kenal. Tak tahulah kenapa. Mungkin sy garang sgt di mata mereka. Kl difikirkan, memang ya,kot. Biasalah, ramai manusia menilai seseorang dengan mata bukan dgn mata hati. Sy pun tak pasti, adakah sy ni terlalu garang sampai ramai pljr mcm takut je nampak sy. Puas berfikir dgn persoalan yg kecil ini, maka sy pun bertanya dgn anak sendiri.
"Garang sgtkah mama ni???"
Ketiga-tiga anak sy menjawab dgn jawapan yg sama....."ya!!!!"
Tergelak juga sy. Tpaksa akur dgn jawapan mereka. Sy hendak jg mjadi guru yg baik,lemah lembut dan tidak suka marah pljr tapi, sy tak boleh jd orang lain. Memang cara sy mdidik dgn cara itu. Sy tak kisah kalau tak jd guru popular pun. Bg sy, pljr skarang dh lupa dgn tanggungjwb mereka utk mbina sesuatu pada masa hadapan. Mereka lalai dgn kseronokkan dunia remaja ciptaan mereka sndiri.
Sy tahu, ramai yg tak setuju dgn pandangan sy. Kuno kot...tp sy tetap mempertahankan cara ibu bapa dulu mdidik anak-anak mereka. Ibu bapa dulu snggup rotan anak demi mempertahankan harga sebuah maruah. Berbeza sgt cara ibu bapa skrang. Bg sy, ibu bapa harus dpt membezakan pktaan 'membesarkan anak' dgn 'mdidik anak'.
Mbesarkan anak, sgt mudah. Sama je mcm makhluk Allah yg lain. Tp, bab mdidik ni lah yg sgt sukar. Bukan stakat mberi anak pdidikan agama dan pendidikan duniawi shaja malah lebih dari itu ibu bapa harus lakukan.
Sy akui, sy sgt cemburu dgn anak-anak sy. Kadang-kala, sy jg keliru dgn cara sy jg. Kesian anak-anak sy. Ketika remaja lain seronok dgn dunia remajanya,
(ada handphone, ada motor sendiri, ada boyfren dan girlfren, boleh keluar sesuka hati dan enjoy dgn kawan-kawan) anak sy sgt tbatas dalam hal-hal itu. Anak sy tak kiralah yg lelaki atau perempuan tiada hp wlaupun dh remaja. Anak sulung sy, dah masuk Universiti br dpt pegang hp. Ksian mereka, kan???
Bab boyfren dan girlfren, lg la sy menentang keras. Sy memang tak boleh terbuka dlm hal ini krn, sy yakin hbngan antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim, mmg akan mjurus ke arah "itu" juga. Sbg manusia, kita tetap lemah kerana nafsu juga telah dibekalkan oleh Allah pada setiap manusia. Jarang sekali manusia menang dlm menangani nafsu. Oleh itu sy berpegang pada pesan Nabi iaitu, "Jgn mendekati zina". Nabi tak kata, jangan berzina. Ini bermakna, mdekatinya pun jangan, inikan pula berzina?? Sy selalu bpesan pada anak-anak, jgn bimbang tentang jodoh, kerana jodoh ni telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lg. Tak perlu tergesa-gesa ke arah itu. Jodoh, ajal dan rezeki mmg dalam ketentuanNya. Pesan sy lagi, "wahai anak-anak, dalam usia begini, kalian sayanglah ibu, ayah dan adik-beradik kerana satu masa nanti kasih dan syg itu akan kalian beri kpd suami, isteri dan anak-anak sendiri". Pada masa itu, mama dan ayah, entah ada lagi atau tidak. Alangkah ruginya kami jika anak-anak kami sygi telah memberi ruang di hati mereka untuk mengasihani org lain selain drp kluarga sendiri dlm usia yg tidak sewajarnya.
Bukan sy tak faham perasaan anak-anak sy tp mereka yg tak faham prasaan sy. Sy melihat apa yg mereka tidak nampak. Biarlah sy dilabelkan dgn pelbagai panggilan bg mereka yg tak stuju cara sy mdidik anak. Sy yakin, suatu hari nanti anak sy akan mngerti erti kasih syg sy thadap mereka. Apa yg lbh mbanggakan sy, anak sulung sy mula berkata "Amal akan cari isteri yg mdidik anaknya sperti mama mdidik kami".
Berbalik dgn suasana di sekolah.....
Memandangkan sy tlibat dgn disiplin, sy tidak dpt lari drp bdepan dgn ibu bapa pljr. Apa yg sy phatikan, ibubapa akan mnunjukkan kasih syg mereka kpd anak-anak dgn memberi sesuatu yg anak-anak mreka suka. Carilah mana pelajar yg tidak ada hp pd masa kini? Berapa org pljr yang betul2 tak ada boyfren dan girlfren. Pernah suatu ketika, seorang ibu pljr datang ke sekolah dan bercerita pd sy yg anak perempuannya tidak dpt dikawal. Anaknya selalu saja berhubung dgn teman lelaki melalui hp tak kira siang atau malam. Apa yg lbh mengejutkan lg, apabila si ibu mbuka hp anaknya, pelbagai gambar yg tidak sepatutnya ada di dlm hp anaknya itu. Lantas, sy terus bertanya dari mana si anak memperoleh telefon dalam usia baru meningkat 14 tahun? Maka,si ibu dgn rasa tidak bsalah memberitahu, hp itu adalah hadiah daripadanya sempena harijadi anaknya yang ke 13 tahun. Sy jadi terkedu, dan berfikir sejenak....
"Inilah nilai kasih sayang seorang ibu kepada anaknya".Tidakkah boleh jika sy katakan ibu seperti inilah yg mnyumbang kepada kerosakan akhlak dan meruntuhkan maruah anaknya sendiri? Layakkah anak yang baru tingkatan 1 pd masa itu diberi hp sbagai tanda kasih sygnya pd anak tsebut??? Tapi, siapalah sya nk mngomen ibu tsebut krn sy juga seorg ibu yg tlalu byk kelemahannya jg. Itu baru satu kes. Kl nak diceritakan di sini, huh!!!! tentu tak cukup ruang.
Sbenarnya, tiada cara yg khusus untuk kita mdidik anak. Mdidik anak memerlukan jg kreativiti sendiri. Anak-anak memang bijak membaca kelemahan ibu bapa. Mereka cekap mcari peluang dan ruang untuk mengekploitasi kelemahan kita. Justeru, kita sbg ibu bapa harus mcari pelbagai kaedah bgaimana hendak mdidik mereka. Paling tidak,kita baca panduan mdidik anak cara Luqman al-Hakim, dan ikutlah yg mana kita mampu mengikutnya krn anak-anak kita pelbagai ragamnya. Apa yg pasti,asas agama harus diberi sejak mereka kecil lg.
Maaf, jika sy mnyinggung mana-mana pihak. Sy tidak berniat ke arah itu krn sy jg mrupakan insan yg sgt lemah dan mcari yg terbaik unt diri sy.


Di sini, sy bawa pembaca mgikuti bagaimana cara Luqman al-Hakim mdidik anaknya.


Klik di sini

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan