Hai......saya ingin berkongsi apa sahaja dengan semua manusia yang ada di muka bumi ini. Tak kiralah apa sahaja yang kalian ingin hantarkan. Saya suka memerhati dan mengetahui pelbagai perkara dan pengalaman yang kalian ingin kongsikan kerana setiap pengalaman itu ada pengajarannya tersendiri. Manusia ni betul-betul unik....so, masalah yang dialami juga agak unik. Jangan rasa segan untuk berkongsi maklumat kerana mungkin dengan pengkongsian ini kita dapat meringankan bebanan fikiran. Setiap manusia tentu tidak lari dari masalah. Tak kiralah masalah family,masalah kawan-kawan, masalah anak, masalah suami,masalah boyfriend,girlfriend dan seribu satu masalah lagi. Untuk pengetahuan semua, saya adalah seorang isteri kepada seorang lelaki, ibu kepada tiga orang anak dan pernah juga menjadi seorang anak kepada seorang ibu dan seorang ayah. So,insyallah saya dapat memahami perasaan dan masalah kalian dan insyallah kita boleh berkongsi masalah tersebut. Saya rasa, dengan cara ini kita tidak melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri dan secara tidak sengaja melakukan dosa besar hanya kerana ujian (masalah) yang dihadapi, malah lebihteruk lagi kita dah melakukan sesuatu yang melibatkan aqidah kita sebagai seorang muslim.
Okey!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan