Selasa, 10 Disember 2013

Projek Bulan December 2013

Alhamdulillah...siap sudah projek buat mural sekolah. Sungguh meletihkan sekali kerana cuaca tidak menentu. Kadang2 hujan selebat-lebatnya dan ada ketikanya panas hingga menggigit2 kulit kami. Refleksi kepanasan dari dinding tersebut,menyebabkan bahang panas sungguh terasa. Kulit muka habis kering.  Namun,apabila projek ini siap, rasa puas dan lega itu sukar untuk digambarkan. Sebelum ini, sy sentiasa menolak dan mengelak jika pengetua minta sy menghasilkan mural sekolah. Sy memang tidak banyak masa untuk kerja2 sedenikian kerana kekangan masa yg sangat ketara.

 Nasib baik sy mendapat sokongan daripada cikgu Siti dan cikgu Sharumi. Keyakinan mereka  menyebabkan sy menyahut juga cabaran ini di samping komitmen murid-murid yang sangat tinggi. Memandangkan sy bukanlah hebat dalam bidang seni visual ni, sementelahan pengetua pula berkehendakkan tema tertentu yg harus divisualkan, sempat jugalah sy merasa tention untuk beberapa hari. Hahahaha......

Kami mengambil masa selama 10 hari untuk menyiapkan projek mural ini. Semalam, 9 Disember 2013, pukul 8.15 malam, maka siaplah mural kami yg tidaklah secantik mana pun.. Cuma tinggal 5 % sahaja yg kami tinggalkan atas permintaan pengetua yang hendak mewarnakan dua objek iaitu kuda kepang dan wau bulan.

Sepanjang kami menyiapkan murel ni, perkara yg paling menggelikan hati apabila orang hitam yg kami lukis kat dinding, telah menakutkan jaga berbangsa India di sekolah. Puas jaga tersebut memujuk sy supaya menukar orang hitam tersebut. So, kami kena tukar juga warna orang hitam tu. Kah kah kah...Nak tengok ???

ni la rupa orang hitam tu...

dan sekarang dah berbaju biru...(gelihati betul)

Di bawah ni, proses kerja menghasilkan murel bermula. Ok.....bunyi macam gempak je, tp hasilnya taklah seberapa. Saja....nak bagi suspen.

mula melakar pada dinding

mesti rujuk juga pada lakaran yang telah sy buat di atas kertas

mula mewarna

sempat juga possing...

Hai Siti....mengelat ya
Umi yang tinggi skil lukisan teknikalnya

kereta masa depan....cewah..




yang best dan terharunya, ckg sains pertanian pun turun tangan juga
disebabkan nekad nak siapkan cepat, hari terakhir tu,kami bekerja sampai malam
yeahhhh...dah siap

inilah hasilnya dari sudut kanan

yang ini pula pandangan dari perspektif kiri

Inilah hasilnya walaupun tak secantik mana
p/s : Tkasih kak Lela krn bagi pinjam apron Tkasih kak Min kerana selalu bawa sarapan. Tkasih para pentadbir yg selalu beri sokongan. Tkasih siti, sharumi, sharifah, amir (pbantu makmal) ,encik2 jaga yg selalu menjaga kami, 6 org student yg sgt komited...amirin, fadli, intan, athirah, aisyah dan zafirah. Semoga Allah sahaja yg membalasnya

Jumaat, 8 November 2013

Anda Dalam Kategori Mana?

Kawan-kawan di sekeliling kita memang ada pelbagai peringkat.Kepelbagaian  inilah yg menyebabkan kita dapat melihat di mana kategori kawan-kawan kita .Yang pertama, kawan yg hanya boleh diajak  berbual-bual sahaja. Gelak-gelak,gurau senda dan bergembira. Yang kedua, kawan yang boleh kita bawa berbincang dalam hal-hal biasa kerana mereka tidak pandai menyelam hingga ke dasarnya dan yang ketiga kawan yg sangat memahami walaupun perkara yang dibincangkan itu begitu abstrak sekali untuk difahami. Ada juga kawan yang akan hilang di saat kita menghadapi musibah dan memerlukannya sebagai saksi untuk menegakkan kebenaran walaupun dia tahu kita tidak bersalah. Mereka takut untuk melibatkan diri dalam masalah yang kita hadapi. Dan, anda pula dalam kategori mana sepanjang anda bergelar kawan kepada orang lain.

Begitulah yang telah Allah jadikan kita di muka bumi ini.Tidak sunyi dari pelbagai ragam manusia. Kalau semua manusia sama pemikirannya,pandangannya,sikapnya, tentu kita tidak dapat kepelbagaian jenis kawan. Jadi, secara rasionalnya, logiklah kita semua menghadapi kawan-kawan sedemikian rupa dan kitalah yang berhak memilih kawan seperti mana yang kita suka berkawan.

Sepetang sy bersama Kak Mun,  banyak membincangkan kepelbagaian kawan2 yg berada di sekeliling. Kak Mun memang gemar membaca buku dan hasil dapatan yg dibaca, dia akan membincangkannya semula dgn sy. Suka atau tidak, secara tidak langsung sy akan jadi seorang pemikir dengan isu yg dia bawa. Tidak terasa langsung berlalunya masa selama dua jam setengah ketika bersamanya.

Melalui salah satu buku yang kak Mun baca, memang ramailah kawan2 yg sukar untuk 'dibaca ' melalui sikap luarannya. Nampak mcm baik tapi sebenarnya hipokrit. Mereka terpaksa jadi hipokrit kerana kehendak manusia sendiri. Tahu mengapa? Kerana terlalu ramai antara kita yg tidak suka berkawan dgn orang2 yg telus dan tulus dalam berbicara. Kebanyakan dari kita memang suka dengan kawan2 yang meng'iya'kan saja kata2 kita walaupun dia tahu apa yg kita katakan itu tidak benar. Jadi, untuk tidak menibulkan kontradik dalam pendapat, dan tidak mahu berlakunya perselisihan faham yang menjurus kepada persengketaan, maka ramailah antara kita yang menjadi hipokrit. Depan cakap lain, belakang pula cakap lain.Kawan yg hipokrit ini,  memang ramai kawan kerana mereka boleh bertukar dalam byk keadaan mengikut masa dan  kesesuaian. Dan, ramai juga antara kita yang sukar mengesan kawan yg seperti ini kerana mereka tidak ada kemahiran untuk menilai sesuatu yg abstrak.
( Boleh faham ke ayat sy ni?....Kalau tak faham baca dua kali. Kalau tak faham juga, nasib la....)
 

Banyak isu yang kak Mun kupas tentang kawan-kawan yang ada di sekeliling kita. Memang banyak benarnya dengan apa yang kak Mun kata. Terlalu sukar untuk mencari kawan yang sanggup bersama-sama ketika kita sangat memerlukannya. Kategori kawan yang paling ramai ialah kawan yang suka bergelak tawa,bergembira dan hadirnya hanya sekadar hiburan santai semata2. Dan kebanyakan daripada mereka ini tidak sanggup melibatkan diri dalam kontroversi walaupun mereka tahu akan kebenaran itu. Walau bagaimanapun, terpulanglah pada mereka untuk jadi kawan dalam kategori mana mengikut keselesaan mereka.

Sekarang lihat pada diri anda sendiri, jenis kawan bagaimanakah anda dan berapa jenis golongan kawan yang anda ada. Kemudian, sy juga perlu lihat pada diri sendiri juga. Sy ni, jenis kawan yang macam mana pula??? Walau apapun, berusahalah menjadi kawan yang baik kerana kawan yg baik ini sgt tinggi nilainya.

p/s: Kak Mun kata, antara saya dan dia, sangat terlalu byk beza. Kami tak ada langsung titik persamaan dalam byk keadaan baik dari aspek bakat, keseniaan, kepekaan,minat,sikap dan byk lagi. Tapi yg menemukan satu titik persamaan antara kami ialah cara kami berfikir tentang perkara-perkara yang abstrak ini.
(Ya ke Kak Mun???)

Sabtu, 2 November 2013

Insan-Insan Yang Saya Sayang

Saya sayang mereka.......

Miszalin...lin...lin...lin



Cinta Hati Saya
Hai Kak Sarimah    

Sayang buat kak Mun 
Arwah kak Biah....Al-Fatihah 

Ahad, 13 Oktober 2013

Pentingnya Cara Kita Bertutur

Memang sukar menjaga tutur dan kata. Silap berkata-kata, maka buruklah padahnya.
Memang pada awalnya kita semua akan 'respect' pada seseorang apabila melihat seseorang melalui penampilan luarannya  tetapi percayalah, melalui tutur kata jugalah seseorang itu dihormati atau sebaliknya. Biarpun penampilan seseorang biasa-biasa sahaja, tetapi jika ia sentiasa berhemah dalam tutur dan kata, inshaAllah orang akan hormat  padanya sampai bila-bila. Benarkah kenyataan saya ini?????


Jawapan daripada persoalan tersebut sebenarnya berdasarkan pengalaman sy juga. Memandangkan sy ini tergolong dalam kalangan orang yang biasa-biasa dalam berpenampilan  dan banyak kurangnya dalam serba serbi dah tentulah memandang tinggi pada seseorang yang begitu sempurna penampilan dan sahsiahnya tapi dlm masa yg sama,  betul juga kata pepatah Inggeris ' Don't judge the book by its cover' . Sy akur dengan pepatah itu. Adalah satu kesilapan jika sy tetap memandang remeh kepada orang yang berpenampilan biasa2 sahaja dan memandang sangat tinggi kepada seseorang yang berpewatakan seperti muslimah sejati.

Ya, sy terima juga jika ada yg kata ' jangan kaitkan cara seseorang berpakaian dengan tingkah laku' tetapi persoalannya topik yg sy bincangkan ini adalah berkaitan dgn rasa hormat seseorang kepada seseorang. Jika kita ingin dihormati oleh orang lain, kita harus menjaga tutur kata bukan menjaga penampilan luaran sahaja. Waallahualam...
Kenapa sy begitu terpanggil untuk menulis isu ini?
Petang semalam, sy bersantai bersama anak-anak di salah satu tempat rekreasi di Shah Alam. Saya melihat seseorang yang bergitu sempurna cara dia berpakaian. Berhijab labuh hitam, berjubah hitam dan berpurdah hitam. Pada masa itu, sy bertanya pada anak perempuan sy, bila kita nak berpakaian seperti itu. Tiba2 rasa hormat saya begitu tinggi dengan perempuan tersebut. Bagi sy , wanita sepertinya berjaya membatasi diri dari menikmati kecantikan luaran untuk dipandang oleh menusia lain. Hebat, bukan ? Sy melihatnya duduk di atas bangku sambil matanya memandang ke arah tasik. Sungguh, sy memang tertarik. Dalam masa sy berkata2 tentang wanita berpurdah itu, sy melihat pula seorang lelaki dan seorang wanita datang menghampiri wanita berpurdah tersebut. Sy tidak pasti apa yg diperkatakan oleh lelaki tersebut kerana suaranya terlalu perlahan dan hampir tidak kedengaran.

Saya dan anak2 terkesima dan kerkejut apabila mendengar suara wanita berpudah itu dengan jelas kedengaran.

" Awak tak payah nak beri salam  pada sy..dan sy tak ingin pun nak menjawab salam awak.Awak memang jantan tak sedar diri. Mana anak2 sy?? Awak ni memang jantan dayus. Sy tak mahu dengar apa2 dari awak.Bla...bla...bla...."

Melihat keadaan itu, sy mengajak anak2 sy  beredar dari situ kerana sy rasa situasi tersebut tidak begitu  sesuai untuk ditonton oleh anak2 sy. Memang sy tahu perempuan berpurdah itu marah tapi walau dia tidak bersalah sekalipun, dia tetap tidak dapat mengawal rasa amarahnya hingga terlupa sikapnya itu dilihat oleh orang2 yg berada di situ. Sy tidak tahu siapa lelaki dan perempuan itu, tetapi apa yg penting rasa hormat sy hilang secara tiba-tiba melalui tutur dan kata wanita berpurdah itu.

Hari ini, sy berkesempatan melihat satu program''Cinta Ilmu" di TV al-Hijrah. Sy tidak pasti apa topik yg dibincangkan tetapi sy tertarik satu ulasan yg dinyatakan oleh Dr. Zulkifli. Menurut beliau, kita jangan menilai baik dan buruknya seseorang itu dengan hanya memandang zahirnya sahaja kerana adakalanya orang yang kita rasa tak baik itu, jauh lebih baik dari kita yang selama ini kita rasa kitalah yang paling baik. Begitu juga sebaliknya, Sesungguhnya baik atau tidak seseorang itu bukan setakat apa yg kita pandang luarannya tetapi ia merentasi sampai ke peringkat yg dalam. Tak sangka juga , kejadian semalam ada 'link' pula dengan topik Cinta Ilmu pada petang ini.

Ok, itu sahaja yg ingin sy kongsikan di sini tetapi jangan pula ada yg berkata macam ni " Alah, aku tak tutup aurat, tidak semestinya aku jahat dan orang bertudung lingkup tu, tidak semestinya dia tu baik sangat" .Orang-orang di luar sana, memang bijak mencipta falsafah sendiri untuk back-up diri sendiri yang byk kekurangannya. Ingat, tutup aurat dengan bersikap baik atau sebaliknya adalah dua perkara yang berbeza. Kita semua tahu, tutup aurat itu wajib dan diharapkan bila kita menutup aurat, secara automatiknya kita akan jadi baik Sy tidak menekankan di sini tetang menutup aurat dan bersikap baik atau sebaliknya cuma apa yg ingin sy kongsikan di sini , ' rasa hormat kita pada seseorang akan terbit melalui cara seseorang itu bertutur dan rasa itu inshaAllah akan berpanjangan lebih2 lagi dihiasi dengan penampilan Islamiknya.'  Waallahualam...

Sabtu, 28 September 2013

Kesibukan dan Ujian Allah

Lama sungguh sy tidak menulis. Tak tahulah kenapa....mungkin sibuk dengan urusan dunia. Memang memenatkan. Belum pun selesai merangka pelan strategik panitia, dah kena buat pulak pelan strategik badan pengawas 2014. Selagi hidup, memang tidak pernah berhenti menguruskan hal-hal sebegini. Dunia pendidikan begitu mencabar. Hanya golongan kami sahaja yg tahu betapa sukarnya menguruskan dunia kami. Maklumlah, ia melibatkan pembentukan sahsiah dan kemenjadian manusia. Betullah kata Pengarah Pendidikan Selangor baru-baru ni, " seorang doktor, jika tersalah beri ubat, akan menyebabkan seorang individu sahaja yang mendapat musibah, tetapi jika guru tersalah didik, menyebabkan berpuluh2 individu terlibat.". Nauzubillah.....

Dalam kesibukan menguruskan pelbagai perkara, adakalanya ada antara kami yang berhadapan dengan masalah peribadi. Bukan senang hendak mengimbangi perasaan. Di rumah,mungkin boleh tergolek2 menangis,meraung atau apa sahaja yg boleh meredakan perasaan tapi di sekolah, guru harus profesional di hadapan murid-murid. Wajah mesti ceria supaya murid pun bersemangat hendak menerima ilmu.
 
2 minggu lepas, sy mendengar cerita seorang kawan yang terkejut akibat mendengar berita dia dimadukan. Walaupun belum sahih cerita yang didengar, namun berita itu sangat mengganggu perasaan kawan sy. Memang kasihan dan simpati mendengar ceritanya tp disebabkan ia melibatkan cerita rumah tangga, sy tidak berani mencampurinya. Takut tersalah kata, tersilap memberi idea, bertambah buruk jadinya.

Memang tipikal mana2 isteri,akan terduduk malah ada yg tersungkur apabila mendapat tahu suami mereka berkahwin seorang lagi. Apa nak dikatakan, para suami memang suka memberi alasan "poligami dibenarkan dalam Islam". Memang petah mulut2 si suami ,memberi jawapan yang agak islamik bila berkaitan dengan perkahwinan. Selebihnya,mereka memang tidak pernah mengkaji mengapa Islam membenarkan mereka berkahwin lebih dari satu.

Si isteri pula,memang kebanyakannya tidak boleh menerima apabila suami mereka kahwin lagi walaupun Allah menjanjikan "payung emas" jika mereka redha. Maka,para isteri juga mula me"list" kan sebab2 suami mereka tidak layak berkahwin satu lagi. Dan akhirnya masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan mudah.

Alangkah mudahnya hidup ini jika kita memahami istilah  "redha", mengerti maksud "takdir" dan menerima "qada dan qadar". Tapi, dalam masa yang sama,kita semua adalah insan yang lemah, maka bukan semudah itu kita menerima dan memahami dan  mengaplikasi istilah2 di atas. Ya, kita memang lemah. Kita tidak sekuat Asiyah binti Muzahim.

Walau apapun,buat kawan saya yang dalam kesedihan ketika ini, banyakkan berdoa supaya tabah menghadapi dugaan ini. Kita tidak mampu melawan takdir Allah. Jika sebelum ini kita selalu mealafazkan perkataan redha, mengaku beriman, menyanyangi Allah lebih dari segala-galanya maka dengan sebab itu Allah menguji kita untuk DIA melihat sejauh mana kebenaran apa yg kita lafazkan sebelum ini. Macam sy juga, selalu rebah tatkala ditimpa musibah. Menangis semahu-mahunya apabila berada dalam kesedihan. Namun, tatkala menerima musibah dan menghadapi fasa sedih itu, sy akan mengadu padaNya dan berdoa kepadaNya supaya kuatkanlah sy menghadapi segala ujian tersebut. Bukankah secara tidak langsung,kita semakin dekat padaNya? Jadi, bersangka baiklah pada Dia kerana apa sahaja yg diberiNya, tidak pernah percuma. Wallahualam......

Ya Allah, janganlah Engkau mengujiku dengan ujian2 yang tidak mampu untukku tanggung

Jumaat, 16 Ogos 2013

Hari Raya Cara Kami....Selamat Hari Raya 1434/2013

Raya tahun ni,kami memilih out door dlm sesi gambar-bergambar ni. Lokasinya kami pilih di kaki bukit Malawati,Kuala Selangor. Maklumlah, hari raya pertama kami tidak kemana-mana pun. Petang raya baru kami bertolak ke Terengganu.
Selamat Hari Raya Idul Fitri, maaf zahir dan batin.

Inilah keluarga saya...serba sederhana

Muka boring melayan kerenah saya anak beranak
Permata hati saya
Inilah saham kami di akhirat kelak

Anak sulung saya ...Amal

Puteri tunggal saya...Nana

Anak manja saya...Didi
Semoga keluarga saya berada dalam lindunganNya...amin

Selasa, 2 Julai 2013

Disebalik Wajah

Mungkin cerita ini, tidak munasabah bagi sesetengah orang, tapi inilah realiti sebuah kisah sedih yang telah terjadi pada seseorang dan sy zahirkan ia dalam bentuk penulisan. Semoga, sesiapa yg singgah di blog sy ini, dapat merasakan bahawa nasib kita tidak sama. Jika ada sesuatu yang pelik berlaku pada seseorang individu, jangan segera menghukum mereka kerana kita semua tidak tahu apa yang terjadi di sebaliknya. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang layak menghukum seseorang kerana hanya Dia sahaja yang tahu apa yg berlaku ke atas hambaNya.  Dan....sy berharap. sesiapa yg membaca entri ini,doakanlah insan ini agar hubungan kekeluargaannya bertaut kembali.  Sesungguhnya, kita tidak dapat menduga apa yang berlaku di sebalik wajah kerana wajah tidak memberi jawapan tentang kesedihan dan kegembiraan sesetengah insan.

1 Julai 2013 akan tetap bersemadi dalam hidup sy. Hari ni sy terpaksa terima bahawa sy kehilangan abah buat selama-lamanya. Pada hari ini, tidak cepat sesaat mahupun lambat sesaat,Allah menunaikan janjinya bahawa abah sy akan pergi meninggalkan segala-galanya. Cuma apa yg nyata,sy memang tidak ditakdirkan dpt berjumpa abah semasa hayatnya masih ada. Apakan daya.......Allah pengatur segala-galanya. Sy redha walaupun perasaan sedih yg teramat sgt melanda diri ini. Apa yg mampu sy buat hanya sedekahkan al-Fatihah dan surah Yasin buat abah. Sesunggugnya sy amat menyayangi abah ,emak,adik2 dan kakak2 sy.

Jika sy menceritakan di sini,itu bukan bererti sy memalukan sesiapa. Bukan juga menyalahkan sesiapa. Sy tidak ada sesiapa untuk bercerita. Tak mungkin sy boleh meluahkan apa yg tersimpan dihati sekian lama pd kwn2. Sejauh mana mereka boleh memahami sy? Cerita sy sukar difahami oleh sesiapa krn tidak ada duanya cerita hidup sy  yg terjadi pd org lain. Tp hari ini,sy nekad unt meluahkannya di sini. Bukan untuk difahami tetapi sekadar melepaskan kesedihan di hati.

Wahai abah yg telah pergi, sekelumit pun di hati sy tidak ada perasaan dendam . Sy bersumpah,abah tetap di hati ini walaupun lebih 15 tahun sy tidak bersua dgn abah. Sy takut untuk menjejakkan kaki  ke rumah itu selepas emak dan abah menghalau sy,suami dan anak-anak walaupun peristiwa itu sudah  15 tahun berlalu. Emak dn abah sepakat menuduh sy dan suami menggunakan ilmu hitam  hingga menyebabkan keluarga pernah mengalami sakit luar biasa. Emak yg begitu taksub dgn bomoh berjaya meyakinkan semua orang bahawa sy dan suamilah punca abah dan adik beradik yg lain sakit dlm masa yg sama walhal sy tidak tahu apa sebenarnya yg terjadi. Apa yg menyedihkan sy, ketika tuduhan itu dibuat, anak ketiga sy baru berusia 3 hari. Sy balik ke kampung dgn harapan dpt berpantang di sana dn dpt juga berpuasa bersama emak,abah dan adik-beradik yg lain tp harapan tinggal kenangan yg sgt sukar unt dilupakan. Pada ketika itulah emak dan abah menghalau sy dan tidak membenarkan kaki sy dn suami jejak lagi ke rumah tersebut. Malah, abah mengharamkan sy melihatnya seandainya dia dan emak meninggal dunia. Pada ketika itu jg emak dn abah tidak mengaku sy anaknya lg. Sayangnya, tidak ada seorang pun adik beradik yg lain menyaksikan keadaan itu krn semuanya bekerja.

Sy tidak tahu apa yg adik beradik sy dengar dari mulut emak mahupun abah hingga mereka juga sepakat menolak sy. Dan sejak itu hubungan sy dan keluarga terputus. Tp syukurlah, disebabkan sy dn kakak sulung pernah bekerja setempat, sy pernah menceritakan kejadian itu pdnya. Terpulanglah pdnya unt mempercayai cerita sy mahupun sebaliknya. Dua tahun kebelakangan ini, seorang lg kakak sy dpt menghubungi sy. Itupun secara tidak sengaja apabila dia terjumpa blog sy. Padanya juga sy sempat bercerita tentang kejadian 15 tahun yg lalu. Sy tidak mengharapkan mereka pcaya tetapi cukup sekadar dia tahu mengapa selama ini sy tidak menjenguk emak,abah dan adik beradik yg lain.

Hari ini, abah sy dh tiada dan dia pergi membawa prasangka yg sedemikian rupa terhadap sy. Memang sy sedih krn tidak dpt membuktikan apa-apa namun sy pasrah dan redha jika begitu kehendak tuhan. Sy terima segaka-galanya walaupun ada antara adik dan kakak tetap menuduh sy seorang yg pendendam krn terlalu lama tidak menjenguk emak dan abah di kampung. Saya????? Memang tak mampu menjawab tuduhan mereka.

Apapun, sy bersyukur krn dapat juga sy melihat jenazah abah walaupun di kubur dan bukannya di rumah. Sy masih tidak berani menjejakkan kaki di rumah itu,namun suami dan anak-anak sy pujuk agar pergi juga ke kampung walaupun perasaan takut itu masih ada. Sy jg bersyukur krn sy dpt tahu  yang abah meninggal walaupun daripada seorang kawan dan bukannya daripada adik beradik sendiri . Sebelum ini, adik beradik sy sepakat tidak menceritakan apa sahaja yg berlaku dalam keluarga.  Sekurang-kurangnya, dua org anak lelaki sy bkesempatan membacakan atuknya surah yasin dan turut menyembahyangkan  jenazah atuknya.

Sudah terlalu lama pipi abah tidak sy cium. Dan segala sumpah abah agar sy dan suami tidak menjenguk jenazahnya, sy tolak ketepi. Sy yakin, Allah tidak menghukum sy dan suami kerana melanggar permintaan abah 15 tahun yg lalu. Sy berharap, abah telah memaafkan segala kesalahan sy dan jika ada kesalahan abah pada sy, dengan nama Allah, sy telah pun memaafkannya dengan sebersih-bersihnya hati sy. Semoga abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. al-Fatihah untuk abah.....

.

Isnin, 20 Mei 2013

Ku Ada Kamu



Ku Ada Kamu
Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan

Kau suluhkan sinar petunjuk

Di kala kukesedihan kau ukirkan senyuman

Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh

Tabahlah menjunjung bersamaku

Andai hari esok dunia gelora

Takkan kugemuruh selagiku ada kamu

Di kala aku tak pasti kau tampil dengan berani

Membimbing agar lebih yakin

Dan bila hidup penuh soalan

Kau  berkan jawapan melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Tidak mungkin diri ini mampu

Hidup tanpa doronganmu


Lagu ini sy dedikasikan buat sahabat, kakak,bos sy  atau apa saja gelaran yg sesuai untuk kak Mun yang akan bersara dengan rasminya pada 25.5.2013 tetapi warga sekolah telahpun meraikannya pada 17.5 baru-baru ini. Tahun ini juga genap 17 tahun saya kenal dengannya. Satu tempoh yang agak panjang dan satu tempoh yang sudah  cukup bagi sy dan dia mengenal hati dan budi masing2.

Sukar untuk sy ungkapkan dengan bait2 kata apakah bentuk hubungan ini sebenarnya kerana kasih sayang yang terjalin memang benar2 satu anugerah Allah kepada sy. Selain drp suami dan anak2, dia adalah sebahagian dlm hidup sy. Tiada kata2 yg boleh diungkapkan agar orang lain tahu betapa uniknya hubungan yang terjalin dgn tidak dirancang ini. Namun, apa perlunya orang lain tahu krn kebanyakan drp mereka lebih ramai yg tidak memahami erti sebuah persahabatan.

Kalau sebelum ini sy terlalu byk menangis kerana masalah perbadi yg terlalu byk menghimpit, tetapi setelah dia hadir dalam hidup sy, air mata ini tidak tumpah lagi. Kalau sebelum ini sy rasa sy tidak ada ibu bapa dan saudara mara, kehadirannya sudah cukup menyempurnakan hidup sy malah sy rasa hidup sy setanding dgn org lain yg ada keluarga untuk berkongsi segala suka dan duka. Kalau sebelum ini sy  rasa rendah diri dan tidak ada keyakinan diri, tetapi dgn kehadirannya juga menyebabkan sy sedar sy byk kelebihan. Kalau sebelum ini terlalu byk tanggapan  negatif ketika sy mentafsir kehidpan, tapi kini sy byk memandang positif pd setiap kejadian  yang berlaku ke atas sy. Dan yg paling penting, kalau sebelum ini sy berada dlm ketandusan ilmu kehidupan dan keagamaan, tetapi kehadirannya  menyebabkan jiwa sy terisi  dan lebih bersikap menerima hakikat sebuah kehidupan.

Secara jujurnya, bersaranya kak Mun tidak menjejaskan hubungan kami. Malah hubungan itu masih berjalan seperti biasa. Jika sebelum ini sy berhati2 berbicara dengannya di tempat kerja kerana tidak mahu org memandang serong pada sy tp kini,sy bebas berbuat seperti sebelumnya kerana dia bukan lg bos sy. Apa yg harus sy sedihkan? Bersaranya dia tidak ada kaitan dengan hubungan baik kami.

Namun, hati sy tersentuh tatkala mendengar ucapan terakhirnya sbelum dia bersara. Dia  telah meluahkan apa yg dia rasa di hadapan rakan guru yg hadir pd majlis persaraan tersebut. Bayangkan perasaan sy pada masa itu.  Sy rasa, tidak semua orang faham apa yang kami rasa tatkala dia merungkai erti sebuah persahabatan, keakraban sebuah hubungan dan keunikan sebuah perkenalan kerana tidak ramai manusia di dunia ini mempunyai sahabat baik apatah lagi jika individu itu telahpun berkeluarga. Dan tidak ramai juga manusia di dunia ini senasib dengan sy, disisih dan dibuang keluarga sendiri. Jadi tidak hairanlah orang lain tidak memerlukan sahabat seperti sy yang sgt memerlukan dia dalam hidup sy. Di bahunya tempat sy menangis dan mengadu kesedihan yang mungkin suami sy sendiri gagal memberi respon sebaik dia berikan. Kami sama2 perempuan, tentu hati halus kami sukar difahami oleh lelaki mahupun lelaki itu suami sendiri.

Tidak dapat sy lupakan tatkala kak Mun menjelaskan bentuk hubungan kami di dalam majlis itu. Tanpa memikirkan perasaan sy, kak Mun menjelaskan bahawa kehadiran sy adalah kurniaan Allah kerana dia berdoa selepas kematian ibu tercinta maka dia mengharapkan kehadiran seseorang untuk berkongsi  segaala suka dan duka. Dan pada ketika itulah sy hadir dalam hidupnya. Kak Mun juga berkata, persahabatan itu hadir dengan sendirinya, tanpa dirancang atau diminta. Ia hadir dan terbentuk adalah kerana keserasian dalam menjalinkan hubungan. Baginya, sy adalah sebahagian dalam hidupnya dan  di situ juga dia nenjelaskan, biarlah Allah  mengambilnya dulu daripada sy.

Terpempan sy seketika dan sebak di dada menahan air mata agar tidak tumpah merupakan suatu penyiksaan ketika itu. Sy cuba menahan sebak sekuat2 daya sy agar tidak menjadi perhatian oleh kawan2  yg hadir ketika itu. Suasana sgt sunyi dan sepi. Sebenarnya, ini kali kedua kak Mun mengungkapkan ayat itu tetapi sy sempat menutup mulutnya ketika dia mengeluarkan ayat yg sama.  Kak Mun meneruskan lagi ucapannya yg masih berkaitan dgn hubungan kami tetapi sy tidak dpt memberi fokus dgn apa yang kak Mun katanya krn sy sgt sebak ketika itu. Sy hanya berdoa agar sy tidak menangis teresak2 walaupun pada ketika itu sy gagal menyekat air mata sy supaya tidak tumpah.

Sy tahu, mungkin kak Mun mengambil kesempatan pada masa itu untuk menjelaskan bentuk perhubungan kami kerana dia kasihan melihat sy yg selalu terluka dek sindiran kawan2 yang tahu serba sedikit tentang hubungan baik kami drp mulut2 orang lain. Sy sendiri tidak faham mengapa org2 yg tidak faham  tentang erti persahabatan boleh mengeluarkan kata2 berbentuk sindiran walhal tidak ada apa2 yg sumbang  yg sy lakukan di tempat kerja atau sy mengambil kesempatan  sepanjang  dia menjadi bos sy. Sy pernah mencabar  kawan2 yg suka menyindir sy suatu ketika dahulu, apakah bentuk keistimewaan yg sy peroleh drp kak Mun  yang org lain tidak dapat. Kami tidak pernah ke hulu dan ke hilir di kawasan sekolah, atau sering makan bersama di kantin atau apa saja yg boleh menyebabkan orang lain meluat. Tetapi memang dah adat manusia biasa, walaupun apa yg sy nyatakan itu tidak berlaku di kawasan sekolah, sy tetap disindir oleh beberapa org rakan sekerja. Mustahil pula kalau kak Mun yang disindir. Mana mungkin org bawahan berani menyindir pengetua. Sayalah yg sering menjadi mangsa. Hairan manusia2 seperti ini,  bukan? Justeru, kenyataan kak Mun pada hari itu merungkai semua spekulasi,  sindiriran , dan sebagainya ke atas hubungan kami.

Terima kasih,kak Mun krn byk mengajar sy erti kesabaran dalam menghadapi kemelut hidup ini. Kalau dulu sy kuat melenting dan mengamuk  tp kini sy dapat mengawal nafsu amarah sy setelah sy melihat cara dia berhadapan dgn pelbagai situasi. Walaupun tahu ada rakan pentadbir tidak menyenanginya, dia tetap nampak tenang dan tidak membenarkan orang2 seperti itu menjatuhkan semangatnya. Dia boleh bekerja dengan tenang kerana hatinya penuh dengan ketenangan.

Terima kasih atas segalanya,kak Mun.  Andai sy berpeluang meluahkan satu rasa, sy ingin memberitahu semua bahawa sy redha sy dibuang keluarga sendiri  kerana kehadiran dia sudah cukup membuatkan sy rasa sy memiliki segalanya .


Ahad, 5 Mei 2013

Selingan Sementara Menunggu Giliran

Hari ni, sy telah pun menunaikan tanggungjawab sy sbg seorang rakyat Malaysia.  Mencecah sejam juga sy beratur menunggu giliran. Panas pagi agak menyengat juga. Spanjang menunggu giliran, macam-macam sy melihat reaksi para pengundi. Disebabkan keadaan tidak kondusif, kebanyakan orang-orang lelaki di belakang sy mengeluarkan pendapat mereka tentang parti yg mereka sokong dan parti yg mereka tolak. Mendengar pendapat mereka, membuatkan sy tersenyum sendirian. Gelihati  pun ada, tp bagus juga sekurang-kurangnya ada juga selingan hiburan di saat-saat memboringkan menunggu giliran.
Dalam hati kecil sy, ini suara orang kampong. Terpulanglah apa saja yg ingin mereka katakan. Negara demokrasi, tidak sepatutnya kita beremosi dlm melahirkan pendapat tentang politik. Di sini sy zahirkan pendapat mereka dalam bentuk tulisan.

Pemuda A: Aku tetap sokong parti yg membantu keturunan dan bangsa aku. Dari zaman mak bapak aku, sampailah zaman aku sekolah, sampailah sekarang….dah parti tu yg membantu aku. Buat apa aku pangkah parti yg belum tentu dapat membela nasib kami?
Pemuda B: Dah engkau tak pernah memangkah parti yg satu lagi, mana engkau tahu depa tu tak membantu. Cuba engkau pilih kali ni, entah2 jauh lebih baik. Lagipun dh jadi tanggungjawab parti  yg memerintah membantu rakyat, jadi apa nak diherankan.
Pemuda C : Aku pilih parti yg menyenangkan rakyat. Sape nak bg kita duit mcm kerajaan sekarang ni.  Yg lain, aku tak  nak pikir.
Pemuda B: Yang kita dpt tu, bukan duit kerajaan pun. Ha, yg engkau bayar segala cukai tu, duit tu la yg eng dapat balik. Ni ha…rokok yg kau hisap tu, kena cukai jugak. Duit tu la depa bagi kita balik.
Pemuda A: Itu aku tak tahu…yang aku tahu, kita dpt duit di saat-saat kita perlukan duit.
Pemuda D: Kita jgn la dok fikir duit je . Fikir juga masa depan anak cucu kita. Aku tengok, bab agama ni, mereka ambil ringan je. Kita cubalah ubah.
Pemuda C: Aku memang tak dapat terima bendera hijau tu bersekongkol dengan si Roket. Dah terang2 segala-galanya bertentangan. Mcm mana diorang boleh bekerjasama?
Pemuda D: Apa bezanya parti dacing tu? Mereka bukan gabungan parti dr bangsa lain juga ke? Sama je….
Pemuda A: Ahh…suka hati engkaulah. Undi tu hak masing2. Suka hati aku nk pilih apa dan suka hati engkaulah nak pilih apa....undi tu kan rahsia.

Lepas tu, mereka berempat senyap dalam beberapa saat. Agaknya melayan emosi masing-masing. Kemudian mereka berbual lagi. Kali ni isu lain pula. Bukan lagi isu politik. Sy senyum sendirian. Dalam hati sy berkata sendirian : Kalau mcm ni la…..undi tu bukan rahsia lagi. Walau apapun, tahniah kepada empat orang lelaki yg sy kira  berumur dalam lingkungan 40an ni, sebab selepas tu, mereka boleh ketawa seperti biasa. Orang lelaki memang mcm tu.