Ahad, 5 Mei 2013

Selingan Sementara Menunggu Giliran

Hari ni, sy telah pun menunaikan tanggungjawab sy sbg seorang rakyat Malaysia.  Mencecah sejam juga sy beratur menunggu giliran. Panas pagi agak menyengat juga. Spanjang menunggu giliran, macam-macam sy melihat reaksi para pengundi. Disebabkan keadaan tidak kondusif, kebanyakan orang-orang lelaki di belakang sy mengeluarkan pendapat mereka tentang parti yg mereka sokong dan parti yg mereka tolak. Mendengar pendapat mereka, membuatkan sy tersenyum sendirian. Gelihati  pun ada, tp bagus juga sekurang-kurangnya ada juga selingan hiburan di saat-saat memboringkan menunggu giliran.
Dalam hati kecil sy, ini suara orang kampong. Terpulanglah apa saja yg ingin mereka katakan. Negara demokrasi, tidak sepatutnya kita beremosi dlm melahirkan pendapat tentang politik. Di sini sy zahirkan pendapat mereka dalam bentuk tulisan.

Pemuda A: Aku tetap sokong parti yg membantu keturunan dan bangsa aku. Dari zaman mak bapak aku, sampailah zaman aku sekolah, sampailah sekarang….dah parti tu yg membantu aku. Buat apa aku pangkah parti yg belum tentu dapat membela nasib kami?
Pemuda B: Dah engkau tak pernah memangkah parti yg satu lagi, mana engkau tahu depa tu tak membantu. Cuba engkau pilih kali ni, entah2 jauh lebih baik. Lagipun dh jadi tanggungjawab parti  yg memerintah membantu rakyat, jadi apa nak diherankan.
Pemuda C : Aku pilih parti yg menyenangkan rakyat. Sape nak bg kita duit mcm kerajaan sekarang ni.  Yg lain, aku tak  nak pikir.
Pemuda B: Yang kita dpt tu, bukan duit kerajaan pun. Ha, yg engkau bayar segala cukai tu, duit tu la yg eng dapat balik. Ni ha…rokok yg kau hisap tu, kena cukai jugak. Duit tu la depa bagi kita balik.
Pemuda A: Itu aku tak tahu…yang aku tahu, kita dpt duit di saat-saat kita perlukan duit.
Pemuda D: Kita jgn la dok fikir duit je . Fikir juga masa depan anak cucu kita. Aku tengok, bab agama ni, mereka ambil ringan je. Kita cubalah ubah.
Pemuda C: Aku memang tak dapat terima bendera hijau tu bersekongkol dengan si Roket. Dah terang2 segala-galanya bertentangan. Mcm mana diorang boleh bekerjasama?
Pemuda D: Apa bezanya parti dacing tu? Mereka bukan gabungan parti dr bangsa lain juga ke? Sama je….
Pemuda A: Ahh…suka hati engkaulah. Undi tu hak masing2. Suka hati aku nk pilih apa dan suka hati engkaulah nak pilih apa....undi tu kan rahsia.

Lepas tu, mereka berempat senyap dalam beberapa saat. Agaknya melayan emosi masing-masing. Kemudian mereka berbual lagi. Kali ni isu lain pula. Bukan lagi isu politik. Sy senyum sendirian. Dalam hati sy berkata sendirian : Kalau mcm ni la…..undi tu bukan rahsia lagi. Walau apapun, tahniah kepada empat orang lelaki yg sy kira  berumur dalam lingkungan 40an ni, sebab selepas tu, mereka boleh ketawa seperti biasa. Orang lelaki memang mcm tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan