Isnin, 29 April 2013

Wahai Saya dan Anak-anak.....Jangan Bersedih

Hari ni sy diuji lagi. Diuji melibatkan suami. Suami sy dimasukkan ke hospital kerana jantung sukar mengepam darahnya yg agak pekat.  Hari ini,sudah 4 hari suami sy berada dlm wad. Sy berdoa dan berharap, hari ini suami sy akan keluar dari hospital. 

Sepanjang 4 hari sy berada di hospital, tentulah pelbagai perkara yg dapat sy rasakan. Semuanya ujian daripada Allah  dalam perbagai bentuk. Memang benarlah, nikmat sihat sangat tinggi nilainya. Apabila Allah memberi kita 'sakit', barulah kita dapat berasa pelbagai rasa. Berasa nikmatnya sihat, berasa betapa bernilainya sebuah perhubungan persahabatan, berasa erti pengorbanan, berasa betapa perlunya ada saudara mara dan berasa pelbagai rasa.

Alhamdulillah....sy terima segalanya. Walaupun sy ada kawan, ada kalanya sy merasa 'lonely' dalam menghadapi situasi sebegini. Syukur Allah memberikan sy anak-anak yg sangat memahami antara satu sama lain. Kami sentiasa bersama dalam menghadapi pahit getir .....kerana kami hanya ada 'kami'. Tiada sesiapa untuk kami kongsikan. Kami jauh dari saudara mara yg kami rasa perlu dalam menghadapi saat-saat getir spt ini. Jadi, susah dan senang, kami bangkit bersama. Memberi semangat antara satu sama lain.

Mungkin kehadiran kawan2 cukup menggembirakan tapi tentu tidak sama dengan kehadiran saudara mara. Lebih-lebih lagi apabila sy melihat org di kiri kanan sy sering dikunjungi kaum keluarga. Sy sendiri tidak tahu mengapa entri kali ini berbau emosi. Mungkin sy sedih ketika ini atau kerana tidak pandai memaparkan kesedihan di khalayak, maka sy teremosi di sini.Ok....ok....cukup!!!!

Keadaan spt ini memang menuntut pengorbanan yg tinggi. Sy melihat anak2 sy berkorban masa  dan tenaga dalam menstabilkan byk keadaan. Terima kasih kepada anak2 sy yg byk meredakan perasaan sy di saat-saat sy diuji dgn pelbagai perkara.Sebenarnya, sy  tahu anak-anak sy juga berada dalam emosi yg sama seperti sy. Jadi, apa yg boleh sy katakan di sini : wahai saya dan anak-anak...jangan bersedih.

Buat beberapa org sahabat yg dtg menziarah....terima kasih kerana kehadiran kalian menyebabkan sy rasa betapa bernilainya erti sebuah hubungan persahabatan. Kalian dapat menolak fakta bahawa 'kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar diperolehi'.

Sy tidak tahu bentuk dugaan yg mendatang, namun sy berdoa agar sy, suami dan anak-anak dikurniakan kekuatan olehNya untuk menghadapi setiap dugaan yg mendatang  dgn hati yg redha dan pasrah tanpa berburuk sangka kepadaNya.. Terima kasih ya Allah kerana Engkau sentiasa meletakkan sesuatu keadaan dan kejadian  itu dlm situasi yg sesuai dgn hambaMu.

Akhir kata....'La Tahzan'......Allah ada bersama kami.

2 ulasan:

  1. Alamak nora..... kenapa aku x terbaca post ni...???

    Harap nora sekeluarga bersabar dgn ujian ni... Didoakan suami nora dan semuanya terus n sihat...dikurniakan kesihatan yg lebih baik...

    Kita pun kene jaga kesihatan.... utk memastikan org keliling kita jadi sihat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tkasih,lin. . . .doakan semuanya ok tau. Nora pun doakan lin n fmly ok jg. Aha. . .kita kena sentiasa jga ksihatan. Byk tgjwb yg blum dilaksanakan. . .

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...