Sabtu, 11 Februari 2012

Simpati?

Pelbagai reaksi spontan yg  dpt sy saksikan tatkala kawan2 di sekeliling sy mendengar berita mengenai seorang daripada warga sekerja diuji oleh Allah SWT menghidap cancer. Sy sendiri ketika mendengar berita tersebut,terkejutnya bukan kepalang dan beristigfar berkali2.Siapa yg tidak sedih? Siapa yg tidak terkejut? Cuma, sy bukanlah jenis manusia yg segera bertindak sebagai tanda menunjukkan simpati. Dalam hati, Tuhan sahaja yg tahu betapa sedihnya apabila kita mendengar perkhabaran sedemikian rupa. 

Sy tabik melihat respon kawan2 yg begitu pantas bertindak untuk membuat sesuatu sbg tanda simpati terhadap insan yg sedang diuji ini. Sy cuma lihat dari jauh tetapi tidak berani menyuarakan sbrang pendapat krn silap bicara, buruk pula padahnya. Bagi sy, andainya sy diuji sedemikian rupa, sesungguhnya sy belum bersedia untuk menerima semua ini lebih2 lagi jika kawan2 sekeliling menunjukkan rasa simpati yg sangat ketara sekali. Bukan tidak menghargai, tetapi apa yg dirasa ketika ini, mengambil masa bukan dalam sehari, dua.Bila hati sarat dengan kesedihan, ditambah pula dgn rasa simpat yg ditunjukkan oleh orang2 di sekeliling, tentu ia akan lebih sarat lagi untuk ditanggung. Bagi sy, sesiapa sahaja menerima ujian berat sperti ini, memerlukan masa untuk menerima ketentuan Qada dan Qadar ini.

Sayang sekali, sy tidak pandai mengulas situasi ini, cuma sy ingin meminjam semula kata2 drp pengetua sy tatkala dia mengulas semula situasi ini semasa perjumpaan guru petang tadi....." Sebaiknya, kita harus bertenang dlm menguruskan keadaan.Rasa simpati, tidak semestinya dilahirkan tetapi sudah cukup dengan kita membantu dengan cara memudahkan orang berkenaan dlm sbrang urusan"

Buat dia yg diuji, sy berdoa kehadrat Ilahi, agar dipermudahkanNya segala urusan.

Rabu, 8 Februari 2012

Musibah Itu Terapi.

Tatkala doktor mengesahkan kita menghidapi penyakit bla..bla...bla..., pasti tak seorang pun yang akan berkata alhamdulillah. Reaksi awal, semua akan terkejut, panik, sedih lalu menangis. Tapi, mungkin ada juga dalam kalangan kita manusia2 yg tinggi darjatnya....mampu menerima segala ketentuan Allah dengan selapang2 dada mereka. Sy ingin jadi seperti orang2 ini tapi sejujurnya sy tidak mampu menerima semua musibah itu dgn berlapang dada.

Sy bersyukur juga, kerana memiliki seorang sahabat yg mempunyai ciri2 berlapang dada. Sy menyaksikan sendiri betapa kuatnya sahabat sy ini menerima musibah. Dia sangat tenang berhadapan segala masalah yang menimpa. Diuji dgn anak2 tiri yang biadap memperlakukannya sedemikian rupa. Diuji dgn suami yang tidak mempunyai sifat kemanusiaan. Dan yg terkini, dia diuji lagi dengan pengesahan drp doktor bahawa anak bongsunya menghidap sakit buah pinggang yg serius. Setiap apa yg terjadi kepadanya, berlaku di hadapan mata sy dan sesungguhnya sy dgn rasa kerdilnya mengakui bahawa sahabat sy ini memang hebat. Dia menerima semuanya itu dgn tenang walaupun ada kalanya menangis juga. Dia mampu meletakkan setiap  apa yg Allah beri itu, tidak pernah 'percuma'. Dan, drp dia, sy cuba menjadi kuat. Kuat berhadapan dgn ketentuan yg Allah berikan pd sy. Jangan anggap sesuatu yg buruk itu musibah kerana Allah itu tidak kejam sifatnya. Ya....sy akan cuba menjadi seperti dia walaupun tidak sepenuhnya sekuat dia.

Hari ini, sy mendengar berita sedih tentang salah seorang warga sekerja disahkan menghidap kanser. Memang sebelum ini, sy dapat melihat kesedihan yg ketara pada wajahnya tetapi tidak ada kekuatan untuk bertanya.Dan, hari ini sy mendengar perkhabaran itu drp seorang kawan. Benarlah kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Apakan daya, tiada satu tangan pun yg mampu dihulur utk meredakan perasaan seseorang tatkala Allah swt. menguji hambaNya.Sy dapat merasai, apa yg dirasai olehnya tetapi utk masa terdekat ini, lebih baik berdiam diri. Sy yakin, semua org akan bercakap perkara yg sama  kepadanya ketika ini. Dari jauh, sy hanya mampu mendoakan semoga dia dapat menerima segalanya dengan berlapang dada. Bagi sy, jika seseorang itu mampu menerima segalanya dengan berlapang dada, semua yang berlaku ke atasnya dapat dirasainya dengan manis dan tenang. Sy yakin tentang itu ,cuma unt diri sy sendiri, belum tentu sy mampu berada hingga ke tahap itu.

Untuk dia, sy doakan agar dia mampu mencapai ke tahap itu. Redha dan serahkanNya kepada Allah. Yakin dengan fakta,'tiada penyakit yang tidak boleh diubati kecuali mati.' Binalah kekuatan dalaman itu kerana orang lain tidak mampu melakukan apa2 melainkan berkata 'sabar......sabat....sabar'. 
Sy juga pernah terbaca dlm satu artikal oleh penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, mengatakan bahawa  sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT dgn tujuan yg  pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.

Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

Ya....sy yakin dengan ayat itu dan bukan sy sahaja,malah semua umat Islam  yg beriman kepada Allah SWT sangat yakin dengan firman Allah SWT itu. Dan alangkan indah dan bahagianya jika kita  mampu  menjadikan segalah musibah itu sebagai terapi jiwa untuk mendekatkan diri kepadaNya. Namun, walau apapun sy sering berdoa setiap kali selesai solat:
"Ya Allah, janganlah Engkau mengujiku dengan ujian2 yang tidak tertanggung olehku."