Sabtu, 11 Februari 2012

Simpati?

Pelbagai reaksi spontan yg  dpt sy saksikan tatkala kawan2 di sekeliling sy mendengar berita mengenai seorang daripada warga sekerja diuji oleh Allah SWT menghidap cancer. Sy sendiri ketika mendengar berita tersebut,terkejutnya bukan kepalang dan beristigfar berkali2.Siapa yg tidak sedih? Siapa yg tidak terkejut? Cuma, sy bukanlah jenis manusia yg segera bertindak sebagai tanda menunjukkan simpati. Dalam hati, Tuhan sahaja yg tahu betapa sedihnya apabila kita mendengar perkhabaran sedemikian rupa. 

Sy tabik melihat respon kawan2 yg begitu pantas bertindak untuk membuat sesuatu sbg tanda simpati terhadap insan yg sedang diuji ini. Sy cuma lihat dari jauh tetapi tidak berani menyuarakan sbrang pendapat krn silap bicara, buruk pula padahnya. Bagi sy, andainya sy diuji sedemikian rupa, sesungguhnya sy belum bersedia untuk menerima semua ini lebih2 lagi jika kawan2 sekeliling menunjukkan rasa simpati yg sangat ketara sekali. Bukan tidak menghargai, tetapi apa yg dirasa ketika ini, mengambil masa bukan dalam sehari, dua.Bila hati sarat dengan kesedihan, ditambah pula dgn rasa simpat yg ditunjukkan oleh orang2 di sekeliling, tentu ia akan lebih sarat lagi untuk ditanggung. Bagi sy, sesiapa sahaja menerima ujian berat sperti ini, memerlukan masa untuk menerima ketentuan Qada dan Qadar ini.

Sayang sekali, sy tidak pandai mengulas situasi ini, cuma sy ingin meminjam semula kata2 drp pengetua sy tatkala dia mengulas semula situasi ini semasa perjumpaan guru petang tadi....." Sebaiknya, kita harus bertenang dlm menguruskan keadaan.Rasa simpati, tidak semestinya dilahirkan tetapi sudah cukup dengan kita membantu dengan cara memudahkan orang berkenaan dlm sbrang urusan"

Buat dia yg diuji, sy berdoa kehadrat Ilahi, agar dipermudahkanNya segala urusan.

1 ulasan: