Jumaat, 23 Mac 2012

Berusaha Menutup Aurat

"Tutup Aurat Supaya Selamat". Itu merupakan tajuk major majalah Solusi keluaran terbaharu. Memang majalah ini tidak pernah menghampakan setiap keluaran cuma, kekangan masa menyebabkan sy mengambil masa untuk menghabiskannya. Menurut tutur tinta editor, Islam menuntut wanita menutup aurat kerana Allah sayangkan wanita.Menurutnya lagi, Allah menyanyangi hambaNya melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya. Setiap yang dilarang atau ditegah olehNya, tentu ada sebab yang ada kalanya tidak terfikir dan tidak terjangka oleh manusia.

Sebenarnya, sy sangat memahami jika ada orang2 di luar sana berasa begitu sukar untuk mengenakan tudung kepala yang menepati kehendak Islam kerana sy juga pernah menempuh pengalaman sedemikian.Sy bukan lahirdrp keluarga yang menitik beratkan tentang aurat. Sejak sekolah hinggalah saya bekerja dan seterusnya berumah tangga, sy masih tidak mengenakan tudung di kepala. Bukan tidak ada rasa bersalah atau takut kepada Allah, tapi ketidakbiasaan itu menyebabkan sy rasa janggal untuk mengenakannya.Tapi, itu semua bukan alasan, kerana dalam al-Quran dan hadis, jelas mewajibkan wanita2 muslim harus tidak menampakkan rambutnya walaupun sehelai. Jadi, apa saja alasan sendiri, memang tidak boleh diterima pakai.
 
Firman Allah SWT,

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Sy mula membaca buku2 agama yg berkaitan dgn aurat dengan harapan sy dapat merasakan ketakutan azab yg Allah janjikan kepada hambaNya yang tidak menutup aurat. Usaha sy tidak sia-sia. Semakin byk membaca , semakin gerun pula sy rasa dan akhirnya sy memakai tudung. Insyallah, akan terus berusaha membaca sesuatu yg boleh memotivasikan sy untuk ke arah yg lebih baik. Apapun, semuanya bermula dari hati. Sy berharap agar Allah memberikan hidayahNya agar penyakit-penyakit hati dapat dihindarkan dalam diri ini. Jika hati kita bersih, sy percaya semua yg baik2 itu dapat kita terima dengan baik juga.
Wallahualam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan