Selasa, 27 Mac 2012

Sesekali, Fikirlah Perasaan Orang Lain.

Kenapa ada orang suka cantas peluang orang lain?? Terutama orang Melayu. Rakan seperjuangan pulak tu?? Jawapannya senang sahaja.  Macam ni jawapannya: Sebab orang berkenaan tidak suka memikirkan perasaan orang lain. Bagus juga kalau sy ada perasaan mcm tu, sbb tidaklah sy susah hati apabila terlepas bicara atau tersasar tingkah laku. Kadang2, kagum juga dengan org2 seperti ini, tegar melakukan sesuatu sesuka hati demi mencari keuntungan sendiri.

Kesian kawan sy. Rezeki sudah terbuka luas, tetapi dicantas tanpa rasa berdosa Tidak ada peri kemanusiaan atau tidak sengaja. Hanya dia sahaja yang boleh jawab mengapa sampai hati dia memperlakukan kawan sy seperti itu. Ya, sy terima juga fakta yg mengatakan 'rezeki ada di mana-mana' tapi sbg kawan, tak kan kita tidak ada hati dn perasaan. Mengambil peluang org lain.

Opssss...sy tidak menggunakan ruang ini untuk menghentam sesiapa cuma siapa saja yg singgah dan terbaca entry ini, harus mengambil sedikit masa untuk berfikir sejenak tentang perkara yg sy utarakan ini. Bukannya apa, kadang2 kita kena belajar memahami perasaan orang lain selagi kita bernama 'manusia'. Jangan sentiasa mengharapkan orang saja yg harus memahami kita. Dalam hidup ini, mesti ada sikap memberi dan merasa....memahami dan difahami....menasihat dan dinasihati. Insyallah, selamatlah kita drp asyik memikirkan keuntungan dan kepentingan sendiri.Nasihat dan ingatan ini, bukan saja utk org lain, tetapi untuk sy sendiri. Biasalah, adat manusia biasa.

Okey, renung-renungkan.......

4 ulasan:

  1. Memang begitulah tipikal org2 kita yg suka mencantas orang lain. Berbeza sekali dng bangsa cina yg sentiasa membantu spy bangsanya maju

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama: Ya,saya stuju dgn anda. Memang bangsa kita sperti yg anda kata. Harap2 kita tidak menjadi seperti itu

      Padam
  3. saya terasa dengan apa yang akak tulis ni...hehehe

    BalasPadam