Isnin, 9 April 2012

Analisis diri

Sy rasa, sy tidak banyak berurusan dengan orang2 di sekeliling sejak sy mengajar subjek PSV. Terlalu banyak masa sy dengan murid-murid dan berkurung di dalam bilik seni. Maklumlah, dah menjadi trend di mana2 sekolah, murid2 yang kurang cemerlang dalam akademik, dipakejkan supaya mengambil subjek ini. Jadi, hanya guru2 'sewaktu dengan sy' sahaja yg memahami masalah dan karenah murid2 yg tidak menjadikan akademik sbg jaminan masa depan.Dan, murid2 seperti ini perlu diberi perhatian dan bimbingan. Maklumlah, ramai murid dari kelas ini, tidak pandai membaca termasuklah murid yg sebangsa dengan sy.

Jadi, memandangkan sy dah semakin kurang berurusan dgn orang di sekeliling, maka sy akan menulis apa saja yang ada di hati sy untuk dikongsi dengan pembaca blog sy. Menulis bagi sy adalah lebih baik drp bercerita dgn manusia yang belum tentu dijamin tahap kejujurannya.  Kadang kala, apa yg kita luahkan, akan dimanipulasi oleh sipendengar tatkala dia  bercerita dengan org lain. Org yang mendengar pula, tanpa ada sebarang siasatan, terus percaya walaupun mereka tahu, Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan umatnya, apabila mendengar sesuatu perkhabaran, siasatlah terlebih dahulu.

Ada kala, kita amat sukar menilai manusia kerana dia kelihatan begitu baik dan prihatin dengan setiap masalah orang lain. Adakalanya pula, dia suka memanipulasi orang lain untuk menjaga kedudukannya dan berkemahiran menggunakan nama org lain untuk menyelamatkan sesuatu keadaan yg genting yg sebenarnya dicetuskan olehnya sendiri.

Hebat orang2 seperti ini. Betul juga kata orang yg mahir dlm agama: 'Hidayah itu memang milik Allah'. Kadang2, kita tidak sangka, orang yang sangat simple itu, mendapat pentunjuk dan hidayah yg tidak kita duga. Dan ada kala juga, kita dpt melihat seseorang yang menyandang 'title' pelbagai gelaran, Pak Haji, Mak Hajah,Ustaz dan Ustazah, Pak Imam dan sebagainya tidak mempunyai hati yang murni. selaras dengan gelaran yang dimiliki. Sentiasa berburuk sangka sesama manusia dan apabila bertutur, selalu melukakan hati orang lain sama ada sengaja atau tidak. Hanya dia sahaja yg tahu terluka dan tersinggung tapi tidak pernah memikirkan perasaan orang lain.

Adakah apa yg sy coretkan ini membuat orang lain terasa? Sy bukan menjadikan blog ini sebagai tempat menghentam sesiapa kerana apa saja yg sy tuliskan ini adalah senario yang memang wujud  di sekeliling sy dan sbagai peringatan untuk diri sy juga supaya lebih berhati2 dalam meneraju diri sendiri dan mencari kawan yg boleh dipercayai dan boleh berkongsi.
 
Sy mohon agar janganlah terlalu cepat 'mengandaikan' sesuatu jika tidak jelas letak duduknya. Menyindir orang lain walhal kita tidak tahu apa sebenarnya. Cepat menghulurkan bantuan dan cepat juga mengungkitnya. Manis mulut di hadapan, dalam masa yg sama menghentamnya di belakang. 

Allah hu Akbar...memang pelbagai manusia di muka bumi ini. Sy kagum dengan kebesaran Allah yang mencipta manusia pelbagai ragam dan seronok pula untuk diperhati dan memerhati. Bukan menganalisis keburukan org, tetapi menganalisis kejadian alam dan siisinya. Maha Kaya Allah yang mencipta segala-galanya, 

p/s: Setiap manusia ada keunikan dan keburukan. Keunikan saya?  Dah tentulah suka memerhati. Keburukan saya? Dah tentulah makan hati. Ha ha ha ha...Jumpa lagi!!!!!
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan