Khamis, 12 April 2012

Kepercayaan Itu Amanah

Hari ni, seorang kawan berbisik di telinga sy : "Nora, betul ke bla...bla....bla....bla...."
Aduh!! Bukan main terkejut sy dengan kenyataan kawan sy. Maka, sy tanya kawan sy balik, dari mana dia tahu cerita itu? Dan, kawan sy ni pun memberitahu dari mana dia mendapat sumber tersebut.
Terkejut bukan kepalang kerana sy byk bercerita kisah ini hanya dgn seorang kawan yg sy anggap 'kakak' sebelum ini dan dia merupakan seorg kawan yg boleh  sy percayai.

Sy hanya mahu mengulas perkara ini untuk dijadikan tauladan atau sempadan kepada rakan2 supaya perkara seperti ini tidak harus berulang pd kalian. Walau  macam mana baik sekalipun, jangan terlalu mudah bercerita sesuatu kepada seseorg yg kita belum pasti siapa dia yg sebenarnya.Walaupun kita memerlukan kawan untuk mendengar dan berkongsi kesedihan, tetapi pastikan betul2 dgn siapa org yg hendak kita kongsikan itu. Mungkin dia terlalu baik untuk kita pada hari ini, tetapi tidak semestinya dia baik buat kita untuk hari esok. Manalah tahu, setelah tempat kita telah diisi dgn org lain, segala kenangan yg pernah kita lalui dan cerita suka duka yg pernah kita kongsi, tidak akan menjadi satu rahsia lagi. Mungkin, dalam keadaan terdesak atau dlm situasi tertentu, dia akan memanipulasikan semula cerita kita. Malah lebih sensasi dari cerita sebenar. Kesian kan??? Ingin berkongsi kesedihan dlm hidup, akhirnya cerita ini tersebar kepada org2 yang sepatutnya tidak wajar tahu. Sy sendiri tidak faham, mengapa cerita ini dipanjangkan  kpd org lain walhal ia hanya melibatkan diri sy. Mungkin seronok 'mensensasikan' cerita org lain. Logikkan, pendapat sy?

Betullah kata seorang ustaz yg pernah memberi ceramah di salah sebuah masjid yg pernah sy hadiri :
" Penyakit yang  paling sukar diubati ialah penyakit hati." Ya, sy sangat setuju dengan kenyataan ini sebab sy juga ada hati. Bukan senang hendak membersihkan hati. Lidah yg tidak bertulang, memang mudah melahirkan kata2 yg kita tidak tahu di mana kebenarannya. Urusan hati, memang manusia tidak boleh kaji.
Okey....mcm nak melepaskan perasaan saja nada entry sy kali ni. Tidak, sy tidak melepaskan perasaan cuma sy rasa perkara ini perlu untuk dikongsikan. Mulai sekarang, kita belajarlah membersihkan hati. Jangan byk berprasangka sesama sendiri. Jujur dengan apa yg telah dijanjikan bersama. Kalau apa yg kita tahu itu tidak wajar disampaikan kepada orang lain, lebih baik  kita menggenggam amanah yg telah diamanahkan kepada kita sebagai satu rahsia.

p/s: Dia dah jadi org lain, setelah dia bertemu semula dengan 'dia'. Ha ha ha....boleh faham ke????


Tiada ulasan:

Catat Ulasan