Sabtu, 28 September 2013

Kesibukan dan Ujian Allah

Lama sungguh sy tidak menulis. Tak tahulah kenapa....mungkin sibuk dengan urusan dunia. Memang memenatkan. Belum pun selesai merangka pelan strategik panitia, dah kena buat pulak pelan strategik badan pengawas 2014. Selagi hidup, memang tidak pernah berhenti menguruskan hal-hal sebegini. Dunia pendidikan begitu mencabar. Hanya golongan kami sahaja yg tahu betapa sukarnya menguruskan dunia kami. Maklumlah, ia melibatkan pembentukan sahsiah dan kemenjadian manusia. Betullah kata Pengarah Pendidikan Selangor baru-baru ni, " seorang doktor, jika tersalah beri ubat, akan menyebabkan seorang individu sahaja yang mendapat musibah, tetapi jika guru tersalah didik, menyebabkan berpuluh2 individu terlibat.". Nauzubillah.....

Dalam kesibukan menguruskan pelbagai perkara, adakalanya ada antara kami yang berhadapan dengan masalah peribadi. Bukan senang hendak mengimbangi perasaan. Di rumah,mungkin boleh tergolek2 menangis,meraung atau apa sahaja yg boleh meredakan perasaan tapi di sekolah, guru harus profesional di hadapan murid-murid. Wajah mesti ceria supaya murid pun bersemangat hendak menerima ilmu.
 
2 minggu lepas, sy mendengar cerita seorang kawan yang terkejut akibat mendengar berita dia dimadukan. Walaupun belum sahih cerita yang didengar, namun berita itu sangat mengganggu perasaan kawan sy. Memang kasihan dan simpati mendengar ceritanya tp disebabkan ia melibatkan cerita rumah tangga, sy tidak berani mencampurinya. Takut tersalah kata, tersilap memberi idea, bertambah buruk jadinya.

Memang tipikal mana2 isteri,akan terduduk malah ada yg tersungkur apabila mendapat tahu suami mereka berkahwin seorang lagi. Apa nak dikatakan, para suami memang suka memberi alasan "poligami dibenarkan dalam Islam". Memang petah mulut2 si suami ,memberi jawapan yang agak islamik bila berkaitan dengan perkahwinan. Selebihnya,mereka memang tidak pernah mengkaji mengapa Islam membenarkan mereka berkahwin lebih dari satu.

Si isteri pula,memang kebanyakannya tidak boleh menerima apabila suami mereka kahwin lagi walaupun Allah menjanjikan "payung emas" jika mereka redha. Maka,para isteri juga mula me"list" kan sebab2 suami mereka tidak layak berkahwin satu lagi. Dan akhirnya masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan mudah.

Alangkah mudahnya hidup ini jika kita memahami istilah  "redha", mengerti maksud "takdir" dan menerima "qada dan qadar". Tapi, dalam masa yang sama,kita semua adalah insan yang lemah, maka bukan semudah itu kita menerima dan memahami dan  mengaplikasi istilah2 di atas. Ya, kita memang lemah. Kita tidak sekuat Asiyah binti Muzahim.

Walau apapun,buat kawan saya yang dalam kesedihan ketika ini, banyakkan berdoa supaya tabah menghadapi dugaan ini. Kita tidak mampu melawan takdir Allah. Jika sebelum ini kita selalu mealafazkan perkataan redha, mengaku beriman, menyanyangi Allah lebih dari segala-galanya maka dengan sebab itu Allah menguji kita untuk DIA melihat sejauh mana kebenaran apa yg kita lafazkan sebelum ini. Macam sy juga, selalu rebah tatkala ditimpa musibah. Menangis semahu-mahunya apabila berada dalam kesedihan. Namun, tatkala menerima musibah dan menghadapi fasa sedih itu, sy akan mengadu padaNya dan berdoa kepadaNya supaya kuatkanlah sy menghadapi segala ujian tersebut. Bukankah secara tidak langsung,kita semakin dekat padaNya? Jadi, bersangka baiklah pada Dia kerana apa sahaja yg diberiNya, tidak pernah percuma. Wallahualam......

Ya Allah, janganlah Engkau mengujiku dengan ujian2 yang tidak mampu untukku tanggung