Khamis, 25 Mac 2010

Aghhhh!!!!!!!!!








Bosannnnnnn......
Masa tetap berjalan 24 jam shari tapi sy rasa tak cukup waktu nak membereskan kerja-kerja yang ada. Kadang-kadang terfikir juga mcm mana perdana menteri boleh manage  masa dia. Agaknya,memang sy lah yg tak pandai membahagikan masa yg ada. Kat sekolah.....kena fikir mcm mana nak bereskan folio pendidikan seni yang wajib diambil oleh semua student tingkatan 5 yg ambil elektif ini.Sy pulak tak tahu langsung apa yg ada dlm fail pendidikan seni yg harus dikehendaki oleh pentaksir. Ah...mungkin sukar sebab ini tahun pertama sy mngajar so, tersa sangatlah susahnya. Sy yakin, tahun depan tentu sy rasa lebih mudah...orang kata, alah bisa tegal biasa.

Hari ni, sy kena pula bina soalan untuk subjek.............. peringkat negeri Slngor. Tahun ni semua subjek adalah selaras.Bina soalan, memang tak ada msalah, yg menjadi masalah kena ikut JSU.Dah lah tu, kena cipta soalan sendiri. Selalunya, kalau peringkat sekolah, ambil je soalan dalam buku dan terus tiru je atau kl lebih malas lagi buat teknik 'cut and paste'.  Hari ni saja, satu soalan pun tak terbina lg.Dari pagi hingga pukul 4.30 petang dok buat analisa. Minggu depan dah nak soalan yang dicipta sendiri mengikut JSU. Aduhhhh....

Satu hari tak pegi sekolah, otak sy dok teringat student di sekolah. Kalau shari sy tak datang, bermakna lambatlah folio pendidikan seni mereka akan siap, sebab mereka ni bukan boleh mggunakan masa yang ada kl cikgu tiada. Bagi mereka, kalau cikgu tak datang bermakna itu masa free bagi diorang. Tu belum lagi cerita ttg folio sejarah bg pljr ting 3. Kena selalu balik lewat. Sampai rumah, mesti mencecah pukul 4.00 ptg. Orang kat luar sana, slalu je cakap.."jadi cikgu ni senang, kerja sparuh hari.Byk pulak cuti. Kan ke lagi sakit telinga sy . Sy pun pelik mcm mana diorang tahu susah senangnya kerja kami. Kalau mngajar ikit silibus, memang senang kot.Pukul 1.10 ptg, start kereta balik.

Belum lg nak arrange kerja2 sampingan di sekolah, Mengajar pun memerlukan ruang dan masa untuk menyediakan bahan. Persediaan kena okay, baru confident nak mengajar. Nota kena sediakan juga. Kadang2, guna duit sendiri. Bukan mengungkit tp sedih sangat bila student tak hargai. Pukul 9 pagi nota tu kita edarkan, pukul 10 pagi kita boleh jumpa kat mana-mana kertas tu berada.(Bukan semua pljr buat perangai buruk mcm ni). Memang tak sedar diri langsung...bukan nak berterima kasih.Jadi, sebab tu sy pastikan,sebaik saja kertas tu diedarkan kepada pljr, sy akan bg masa untuk mereka tampal dlm buku nota, di dalam kelas juga. Kalau tidak.....apa lagi????????? Sebab tu la mereka rasa sy ni garang mcm .....entahlah!!!!

Masa......kadang-kadang sy perlukan lebih masa walhal Tuhan dah beri cukup masa untuk kita. Sy benar2 tak cukup rehat. Dah lah susah nak tidur malam...siang pula bnyak sangat yg perlu di buat. Tu lah yang lebih meletihkan sy. Otak saya sarat mengalahkan pengetua pulak. Memang kelakar. Sy rasa, sy tak ada ruang untuk keseronokan diri sebab, bila ada sedikit masa sy teringat pula masalah peribadi.Sy bukan manusia yang suka menjaja msalah peribadi. Orang kat luar sana, memang tak tahu pun bila sy ada msalah. Itulah saya.......

Betullah ayat Qur'an yg Allah turunkan yang bmaksud .."demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian........"






WAL ASRI INNAL INSAANA LAFI KHUSRIN. ILLAL LAZINA AAMANU WA AAMILUS SAALIHAATI WATWA SAU BIL HAQQI WATWA SAU BIS SABR.
SURATUL KAUSAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan