Jumaat, 30 Julai 2010

Selamat menyambut ulang tahun,kak....


29 Julai, genap umurnya 47 tahun. Alhamdulillah Allah memberinya kesihatan yang baik. Dia ialah seorang sahabat,kakak,saudara, atau apa sahaja bagi sy dan keluarga. Tahun ini genap 20 tahun sy mengenalinya. Satu jarak masa yang sangat panjang….dan mustahil sy tidak mengenal hati dan budinya. Kalau anak yang baru dilahirkan seusia perkenalan kami,pasti anak itu cukup dewasa ketika ini.

Sepanjang perkenalan dan perhubungan ini, byk peristiwa suka duka kami tempuh bersama. Daripada peristiwa yang lucu, hinggalah peristiwa sedih, kami pernah melaluinya. Sukar untuk sy nyatakan bagaimana hubungan kami seakrab ini. Dan sy tidak pasti peristiwa apakah yg berlaku shingga termeterainya hubungan ini dengan satu hubungan yang sukar difahami.

Sy pernah menumpang kasih pada keluarganya. Sy pernah merasakan betapa indahnya hidup mempunyai saudara mara. Rasa gembira ini, sy kongsikan bersama anak2 kerana anak2 sy mula mengenal panggilan ‘acik’ melalui sahabat sy ini. Dia seorang yg sgt prihatin dan menjaga kebajikan serta perasaan sy persis sbagai adik manja. Dia tidak boleh mendengar cerita kesusahan sy….dan tanpa diminta, bantuan dalam apa jua segera dihulur bagi meringankan masalah yg bersarang di kepala. Sesungguhnya, sy bersyukur kehadratNya kerana menemukan sy manusia sperti ini.

Hubungan kami semakin akrab kerana ketika itu dia masih belum bersuami. Anak sulung sy mempunyai hubungan jiwa yg sangat rapat dengannya ketika itu. Malah, adakalanya, anak sy keliru yang mana ibunya. Pernah suatu ketika ketika anak sulung sy berumur 4 tahun,  dia bertanya kepada sy, yang mana satu ibu yang melahirkannya. Persoalan itu lahir kerana sy selalu memarahinya manakala aciknya tidak pernah meninggikan suara. Anak sy selalu mdapat pembelaan jika sy memarahinya. Hubungan anak sy dengannya, tidak dapat diungkai dengan kata-kata. Hubungan yg sukar difahami oleh manusia biasa. Kasih syg yang diberikan kpd anak sy melebihi sifat seorang ibu. Dan, peristiwa yg tidak dpt sy lupakan ketika  menyaksikan khancuran hati anak sulung sy tatkala ‘acik’nya berumahtangga. Anak sy tidak dapat menerima kenyataan ini. Puas dipujuk dan akhirnya kedewasaan mematangkannya.

Kini, hubungan kami masih terjalin seperti dahulu cuma, sy dan anak2 terpaksa menerima hakikat bahawa sahabat sy ini sudah mempunyai keluarga sendiri. Begitu pantas masa berlalu…..dan kini anak sulung sy, sudah pun berumur 19 tahun. Apa yang mengagumkan , anak sy tidak pernah lupa detik2 manis semasa dia bersama ‘acik’ nya. Dan….begitu juga sy. Dia terlalu istimewa di mata sy. Ya,terlalu istimewa!!!!! Hubungan kami kini, hanya ada pertautan rohani. Sy akur keadaan ini. Dan sy harus membenarnya keadaan ini terjadi kerana sgala-galanya yg sy perolehi sebelum ini, adalah atas keizinan Allah swt. Dan, apabila DIA berkendakkan begitu, sy harus pasrah dan redha.

“Selamat Hari lahir,kak. Semoga sepanjang hidup akak akan diberkati olehNya. Percayalah, kehadiran akak dalam hidup Nora, tidak pernah ada penggantinya. Akak tetap lain dari yang lain. Mengenali akak, walaupun adakalanya terluka,tapi Nora tetap merasakan Nora mjadi adik yg manja. Akak tahu,kan???Akaklah orang pertama yang memanjakan Nora. Terima kasih atas segala pemberian akak sama ada dalam bentuk kewangan dan perkongsian perasaan. Terima kasih atas segala-galanya.”




1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...